“Aku Chika. Panggil aku Chi saje.” Kata gadis itu sambil menghulurkan tangannya.
“Tengku Azlyn Riana Tengku Mokhtar. Boleh panggil aku Lyn.” Sambut gadis manis disebelahnya.
“Err… Chika tu nama betul kau ke?”tanya Azlyn. Tiba-tiba Chika memuntah ketawanya. Terbahak-bahak dia ketawa. Sungguh tidak sopan. Tak macam perempuan langsung. Bisik Azlyn.
“Ade pulak Chika nama betul. Nama glamer la. Hiihihi…” ketawa gadis itu masih bersisa. Apalah minah ni. Nampak saja cantik dan manis. Senget rupanya. Bisik hati kecil Chika dengan senyuman lebar.
“Habis. Apa nama betul kau?” tanya Azlyn lagi. Chika terdiam. Ketawanya sudah mati.
“Tak perlu tahulah.” Bentaknya kasar.
“Kenapa? Kau malu dengan nama sebenar kau?” Azlyn masih lagi mendesak. Chika mencebik.
“Fine. Tapi ni kali pertama dan terakhir aku bagitahu kat kau. Lepas ni jangan sibuk tanya dan panggil nama penuh aku pula.” Dengus Chika perlahan. Gadis manis dihadapnnya hanya mengangguk tanya setuju. Chika menelan liur. Pahit. Sudah lama dia tidak memanggil nama penuhnya sendiri. Berhati-hati dia menyebut namanya.
“ Cempaka Hana Mohd Azmi.” Perlahan sahaja. Azlyn tergamam.
“Gila kau!! Punyalah sedap nama kau tapi kau nak sorokkan. Ishk.. sadis betul. Tapi kenapa panggil Chika?” tanya Azlyn. Dia sudah membaringkan badannya di atas tilam sambil memeluk bantal peluknya. Matanya masih lagi memandang gadis hadapannya itu. Comel, tapi kasar sedikit.
“ Sedap ke? Ah.. biarlah. Aku dapat nama ni dari rumah anak yatim yang aku duduk tu. Entah siapa yang start panggil aku nama tupun aku tak pasti. Dah lama dah. Masa aku budak-budak lagi.” Jelas Chika. Betul, seingatnya, semua orang memanggilnya dengan nama Chika. Siapa yang memulakan, dia tidak pasti.
“ Kau membesar di rumah anak yatim? Aku bersimpati. Kesian kat kau kan. Tapi tak pe, aku nak kawan dengan kau. Friend?” ucap Azlyn yang sudah bangun dari pembaringannya dan menghulurkan tangannya. Chika menyambut. Boleh tahan pedas kata-kata gadis itu, tapi Chika sudah lali. Kehilangan orang tuanya semasa berumur 13 tahun telah mencampakkan dia ke rumah anak yatim Darul Hannah kerana saudara maranya tidak mahu menjaganya. Dia akur. Lebih baik dia berdikari daripada hidup terkontang-kanting dalam keluarga sindiri.
Begitulah permulaan perkenalan mereka. Apabila mendaftar masuk di kolej kediaman pada tahun pertama pengajian mereka. Hubungan Chika dan keluarga Azlyn semakin rapat apabila gadis itu turut terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama Azlyn. Azlyn hanya mengalami kecederaan kecil, sedangkan Chika pula koma selama seminggu. Azlyn yang tidak sudah-sudah menangis kerana kesal dengan perbuatannya. Ya, dia terburu-buru memandu kereta Honda Jazznya kerana kecewa dengan sikap Farid Kamil. Lelaki yang dicintainya itu curang setelah dua tahun menyulam cinta. Akibatnya, kenderaan yang mereka naiki terbabas.
Apabila sedar dari koma, Chika terasa pelik kerana dia dikelilingi oleh orang-orang yang dia tidak kenal. Tetapi, mereka amat mengambil berat tentangnya. Aku dah hilang ingatan ke? Gumam Chika di dalam hati. Tetapi ternyata mereka mengenali dirinya. Selepas itu dia lena kembali. Apabila bangun daripada tidur, dia melihat Azlyn ada di dalam biliknya. Peliknya, gadis itu tidak semesra dulu. Dia hanya leka dengan laptopnya. Sedangkan Chika masih terkebil-kebil memandang gadis yang mencuka sahaja wajahnya.
Setelah itu, barulah Chika tahu, gadis yang masam mencuka itu adalah Tengku Azyan Rania Tengku Mokhtar, kembar Azlyn. Gadis itu masih menuntut di UiTM Melaka. Wajahnya masam kerana dipaksa untuk menemani Chika kerana Azlyn sudah pulang ke Bangi. Dan kerana kejadian itulah, Chika akhirnya dianggap anak angkat oleh keluarga Azlyn. Hubungan Chika dengan Azyan pula selepas itu semakin baik. Namun, kadang-kala Chika selalu terkeliru mahu membezakan Azlyn dan Azyan kerana mereka kembar seiras. Seringkali dia dimainkan oleh pasangan kembar itu. Walaupun begitu, Chika tidak melupakan keluarganya di Darul Hannah di Seremban kerana sekali sekali, dia masih melawat mereka dengan ditemani oleh Azlyn.
*****
Cuti semester berikutnya, kakak sulung Azlyn, Tengku Awatif Rasha Tengku Mokhtar atau dipanggil Kak Long akan melangsungkan perkhawinannya dengan Syed Muzaffar Syed Hussin. Azlyn mempunya 4 orang adik beradik. Selain Kak Long dan Azyan, Azlyn mempunyai adik lelaki yang berumur 15 tahun bernama Tengku Alwiz Rayyan. Apa yang sangat menyenangkan hati Chika, keluarga Azlyn sangat merendah diri orangnya.
Walaupun kaya raya, mereka tidak pernah berlagak dengan kesenangan mereka. Kenduri puteri sulung juga diadakan di kediaman mereka sahaja. Kata Mama Maria, mama Azlyn, senang saudara mara nak datang menolong. Pada hal, tak adalah menolong sangat. Semuanya diserahkan kepada pihak catering. Yang datang untuk menolong pun, sekadar menolong mengumpat. Biasalahkan bila makcik-makcik datang dan bersidang. Macam-macam cerita ada. Kata papa Mokhtar pula, masa inilah nak kumpul saudara. Kalau tidak, tak kenal saudara. Bila bercerita mengenai saudara, pilu pula hati Chika. Hidupkah lagi keluarganya yang ada di Sandayan. Mungkin suatu hari nanti, dia harus mencari mereka.
Majlis akad nikah akan bermula tak sampai dua jam sahaja lagi. Kak Long juga sedang didandan oleh mak andam. Chika, Azlyn dan Azyan leka memandang Kak Long. Cantik. Bisik hati mereka. Tiba-tiba Kak Long bersuara.
“Kak Tisya, nanti make upkan budak bertiga tu. Diorang jadi pengapit Atif nanti.” Kata-kata Atif kepada mak andamnya tu membuatkan wajah Azlyn dan Azyan bersinar-sinar. Tersenyum lebar mereka. Tetapi Chika mula membenamkan mukanya ke atas bantal yang dipegang tadi. Tak sanggup mukanya menjadi mangsa bahan kimia. Dia yang cintakan alam semulajadi tidak rela kulit mukanya tercalit dengan bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser kulit itu.
“Chi tak payahlah ek.” Pujuk Chika.
“Apa tak payah. Banyak cantik muka kau. Tak kira kena make up jugak.” Bentak Azyan pula.
“Entah apa-apalah kau ni Chi…” kata Azlyn sambil menjuihkan bibir. Dia sudah agak apa yang akan dikatakan oleh gadis itu.
“Ishk… tak nak lah Chika. Rasa macam kuali lekat kat muka.” Penjelasan Chika mengundang tawa Tisya dan Awatif. Dah agak dah. Bisik Azlyn. Bukan dia tak tahu, roommate merangkap adik angkatnya itu memang begitu. Kalau orang ajak make up, ada sahaja alasan dia.
“Alah Chi.. please… untuk Kak Long. 2 hari jer. Hari ini dan esok.” Pujuk Awatif lagi.
Chika menelah liur. Dua hari. Alamak. Masak-masak. Nanti naiklah jerawat manja kat muka dia yang tak berapa nak mulus itu. Tetapi, bila memandang wajah-wajah yang penuh mengharap daripadanya, akhirnya dia akur.
“Okeylah. Tapi janji. Hari ni jer. Esok tak nak.” Chika masih memberi tawaran.
“Hai, ada saja diskaun dia. Okeylah. Hari nipun hari lah. Tapi, kalau esok terasa nak, jangan malu pula nak cakap pada Kak Tisya. Okey.” Kata Awatif sambil menunjukkan lambang ok kepada Chika. Chika hanya tersenyum. Yang pasti, hari ini dia hanya mahu menjaga hati pengantin baru itu.
****
Bertugas sebagai penaggah, sudah lama Chika tidak merasa pengalaman itu. Itu pun semasa sekolah rendah dahulu. Tugasnya mudah, menyambut kedatangan tetamu dah mengagihkan bunga telur dan goodies bag kepada mereka. Dia bertugas dengan Azyan. Azlyn pula bertugas di tempat guest book. Hanya menyelia para tetamu menulis ucapan selamat kepada pengantin.
Bila rombongan pengantin lelaki tiba, kerja mereka semakin bertambah. Layanan perlu dilebihkan lagi. Nasib baiklah Azyan yang tak lokek dengan senyuman itu bertugas dengannya. Kalau tak, mahu kejang muka senyum 24 jam. Tak sempat nak kendurkan balik bibir tu, dah kena tarik balik. Tiba-tiba Azyan memegang tangannya dan berbisik ke telinganya.
“Chika, cuba kau tengok mamat yang pakai baju oren tu?Handsomenya.” bisik Azyan perlahan. Chika mencari kelibat yang dimaksudkan oleh Azyan.
“Em.. bolehlah. Kau suka ke? Pergilah minta no phone dia.” Balas Chika tidak berminat. Dia masih meneruskan tugasnya. Menyusun goodies bag di atas meja. Kemudian dia duduk melepaskan penat.
“Assalamualaikum…. “ sapa seseorang dari arah belakang. Chika dan Azyan memandang wanita itu serentak dan menjawab salam tersebut. Macam pernah tengok. Bisik Chika di dalam hati.
“Family Awatif ke?” tanya wanita itu lagi. Azyan tersenyum.
“Saya adik dia. Azyan.” Jawab Azyan lalu menghulurkan tangan bersalam dengan wanita itu. Begitu juga Chika. Turut menghulurkan salamnya.
“Saya Chika. Kawan Azyan.” Perlahan memperkenalkan diri kepada wanita itu. Tetapi dia rasa pernah berjumpa dengan wanita cantik di hadapan dia itu. Tetapi, lupa di mana.
“Chika ni dulu pernah duduk di Darul Hannah ke?” tanya wanita itu tanpa bertangguh. Chika mengiakan.
“Ya, Allah. Tak ingat ke? Ni Aunty Rozana lah. Hanakan?” Kata wanita itu lagi. Chika terkedu. Tidak menyangka wanita cantik di hadapannya adalah aunty Rozana. Wanita itu sering ke Darul Hannah dulu. Namun, setelah mengikut suaminya sambung belajar ke luar Negara, dia sudah tidak lagi berkunjung ke Darul Hannah. Dan hanya orang-orang tertentu sahaja memanggilnya dengan nama Hana.
“Ingat. Mana boleh Hana lupakan aunty. Aunty dah banyak tolong Hana dulu.” Jawab Chika. Matanya terasa berpasir. Dia memang menyukai wanita itu. Tetapi bila mengenangkan wanita itu, perasaannya mula sebal.
“Aunty dari rombongan lelaki kan?” tanya Azyan yang dari tadi hanya melihat kemesraan wanita itu dengan Chika.
“ Affa tu, anak saudara aunty…” jelas aunty Rozana. Seketika itu datang jejaka berbaju oren menghampiri mereka. Azyan mula tidak keruan.
“Mama.. jom jumpa pengantin.” Lelaki itu berkata sambil memandang Chika dan Azyan sekilas. Azyan tersenyum manis sedangkan Chika menelan liur pahit.
“Ini card aunty. Jangan lupa telefon ya. Dah lama tak borak-borak.” Kata aunty Rozana sambil berlalu pergi. Kad yang berada ditangan Chika dirampas Azyan. Dia tersenyum.
“Eh, kenapa dia panggil kau Hana?” tanya Azyan. Chika hanya mendiamkan.
“Do you mind kalau aku ambil kad ni? Nak berborak dengan my future mother in law.” Bisik Azyan lagi. Malas kebisuan Chika tadi.
***
Dua bulan berlalu, cuti semester tiba lagi. Seperti biasa, Chika menghabiskan seminggu pertama cutinya di Darul Hannah. Biasanya dia akan ditemani Azlyn dan Azyan tetapi kali ni hanya dia seorang sahaja. Azlyn hanya akan datang hujung minggu nanti.
“Macam mana belajar?” tanya Umi Faridah, pengetua rumah Darul Hannah mengejutkan Chika yang sedang leka mencuci akuarium. Chika hanya tersenyum. Bangga kerana walaupun dia sudah tiga tahun meninggalkan Darul Hannah, tetapi kasih sayang Umi Faridah tidak pernah berubah.
“Okey jer umi. Insya-Allah, tak sampai setahun lagi, habislah. Lepas tu bolehlah cari kerja.” Cerita Chika lagi.
“Hana nak kerja kat mana nanti?” tanya umi Faridah lagi. Chika mengeluh. Pili air di tutup. Tangannya dilapkan pada tuala yang disediakan. Dia mengambil tempat di sebelah umi Faridah.
“Hana kalau boleh nak kerja area sini je umi. Tapi, mama dan papa suruh kerja kat company mereka. Hana serba salahlah umi. Takut termakan budi.” Luah Chika lagi.
“Kenapa nak termakan budi pula. Diorangkan dah anggap Hana macam anak diorang.” Lembut suara Umi Faridah menenangkan hati Chika.
“Memanglah. Tapi, Hana tetap rasa mcam orang luar. Bukannya dorang jaga Hana dari kecilpun. Tu yang tak berapa nak sedap hati tu umi. Hana takut, orang mengata Hana ambil kesempatan sebab Hana baik dengan Lyn.” Umi Faridah tersenyum. Begitu rupanya pemikiran gadis itu.
“Bagi umilah, umi tak kisah apa orang kata, yang penting niat kita kena betul. Hana anggap diorang macam mana?” tanya umi Faridah lagi.
“Hana sayang diorang. Bahagia sebab ada keluarga. Tapi, risau tu tetap ada.” Luah Chika lagi.
“Dahlah. Tak payahlah fikir banyak. Tumpukan pada pelajaran dulu. Lambat lagikan. Emm.. Hana ingat tak pada Datin Rozana?” kata-kata umi Faridah menyentak perasaan Chika. Masakan dia boleh lupa dengan wanita itu. Dua bulan lepas juga dia sempat berjumpa dengan wanita itu, tetapi tidak dapat berborak lama.
“Kalau Hana nak tahu, dia datang sini cari Hana.” Sambung umi Faridah lagi.
“Cari Hana?Kenapa?Bila?” tanya Chika lagi.
“Dia rindu pada Hanalah tu. Dia datang sini minggu lepas. Umi ada cakap, Hana akan datang ke sini. Mungkin esok, lusa sampailah dia tu.” Jeda umi lagi. Chika mengetap bibir. Memang Chika tak pernah menghubungi wanita itu kerana dia hampir terlupa akan kad yang sudah diambil oleh Azyan. Dia pun tidak pernah bertanyakan kepada gadis itu. Chika masih terdiam.
“Hana masih marah pada dia lagi ke?” tanya umi. Chika tahu siapa dia yang dimaksudkan oleh umi. Tidak sesekali dia akan lupakan lelaki itu. Tapi, dia tidak pasti adakah lelaki itu akan terus mengingati dia.
“Tak usahlah berdendam tak elok. Benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Kalau tak, tak adalah Hana jumpa dengan family Tengku Mokhtarkan.” Pujuk umi Faridah lagi. Chika hanya tersenyum kelat. Mungkin benar kata-kata umi tu. Memaafkan “dia” adalah lebih baik.
***
“Kak Chika, umi suruh turun. Ada orang nak jumpa.” Kata Ainur, gadis manis berumur 14 tahun ketika menjenguk bilik yang didiami Chika. Chika hanya tersenyum. Dia pasti, tentu Azlyn sudah sampai kerana esok mereka akan balik ke Melaka, rumah keluarga Azlyn.
“Alright darling. Kejap lagi Kak Chika turun.” Jawab Chika perlahan sambil melipat telekung yang masih tersarung di badannya. Baru selesai solat Zuhur.
“Umi cakap cepat sikit.” Pesan Ainur lagi tanpa menunggu jawapan daripada Ainur dan berlalu turun dari rumah dua tingkat itu. Chika hanya menggelengkan kepala. Rambutnya yang sudah mencecah bahu itu dibiarkan lepas. Lalu dia turun menuju ke ruang tamu. Kedengaran riuh rendah suara tetamu. Chika menjenguk. Mungkin ada tetamu lain. Lalu kakinya dihala ke arah dapur. Kelihatan Azlyn sedang membantu Farisha membancuh minuman. Perlahan-lahan dia menghampiri Azlyn. Lalu gadis itu dipeluk dari belakang. Meleraikan rindu setelah hampir seminggu tidak berjumpa.
“Mak cik… rindu kat kau!!” sergah Chika sedikit kuat. Serentak dengan itu terdengar sudu terlepas dari tangan Azlyn.
“Chi…. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah selamat aku kena kapan.” Rungut Azlyn. Chika hanya mencebik.
“Kenapa Lyn, Farisha?” suara umi Faridah datang bertanya. Mereka hanya tersenyum.
“Tak ada apalah umi, anak kesayangan umi ni, kalau sehari tak sakat Lyn, memang tak tenteram hidupnya.” Adu Azlyn.
“Eleh, sergah sikitpun nak terkejut. Manja!!!!” Cebik Chika lagi.
“Kenapa Kak Ida?” tanya suara dari belakang umi Faridah. Chika terkedu. Seraut wajah Aunty Rozana muncul. Wanita itu tersenyum apabila memandang Chika. Chika menghampiri wanita itu lalu menyamaminya.
“Dah lama sampai aunty?” tanya Chika berbasi. Dia ingatkan tetamu hanyalah Azlyn dan menjangkakan wanita itu akan datang esok.
“Baru saja. Kebetulan terserempak pula dengan Azlyn. Tak sangka pula aunty Azlyn pun selalu ke sini.” Jawab Datin Rozana.
“Lyn datang sini lepas kenal dengan Chika ni aunty. Kalau tak, memang tak tahupun tempat ni.” Jelas Azlyn sambil menatang dulang dan bergerak ke ruang tamu. Chika yang turut membantu menatang piring kuih muih yang dihulurkan oleh Farisha tadi.
Sampai di ruang tamu, aunty Rozana keluar ke taman. Namun kembalinya diiringi seorang lelaki. Chika hanya memandang lelaki itu. Tinggi orangnya dan berkaca mata. Kulitnya putih dan bermata sepet. Wajahnya sedikit chinese look.
“Hana, ingat lagi tak anak aunty, Faiz?” Aunty Rozana memperkenalkan anak sulungnya, Faiz kepada Chika. Lelaki itu tersenyum. Manis wajahnya. Chika membalas senyuman.
“La.. abang Faiz ke? Tak cam Hana. Kalau jumpa kat luar confirm Hana ambil autograph. Ingatkan artis Korea mana sesat kat Seremban ni.” Sakat Chika. Dia dan Faiz dahulu sememangnya rapat. Lelaki itu sering mengajarnya matamatik. Maklumlah, Chika ni kalau bab kira mengira memamg lembab sikit. Gurauan Chika mengundang tawa dari semua orang. Faiz hanya tersenyum.
“Ada-adalah Hana ni. Abang Faiz sama je macam dulu. Mana ada berubahpun. Hana tu, abang tengok makin cantik.” Puji Faiz pula. Chika tersenyum.
“Habislah, malam ni ada orang tak mandilah nampak gayanya.” Sakat Azlyn pula. Perlahan, Chika memamagut leher Azlyn. Geram.
“Chi.. sakitlah.” Rengek Azlyn manja.
“Huh, perangai tak pernah berubah. Macam dulu juga.” Terdengar suara garau mencelah perbualan mereka. Chika terkedu. Dia. Namun Chika hanya mendiamkan diri. Senyumannya turut hilang dari wajahnya.
“Ijoi, tak elok cakap macam tu.” Nasihat aunty Rozana. Dia pun tidak faham dengan telatah anak keduanya itu. Suka sangat sakitkan hati Chika.
“Betul apa yang Ijoi cakap. Perangai tak pernah berubah. Hari tu, masa kat rumah uncle Mokhtar, ingatkan dah jadi wanita melayu terakhir. Tapi Ijoi tertipu rupanya.” Mendatar sahaja suara lelaki itu sambil duduk di hadapan Chika. Aunty Rozana hanya menggeleng kepala.
“Ouh, Hana ada masa kenduri hari tu. Ruginya abang Faiz tak ada masa tu.” Jelas Faiz lagi. Ketika kenduri Affa, sepupunya itu, dia berada di Bangkok atas urusan kerja. Jadi, memang dia tidak sempat menghadiri kenduri tersebut di kedua-dua belah pihak.
***
“Kenapa dengan Ijoi tu?” tanya Azlyn semasa memandu pulang ke Melaka. Chika mengeluh.
“Entah, sewel.” Jawab Chika perlahan.
“Hello. Takkan dia tiba-tiba sewel bila jumpa kau. Or … don’t tell me that your ex-boyfriend.” Pancing Azlyn lagi. Chika mencebik.
“Come onlah Chi.. dengan aku pun nak berahsia ke?” pujuk Azlyn lagi.
“Eh, benci betullah dengan kau ni. Kalau kau pujuk, aku asyik kena berterus terang je. Pandai kau pujuk aku kan?” rungut Chika lagi.
“Alah Chi… kitakan adik beradik. Tupun nak berkira. We’re bestfriend, are we?” masih tidak mahu mengalah Azlyn memujuk.
“Ialah makcik. Aku cerita. Tapi ni kali pertama dan terakhir. Lain kali jangan tanya lagi. Dan jangan cerita pada sesiapa.” Gertak Chika.
“No problem. Rilekslah, aku mana pernah pecahkan rahsia kau. Even si Yan pun tak tahu nama penuh kau. Aku simpan tau. Aku just cakap kat mama dengan papa jer nama penuh kau.” Senyum Azlyn.
“Kau cakap? Ee… malunya aku. Tak naklah balik Melaka. Kau patah baliklah. Aku nak balik Darul Hannah.” Rajuk Chika sambil menutup mukanya. Malu.
“Apalah kau ni. Mama dan papa pun cakap nama kau cantik. Nak malu apa? Tapi, aku dah cakap pada mama dengan papa, kau tak suka nama kau tu. Lepas tu, papa ajak kau pergi pejabat pendafataran. Nak tukar nama kau jadi Tengku Chika. Kau nak.” Usik Azlyn lagi. Chika hanya menjuihkan bibir.
“Aku gurau jerlah. Cepat cerita kenapa kau dengan Ijoi macam tu.” Tanya Azlyn lagi. Kemudian Chika terus bercerita.
Datin Rozana sering ke Darul Hannah. Di sana, semua orang memanggilnya aunty sahaja. Jika dia ke sana, anak-anaknya, Faiz, Ijoi dan Fatin akan turut serta. Faiz baik orangnya. Di sebabkan beza umurnya dan Chika 5 tahun, Chika memanggilnya Abang Faiz. Lelaki itu rajin mengajarnya matematik. Fatin pula muda lima tahun daripada Chika. Gadis itu masih kecil lagi ketika pergi ke Darul Hannah. Ijoi pula, beza 3 tahun dari Chika.
Apa yang membuatkan Ijoi dan Chika bergaduh? Ijoi memang suka mengusik. Bukan sahaja Chika, malah kebanyakkan gadis di Darul Hannah dia usik. Chika tidak suka kepada Ijoi. Kerana Ijoi juga, Chika tidak lagi berambut panjang. Dulu, rambut Chika panjang. Tetapi kerana Ijoi meletakkan gula-gula getah pada rambut Chika, rambut itu terpaksa dipotong. Sejak itu, Chika tidak lagi berambut panjang. Paling panjangpun hanya mencecah bahu. Kemuncak kemarahan Chika pada Ijoi, bila Chika diterima sebagai anak angkat kepada satu keluarga dari Kuala Lumpur. Tapi sayangnya, Ijoi membuat onar bila menyatakan Chika menghidap penyakit HIV. Keluarga tersebut tidak jadi mengambil Chika. Chika kecewa kerana ketika itu Ijoi sudahpun berumur 18 tahun, tapi perangainya masih keanak-anakkan. Sebulan selepas itu, Ijoi tidak lagi datang kerana mengikut ayahnya menyambung pelajaran di UK.
****
“Sejak bila mamat tu suka datang kat sini?” tanya Chika sinis. Azyan tersenyum.
“Selalu. Dia datang jumpa Abang Affa. Kenapa?Kau suka dia ke? Tak boleh tau. His mine.” Tegas Azyan. Chika mencebik.
“Tak ada maknanya aku suka pada dia.” Sindir Chika sambil berlalu naik ke ruang menonton untuk bersama Azlyn. Azyan hanya tersenyum. Lantas dulang berisi minuman yang dibancuh oleh Chika tadi dibawa keluar ke taman. Diletakkan di hadapan abang iparnya dan juga Ijoi. Dia memang suka pada Ijoi. Padanya lelaki itu memang memenuhi cirri-ciri lelaki idamannya. Ijoi tinggi, kulitnya sedikit cerah. Matanya sepet. Penampilannya juga seperti artis Korea.
“Mana yang lain?” tanya Affa. Dia lebih merujuk kepada isterinya.
“Ouh, diorang tengah tengok movie kat atas.” Jawab Azyan bersahaja. Dia mula berbual dengan Ijoi, sedangkan Affa sudah melangkah menuju ke ruang menonton di tingkat atas. Dari bawah sudah riuh kedengaran gelak ketawa isteri dan adik-adik iparnya.
“Wah, happy nampak. Korang tengok cerita lawak ke?” tanya Affa. Pertanyaan daripada Affa itu, makin menggamatkan suara tiga gadis itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya yang leka mengadap Chika dan Azyan.
“Apalah you ni dear. Ada nampak tv terbuka ke?” sakat Awatif pula. Affa memandang televisyen. Hitam dan kelam. Dia pula yang menggaru kepala. Makin ligat gadis-gadis itu mentertawakannya.
“ Ishk… Kak Long ni, kesian Abang Long.” Pujuk Azlyn pula.
“Kitaorang tengah dengar lawak bodoh ni ha. Si Lyn ni buat lawak bodoh.” Sambung Chika pula. Dengan ketawa masih bersisa.
“Apa pula lawak bodoh.Betul apa aku cakap.” Bantah Azlyn pula.
“Tak ada, bagi aku bukan setakat lawak bodoh dah tu, lawak bengap, pandir semua dah tu.” Gelak Chika lagi tanpa mahu mengalah.
“Ntah apalah Chi ni… bukan lawak bodohlah macam tu.” Tambah Awatif pula.
“Habis tu, kalau tak bodoh, kenapa korang beria gelak?” potong Affa pula. Pening fikirannya bila gadis itu bila duduk bersatu. Tawa mereka makin galak.
“Tak ada dear, memanglah cerita dia bukan lawak bodoh, tapi cara orang tu buat kelakar. Tu yang tak tahan nak gelak tu.” Sambung Awatif sambil menyambung gelaknya. Azlyn dan Chika, tak payah cakaplah. Berair-air mata mereka menahan ketawa.
“Peninglah korang ni.” Kata Affa sambil berlalu masuk ke dalam bilik. Awatif, Chika dan Azlyn terus menyambung ketawa.
“Tapi betullah tu …awak betul budak Zizan tu. Ada ke patut dia buat macam tu. Bagus juga Lyn kenakan dia macam tu. Lepas tu apa Chika buat pada dia?Memang dia percaya ek bila Lyn cakap Chika suka benda macam tu?” Tanya Awatif lagi. Tidak mahu ketinggalan cerita hangat tu.
“ Chika cakap pada dia, Zizan, larat ke awak nak kutip hati-hati nyamuk tu. Then dia kata, untuk Chika sayang, abang Jijan sanggup redah lautan api sekalipun. Pas tu, Chika ajaklah dia masuk parit dekat Alur Ilmu tu.Punyalah pucat muka dia. Chika cakap, ni baru parit. Kira test power dulu. Nanti nak pergi lautan api macam mana, kalau parit yang ada air pun Zizan tak sanggup.” Cerita Chika lagi.
“Lepas tu dia boleh cakap apa, Kak Long. Ni kotor. Api tak kotor. Apa punya bengaplah budak Zizan tu.” Tambah Azlyn pula sambil terus ketawa.
“Lepas seminggu tempoh yang Chika bagi, dia cakap apa kat Chika. Chika, you ni demand sangatlah. I tak sanggup nak kotorkan tangan I cari hati nyamuk. Lagipun, I rasa, I tak jatuh cinta pada you sebenarnya. I baru sedar perasaan I. I sebenarnya suka pada Noni, budak tahun 1 tu.” Cerita Chika itu menambah ketawa gamat dari mereka bertiga.
***
Sudah sebulan Chika menamatkan pengajian. Dan minggu depan, dia akan mula bekerja di pejabat milik Tengku Mokhtar. Dia, Azlyn dan juga Azyan. Nampaknya penerimaan kakitangan di Syarikat TM amat baik. Mereka tidak membezakan antara Chika dengan anak-anak Tengku Mokhtar yang lain.
Hujung minggu itu, keluarga Aunty Rozana datang bertandang. Ketika itu, Chika mahu ke Seremban. Berjumpa umi dan adik-adiknya di Darul Hannah. Mereka hanya bertegur sapa kerana Chika dan Azlyn sudah terlambat. Kehadiran aunty Rozana hanya ditemani oleh uncle Razlan, suaminya.
Sepanjang berada di Seremban, hatinya sedikit gelisah apabila umi Faridah hanya tersenyum memandangnya. Bila ditanya, dia kata, anak umi dah besar… memanglah dah besar. Dah 24 pun umi. Tapi pandangan mata wanita itu cukup mendebarkan dada.
Panggilan bertalu-talu daripada Azyan juga menyebabkan mereka terpaksa balik awal. Ingatkan selepas makan malam baru mahu bertolak pulang ke Melaka, tetapi suara keras daripada gadis itu menyebabkan mereka enggan bertanggun. Pelik benar perangai Azyan. Sebelum ini, tidak pernah dia berperangai begitu.
Sesampainya di rumah, Azyan terus menghadiahkan penampar percuma kepada Chika. Chika terkaku. Begitu juga Azlyn.
“Eh, Yan. Kau gila ke? Kenapa kau buat Chika macam ni?” keras suara Azlyn memarahi kembarnya. Walaupun mereka kembar, tetapi sejak mengenali Chika, dia lebih rapat dengan Chika berbanding kembarnya sendiri.
“Kau tanyalah anak pungut papa ni. Entah dari mana asal keturunannya, memang jenis tak sedar diri. Kalau menumpang, buat cara menumpang.” Bentak Azyan keras. Chika masih lagi terkedu. Tangannya masih memegang pipinya yang terasa pijar. Tetapi rasa pijar itu tidak mampu menandingi perasaan terluka bila keturunannya dikaitkan.
“Eh, kau call bagai nak gila suruh kitarang balik tengok kau meroyan ke?Mulut kau tu jaga sikit ya.” Marah Azlyn lagi.
“Yan, Lyn.. apa bergaduh depan pintu tu. Masuk.!!” Suara mama keras memberi arahan. Mereka terdiam. Chika memandang wajah wanita itu. Jelas keruh di wajahnya.Chika hanya mendiamkan diri.
Usai makan malam, mereka berkumpul. Tengku Mokhtar mengarahkan semua anak-anaknya berkumpul. Tidak terkecuali Chika. Wajah Azyan masih mencuka. Marahnya masih menggunung kepada Chika. Dari tadi Azlyn tidak bertegur sapa dengan kembarnya itu. Dia hanya memegang tangan Chika. Member semangat kepada gadis itu.
“Kenapa Yan tampar Chika?” tanya Tengku Mokhtar mengundang reaksi terkejut di wajah Awatif dan Affa. Azyan kaget. Sudah pasti mamanya sudah bercerita kepada papanya. Gadis itu kehilangan kata-kata. Dia gugup.
“Pernah ke papa angkat tangan pada anak-anak papa?” tanya papa lagi. Suasana sunyi.
“Dan, papa pasti, semua orang tahu, Chika juga anak papa. Yan pun sudah jelas akan hal ini kan?” tegas suara Tengku Mokhtar.
“Walaupun dia anak papa, dia tak boleh buat sesuka hati dia.” Bentak Azyan. Tengku Mokhtar memandang tajam kepada Azyan. Gadis itu kelu.
“Apa yang Chika dah buat?Lyn ada sepanjang masa dengan dia. Tak ada yang tak elok pun.” Sangkal Azlyn pula.
“Eh Lyn, kau kembar aku ker kembar Chika?” bangkang Azyan kasar.
“Yan….” Mama pula bersuara member amaran kepada Azyan. Mata gadis itu mula bergenang.
“Semua orang kat rumah ni sayang pada Chika. Habis Yan ni siapa. Kenapa nak lebihkan Yan dari anak pungut tu?” suara Azyan sudah disusuli dengan tangisan.
“Tengku Azyan Rania!! Papa tak pernah ajar anak papa aibkan orang.” Keras dan tinggi suara papa kedengaran. Semua kecut dan memdiamkan diri.
“Papa… mama… Yan… Chika minta maaf kalau selama ini kehadiran Chika menyusahkan semua orang. Chika tak bermaksud nak ganggu keharmonian rumah ni. Dan Chika rasa, Chika tak patut berada di sini. Chika tak nak papa gaduh anak beranak hanya disebabkan Chika.” Luah Chika. Dia tak mahu keluarga tersebuh terus menghukum Azyan.
“Chi… apa ni?” Awatif pula membantah. Dia menggelengkkan kepala tanda protes.
“Chika tak boleh pergi mana-mana. Chika tetap anak papa dengan mama.” Pujuk mama sambil menghampiri Chika dan memeluk gadis itu. Azyan bungkam. Dia yang anak kandung tapi sudah disisihkan oleh keluarganya.
“Betul tu. Chika hanya boleh pergi lepas majlis perkhawinan Chika selesai.” Tegas bicara papa. Azlyn dan Chika berpandangan. Terkejut dengan berita itu. Chika memandang mama dan wanita itu hanya tersenyum.
“Papa, sampai hati papa buat Yan macam ni.” Semakin sebak Azyan merayu.
“Yan kena terima hakikat, pinangan itu bukan untuk Yan. Tapi untuk Chika.” Lembut Tengku Mokhtar melantunkan suara sambil memeluk Azyan. Rambut gadis itu dibelai.
“But I love him. Masa majlis khawin Kak Long lagi. Kenapa boleh senang-senang sahaja dia rampas daripada Yan.” Ngongi gadis itu lagi. Chika terpana.
“Siapa yang datang meminang Chika?” tanya Chika ingin tahu. Walaupun di dadanya penuh debaran tetapi digagahkan juga bibirnya menuturkan pertanyaan itu.
“Datin Rozana. Dia pinang Chika untuk Ijoi.” Suara lembut mama itu tidak mampu mententeramkan perasaan Chika. Chika tiba-tiba bangun.
“Papa, mama… Chika bukan mahu melupakan budi mama dan papa sekeluarga. Malah Chika bersyukur kerana ditemukan keluarga yang baik macam ni. Tapi, maafkan Chika. Chika tak boleh terima Ijoi.” Bergetar suara Chika disusuli air mata yang deras mengalir. Lantas dia berlari mendaki tangga. Beg pakaiannya ditarik dan semua pakaiannya dimasukkan.
“Chi…. “ panggil Azlyn. Lembut.
“Aku tak boleh terima dia Lyn.” Tegas suara Chika. Pantas tangannya mengambil pakaian. Kasar dia mengelap air mata yang makin mengalir.
“Kau nak pergi mana ni?Kau nak tinggalkan aku ke?” tanya Azlyn lagi. Air matanya juga turut laju mengalir. Meruntun hatinya bila melihat Chika akan meninggalkannya. Chika terdiam.
“Aku tak patut ada kat sini.” Kata Chika lagi.
“Aku ikut. Walau ke mana saja kau nak pergi. Please, bawa aku sekali.” Pujuk Azlyn. Dia risau Chika akan membuat perkara bodoh. Tapi, dia tahu, Chika tak adalah bodoh sangat sampai nak buat benda yang tak tentu hala.
***
Sudah seminggu Chika menjadi isteri Ijoi. Chika tersenyum. Jahat betullah Ijoi ni. Bisik hatinya. Terkenang bagaimana dia memencilkan diri di Darul Hannah sebulan yang lalu kerana menolak pinangan Ijoi. Berkali-kali di pujuk namun dia tetap tidak mahu menerima. Akhirnya Ijoi datang menyerah diri dan memohon maaf. Ijoi juga meluahkan perasaan cintanya kepada Chika. Cinta dari zaman remajanya. Dia juga sengaja memberitahu keluarga angkat Chika yang gadis itu menghidap HIV kerana dia takut kehilangan Chika.
Dia tahu, dia akan berangkat ke UK. Jika Chika menjadi anak angkat dari Kuala Lumpur, dia pasti akan kehilangan Chika. Oleh itu, lebih selamat Chika terus berada di Darul Hannah kerana dia tahu, ke mana dia harus mencari Chika nanti. Katanya lagi, jika Chika masih menolak cintanya, anggaplah dia mahu menebus segala kesalahannya semasa mereka kecil dahulu. Dia rela jadi hamba dan pesalah. Tetapi, Chika tetap menolak. Chika memaafkan Ijoi tetapi tidak boleh menerima Ijoi sebagai suami.
Namun bila aunty Rozana terkena serangan jantung, dan membuat permintaan terakhir kononnya, barulah Chika terpaksa terima. Itupun kerana terpaksa. Namun setelah akad nikah, barulah dia tahu, tu semua drama yang direka oleh Ijoi hanya mahu melembutkan hati Chika. Memang aunty Rozana masuk ward, tetapi bukannya sakit jantung tetapi hanya keracunan makanan. Tiba-tiba pula dia membuat cerita kata permintaan terakhir. Nakal!!
Tiba-tiba terasa ciuman hangat singgah di pipinya. Chika berpaling mandang suaminya. Mukanya sudah berona merah. Malu.
“Sayang, kenapa ni. Termenung je?” tanya Ijoi lembut.
“Tak ada apalah.” Chika hanya tersenyum. Ijoi terus memeluk Chika dari belakang. Mereka leka memandang kepekatan malam. Bayu lembut yang menyapa mereka menambah suasana romantic.
“Sayang, tahu tak macam mana Sayang dapat nama Chika?” tanya Ijoi lagi. Chika terdiam.
“Tak pasti. Tapi semua orang kat Darul Hannah panggil. Siapa yang mulakan pun Chi tak pasti.” Jawab Chika perlahan. Matanya masih memandang bintang-bintang bertaburan di langit.
“Sebenarnya, tu abang punya kerjalah tu.” Melebar senyum Ijoi. Chika mengerutkan kening. Tidak faham maksud suaminya itu. Ijoi hanya tersenyum. Terdengar ketawa kecil meletus dari bibirnya.
“CHIKA tu adalah gabungan nama kita. CH for Chempaka Hana dan IKA for Ijoi Kamil.” Jawab lelaki itu lagi. Chika melepaskan pelukan Ijoi lalu memusingkan badannya mengadap lelaki itu.
“What do you means?Tak faham.” Tegas suara Chika kedengaran.
“Er.. abang saja nak gabungkan nama kita. Chempaka Hana dengan Faizul Kamil. Kan jadi Chika.” Tersenyum lagi lelaki itu.
“Tak ada kerja ke?” tanya Chika lagi. Pelik dengan kelakuan lelaki itu.
“Yup. Abang geram. Sayang asyik dengan Abang Faiz je.” Jelas Ijoi lagi. Masih dia ingat betapa rapatnya Chika dan Faiz. Walaupun Faiz hanya mengajar gadis itu, tetapi dia geram kerana Chika mahu melayan Faiz tetapi tidak dirinya. Cemburunya membuak-buak.
“Tapi, macam mana boleh tersebar nama tu pula?” tanya Chika lagi.
“Abanglah start panggil. Bila budak-budak tu tanya siapa Chika. Abang cakaplah, Chempaka Cicak Kubing. Kan jadi Chika juga. Hana tu tak cantik, panggil saja Chika. Tapi, niat di hati nak gabungkan nama Kamil, tanda you’re mine.” Bisiknya perlahan sambil memeluk erat Chika. Chika hanya mencebik. Nakalnya suaminya ini.
“Lyn cakap, sayang tak suka nama Chempaka Hana tu. Kenapa ya? Abang tak pernah tahupun.” Tanya Ijoi lagi. Chika tersenyum kelat. Perlahan dia mengeluh. Seketika dia memandang wajah lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu. Dia mengaku, dia jatuh cinta kepada lelaki itu, tetapi kerana layanan Ijoi terhadapnya, dia hanya memendam perasaan. Perlahan dia memukul bahu Ijoi perlahan.
“Abang punya pasallah. Ada pulak ejek nama Chempaka tu macam nama nenek kebayan lah, jiran abang yang tak siuman pun nama Chempaka jugalah… apa lagi.. nama tak sesuai dengan muka, muka macam jantan, tapi nama macam perempuan melayu. Tak suka tau. Sebab tu, rela je nama Chika tu. Tapi kalau tahu, nama Chika tupun abang punya kerja, mati hidup balik tak nak guna nama tu.” Rajuk Chika.
“Sorry ek. Abang jahat sangat ke?” tanya lelaki itu.
“Jahat sangat!!” jerit Chika perlahan sambil menarik perlahan hidung Ijoi. Dia memeluk lelaki itu. Alhamdulillah kebahagiaan miliknya. Dah Azyan, akhirnya akur kerana Ijoi tidak pernah mencintai gadis itu. Ijoi selalu bertandang ke rumah itu hanya untuk memerhatikan Chika. Hal itu disokong oleh Affa, kerana dia memang tahu segala kisah cinta dalam diam antara Ijoi dengan Chika.
“I love you Chempaka Hana, dulu, kini dan insya-allah, till Jannah” bisik Ijoi perlahan.
“I love you too Faizul Kamil.. forever.” Balas Chika.
** TAMAT **

jln citer yg penuh aksi!
BalasPadamlayaaaaaaaaaaaaaan
BalasPadamTerbaik
BalasPadamcomel je citer ni, chika, hihihi
BalasPadamPnjang Gila :O
BalasPadamDah nama pon cerpen,, hehe.. ^_^
Padambukan awak buat sendiri pn..-_-
BalasPadam