Keputusan Kabinet itu diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jam 1 tengah hari tadi.
"Kabinet sudah berbincang mengenai isu Myanmar membabitkan etnik Rohingya dan membuat keputusan untuk terus selesaikan perlawanan di Myanmar. Tindakan diplomatik seterusnya akan dibuat selepas ini," katanya.
Terdahulu, ramai yang mendesak skuad Harimau Malaysia menarik diri sebagai tanda protes pada kekejaman Myanmar terhadap penghapusan etnik Rohingya di negara itu. Namun, FAM semalam menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menarik diri kerana sukan bola sepak adalah berkecuali dari politik, agama dan semua aspek.
