Curie merupakan salah satu modul perkomputeran yang sebesar saiz butang baju, dimana ia menyertakan cip Quark, sensor untuk memantau kecergasan, dan juga sokongan Bluetootk LE. Curie dilihat boleh digunakan bersama-sama peranti boleh-pakai seperti jam tangan pintar dan juga gelang tangan pintar oleh pengeluar.
Cip ini juga dijangka turut akan digunakan pada peranti boleh-pakai daripada Intel, dimana mereka telah bekerjasama dengan beberapa syarikat sebelum ini, selain turut membuat pelaburan pada Vuzix baru-baru ini. Curie akan ditawarkan oleh Intel kepada rakan kerjasama mereka bermula suku kedua 2015 ini.- Amanz

0 Comments
Catat Ulasan