Kenapa Doaku Tak Makbul ?

Kenapa Doaku Tak Makbul ?

“Penat dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?”
Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya. Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.
Dua puluh tujuh tahun dahulu arwah ayah pernah membawa saya ke muzium negara. Kami menaiki bas dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur kerana ayah memang tidak mepunyai kereta. Memandangkan arwah seorang konstabel polis, ke mana sahaja laluan bas yang kami naiki adalah percuma dengan sekadar ayah pamerkan badgenya bernombor 26200 pada pemandu mahupun kondukter bas.
“Onn (ini panggilan manja saya) nak pergi muzium kat KL tak?”
“Muzium? KL? Best ke yah?”
“Jomlah ayah bawak. Boleh tengok kapal terbang kat luar muzium tu. Dah tu kita jalan kat lake garden, nak?”
“Bila?” tanya saya teruja.
“Sabtu!” balas ayah saya.
Pada hari Sabtu itu, awal pagi lagi arwah ayah dah bangun. Ditanaknya nasi seusai solat subuh. Kemudian, dia menggoreng ikan kembung rebus cili padi dan belacan dengan kacang panjang. Menu istimewa ikan masak lompok-lompok ini memang terkenal dalam kalangan adik-beradik kami. Nasi putih yang masih panas ayah letakkan di atas alas daun pisang dan lauk sambal ikan tersebut diletak di atas bucu nasi. Kemudian, ayah balut ia umpama nasi lemak yang besarnya seperti induk ayam. Ayah bancuh air sirap panas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam termos. Inilah bekalan kami nanti kerana kami tidak punya banyak wang untuk makan di restoran. Ayah bungkus teliti dalam beg plastik yang dirapikan dengan balutan getah bulat.
“Siap dah bekalan kita, Onn. Ni nanti bila dah mesra sambal ikan lompok-lompok ni dengan nasi dan harum daun pisang, sedap ni nanti,” ucap ayah selesai membungkus bekalan kami kelak.
Kami tiba di muzium. Sambil berjalan-jalan, ayah ceritakan sejarah hampir setiap ruang dan galeri yang kami lewati. Sebagaimana dijanjikan, kami menyusur jalan di belakang muzium negara ke lake garden dan sama-sama kami jamah bekalan nasi bungkus tadi.
“Onn kat sekolah pandai, kan? Nak tak masuk universiti tak nanti bila dah besar nanti?”
“Eh, mestilah,” pendek sahaja jawapan saya.
“Kalau ayah bawak ke satu universiti paling best kat Malaysia ni nak tak? Ayah nak bagi semangat kat Onn. Universiti ni orang pandai-pandai aja yang dapat masuk. Macam Onnlah orang pandai.” Bersemangat betul ayah mempelawa saya.
Saya mengangguk tanda setuju.
Kami menaiki bas mini di hadapan muzium. Setelah sekitar 15 minit berlalu, ayah menekan loceng dan kami turun dan terus menyeberang jalan. Ayah pimpin tangan saya melewati pintu utama yang dijaga oleh dua orang ‘Pakcik Jaga’ (ini panggilan kami untuk kakitangan sekuriti). Saya baca tulisan yang terpapar di pintu gerbang masuk; “Selamat datang ke UNIVERSITI MALAYA,” bisik saya dalam hati.
Saya lihat ayah tersenyum.
“Inilah universiti tempat budak-budak pandai tu. Nanti bila dah besar Onn belajar kat sini tau. Tak ramai orang dapat masuk sini. Orang yang hebat-hebat sahaja yang boleh belajar kat sini,” ulas ayah pada saya.
Ayah pimpin tangan saya berjalan sekitar kampus. Kami lewati Dewan Tunku Canselor dan tasik kecil di sekitar kampus.
“Onn sukalah universiti ni. Onn mesti belajar kat sini nanti. Ayah suka kan Onn belajar kat sini?”
Ayah saya tersenyum bangga!
Semenjak dari itu hati saya sudah tetap untuk ke Universiti Malaya. Saya tidak tahu kursus apa yang akan saya ambil tapi itulah dia universiti pujaan hati saya. Apatah lagi, semasa saya bersekolah di sekolah asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, kawan-kawan semua menggelarkan universiti ini sebagai “Harvard University of Malaysia”. Namun, tak semua yang kita impikan jadi kenyataan, bukan? Kecewanya jiwa saya apabila mengetahui keputusan peperiksaan SPM saya tidak begitu baik, sekaligus tidak melayakkan saya menyambung pelajaran di matrikulasi Universiti Malaya. Walaupun saya mendapat pangkat satu, tapi keputusan untuk subjek matematik dan sains saya sangat teruk.
Saya tahu ayah kecewa. Tapi ayah simpan perasaan itu dengan memujuk saya. Kata ayah, belajar di mana-mana universiti pun sama sahaja. Tak apa, bukan rezeki saya untuk ke Universiti Malaya. Ramai juga kawan-kawan saya ke Universiti Malaya, terutamanya yang mengambil jurusan perdagangan. Itu tambah mengecewakan saya. Dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, saya hanya diterima melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Masa ayah, mak dan angah hantar saya mendaftar kursus di UTM Skudai, saya hampiri ayah.
“Ayah, Onn mintak maaf ya, yah. Patutnya kita ke Universiti Malaya, kan? Ayah harap sangat Onn ke sana dulu. Onn ingat lagi, yah. Maaf ya, yah. Onn tak pandai macam Achik. (Achik saya belajar hingga ke UK dan dia sentiasa menjadi inspirasi saya semasa saya kecil.)”
Ayah pandang wajah saya. Tak ada apa yang keluar daripada bibirnya. Dia hanya pandang tepat ke mata saya dan mengusap kepala saya. Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya meneruskan pengajian peringkat ijazah di UTM. Namun, harapan saya untuk belajar di UM tak pernah padam walau saya tak tahu bila ia akan tercapai. Sehingga ayah meninggal dunia, saya gagal memenuhi impian arwah ayah untuk menuntut di “Harvard University Malaysia”.
Tapi Allah SWT maha adil. DIA temukan saya dengan Ain. Ain lulusan sarjana muda jurusan matematik daripada Universiti Malaya. Bukan setakat itu, Ain juga merupakan salah seorang pelajar pintar yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya satu tahun awal daripada tempoh pengajian yang ditetapkan. Allah SWT tidak tunaikan impian saya dan arwah ayah melalui saya. Tetapi Allah SWT penuhi hajat kami melalui Ain. Masya-Allah, hebatnya perancangan Allah SWT, kan? Saya kira tertunai sudah hajat kami. Saya fikir perkara saya dan Universiti Malaya sudah tamat setakat itu.
Akan tetapi, rupa-rupanya Allah SWT tunaikan juga hajat arwah ayah dan impian saya dengan ‘double promotion’. Kurniaan limpahan dua kali ganda ini bukan melalui peluang untuk saya menimba ilmu di Harvard Malaysia. Allah SWT beri peluang untuk saya memberi ilmu kepada 29 orang mahasiswa daripada Universiti Malaya untuk menuntut ilmu daripada saya.
Lebih manis apabila Allah SWT terbangkan mereka dari kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur ke Liverpool John Moores University (LJMU) untuk saya ajari mereka tentang bidang kepakaran saya; pengurusan fasiliti. Hari ini sesi pertama saya sebagai ‘program leader’ menerajui ‘outbound reach out program’ antara UM dan LJMU.
Mereka akan bersama saya selama hampir sebulan dan saya diberikan kuasa penuh untuk merangka program bagi kesemua 29 orang mahasiswa tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Malaya itu. Semasa mereka diserahkan kepada saya tadi, hati dan perasaan saya bercampur baur; gembira, terharu, sedih dan sebak. Penuh emosi dalam jiwa ini. Sambil saya tatap 29 wajah anak Malaysia yang merupakan antara pelajar terbaik tanah air itu, saya hela nafas panjang sebelum saya mulakan kuliah pertama saya.
“First and foremost, I wish to welcome you to LJMU. Secondly, I wish to extend my gratitude to all of you for making my late father and my childhood dream a reality today. I have been holding on to this dream for 27 years. I am sure if my late dad was here with us today, he will be smiling at me with a huge sense of pride and happiness.”
Kemudian saya ceritakan kepada mereka kisah impian arwah ayah dan saya. Saya tegaskan yang mereka ini antara yang bertuah kerana mereka adalah antara mahasiswa terbaik di Malaysia dan betapa bangganya saya kerana berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman kepada mereka.
Perkongsian ini khas buat arwah ayah saya, Hj Mohd Noor Bin Habib. Saya mohon maaf kerana agak lambat menunaikan impian ayah. Tapi Allah SWT lipat gandakan kejayaan ini pada impian kita yang tak pernah padam. Saya doakan ayah damai di sana di samping mak dan insan-insan yang beriman. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih perih ayah membesarkan kami. Walau kadangkala hati ini buta menghargai kasih sayang ayah.
Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya. Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani. Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:
Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
Dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
Penulis : Mohd Nazali Mohd Noor (Pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom).
Gossip Girls

Gossip Girls

Spotted. Two sisters hunched down close together at a corner of a room. The tips of their hijabs were almost touching each other. They appeared to be deep in conversation.
“Ugh! She is so annoying!” complained Hani, frowning.
“Who? What? When? Give me the ‘deets’!” urged Melor impatiently. Her eyes were bulging with anticipation. One could almost see a twinkle in those round, big eyes.
“It’s the same person. You know, that girl I told you about …” Hani hesitated. She thought twice about revealing the girl’s name. She would not be bad-mouthing anyone if she didn’t reveal the person’s name … right?
“Who? Which one? Be specific, dear,” urged Melor again.
Hani’s emotions got the better of her. What the heck, she thought, it is not like I’m spreading lies. “It’s Shifa. Oh my God, she completely made a fool out of me in class. I was answering the lecturer’s question and then she had to go and correct me in front of the whole class. What a nuisance, right? I am sure she wanted to embarrass me. I’ve always known she had a thing against me. Eee, I can’t stand her!” complained Hani, her face contorted with hatred.
“She is so mean. You’re right. She is totally jealous of you. I don’t like her, too,” Melor said while making a face and pretending to puke.
Ah, gossips. They are so enticing – especially to us, girls. (Although, I have to say, the number of boys who gossip in this day and age are definitely growing. Is it a hormonal thing? Just wondering…) I mean, name me one living girl who has never ever gossiped in her life … yet?
Okay, maybe you can name a girl who has never gossiped in her life yet (most probably she is a toddler). But you get my point. Trust me, girls and gossips are hard to be separated. (Yes, with regret, I admit I am speaking from experience.)
Why do girls gossip? Well, most of the time we gossip out of pure boredom. We easily get anxious if we just sat quietly in the presence of each other. So, instead of doing something beneficial like reading a book, we talk. Of course, the talk started as innocently as possible – you know, with the topic being something as harmless as ‘assignments’. But soon enough, we would talk about the lecturer – about how bad his method of teaching is, how his hair always flops to the side, how he drools a little bit when he talks … okay, you get what I mean.
It is bad enough that we would talk about people whom we are not really close to – but still, we had to go and add to our sins by talking about people we are actually close to and care about – such as our own family and friends.
“Shifa can’t act like that. I think it was rude. What she did was wrong. I am discussing with you, instead of her, because I care about her. Why wouldn’t I just tell her directly so she is aware of her mistake and change instead of spreading her badness to other people, you ask? Well … because I care about her, that’s why!”
How many times have you heard that excuse – that we talk about a person to others because we ‘care’? Anyway, don’t you think that excuse is somewhat ironic? If you ‘care’ about a person, would you want that person to feel sad because you have ‘discussed’ about her wrongful behaviour with other people and painted a bad image of her in others’ minds?
Come to think of it, would it not be easier to just ‘discuss’ her alleged misbehaviours directly with her so she would become aware of it and try to change?
Allah SWT forbids backbiting (in other words, saying mean things about others) in the Qur’an;
“O you who believe! Avoid much suspicion, in deeds some suspicions are sins. And spy not neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah, verily, Allah is the one who accepts repentance, Most Merciful”  (Surah Al-Hujuraat 49: 12)
Backbiting is likened to eating a dead person’s flesh because a dead person cannot defend himself from being eaten by another. When we backbite a person, the person being talked about is not given a chance to give her side of the story and defend herself. Imagine that you are the person being talked about and your mouth was taped so you could not defend yourself. How would you feel? Frustrated, right?
So, why would we backbite if we hate being backbite on? (I am not sure whether that sentence was grammatically correct, but again, you get what I mean.)
Even if what we say (when we backbite another) is the truth, it is still backbiting (saying mean things about another). Abu Hurayrah narrated that the Prophet said, “Do you know what backbiting is?” They said, “Allah and His Messenger know best.” He then said, “It is to say something about your brother that he would dislike.” Someone asked him, “But what if what I say is true?” The Messenger of Allah said, “If what you say about him is true, you are backbiting him, but if it is not true then you have slandered him.” (Reported by Muslim)
Sometimes, no, MOST of the time, we are not sure if the thing we talk about is really true. Often, we just make our own conclusions about a person’s motive of acting a certain way. In other words, without us realising it, we often spread rumours about a person.
“I’m telling you. I can tell by Shifa’s facial expression when she was correcting me in front of the whole class that she totally enjoyed humiliating me!”
Are we mind-readers? Unless you’re a comic character (like Professor X in X-Men), then you can never really read a person’s mind. (Yes, I am aware that X-Men do not exist, thank you very much.) No matter how good we think we are in judging a person’s characteristics, we can never be 100 percent sure of why he or she acts a certain way. Besides, we should avoid judging people (outside of legitimate courts, of course). Instead, we should (sit back, relax and) leave the judging to Allah, the All-Knowing, All-Wise.
Allah SWT forbids the spreading of rumours;
“Behold, you received it on your tongues, and said out of your mouth things which you had no knowledge; and you thought it to be a light matter, while it was most serious in the sight of God.”  (Surah An-Nur 24: 15)
Come to think of it, a lot of bad things can happen if we spread rumours (no matter how light the rumour seems to be). The chain of events is unimaginable. What if people actually believe the rumours that Shifa is a bad person? A lot of people could distance themselves from her. She could in turn become depressed, drop out of college, make her parents and family angry, run away from home … okay, again, you get what I mean.
So, in a nutshell, zip your mouth. Think before you talk. Stop gossiping and spreading rumours (yes, I am telling this to myself). And when we are told a gossip, do not immediately believe it. Instead, Allah SWT told us in the Qur’an to remind the person spreading rumours that it is not right to gossip;
“And why did you not, when you heard it, say? “It is not right of us to speak of this: Glory to God this is a most serious slander.” (Surah An-Nur 24: 16)
Penulis : Nurul Ain Jamaluddin