WeChat Kini Boleh Digunakan Di Nokia Asha

Ketua Pusat Produk Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Tencent, Dennis Hau berkata, ia sebagai salah satu langkah melebarkan penguasaan aplikasi terbabit yang semakin meningkat di kalangan pengguna.

“Ia capaian aplikasi sosial mudah alih yang terkemuka dan pengguna Nokia Asha kini boleh menikmati cara baru untuk berhubungan secara percuma dengan WeChat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Telefon dan Mesej Nokia, Jarmo Jokinen berkata, rangkaian dan aplikasi mesej sosial mendapat populariti besar di kalangan pengguna Nokia Asha yang ingin menjadi aktif.

“WeChat memperkayakan pengalaman pengguna Nokia Asha dan kami tidak sabar-sabar untuk bekerja rapat dengan Tencent untuk membawa ciri WeChat lebih inovatif kepada pelanggan kami dalam 40 siri telefon pintar Asha sekarang dan akan datang,” katanya.

WeChat untuk Nokia Asha dilengkapi dengan ciri ‘Hold-to-Talk’ yang membolehkan pengguna untuk menghantar mesej suara melalui rangkaian mudah alih atau data. Pengguna juga boleh berbual dengan sejumlah maksimum 40 rakan secara online melalui ciri sembang kumpulan WeChat.

1 ulasan


EmoticonEmoticon