Setelah hampir kesemua jenama peranti mudah alih telah membawakan peranti flagship mereka ke pasaran tempatan, pada hari ini Sony Malaysia mengumumkan tiga model dibawah keluarga premium mereka iaitu Xperia Z5 Premium, Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Compact.
Sony Xperia Z5 Dual hadir dengan paparan 1080p pada skrin bersaiz 5.2-inci. Ia beroperasi menggunakan Android Lollipop dan dijana menggunakan cip Snapdragon 810 2.0Ghz, dan memori 3GB RAM. Baterinya mampu bertahan sehingga dua hari dan salah satu fokus utama terhadapnya adalah sensor kamera sebesar 23MP Exmor RS. Untuk pasaran Malaysia, ia akan hadir dengan dua kad SIM. Sony Xperia Z5 Compact pula mempunyai saiz yang sedikit kecil berbanding Xperia Z5, hadir dengan skrin bersaiz 4.6-inci. Pihak Sony Malaysia turut mengumumkan Xperia Z5 Premium Dual yang hadir dengan skrin 4K, dan mempunyai saiz yang lebih besar degan paparan skrin bersaiz 5.5-inci. Untuk pasaran tempatan, Xperia Z5 Premium Dual turut boleh memuatkan dua kad SIM.
Sony Xperia Z5 Premium akan dijual pada bulan November dengan pilihan warna Chrome, hitam dan emas hmanakala Xperia Z5 Dual akan dijual pada harga RM2,699 dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan hijau. Bagi anda yang sukakan peranti Z5 pada saiz yang lebih kecil dengan lebih pilihan warna, ia hadir dengan pilihan warna hitam, putih, kuning dan biru laut pada harga RM2,299
Bagi pembeli Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Compact, Sony turut menawarkan 3 filem percuma yang boleh dimuat-turun menerusi Privilege Movie, Album foto, majalah percuma dari SPH Magazine, diskaun perkhidmatan MyTeksi bernilai RM45 dan baucar membeli-belah RM30 dari Zalora. Bagi peminat filem Bond, pengguna akan turut menerima cenderahati edisi terhad Spectre iaitu baju dan juga pembuka botol.
0 Comments
Catat Ulasan