Google sudahpun mengumumkan kejayaan mereka membeli syarikat peta yang semakin popular, Waze dengan anggaran nilai pembelian melebihi RM3 bilion. Meskipun Google mempunyai peta menerusi Maps sendiri, syarikat itu dilaporkan ghairah untuk menambah teknologi baru yang belum pernah mereka miliki sebelum ini.
Ia ditambah saingan kuat daripada Facebook yang cuba mengembangkan perniagaan mereka bukan sekadar laman sosial biasa. Google dan Facebook menjadi dua syarikat terakhir yang menjadi pilihan untuk membeli Waze dan akhirnya Waze memilih Google dan bukannya Facebook.
Syarikat itu berjanji mereka akan membenarkan Waze beroperasi secara bebas dalam mengembangkan inovasi peta, sesuatu yang sebenarnya menarik minat orang kanan Waze berbanding Facebook yang dikatakan mahu mengongkong syarikat terbabit.

wow persaingan hebat nih
BalasPadam