Nokia sudahpun memperkenalkan dua telefon Ashanya, 210 dan 501 yang kedua-duanya ditawarkan pada harga berpatutan.
Nokia Asha 210 yang dijual pada harga RM219 bercirikan papan kekunci QWERTY dengan butang media sosial khas yang membolehkan anda menetapkan laman web Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya bagi memudahkan anda mengaksesnya.
Telefon dwi SIM terbabit juga dilengkapi kemudahan asas melayari Internet seperti sokongan Wi-Fi dan menyokong resolusi kamera sebanyak dua megapiksel yang turut membenarkan fungsi suntingan serta perkongsian. Asha 210 yang ditawarkan melalui beberapa warna selain memanfaatkan sepenuhnya pelayar Nokia Xpress Browser yang menggunakan teknologi cloud untuk mengurangkan penggunaan data sehingga 90 peratus.
![]() |
| Nokia Asha 210 |
![]() |
| Nokia Asha 501 |
Nokia Asha 501 yang dijual pada harga RM299 menampilkan rekaan Asha berkualiti tinggi dan rekaan elegan yang membolehkan pengguna membuka kasing belakang selain paparan antigores. Ia menampilkan skrin 3.0 inci (skrin sentuh) dan mempunyai berat minimum 98 gram dengan pilihan dua skrin utama iaitu Home dan Fastlane. Home adalah skrin tradisional yang menawarkan ikon aplikasi biasa untuk mengakses ciri spesifik manakala Fastlane melihat penggunaan kerap bagi aplikasi sebelum memberikan paparan menu kerap yang dikunjungi.
SPESIFIKASI :-
NOKIA ASHA 210
Harga: RM219
Rangkaian: GSM/EDGE 900/1800
Antaramuka: Series 40 Asha
Dimensi: 111.5 x 60 x 11.8mm
Berat: 97.3g
Paparan: 2.4 inci QVGA
Memori: 64MB (dalaman), sokong kad microSD
Masa bersedia: 24 hari
Masa berbual: 12 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 2MP
Rangkaian: GSM/EDGE 900/1800
Antaramuka: Series 40 Asha
Dimensi: 111.5 x 60 x 11.8mm
Berat: 97.3g
Paparan: 2.4 inci QVGA
Memori: 64MB (dalaman), sokong kad microSD
Masa bersedia: 24 hari
Masa berbual: 12 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 2MP
NOKIA ASHA 501
Harga: RM299
Rangkaian: GSM 900/1800 + WLAN, GSM 850/1900 + WLAN
Antaramuka: Nokia Asha Software Platform
Dimensi: 99.2 x 58 x 12.1mm
Berat: 98g
Paparan: 3 inci QVGA TFT
Memori: 128MB + 4GB
Masa bersedia: 26 hari
Masa berbual: 17 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 3.2MP
Ciri: 40 game premium percuma



comel2..harga pon comel jugak
BalasPadamGila lah.. 26 hari betry asha 501 tu bertahan.. Kalau instagram boleh support.. Sure aku dah angkat.. Tapi syg la.. Sbb 2 g.. Mungkin nokia gunakan 2 g utk jimatkan betry diorg.. Dari segi lain2 aku dah puas hati.. Camera walaupun 3.2.. Dah cantek.. Sbb camera dari nokialah yang tercantik utk mengambil pic di kalangan smartphone yg murah harganya
BalasPadam