India Mengharamkan 118 Aplikasi Termasuk PUBG Mobile

India Mengharamkan 118 Aplikasi Termasuk PUBG Mobile


Kementerian Elektronik dan IT India mengharamkan 118 lagi aplikasi dari dimuat turun pengguna peranti Android dan iOS semalam. Seperti dua arahan yang diberikan sebelum ini, kesemua aplikasi diharamkan atas sebab mengancam kedaulatan, keselamatan, sekuriti dan keamanan orag ramai di negara tersebut.

Antara aplikasi-aplikasi yang dimasukkan ke dalam senarai hitam terbaru ini ialah PUBG Mobile, Arena of Valor, Rules of Survival, Baidu dan Alipay. Hubungan yang tegang di antara India dan China sejak berlakunya pertempuran di antara tentar kedua-dua negara di Himalaya menyebabkan arahan ini dikeluarkan.

Setakat ini 224 aplikasi yang majoritinya dibangunkan di China telah diharamkan. Dalam gelombang pertama TikTok, WeChat dan Mobil Legends menjadi mangsa sebelum versi lite aplikasi yang sama pula dihalang.

Sumber : GOL_MEITY / Amanz
Imej Rasmi Bahagian Belakang Samsung Galaxy S11+ Tertiris

Imej Rasmi Bahagian Belakang Samsung Galaxy S11+ Tertiris


Samsung Galaxy S11 dipercayai akan dilancarkan pada 18 Februari 2020. Pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi serta imej pengolokan berdasarkan pelan CAD peranti ini telah tertiris. Tetapi hari ini gambar pengolokan rasmi panel belakang Galaxy S11+ akhirnya tertiris menerusi akaun Ice Universe.

Menurut ciapan peniris terkemuka ini, tiga kamera yang dapat dilihat di dalam gambar ini ialah lensa sudut ultra-lebar, lensa utama dan akhir sekali lensa zoom periskop. Galaxy S11 berkemungkinan besar dilengkapi sensor 108-Megapixel yang diharap dapat memberikan kemampuan fotografi terbaik pada telefon pintar.

Akhir sekali dapat dilihat butang kuasa dan suara pada sisi kanan seperti imej yang tertiris sebelum ini. Apa yang masih belum dapat dilihat ialah dua lagi sensor untuk sensor TOF dan flash. Jadi apakah pendapat anda tentang rekaan ini? Menarik ataupun trend bonggol kamera berbentuk empat segi tidak seharusnya diteruskan? -Amanz

Google Mula Menghantar Notis Cukai Digital Bermula 1 Januari 2020

Google Mula Menghantar Notis Cukai Digital Bermula 1 Januari 2020


Sekitar tahun lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pengenalan cukai digital yang bakal bermula 1 Januari 2020. Cukai ini bakal dikenakan kepada beberapa platform digital yang mengenakan bayaran kepada para pelanggan.

Melalui notis cukai digital yang dihantar Google, syarikat ini mengesahkan pengguna akaun Google G Suite bakal dikenakan cukai sebanyak 6% berdasarkan servis yang dipilih pengguna.

Menurut salinan panduan disediakan Jabatan Kastam, cukai digital ini bakal merangkumi sejumlah besar platform yang tersedia di atas talian termasuk muzik, e-buku, filem, perisian, iklan, aplikasi dan pelbagai lagi.

Antara platform popular yang turut dikenakan cukai digital adalah YouTube Premium, Netflix, Spotify, Apple Music, Joox dan pelbagai lagi. Pengenalan cukai ini secara tidak langsung bakal meningkatkan langganan bulanan servis yang dipilih pengguna.

Sumber : SoyaCincau | TheVocket
Punca Ember Mugs Mampu Dijual Di Starbucks Dengan Harga $150 USD

Punca Ember Mugs Mampu Dijual Di Starbucks Dengan Harga $150 USD


Bermula dengan projek sekadar untuk mengutip dana di Indiegogo, kini Ember berdiri megah apabila produk keluarannya mula dijual di Starbucks. Hadir dengan sebuah idea yang hebat untuk menyediakan sebuah thermos yang membolehkan suhu terus dikekalkan menggunakan bateri antara kekuatan Ember Mugs.

Namun, apakah yang membezakan Ember Mugs dengan beberapa thermos lain yang dijual di pasaran? Jawapannya terletak pada cara penyampaian Ember Mugs itu sendiri. CEO Ember mengesahkan Ember Mugs mampu mengekalkan suhu 130° Fahrenheit secara sekata selama beberapa jam.



Bagi membuatkan Ember Mug tampil lebih futuristik, penggunaan aplikasi smartphone telah disedikan bagi membolehkan pengguna memanaskan air apabila diperlukan. Cool! Dalam pada itu, usaha Ember untuk memasuki pasaran Starbucks bukanlah jalan yang mudah. Memandangkan Ember merupakan ‘budak baru’ di dalam industri, hajat untuk menembus masuk ke syarikat ‘budak besar’ atau syarikat yang lebih dikenali seperti Starbucks bukanlah sesuatu yang mudah. 

Beberapa ujian telah dilakukan untuk memastikan rasa kopi kekal sama pada suhu berbeza. Dengan bantuan beberapa orang pelabur serta USP dan kualiti produk yang dihasilkan akhirnya Ember Mug berjaya menembus masuk di dalam market penjualan Stabucks.


Kini, Ember Mugs boleh didapati di laman web Starbucks dan telah dijual sebanyak 4,000 unit. Hebat bukan? bermula dengan sebuah idea kini idea mahal kini telah berjaya dipasarkan melalui bantun para pelabur. Siapa kata idea mahal tidak boleh dijual jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Ember kini di dalam proses untuk mendapatkan beberapa celebrity utama seperti Demi Lovato, Joe Jonas, DJ Kascade dan ramai lagi bagi meningkatkan pengeluaran dan marketing ‘premium mug’ ini.


Selain itu, Ember juga sedang mengusahakan untuk menyediakan sebuah mug dimana mampu disejukkan dan dipanaskan mengikut suhu yang dihendaki pengguna menggunakan smartphone. Pastinya harganya akan dijual dengan lebih mahal daripada mug $150 USD yang dijual sekarang.

Penulis : Hairi Ariff
Nokia Berjaya Hasilkan Internet Terlaju Dunia  1 Tbps

Nokia Berjaya Hasilkan Internet Terlaju Dunia 1 Tbps

Agak mengejutkan apabila mengetahui internet terlaju dunia kini dikuasakan oleh sebuah syarikat telefon yang gah suatu masa dahulu iaitu Nokia. Projek yang pada mulanya dimulakan sekadar untuk bereksperimen akhirnya mula diuji kepada umum dengan kelajuan 1 Tbps. 1000 kali lebih laju berbanding Google Fiber.
Memandangkan Nokia bekerjasama dengan University of Munich dan Deutsche Telekom T-Labs, Bandar Stuttgart, Darmstadt dan Nuremburg antara yang terawal untuk merasai ‘nikmat’ internet yang sangat pantas ini. Nokia Bell Labs dijangka akan memperlus jaringannya di serata negara selepas ini.
Buat anda tak dapat membayangkan kelajuan internet ini, 1 Tbps adalah bersamaan 1 juta kali ganda laju berbanding internet 1Mbps dan 100,000 kali ganda laju berbanding internet 10Mbps. Berikut merupakan perbandingan kelajuan internet Nokia berbanding pesaing-pesaing yang lain. Harus diketahui Google Fiber dan Verizon Fios antara syarikat yang menawarkan internet terlaju dunia.

Uber Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan UberEATS Di Kuala Lumpur

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu lokasi. Mereka telah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun, dan turut telah menawarkan perkhidmatan di Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang dan beberapa lokasi lain.

Terkini, selain daripada pengangkutan semata-mata, Uber dilihat turut akan menawarkan satu lagi perkhidmatan baru untuk pengguna tempatan, dinamakan UberEATS.

UberEATS

UberEATS merupakan sebuah perkhidmatan lebih kurang seperti FoodPanda dan lain-lain. Pengguna boleh membuat tempahan makanan daripada restoran yang anda sukai, dan seterusnya ia akan dihantar kepada pengguna terus di rumah atau pejabat, atau lokasi yang ditentukan.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Uber akan melancarkan UberEATS untuk pasaran tempatan. Namun, mereka telah mula mencari pekerja dan wakil tempatan dalam memperluaskan UberEATS di Malaysia. Uber melalui halaman carian kerja mereka mengatakan pekerja yang dicari akan memainkan peranan penting dalam membentuk jenama UberEATS di Kuala Lumpur kelak.

Sumber : Amanz.my
Pelajar Malaysia Memenangi Pingat Perak Di Dalam Pertandingan Adobe Certified Associate World Championship

Adobe Certified Associate World Championship ialah pertandingan tahunan yang dilangsungkan sejak empat tahun yang lalu. Peserta dari seluruh dunia bertanding untuk memperlihatkan kepakaran mereka menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign. Peserta Malaysia Nicholas Ng Hwa Ee berjaya merangkul pingat perak di dalam acara tahun ini.

Adobe-Certified-Associate-World-Championship-2

Beliau memenangi biasiswa bernilai $ 2500 (~RM10058) dan perisian Adobe. Tahun ini peserta diberikan tugasan mereka risalah digital bagi ICAF’s Arts Olympiad. Rekaan peserta di dinilai mengikut dinilai kemahiran kreatif dan teknikal, serta keupayaan mereka untuk melaksanakan visi dan mesej pelanggan.  Risalah rekaan Nicolas Ng Hwa Ee adalah seperti di bawah. Tahniah diucapkan kepada Nicholas Ng Hwa Ee. Jelas terdapat bakat bidang grafik berkaliber dunia di Malaysia. Diharap kepakaran anak watan ini digunakan supaya mengelakkan insiden logo hari kemerdekaan yang menjadi bahan ketawa orang ramai dapat dielakkan di masa hadapan.

Adobe-Certified-Associate-World-Championship-1

Sumber : Amanz.my
Kemas Kini Xiaomi MIUI 8 Versi Global Akan Bermula Esok

Selepas ditangguhkan beberapa kali akhirnya Xiaomi mengesahkan MIUI 8 Global Stable ROM akan mula diterima beberapa peranti keluaran mereka esok. Pada asalnya kemas kini ia diterima 16 Ogos yang lalu namun masa yang lebih diperlukan bagi memperbaiki pepijat yang ditemui.

Xiaomi MIUI8 membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru seperti kebolehan menggunakan dua aplikasi sama dengan akaun berbeza, kalkulator yang lebih pintar, akses pantas melalui Quick Ball, kebolehan merakamkan skrin memanjang kebawah dan menjalankan dua aplikasi dalam tetingkap yang sama.

Peranti yang akan kemas kini ini adalah termasuk Xiaomi Mi 2/2S, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 5, Mi Note, Mi Max 32GB, Redmi 1S, Redmi 2, Redmi 2 Prime, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3 Qualcomm. Sudahkah anda bersedia?

Sumber : Amanz.my
Pingat Sukan Olimpik Di Tokyo Mungkin Dibuat Daripada Barangan Elektronik Terbuang

Perkembangan arena teknologi juga turut menghasilkan barangan elektronik terbuang yang sangat tinggi – apatah lagi dengan kitaran hayat peranti seperti telefon pintar yang sangat singkat berbanding barangan elektronik lain.

Kini, dalam usaha untuk menekankan perkara berkenaan, dan turut membawa sedikit kelainan – sukan Olimpik di Tokyo kelak berkemungkinan akan menggunakan pingat yang dibuat daripada barangan elektronik yang terbuang ini. Bakal diadakan di Tokyo pada 2020 kelak, ia dijangka akan menggunakan sejumlah besar telefon pintar dan barangan elektronik yang terbuang.

Olimpik

Untuk perbandingan, menurut Nikkei, pada tahun 2012 yang lepas, ketika sukan Olimpik di London, pingat telah dibuat daripada 9.6 kilogram emas, 1,210 kilogram perak dan 700 kilogram gangsa. Dan pada tahun 2014 yang lepas, di Jepun, mereka telah mendapatkan sebanyak 143 kilogram emas, 1566 kilogram perak, dan 1112 tan gansa.

Pengumpulan barangan elektronik yang tidak terpakai untuk menghasilkan pingat Olimpik ini juga dilihat akan mengalakkan lagi pengguna untuk mengitar-semula barangan, disamping membolehkan mereka turut menyertai dalam menjayakan sukan berprestij tinggi berkenaan.

Buat masa ini, ia lebih pada peringkat perancangan, dan beberapa mesyuarat dan perbincangan telah dilakukan berkenaan dengannya. Selain daripada menekankan budaya kitar semula, Jepun juga dilihat akan mendemonstrasikan pelbagai perkara menarik pada Tokyo 2020 kelak, termasuk penggunaan rangkaian 5G dan robotik.

Sumber : Amanz.my
Ulasan: Samsung C24F390FHE – Monitor Melengkung 24-Inci Di Bawah RM700

Samsung CF390 - DSC07001 (Priime Gold)

Lebih hampir dua tahun saya mengulas monitor BenQ EW2440 yang membawakan paparan 24-inci dengan rekaan bezel nipis pada sisi skrin. Ia ditawarkan pada harga RM709 sewaktu ia dilancarkan dan kini boleh didapati dengan harga serendah RM599. Memasuki 2016, saya tidak menyangka monitor melengkung boleh didapati dengan harga yang lebih kurang serupa berbanding monitor yang telah saya ulas pada dua tahun yang lalu.

Monitor melengkung Samsung C24F390FHE 24-inci ialah monitor yang disasarkan untuk pengguna yang mahukan monitor dengan rekaan melengkung pada harga berpatutan. Ia menawarkan rekaan melengkung yang membolehkan anda melihat perspektif yang sedikit berbeza berbanding monitor biasa. Ia juga didatangkan dengan spesifikasi standard yang mungkin mampu menjadi pengganti monitor anda yang seterusnya.

Samsung C24F390FHE hadir dengan skrin berasaskan LED yang menyinari keseluruhan paparan dengan warna yang terang untuk penggunaan harian. Ia turut menawarkan resolusi standard iaitu 1920×1080 untuk tontonan video berdefinisi penuh. Namun dengan spesifikasi dan harga yang menarik ini, mampukah ia memberikan pengalaman terbaik untuk penggunaan dengan rekaannya yang melengkung?

Samsung CF390 - DSC07126 (Priime Gold)

Rekabentuk

Dari segi rekaannya, Samsung C24F390FHE membawakan lengkungan 17-darjah untuk memberikan lebih keselesaan pada mata berbanding monitor dengan rekaan rata. Bezelnya pula dilihat tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal di bahagian sisi skrin — memberikan imej rekaan yang seimbang secara keseluruhannya. Ia juga menawarkan paparan glossy yang dilihat lebih baik dalam mengawal pantulan cahaya dari dalam atau luar bilik.

Dari segi dimensinya pula, ia membawakan skrin 24-inci bersama resolusi 1920×1080 yang menawarkan kemampuan memaparkan video dan permainan dalam mod HD penuh. Ia juga menawarkan tindak balas response time 5 ms untuk memberikan kelancaran paparan dengan pengurangan motion blur dan kesan ghosting. Darjah pandangannya juga boleh dikatakan baik yang membawakan paparan yang jelas apabila dilihat dari sudut sehingga 178 darjah.

Color gamut yang ditampilkan pada paparan ini dilihat menawarkan sehingga 72% yang bagi saya kelihat sedikit tersasar daripada ketepatannya. Namun keterangan paparan ini dilihat begitu menyerlah dengan kadar keterangan sekitar 250 cd/m2 bersama nisbah kontras sebanyak 3000:1.

Samsung CF390 - DSC07061 (Priime Gold)

Kawalan

Ketika awal saya menerima monitor ini, saya sebenarnya tercari-cari kedudukan butang kuasa dan butang kawalannya sehingga saya perlu melihat manual untuk melihat kedudukannya. Rupa butang ini sejujurnya tidak kelihatan seperti sebuah butang sekaligus menyukarkan saya mengecamnya ketika awal. Saya menjangkakan butang ini lebih menonjol dengan penggunaan warna untuk memudahkan pengguna mengenal pasti rupa dan penggunaannya.

Samsung CF390 - 1 - DSC07091 (Priime Gold)Namun apabila menggunakan butang ini, ia tidak begitu sukar untuk digunakan kerana kawalannya begitu mudah untuk dinavigasi. Butang ini kelihatan seperti butang analog 4-paksi pada joystick yang boleh ditekan pada bahagian tengahnya.

Menekan butang ini memberi dua kawalan berbeza: menghidupkan skrin ketika skrin dimatikan dan memaparkan menu ketika skrin dihidupkan. Mengawal menunya juga mudah dengan kawalan 4-paksi — pergerakan atas dan kiri bertindak sebagai kawalan atas dan bawah, pergerakan kanan dan bawah bertindak sebagai butang confirm dan butang back.

Dari segi antaramuka menunya, saya boleh kata ia kelihatan ringkas dan straightforward yang membolehkan anda membuat tetapan dengan pantas. Ia hadir dengan empat tetapan utama pada halaman menu ini seperti Picture, OnScreen Display, System, dan Information. Melalui tetapan ini, anda boleh menukar beberapa perkara asas seperti Contrast, Brightness, Sharpness, Color, dan Upscale untuk mengubah ratio paparan. Samsung juga turut mendatangkan fungsi Samsung Magic Bright pada tetapan ini yang membolehkan anda mengubah keterangan mengikut profil seperti Custom, Standard, Cinema, dan Dynamic Contrast.

Samsung CF390

Port Sambungan

Samsung C24F390FHE hadir dengan sambungan standard di belakangnya yang menampilkan port HDMI dan VGA. Kehadiran kedua-dua port ini membantu anda untuk sambungkannya pada majoriti komputer — tidak kira komputer moden atau komputer lama anda.

Samsung CF390 - DSC07203 (Priime Gold)Ia juga menampilkan lubang Kensington Lock untuk tujuan keselamatan bagi mengelakkan monitor anda dialihkan tanpa disedari. Sekiranya anda ingin meletakkan monitor ini di dinding, ia juga menawarkan lubang VESA mount untuk memudahkan anda memasangnya pada ruangan dinding pilihan anda.

Samsung turut menampilkan pembesar suara stereo pada monitor ini sekiranya anda tidak mempunyai sebarang pembesar suara luaran. Ia boleh disambungkan melalui lubang headphone jack 3.5 mm dari komputer ke paparan melengkung ini. Sekiranya anda tidak menggunakan sambungan ini sebagai medium penyambungan, Samsung C24F390FHE masih mampu mengeluarkan bunyi pada pembesar suara terbina daripada sambungan HDMI.

Pada pakej pembelian, pihak Samsung turut membekalkan kabel HDMI bersama-sama dengan monitor ini. Perkara ini memudahkan rata-rata pengguna tanpa perlu membeli kabel tambahan. Namun bagi komputer yang masih bergantung pada sambungan VGA, kabel VGA daripada monitor lama anda perlu digunakan semula kerana Samsung tidak menyertakan kabel ini secara bersama.

Samsung CF390 - 2 - DSC07170 (Priime Gold)

Paparan dan Prestasi

Menggunakan paparan ini tujuan kasual cukup memuaskan dengan rekaan melengkung dan saiz skrinnya yang besar. Menonton filem pada skrin ini kelihatan begitu menawan dengan warna yang vivid bersama tampilan paparan yang begitu cerah. Melayari laman web dan melakukan kerja-kerja pejabat juga tidak memberi masalah atas paparannya yang selesa dilihat melalui rekaan melengkung.

Namun apabila memasuki kerja-kerja yang berkaitan dengan grafik, prestasinya tidak begitu menyerlah kerana tidak mampu memeberi hasil warna yang tepat. Membuat suntingan gambar pada skrin ini saya dapati ia terlalu memberikan hasil warna yang oversaturated — menyebabkan grafik yang dihantar ke sosial media kelihatan pudar apabila dilihat pada skrin telefon dan komputer riba.

Begitu juga dengan tujuan permainan, Samsung dilihat menawarkan fungsi FreeSync yang dilihat mampu meminimakan latensi untuk mengurangkan kesan stutter ketika memainkan permainan. Malangnya, fungsi ini hanya disokong sekiranya anda menggunakan kad grafik AMD yang menyokong fungsi AMD FreeSync. Jika anda mempunyai kad grafik lain dan anda seorang yang pentingkan tindak balas yang baik untuk animasi permainan, monitor dengan response time 5 ms ini mungkin tidak memenuhi kriteria monitor pilihan anda.

Beberapa fungsi lain turut disokong pada monitor ini seperti Eye Saving Mode yang membolehkan anda melihat paparan tanpa perlu dibebankan dengan pencahayaan yang mengganggu mata anda. Samsung juga dilihat menyertakan Eco Saving Plus membolehkan anda menggunakan beberapa mod paparan seperti Off, Auto, Low, dan High untuk mengawal penggunaan tenaga pada skrin ini.

Samsung CF390 - DSC07156 (Priime Gold)

Rumusan

Samsung C24F390FHE dilihat bukan sahaja memberikan harga yang berpatutan tetapi mampu memberikan nilai yang hebat dengan rekaan melengkungnya. Ia menawarkan rekaan yang unik sekaligus menampilkan imej yang lebih moden apabila diletakkan di pejabat mahupun di dalam bilik. Ia begitu elegan dengan rekaan warna hitam bersama sentuhan glossy pada seluruh bingkai binaannya.

Prestasinya juga boleh dikatakan baik apabila digunakan sebagai monitor harian anda. Ia menawarkan paparan yang cukup terang dengan saiz skrin 24-inci yang sememangnya puas untuk dilihat. Binaan melengkung 17-darjah ini juga banyak membantu untuk memberi keselesaan pada pandangan mata.

Cuma ada beberapa perkara yang mungkin menjadi kekurangan paparan ini seperti ketepatan warnanya yang agak saturated jika dibandingkan dengan paparan elektronik yang sedang saya digunakan. Kedudukan butang kuasa dan menunya juga agak janggal dan adalah lebih jika diletakkan dengan butang yang mudah dicapai dan dilihat pengguna. Satu lagi perkara ialah kaki skrin ini tersangat sukar untuk ditanggalkan yang mungkin menyukarkan anda memasukkan skrin ini ke dalam kotak semula untuk proses pemindahan.

Pro
  • Harga yang berpatutan untuk skrin melengkung
  • Rekaan melengkung menampilkan rekabentuk monitor yang unik
  • Didatangkan dengan kabel HDMI pada pakej pembelian
  • Hadir dengan sokongan audio secara terbina
  • Grafik menu yang mudah untuk dikawal
Kontra
  • Kedudukan butang kuasa dan butang kawalan agak janggal
  • Warna yang dipersembahkan tidak begitu tepat
  • Kaki skrin yang sukar untuk ditanggalkan

Namun dengan harga RM699, Samsung C24F390FHE menjalankan tugasnya dengan cemerlang untuk penggunaan pejabat mahupun pengkomputeran secara kasual. Ia menampilkan rekaan melengkung yang menarik bersama saiz skrin yang begitu memuaskan untuk tontonan video atau melayari laman web. Sekiranya anda ingin mencari monitor untuk kegunaan pejabat atau di rumah, monitor ini dilihat mampu memberikan nilai yang hebat untuk anda.

Skor Amanz 2015 - Samsung CF390

Sumber : Amanz.my
Samsung Akan Memperkenalkan Program Menjual Peranti Utama Terpakai

Peranti terpakai ialah antara cara paling menjimatkan wang untuk memiliki peranti utama. Selepas beberapa bulan peranti yang dibeli akan kehilangan nilai sekitar 30%. Samsung kini dilaporkan akan memperkenalkan program menjual peranti utama mereka yang sudah terpakai kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Melalui program ini peranti utama seperti Galaxy S7 Edge dijual kepada pengguna pada harga yang lebih mampu milik.

Samsung-Galaxy-S7-Edge-IMG_20160321_141841

Peranti yang dipulangkan semula akan diperbaiki dan dijual sebagai sebahagian pakej kemas kini bagi mereka yang memiliki kontrak dengan peranti utama generasi lama. Dengan pengenalan program ini Samsung akan dapat meningkatkan jualan peranti dan meningkatkan keuntungan. Apa yang dilakukan mereka ini bukan perkara baru. Apple juga mempunyai program jualan semula peranti terpakai di beberapa pasaran di dunia. Malahan mereka mempunyai perancangan menjual peranti terpakai di India sebelum menerima tentangan pengeluar lain. Adakah peranti terpakai Samsung akan menerima sambutan yang baik seperti peranti terpakai Apple sekiranya dijual pada harga lebih kompetitif?

Sumber : Amanz.my
MaxisONE Club Menawarkan Diskaun Dan Penjimatan Tambahan Untuk Pembelian Atas-Talian

Maxis sedia menawarkan beberapa promosi dan penawaran produk khusus terlebih dahulu kepada pelanggan dibawah Maxis One Club. Hari ini, mereka membawa ia setapak lagi kehadapan dengan pengenalan penawaran diskaun sehingga 50% untuk pembelian atas-talian melalui pelbagai rakan kerjasama Maxis.

MaxisOne Club

Melalui penawaran baru ini yang mengalakkan para pengguna membuat pembelian atas-talian, Maxis menawarkan tiga perkara, termasuk MaxisOne Club CashBack yang menawarkan duit tunai kembali ke atas pembelian, MaxisOne Club Pay Day yang menawarkan diskaun sangat tinggi pada penghujung bulan (setiap 28 hingga 30 haribulan) – sehingga hanya RM1 untuk sesetengah produk, dan juga MaxisOne Club Exclusive Deals yang menawarkan beberapa penawaran khusus untuk pembelian produk.

Maxis untuk Cashback bekerjasama dengan pihak Shopback yang menawarkan tunai kembali sehingga 50%, sementara untuk perkhidmatan lain mereka bekerjasama dengan sejumlah penyedia perkhidmatan e-dagang tempatan.

Selari dengan ini, pihak Maxis turut akan mengemaskini aplikasi mudah-alih mereka dengan tab khusus untuk menikmati diskaun dan promosi – selain menawarkan pelanggan MaxisOne Plan 128 dan ke atas untuk menikmati Maxis One Club.

Layari : Shopback MaxisONE Club

Sumber : Amanz.my
Digi Membuat Pelaburan Melebihi RM250,000 Pada GrabGas, Vase Dan Local Usher

Digi sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk arena startup, selain turut hadir dengan bahagian Digi-X, yang mana merupakan sebuah makmal inovasi milik Digi dalam usaha untuk hadir dengan pelbagai perkhidmatan dan produk yang boleh membantu kehidupan digital para pengguna.

Terkini, lanjutan daripada program Digi Accelerate, pihak Digi telah memilih tiga startup daripadanya – dan akan membantu dalam memasarkan produk mereka dan membawa produk mereka setapak kehadapan. Tiga startup tempatan yang dipilih untuk pelaburan oleh Digi adalah GrabGas, Local Usher dan juga Vase.

Digi Accelerate

GrabGas merupakan salah satu startup tempatan yang menggunakan bot Facebook Messenger dalam memudahkan pengguna membuat tempahan tong gas untuk dihantar ke rumah mereka. Buat masa ini, perkhidmatan GrabGas hanya ditawarkan sekitar Lembah Klang sahaja dan masih belum meluas lagi. Melalui suntikan dana dan bantuan daripada Digi, ia sekaligus akan membolehkan GrabGas bergerak setapak kehadapan lagi.

Digi Accelerate

Selain GrabGas, yang turut menerima pelaburan Digi adalah Local Usher – yang mana merupakan salah satu platform rekreasi dan percutian untuk membolehkan anda menikmati pengalaman sebenar sekitar Malaysia – dan bakal diperluaskan sekitar ASEAN.

Digi Accelerate

Dan akhir sekali adalah sebuah firma kajian pasaran dinamakan Vase yang ingin membantu perniagaan dan klien untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan pantas.

Digi-X turut mengatakan mereka akan meneruskan usaha dalam melabur dan memberikan sokongan untuk pelbagai startup tempatan, termasuk memberikan peluang pengkomersialn melalui para pelanggan Digi dan Telenor pada peringkat global.

Sumber : Amanz.my
Unchecky – Memudahkan Anda Memasang Perisian Tanpa Sebarang Aplikasi Tambahan Yang Tidak Diingini

Unchecky – Memudahkan Anda Memasang Perisian Tanpa Sebarang Aplikasi Tambahan Yang Tidak Diingini

Bagi anda yang sering menguji atau memasang perisian baru, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai oleh anda adalah untuk menyemak setiap skrin ketika pemasangan, dan nyah-tanda pada pelbagai penawaran iklan dan juga adware yang disertakan bersama.

Sebagai contoh, terdapat beberapa perisian yang akan turut menyertakan toolbar untuk pelayar web ketika pemasangan – dan sekiranya anda terlepas pandang, ia akan dipasang pada komputer anda bersama-sama perisian yang ingin dipasang oleh anda.

Unchecky

Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perisian yang ingin membantu adalah Unchecky. Unchecky beroperasi secara latar ketika pemasangan sesuatu perisian, dan ia akan nyah-tanda dan mengelak anda daripada terpasang sesuatu perisian tambahan atau adware. Ia beroperasi melalui sebuah pangkalan data yang tersimpan oleh Unchecky, dimana ia menyertakan sejumlah perisian popular. Ini bermakna, ada kalanya ia tidak akan mengesan penyertaan adware pada sesuatu perisian dan mungkin anda masih perlu memandang skrin pemasangan ketika proses tersebut dilakukan.

Daripada apa yang dilihat, Unchecky menyertakan sokongan untuk pemasangan sejumlah perisian popular, termasuk seperti Utorrent, Java, Real Player, GOM Media Player dan banyak lagi.

Bagi anda yang gemar hanya menekan Next..Next.. sahaja ketika pemasangan perisian, mungkin Unchecky ini akan diminati anda.

Muat-Turun Unchecky untuk Windows

The post Unchecky – Memudahkan Anda Memasang Perisian Tanpa Sebarang Aplikasi Tambahan Yang Tidak Diingini appeared first on Amanz.

Sumber : Amanz.my
Tookar – Memudahkan Anda Membuat Tempahan Kereta Baru Dengan Diskaun Yang Anda Inginkan

Tookar – Memudahkan Anda Membuat Tempahan Kereta Baru Dengan Diskaun Yang Anda Inginkan

Pada masa kini, dengan lebih ramai menghabiskan masa atas-talian, jual-beli melalui arena internet juga semakin meningkat. Ini tidak terkecuali untuk pembelian untuk kenderaan – sama ada baru ataupun yang lama.

Tookar

Terkini, salah satu perkhidmatan baru yang telah dilancarkan di Malaysia adalah sebuah web yang dinamakan sebagai Tookar. Melalui Tookar, ia ingin memudahkan pengguna untuk membuat pembelian kenderaan baru dengan menghubungkan pengguna terus kepada penjual dan pengedar.

Tookar turut membolehkan pengguna menetapkan diskaun yang diinginkan oleh seseorang pengguna untuk pembelian kereta baru. Ia seterusnya akan dipersembahkan kepada pengedar, dan sekiranya ia dipersetujui, pengguna boleh dapat membeli kenderaan pada harga yang diinginkan.

Bagi anda yang ingin membuat pembelian kenderaan baru, mungkin anda boleh menyemak laman Tookar hari ini dan mendapatkan lebih diskaun sebelum melakukan sesuatu pembelian.

Layari : Tookar

The post Tookar – Memudahkan Anda Membuat Tempahan Kereta Baru Dengan Diskaun Yang Anda Inginkan appeared first on Amanz.

Sumber : Amanz.my
Masalah Bateri Microsoft Surface Pro 3 Akan Diselesaikan Melalui Kemas Kini Perisian

Julai yang lalu ada kami laporan masalah melibatkan bateri Microsoft Surface Pro 3. Sesetengah pemilik merungut bateri komputer tablet ini tidak mampu mengekalkan caj sehingga membuatkan hayat penggunaan menjadi terlalu pendek. Masalah hanya melibatkan pengguna dengan bateri yang dihasilkan oleh firma SIMPLO.

Surface 3 20150429_115057

Microsoft mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan melalui kemas kini perisian dalam masa terdekat.Kemas kini ini sedang dalam proses ujian terakhir bagi memastikan masalah akan diselesaikan tanpa menimbulkan masalah lain. Bilakah tarikh muktamad kini akan diberikan masih belum diumumkan. Masalah sudah berlarutan hampir sebulan dan pastinya mengganggu penggunaan peranti. Adakah di antara pembaca aman yang mengalami masalah ini?

The post Masalah Bateri Microsoft Surface Pro 3 Akan Diselesaikan Melalui Kemas Kini Perisian appeared first on Amanz.

Sumber : Amanz.my
Kerajaan Akan Meneliti Keperluan Robot Untuk Polis

Dengan era moden masa kini, pelbagai teknologi digunakan dalam memudahkan tugasan dan memastikan keselamatan – termasuk dalam keselamatan dalam negeri. Pihak Polis Diraja Malaysia sedia mempunyai Unit Drone tersendiri, dan terkini kerajaan telah menerima cadangan daripada Ketua Polis Negara untuk menambah-baik PDRM dengan menggunakan robot dan dron.

Robot dan dron membolehkan beberapa tugasan dilakukan dengan lebih efisyen dan pantas berbanding kebiasaannya. Sebagai contoh, pihak polis boleh menggunakan dron untuk meronda kawasan perumahan ataupun ketika sesuatu perhimpunan – dan memasang kamera dengan sokongan pengecaman wajah bagi mengenal-pasti wajah penjenayah sekaligus memberikan notifikasi kepada polis.

Selain di Malaysia, beberapa negara lain turut telah mula mengimplementasikan penggunaan dron dalam badan berkuasa. Ini dikatakan akan menyumbang kepada penambah-baikkan penguat-kuasaan undang-undang, disamping mengurangkan kesilapan yang mungkin dilakukan manusia.

Bercakap mengenai cadangan dalam menggunakan dron dan robot pada era kepolisan moden ini, kerajaan mengatakan mereka telah menerima cadangan, dan akan meneliti semua aset yang diperlukan dalam perlaksanaan – termasuk tertakluk kepada kelulusan dan bajet daripada Kementerian Kewangan.

The post Kerajaan Akan Meneliti Keperluan Robot Untuk Polis appeared first on Amanz.

Sumber : Amanz.my
Bearbot – Alat Kawalan Jauh Universal Untuk Pelbagai Peranti Yang Comel

Bearbot – Alat Kawalan Jauh Universal Untuk Pelbagai Peranti Yang Comel

Kecomelan bukanlah kriteria yang sering dikaitkan dengan peralatan elektronik. Kemampuan melakukan pelbagai fungsi dengan baik lebih penting bagi majoriti pengguna. Dengan Bearbot, kecomelan dan kepelbagaian fungsi digabungkan di dalam satu pakej yang menarik. Ia adalah sebuah alat kawalan jauh yang boleh mengawal pelbagai peralatan elektrik di rumah yang disambung menggunakan WiFi, Bluetooth, infra merah, zigbee dan frekuensi radio.

Bearbot-2

Terdapat skrin 1.44″ pada “wajah” Bearbot yang menunjukkan animasi comel. Peranti dikawal dengan melakukan pergerakan jari (gesture). Antara alat elektronik yang boleh dikawal menggunakan Bearbot ialah komputer riba, peranti pintar, sistem audio, televisyen, lampu pintar dan palam elektrik. Alat kawalan ini berfungsi tanpa wayar bagi memudahkannya digunakan di seluruh rumah. Apabila kehabisan bateri wajah beruang akan kelihatan mengantuk dan ia dicas secara tanpa wayar yang menyokong sistem pengecasan Qi.

Bearbot sedang cuba mengumpulkan dana bagi penghasilan secara besar-besaran. Ia boleh dipesan pada harga bermula €75 (~RM 341). Dengan setiap pesanan penyokong projek akan menerima sebuah Bearbot dan sebuah Mini Bearbot. Mini Bearbot dilengkapi pemancar infra merah untuk membolehkan alat elektrik seperti televisyen dan dekoder TV satelit dikawal apabila Bearbot tidak berada di bilik yang lain.

The post Bearbot – Alat Kawalan Jauh Universal Untuk Pelbagai Peranti Yang Comel appeared first on Amanz.

Sumber : Amanz.my
Sony Akan Memperkenalkan Dua Model PlayStation 4 Pada Bulan September 2016

Lanjutan daripada gambar yang tertiris pada awal pagi ini, kini menurut laporan WSJ, ia dikatakan Sony akan memperkenalkan dua variasi model PlayStation 4 pada bulan hadapan.

Menurut WSJ, selain daripada PlayStation 4 versi dinaik-taraf dengan sokongan 4K, Sony juga dikatakan akan memperkenalkan kemaskini kepada model PlayStation 4 sedia ada.

Sony PlayStation 4

Perkara ini selari dengan apa yang tertiris pada awal pagi ini, dimana model nipis atau PlayStation 4 Slim dijangka mungkin menggantikan model PlayStation 4 sedia ada. Ia turut dikatakan Sony telah mula menghabiskan stok PlayStation 4 sedia ada bagi menggantikan ia dengan versi barunya.

PlayStation 4 sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lepas. Sony telah mengatakan sebelum ini yang mana permainan yang ingin menawarkan sokongan untuk versi high-end baru perlu menambah sedikit kandungan tambahan – dan permainan baru masih boleh kekal dimainkan pada konsol PlayStation 4 sedia ada tanpa masalah.

Sony menjadualkan sebuah acara khas pada 8 September kelak dimana mereka bakal berkongsi lanjut mengenai perniagaan PlayStation 4 mereka.

Sumber : Amanz.my