Mesin Basuh Membasuh Dua Muatan Serentak

Di CES 2015 LG memperlihatkan mesin basuh TWIN Wash mereka yang mampu membasuh dua muatan berbeza serentak. Ia terdiri daripada sebuah ruang basuhan utama yang besar pada bahagian atas dan sebuah ruang basuhan kecil pada bahagian bawah. Kedua-dua ruang basuhan boleh digunakan serentak bagi menjimatkan masa anda membasuh baju. Kapasiti ruang basuhan kedua yang lebih kecil boleh dikhaskan untuk membasuh pakaian bayi ataupun pakaian dalam. Selain daripada itu mesin basuh basuhan berkembar ini juga mempunyai alat pengering terbina yang mengeringkan baju automatik selepas selesai kitaran membasuh. Tiada maklumat harga ataupun bilakah akan memasuki pasaran. - Amanz.my


1 ulasan


EmoticonEmoticon