Masalah Keputihan Berdarah

Masalah Keputihan Berdarah

Assalamualaikum wbt doktor, Saya ingin bertanya mengenai masalah keputihan berdarah. Kenapakah ia berlaku dan adakah ianya merbahaya? Dan apakah yang perlu saya lakukan? - Siti
=================================================
Wa’alaikumsalam wbt
Terima kasih kerana bertanya. Semoga berada dalam nikmat Islam dan dilimpahi nikmat dan kurnia-Nya.
Kecara umumnya, masalah  keputihan adalah  disebabkan oleh jangkitan kulat dan ia juga  dipanggil sebagai candidiasis ataupun vaginal thrush. Dianggarkan sebanyak 75% wanita mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Kebiasaannya, ia hanya mengeluarkan cecair berwarna putih atau kuning cream pekat dan disertai dengan rasa kegatalan yang teruk, kemerahan, tidak selesa dan kadang kala sakit disekeliling dinding faraj. Keadaan ini biasanya semakin teruk semasa/selepas berlakunya hubungan kelamin.
Adalah jarang sekali ia melibatkan pendarahan melainkan berlakunya inflamasi atau irritation pada vagina dimana keadaan ini dinamakan sebagai vaginitis. Irritasi ini boleh disebabkan oleh tindakan pesakit menggaru dinding faraj andai berlaku kegatalan. Akan tetapi, perlu diingat, beberapa perkara perlu diambil kira untuk memastikan bahawa pendarahan ini tidak bahaya. Disini saya nyatakan beberapa  keadaan yang memerlukan perhatian doktor untuk pemeriksaan :
1. Pendarahan berlaku dengan banyak samada ada ataupun tidak simptom kekurangan darah seperti berdebar-debar,  pucat atau pengsan.
2. Pendarahan tersebut tidak berkait dengan datangnya darah haid.
3. Cecair berubah warna dan bau seperti berwarna hijau/koko dan berbau seperti ikan busuk.
4. Menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang amat  teruk.
5. Tanda-tanda sistemik seperti demam, muntah-muntah, sakit perut atau belakang.
6. Masalah keputihan berlaku dengan banyak kali walaupun selepas menggunakan ubat.
7. Adanya tindakan allergik pada ubat cream yang digunakan.
8. Mengandung.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan diatas, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya tiada, saudari/puan boleh cuba untuk  membeli ubat di farmasi seperti cream co-trimazole, miconazole atau econazo… ubat untuk ditelan biasanya tidak perlu melainkan ada tanda-tanda jangkitan sistemik atau keadaaan keputihan yang teruk.
Terima kasih.
Penulis : Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)
Betulkah Tidak Boleh Minum Air Sejuk Berais Selepas Makan Makanan Berlemak?

Betulkah Tidak Boleh Minum Air Sejuk Berais Selepas Makan Makanan Berlemak?

Sebelum ini ramai kita terdengar pantang larang berbunyi jangan minum air sejuk atau air ais selepas makan manakanan berlemak kerana lemak akan jadi beku dalam badan sehingga menyumbat laluan darah. Ternyata perkara ini hanyalah mitos selepas ianya dijawab oleh Doktor Abd Ghani Hussain yang disampaikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di mana beliau menyangkal dakwaan berkenaan.
Menurut beliau sistem badan manusia merupakan 'rekaan' yang hebat di mana mempunyai satu sistem yang hebat bagi mengawal suhu dalam badan walau dalam keadaan apa sekali cuaca.
Jom kita baca...
Berkenaan memakan lemak dan minum air sejuk.

Ada orang beritahu saya yang kita tidak boleh minum air sejuk atau air berisi air batu selepas makan makanan yang berlemak. Katanya ia akan menyebabkan lemak itu beku dan akan menyumbat saluran darah kita. Saya kata kepada kawan saya, Allah telah membuat satu sistem yang dinamakan "homeostasis" dalam bahasa perubatan moden. Homeostasis ialah sistem pengimbangan dalam badan dimana keadaan badan akan sentiasa berada dalam keadaan normal termasuk suhu badan kita.

Walau pun didedahkan kepada suhu yang sejuk, suhu badan kita akan tetap berada dalam lingkungan 36 - 37.5 darjah celsius. Jadi walau pun kita minum air yang ada air batu, suhu air itu akan ditingkatkan kepada suhu optima badan. Jadi pembekuan lemak dalam badan kita tidak akan berlaku.

Keduanya, lemak diserap masuk ke dalam darah bukan dalam bentuk pepejal, ia diserap dalam bentuk molekul individu. Jadi proses pembekuan lemak tidak sama sekali akan berlaku didalam saluran darah. Jadi jangan khuatir, nikmatilah air sejuk atau berair batu tanpa was-was - Dr Abd Ghani Hussain (SiakapKeli)