Untuk Satu Hari


Suasana dingin menyelubungi bilik milik pasangan raja sehari yang dihias indah dengan sentuhan halus pereka berpengalaman. Warna ungu lembut dipilih bagi menyerlahkan suasana kebahagian untuk pasangan pengantin baru yang baru sahaja diijab kabulkan. Haruman bunga segar diletakkan di setiap sudut untuk menghidupakan suasana romantis.

Anuar terjaga dari tidurnya selepas mendengar kokokan ayam yang berada diluar rumah mertuanya. Dia terus duduk di kamar sambil merenung tajam lukisan potret yang menghiasi bilik tidurnya itu. Anuar menatap wajah isteri yang berada disisinya sambil tersenyum. Isteri yang baru sahaja dinikahi semalam sudah menjadi miliknya. Lantas dia mengusap rambut isterinya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. “Sayang, abang cintakan sayang sepenuh hati abang” bisiknya perlahan. Dia mencium dahi isterinya dengan penuh rasa kecintaan.

Anuar turun dari kamarnya dan menuju bilik air yang berada di dalam bilik tersebut. Kepala paip dibuka lalu mencuci mukanya. Kesejukan air ketika pagi itu merasap ke kulitnya. Dia mencapai sehelai tuala lalu mengelap keseluruhan mukanya. Setelah selesai dia ke kamarnya semula.

“Assalamualaikum sayang. Selamat pagi...”bisik Anuar di telinga isterinya. “Sayang, bangun. Dah waktu Subuh nie.” Bisik Anuar dengan penuh kelembutan.

Areen terus membuka matanya dan memandang wajah suaminya lalu tersenyum.

“Awalnya abang bangun. Dah pukul berapa sekarang nie...?” ujar Areen dengan penuh manja

Anuar tersenyum melihat reaksi Areen lalu dicapai tangan lembut milik isterinya itu. Dikucup dahi Areen.

“Bucuk la sayang abang nie. Bangun sayang. Kita solat Subuh sama-sama ye.

“Abang, sayang cintakan abang” balas Areen sambil tersenyum.

Areen bingkas bangun dari tidurnya dan terus menuju ke bilik air. Anuar mengemas kamarnya. Selimut dilipatnya dengan kemas dan menyusun bantal-bantal dengan rapi. Tingkap biliknya dibuka untuk membiarkan udara dingin di luar masuk ke biliknya. Haruman bunga segar masih lagi memenuhi ruang biliknya.

Areen sudah lengkap dengan telekung miliknya. Dia terus mengambil sejadah lalu menghamparkannya menghadap kiblat. Anuar dengan segera mengambil wudu’. Solat Subuh pada pagi itu merupakan solat berjemaah pertama bagi mereka berdua.

“Allahu Akhbar”

Dengan suara yang lembut Anuar memimpin solat tersebut dengan dimulakan surah Al-Fatihah. Setiap pergerakkan solat dilakukan dengan rapi sehingga duduk tahyat akhir. Selesai sahaja memberi salam Anuar terus menadah tangan untuk berdoa diikuti dengan isterinya.

“Ya Allah, Kau berilah kebahagian yang kekal kepada kami selepas kami mengharungi segala dugaanmu. Berikanlah kami ketenangan dalam menjalani kehidupan rumah tangga dan permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. Kurniakanlah kami anak yang soleh dan solehah”

Selesai sahaja doa, Anuar terus menghadap isterinya lalu dihulurkan tangan dan disambut kemas oleh isterinya. Areen mencium tangan Anuar dan dengan pantas dia merasakan dahinya dikucup. Areen dapat merasakan kehangatan kasih sayang suaminya itu merasap dalam jiwanya.

“I love you sayang”

“I love you too abang”

Anuar terus mendakap kemas tubuh Areen dan pelukan itu dibalas isterinya itu. Menitik air mata Areen kerana terharu dengan layanan begitu romantik daripada suaminya. Inilah dakapan yang sentiasa dia inginkan.

“Sayang, kan sayang dalam dakapan abang. Kenapa sayang nangis lagi? Sayang menyesal ke kahwin dengan abang” ujar Anuar

“Tak abang. Sayang rasa bertuah jadi isteri abang selepas kita harungi pelbagai dugaan sebelum kita disatukan. Sebelum ni sayang sering inginkan berada dalam dakapan abang dan hari ini sayang dapat merasakan.” Jelas Areen sambil air matanya terus berjurai

Anuar mengeratkan lagi pelukannya. Dia mahukan isterinya dapat merasakan kasih sayangnya selagi masa masih ada. Areen memeluk Anuar dengan kemas bagaikan tidak mahu melepaskan tubuh suaminya itu dari dakapannya.

“Abang nak sarapan apa pagi ni..??? sayang buatkan untuk abang ye..” tanya Areen

“Hmm... Sejak kita kenal abang teringin nak rasa nasi goreng sayang. Tapi tak pe. Jom kita sama-sama masak kat dapur ye. Sayangkan pernah ngadu kat abang tangan sayang tak boleh pegang cili. Nanti rosak pula tangan isteri abang ni.” Usik Anuar

“Abang ni. Nak merajuk la” rajuk Areen

“Hahahaha... Sayang abang gurau je la. Jom sayang kita buat sarapan untuk semua orang.” Ujar Anuar

Anuar terus memimpin tangan Areen keluar dari bliknya sambil dia merangkul pinggang isterinya itu. Areen berasa bahagia dengan tindakkan suaminya itu dan dia mahukan perkara yang sama setiap hari.

“Abang, I love you”

“I love you too sayang”

**

“Eh, anak abah masak ke semua nie” tegur abah Areen selepas memandang ada pelbagai juadah di atas meja pada pagi itu

“Areen sebenarnya boleh masak abah tapi ngada-ngada dia je yang lebih. Nak kena teman dia kat dapur” sampuk Anuar sambil tersengih memandang wajah bapa mertuanya

“Abang nie, sayang gaul je nasi goreng ni kat kuali. Bahan-bahan semua abang yang siapkan.” Ujar Areen sambil mencubit lengan suamniya

“Kalau Nua nak tau, dulu mak pernah suruh angah nie masak. Tiga jam kat dapur tak siap-siap juga. Mak ingat banyak la lauk yang dia masak rupanya bihun goreng je” celah emak Areen

“Semua nak usik angah je. Lepas ni angah tak nak masak lagi” cebik Areen

Anuar terus merangkul lengan isterinya itu. Menggengam erat tangannya.

“Sayang, jangan la merajuk, kami semua bergurau je. Senyum sikit sayang. Isteri abang tak boleh masam muka. Dah tak cantik nanti” bisik Anuar di telinga Areen.

“Bagus juga angah dah kahwin kan mak. Kalau dia merajuk tak payah kak teh nak pujuk. Abang Nua dah ada boleh pujuk anagah” celah adiknya

Abah dan emak Areen hanya memandang gelagat anak dan menantunya itu. Tersenyum mereka berdua. Bagi abahnya Anuar mampu untuk menjaga anaknya itu.

“Sayang, lepas sarapan kita balik rumah mak abang ye” ujar Anuar

“Baiklah abang.. Kita belikan mak barang dapur ye. Sayang nak sambung makan dengan mak abang” jawab Areen sambil tersenyum

“Abang masuk bilik dulu ye sayang. Abang nak mandi” jelas Anuar

“Ok abang. Nanti sayang siapkan baju abang ye. Sayang nak cuci pinggan dulu” jawab Areen

“Untung abang dapat kahwin dengan sayang” jawab Anuar

“Abang, kenapa muka abang pucat? Abang sakit ke? Bagi tau sayang kenapa dengan abang.” ujar Areen dengan wajah risau

“Tak ada apa sayang. Maybe abang belum mandi. Lagi pun badan abang dah panas. Lepas mandi ok la nanti. Sayang jangan risau, abang sentiasa ada dengan sayang” jawab Anuar. Dia bingkas bangun dan terus menuju ke biliknya.

Ya Allah, janganlah Engkau menduga pasangan bahagia ini. Berikanlah mereka kebahagian yang kekal abadi.

**

Kereta Satria milik Anuar bergerak keluar dari perkarangan rumah mertuanya. Mereka mahu menziarahi emak Anuar yang tinggal di Seremban. Mereka yang sepasang memakai baju berwarna merah jambu menyerikan lagi kecerahan kulit mereka. Areen mengeluarkan CD dari beg tangannya lalu memasukkan Cd tersebut ke dalam permainan Cd di kereta suaminya itu. Berkumandang lagu-lau yang pernah diberikan oleh Anuar ketika mereka mula berkenalan dulu.

“Abang, ingat tak lagu dalam Cd nie?” tanya Areen kepada Anuar yang sedang memandu

“Ingat la sayang. Kan abang yang bagi CD nie kat sayang.....” jawab Anuar

“Mula-mula sayang dengar lagu nie, sayang nangis tau teringatkan abang. Abang jahat buat sayang nangis. Masa tu sayang risau sangat dengan keadaan abang” jelas Areen

“Kan abang dah jadi milik sayang dan abang akan sentiasa disisi sayang” jawab Anuar. Dia terus memaut tangan isterinya itu dan digengganm kemas. Bagi Anuar untuk menunjukkan rasa cunta bukan hanya dengan ungkapan tetapi perlu dengan sentuhan supaya isterinya dapat merasai apa yang dia rasa.

“Abang, kita singgah Jusco nak tak. Sayang nak belikan barang untuk mak abang. Nak belikan mak baju dengan kasut.” pinta Areen

“Ok sayang. Abang memang nak belikan barang untuk mak.” Jawab Anuar

**

Anuar terus memasuki ruang kotak kereta yang kosong di kawasan Jusco. Dia dan isterinya keluar dari perut kereta tersebut dan terus menuju ke pintu masuk pusat membeli belah tersebut. Areen terus memeluk erat lengan suaminya itu ketika berjalan. Anuar hanya tersenyum dengan tindakkan isterinya itu. Pertama kali dia dilakukan sedemikian.

Mereka singgah di kedai kasut wanita. Di situ Areen sibuk memilih kasut yang sesuai dengan emak mertuanya. Anuar hanya memandang gelagat isterinya itu. Dia memang tidak akan mengganggu jika Areen sedang memilih barang. Areen akan datang hampir dengannya jika dia tidak dapat memilih yang sesuai. Anuar masak dengan perangai isterinya itu walaupun perkenalan mereka belum mencecah usia setahun. Selepas memilih Anuar terus ke kaunter pembayaran untuk membayar barang-barang yang mahu dibeli oleh Areen. Tetapi niatnya itu dihalang oleh isterinya.

“Abang, tak apa biar sayang yang bayar sebab sayang yang nak beli untuk emak. Abang simpan duit abang ye. Nanti kita boleh beli benda lain” ujar Areen sambil tersenyum memandang wajah suaminya

“Tapi sayangkan tanggungjawab abang” ujar Anuar

Areen terus mengeluarkan duit daripada beg tangannya dan terus menyerahkan kepada juruwang kedai tersebut. Anuar tersenyum melihat tindakkan isterinya itu. Setelah selesai mereka terus ke pasaraya Jusco untuk membeli keperluan dapur untuk dibawa ke rumah emaknya di Seremban.

**

Anuar terus parking keretanya di belakang kereta milik abangnya. Banyak kereta di hadapan rumah emaknya bagaikan sedang menyambut mereka berdua. Anuar terus membuka pintu dan membawa keluar barang-barang yang dibeli oleh dia dan isteri. Areen menunggu suaminya mengeluarkan barang dan mereka bersama menyusun langkah untuk masuk ke rumah.

Sampai sahaja di depan pintu mereka melihat ramai yang berada diruang tamu. Semua keluarga Anuar datang ke rumah emaknya. Areen terus malu untuk meneruskan langkahnya kerana ini kali pertama dia berjumpa dengan keluarga besar suaminya. Anuar hanya tersenyum melihat isterinya dan lantas dia menarik tangan isterinya itu.

“Nenek, pak su datang” jerit anak buah Anuar.

Anuar hanya tersenyum gelagat anak buahnya yang sudah pandai bercakap. Dia melihat semua bapa dan emak saudaranya ada di rumah emaknya.

“Hari nie mak ada buat kenduri ke. Macam satu kampung je yang datang hari ini” gurau Anuar sebaik sahaja dia melangkah masuk rumah emaknya itu.

“Ingatkan dah tak nak keluar bilik lepas nikah semalam. Mana bini kau. Acik nak tengok” ujar pak ciknya. Anuar terus bersalaman dengan semua tetamu yang ada di rumah emaknya itu diikuti dengan Areen.

“Pandai kau pilih bini Khairul. Cantik..!! Lemah lembut..!! Mari sini Areen duduk dengan mak cik” sapa mak cik Anuar

Anuar hanya tersenyum mendengar kata-kata mak ciknya itu. Anuar terus mendapatkan anak buahnya lalu mencium kedua-dua pipinya. Anak buahnya itu juga terus mencium pipi Anuar. Areen terus duduk disisi emak mertuanya. Emak mertuanya terus memeluk erat menantu barunya itu.

“Mak, nie untuk mak. Khairul belikan untuk mak tadi” ujar Areen menjual nama suaminya

“Eh, bukan sayang ke yang keluar duit belikan barang untuk mak, jual nama abang plak ye” jawab Anuar

Semua tetamu yang ada terus tergelak melihat gelagat pengantin baru tersebut. Areen hanya tersenyum. Anuar terus bermain dengan anak-anak buahnya. Begitu asyik dia melayan budak-budak. Sekali sekala dia melihat isterinya yang rancak berbual dengan saudaranya. Terdengar juga terdengar ketawa manja milik isterinya itu.

“Macam mana Areen boleh kenal dengan Khairul nie. Mesti banyak dia bagi hadiah kan. Khairul ini gemar bagi hadiah” tanya sepupu Anuar kepada Areen

Areen hanya tersenyum selepas ditanya soalan yang berat untuk djawabnya. Dia melihat suamniya sedang rancak berbual dengan pak ciknya. Dia teringatkan kembali saat permulaan perkenalan dia dengan suaminya. Apa yang diakatan sepupunya anuar tadi memang benar. Anuar memang pandai mengambil hatinya ketika itu. Saat mula kenal Anuar menghadiahnya anak patung beruang. Kita hari konokesyennya Anuar memberinya music box dan banyak lagi. Tiba-tiba dia terpandang jam di tangannya. “Ini juga pemberian Anuar sebelum aku melapor diri untuk menjadi cikgu.” Bisik hatinya

**

Areen sibuk membantu emak mertuanya di dapur. Banyak yang dia perlu tahu tentang suaminya. Sambil membantu emak mertuanya Areen sempat tanya mengenai Anuar. Emak mertuanya dengan tenang menjawab semua pertanyaan menantu barunya itu.

“Areen kena pandai masak sambal sotong. Khairul memang suka dengan lauk tu. Lawankan lauk sambal dengan sayur bayam.” Jelas emak mertuanya

“Ye ke mak. Apa yang Khairul tak suka mak” tanya Areen

“Jangan banyak guna halia dalam lauk dia tak suka. Dia tak suka makan nasi terlalu panas” jawab emak mertuanya

“Baik mak. Areen cuba. Khairul kuat merajuk tak mak” tanyanya lagi

“Dia jarang merajuk Areen tapi kalau dah merajuk memang susah nak pujuk dia. Lagi satu, kalau dia balik kerja biarkan dia rehat dulu. Kalau ada masalah nak bagi tahu dia biar dia mandi dulu baru tanya. Dia nie memang banyak ikut perangai arwah abah dia.”jelas emak mertuanya

“Patutlah Anuar selalu rindu abah” bisiknya dalam hati

“Areen, boleh tak Areen janji dnegan mak. Areen jaga Khairul sebaiknya. Mak risau sebelum ni dia sering mengadu sakit pinggang dan dada. Dia terlalu banyak berahsia. Mak nak Areen jaga dia ye” rintih emak mertuanya

“Insyallah mak. Areen cuba. Mak janganlah risau Areen akan jaga Khairul sebaik mungkin” terang Areen

“Areen, tolong buatkan air oren. Boleh kita minum nanti” pinta birasnya, kakak ipar Anuar.

**

Areen sudah pun hidang lauk pauk di atas lantai dengan berlapikkan tikar. Dia sudah makin selesa dengan keluarga suaminya lebih-lebih lagi kakak-kakak ipar suaminya yang ramah dan sering melayannya.

Areen perlu banyak belajar untuk mengetahui citarasa suaminya. Syukur emak mertuanya sudi untuk berkongsi. Dia juga harus ringan tulang untuk belajar memasak kerana Anuar tidak begitu gemar makan di luar. Areen mencari Anuar yang sejak tadi dia tidak melihat suaminya itu.

“Kak, nampak Khairul tak?” tanya Areen kepada birasnya

“Cuba Areen tengok kat luar. Dia selalu duduk kat tepi sungai” jawab birasnya

Areen melangkah keluar dari rumah mertuanya dan terus mencari Anuar dan dia terlihat suaminya itu sedang duduk berseorangan . Dia mula risau selepas melihat wajah Anuar yang sedang menahan sakit.

“Abang, kenapa abang duduk kat sini? Sayang dah siapkan semua makan untuk makan tengah hari. Sayang tengok abang macam tak sihat je...” ujar Areen

“Abang sihat je sayang. Mari duduk dengan abang” jawab Anuar

Areen terus duduk di peha suaminya dan terus merangkul lehernya dan Anuar pula merangkul pinggang isterinya.

“Abang tak tipu sayangkan. Kenapa abang tak duduk dalam je” tanya Areen dengan nada yang risau

“Sayang, abang ok je la. Sayang buat apa je kat dapur tadi” tanya suaminya

“Sayang tolong mak masak. Mak cakap abang suka makan sambal sotong. Banyak sayang kena belajar dengan mak. Sayang rasa lepas habis kerja nak datang sini. Nak belajar masak. Nanti boleh sayang masakkan untuk abang. Keluarga abang semuanya baik. Tapi kan abang mereka sku usik sayang” senyum Areen memandang wajah Anuar

“Mesti sayang korek rahsia abang kat mak kan. Hehehehe... dulu abang selalu turun sungai nie pergi mancing. Dulu air sungai nie bersih je. Kadang-kadang ikut abah pergi jala” jelas Anuar mencwritakan pengalaman waktu kecilnya

“Mak cakap abang nasa kecik kuat nangis. Pas tu abang menangis masa nak pergi sekolah. Mak cakap kalau arwah abah tak hantar pergi seklah abang menangis.” Ujar Areen sambil ketawa.

“Ooo... habis rahsia abang sayang dah tahu ye.. Ngada ye. Mak pun cerita plak zaman abang kecik-kecik dulu. Suka ye syaang abang nie dapat tahu semua rahsia abang” Jawab Anuar sambil mencubit manja pipi isterinya

“Abang... Sayang nak dengar abang nyanyi. Dulu sayang curi-curi dengar abang nyanyi kat office. Abang selalu nyanyi. Sayang teringin nak dengar abang nyanyi untuk sayang” rengek Areen

“Manjanya sayang abang nie. Ooo sayang curi-curi ye. Dosa tau sayang.. Hehehehe... Sayang nak abang nyanyi lagu apa?cakap je abang nyanyikan” soal Anuar sambil memeluk pinggang isterinya

“Ikut abang. Sayang dengar je” jawab Areen ringkas

Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu

Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku

Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu....

Hariku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu

Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku

Sayangku berikanku hanya satu hanya satu

Lagu

Sedang mereka bermadu kasih tiba-tiba kereta Unser milik abah Areen berhenti dihadapan mereka. Mereka berdua berasa pelik dengan kehadiran abah dan emaknya itu.

“Abah, macam mana abah boleh sampai ke sini” tanya Areen dengan rasa pelik

“Mak mertua angah tadi telefon mak jemput makan tengah hari kat sini. Kebetulan abah tadi beli barang terus singgah” jawab abahnya

Anuar bingkas bangun dan terus membawa mertuanya masuk ke dalam rumah. Kehadiran mertuanya itu disambut emak dan keluarganya yang lain.

Anuar dan Areen hanya melihat kemesraan keluarga mereka. Terukir senyuman di bibir mereka berdua. Anuar merangkul pinggang isterinya daripada belakang. “Sayang, bahagiakan hidup kita kalau hari-hari macam nie” bisiknya di telinga Areen.

“Wei wei, tau la baru kawin tak kan sampai kat laman rumah pun nak berpeluk” teriak pak cik mereka

Merah padam muka Areen selepas ditegur begitu. Anuar dengan pantas meleraikan lekukannya tadi dan terus memimpin tangan isterinya untu masuk ke dalam rumah.

“Acik nie kacau mood kami la. Baru nak manja-manja dengan isteri sendiri” sengih Anuar

**

Selesai makan tengah hari dan solat berjemaah bersama isterinya, Anuar mengambil kesempatan untuk berahat di dalam biliknya. Dia termenung seketika melihat keadaan biliknya yang telah didiami sejak kecil lagi. Kedudukan perabot tidak banyak berubah selain set tidur yang baru sahaja dibelinya sebelum bernikah. Perbualan keluarganya dengan keluarganya mertuanya langsung tidak diendahkan. Sedang asyik dia mengelamun, Areen memberi salam untuk masuk ke biliknya.

“Abang menungkan apa tu..??? Ingat kekasih lama abang ke..???” soal Areen

“Abang dah ada sayang. Permaisuri hidup abang. Kenapa pula abang nak teringatkan wanita lain. Bagi abang sayang segalanya dalam hidup nie” jelas Anuar sambil memaut tangan isterinya

Areen terus duduk disisi suaminya sambil mengusap manja rambut yang tersisir rapi milik Anuar. Anuar membiarkan tindakkan isterinya. Dia hanya tersenyum memandang wajah manis milik isterinya.

“Kadang-kadang sayang macam tak percaya dah jadi isteri abang. Abang terlalu baik buat sayang. Abang sabar dengan perangai sayang. Abang tak pernah tinggalkan sayang walaupun dulu sayang sayang selalu lukakan hati abang. Banyak dugaan yang kita telah tempuh.” Ujar Areen sambil air matanya mula bergenang

“Itu tandanya abang ambil berat pasal sayang. Abang cintakan sayang. Jangan sayang nangis lagi. Abang berjanji akan selalu buat isteri abang bahagia.” Jelas Anuar sambil mendakap erat tubuh isterinya.

Areen memandang wajah suamniya lalu diberikan kucupan cintanya di bibir Anuar. Ternyata percintaan mereka ini sungguh hebat. Walaupun pada awalnya hanya memendam perasaan namun mereka disatukan dengan satu ikatan yang sah. Ya Allah, hindarkanlah kesusahan dalam hidup mereka, semaikanlah kebahagian yang abadi buat mereka. Aku tak sanggup mahu melihat mereka berdua ini derita lagi.

“Abang ada sesuatu nak hadiahkan kepada sayang. Sayang siap abang nak ajak sayang keluar” pinta Anuar

“Hadiah apa abang. Bagi la tahu sayang” soal Areen

“Abang tunggu sayang kat jereta ye.” Jawab Anuar sambil mengucup dahi isterinya

“Baiklah, abang tunggu kat luar. Sayang siap dulu”

Anuar terus menyarung jaket dan terus keluar bilik. Areen juga pantas untuk bersiap. Dia tahu suaminya tidak suka untuk menunggu. Dia sudah belajar dariapda kesilapan ketika mereka belum bernikah

**

Anuar menekan pedal minyak keretanya untuk menuju ke destinasi yang tidak diketahui isterinya. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan Areen walaupun di tanya berulang lagi ke mana tempat yang ingin dibawanya. Kereta Satria miliknya memasuki satu kawasan perumahan yang baru sahaja disiapkan. Areen melihat kawasan itu dengan rasa tanda tanya. Akhirnya kerata Anuar berhenti di hadapan sebuah rumah.

“Dah sampai. Jom sayang tengok rumah kita” ujar Anuar sambil tersengih melihat muka Areen

Areen hanya mengikuti suaminya. Dia melihat sebuah rumah yang begitu cantik dengan diserikan warna kegemarannya iaitu ungu. Namun hatinya masih rasa tanda tanya apa yang ingin ditunjukkan oleh suaminya itu.

“Abang, nie rumah siapa?” tanya Areen

“Rumah kita la sayang. Rumah sayang. Nampak tak nama kat pintu pagar tu?” tunjuk Anuar kepada Areen

Areen mencari apa yang ditunjukkan oleh suaminya itu. Dia terlihat satu nama yang diukir cantik berada di sebelah pintu pagar rumah tersebut. “TERATAK ILHAM HATI”. Air matanya berjurai laju. Dia langsung tidak menyangka suaminya begitu sayangkan dirinya. Dia terus mendakap suaminya. Kepalanya diletakkan di dada Anuar. Pelukannya semakin erat.

“Terima kasih abang. Sayang tak tau abang ingat apa yang sayang impikan abang tunaikan untuk sayang. Sayang abang sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan aku suami yang begitu memahami hati dan perasaan aku” tangis Areen

“Dah sayang jangan nangis lagi. Setiap apa yang sayang impikan dulu abang cuba untuk tunaikan. Allah berikan abang kekuatan dan sihat untuk abang buat semua ini. Jom sayang kita masuk dalam. Semua abang dah sediakan sebelum kita bernikah semalam. Malam nie kita tidur sini ye sayang. Nanti abang bagi tahu abah kita tak balik malam nie”pujuk Anuar

**

Anuar membiarkan isterinya untuk melihat setiap sudut rumah yang baru dibelinya itu. Dia telah mengggunakan khidmat pakar perhiasan rumah bagi menghidupkan suasana rumahnya itu untuk dia hidup bersama dengan Areen. Dia mahukan isterinya merasai kebahagian jika berada dirumahnya.

“Abang, cantik perhiasan rumah nie. Sayang rasa tenang je. Sayang rasa tak pergi mana-,mana. Nak duduk je kat rumah nie. Terima kasih abang” bisik Areen di telinga suaminya

“Selagi abang bernafas abang akan cuba bahagiakan sayang. Ini semua untuk isteri abang.”jawab Anuar

Sekali lagi mereka berpelukan. Kali ini tiada sesiapa yang akan menggangu mereka berdua. Mereka saling membisikkan kata-kata cinta. Sama-sama membuktikan cinta mereka. Sama-sama lemas dan pelukan asmara yang menghangatkan cinta mereka.

“Abang, jangan tinggalkan sayang... Sayang tak boleh hidup tanpa abang . Boleh abang janji dengan sayang...????” soal Areen yang berada dalam dakapan Anuar

“Abang akan sentiasa teman sayang.” Jawab Anuar dengan ringkas

“I love you Anuar”

“I love you too Areen”

Kata-kata cinta tidak pernah lekang daripada mulut mereka. Masing-masing sudah dapat merasai kasih sayang yang mengalir dalam tubuh mereka. Anuar bijak untuk melayan isterinya. Bagi dirinya insan bergelar isteri dalam hidupnya itu amat bermakna. Sudah hampir satu hari dia menjadi suami kepada Areen. Dia dapat menikmati erti ketenangan dan kebahagian dalam hidup yang sebelum ini dia tidak pernah merasai.

**

Selesai sahaja solat Maghrib, Areen terus ke dapur untuk melihat barang-barang keperluan yang ada untuk hidangan malam. Dia lihat semua keperluan itu sudah disediakan oleh suaminya. Peti sejuknya penuh dengan bahan-bahan masakan. Areen terlihat satu bungkusan berisi sotong lalu diambilnya. “Sayang masakkan abang sambal sotong ye” bisik hatinya sambil tersenyum

Anuar sedang berehat di ruang tamu rumahnya. Dia membelek majlah bola yang dibelinya ketika membeli belah di Juco siang tadi. Sedang dia membaca, dadanya sakit. Dia terus menekan dadanya sambil mencari minyak panas di dalam laci. “Ya Allah” jerit hatinya. Selepas menyapu minyak dia duduk di sofa untuk bertenang. Lama kelamaan sakitnya hilang.

“Abang, kenapa muka abang pucat je nie. Abang sakit ke”soal Areen dengan riak risau

“Abang pening kepala je sayang. Maybe letih sangat hari nie.” Jawabnya ringkas

“Jom abang kita makan. Lepas tu abang makan ubat dan rehat ye” ujar Areen

Areen menuntun tangan suaminya hingga ke meja makan. Dia sudah menyiapkan lauk kegemaran suaminya.

“Mesti sayang belajar dengan mak kan siang tadi.” Soal Anuar

Areen hanya terenyum. Dia teru mengambil pinggan lalu disendukkan nasi untuk suaminya itu. Sementara menunggu nasi itu sejuk, dia ke dapur untuk mengambil air. Anuar melihat setiap pergerakkan isterinya itu. Ternyata Areen belajar bersama emaknya tentang dirinya.

“Abang rasa la lauk sambal sotong nie. Sama tak dengan mak masak” pinta Areen

Anuar terus menyenduk lauk terebut ke dalam pinggannya lalu disuapkan.

“Not bad. Hampir sama tapi tak serupa” jawab Anuar sambil tersenyum.

Sungguh berselera Anuar menikmati makan malamnya itu. Bijak isterinya mengorek rahsia melalui emaknya. Bagi dirinya usaha yang dilakukan isterinya itu amat bermakna. Biarlah isterinya itu rapat dengan emaknya. Biar dia tahu sikapnya lebih mendalam. “Sayang, abang sungguh bahagia dapat seharian dengan sayang.” Bisik hatinya.

Selesai makan, Anuar membantu isterinya membasuh pinggaan dan mengemas di dapur. Areen tidak menghalang niat suaminya itu. Dia sungguh berasa bahagia bersama Anuar. Dia berasa bertuah menjadi seorang isteri untuk Anuar. Walaupun dahulu jodohnya hampir bersama orang lain namun Allah Maha Kuasa. Dia masih teringat Anuar datang ke rumahnya soerang diri untuk meluahkan perasaannnya kepada kedua orang tuanya. Dia kagum dengan usaha suaminya itu.

Selesai mengemas, Anuar melangkah untuk ke ruang tamu dengan membawa segelas air. Tiba-tiba dia rebah ke lantai. Gelasnya jatuh lalu pecah. Areen terperanjat selepas mendengar gelas pecah di ruang tamu lalu dia bergegas untuk melihat apa yang terjadi.

“Abang..............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Areen terus memangku kepala suaminya. Dia memeluk tubuh Anuar yang sudah tidak sedarkan diri.

“Abang, bangun.....!!!!Jangan tinggalkan sayang...” jeritnya

Ya Allah, Kau tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang. Jangan kau pisahkan mereka berdua. Kekalkanlah kebahagian yang sedang mereka kecapi ini Ya Allah. Aku bermohon kepadamu.

**

Anuar cuba membuka matanya yang teramat berat namun dia cuba gagahi juga. Dia terlihat kepala isterinya sedang berada di dadanya sambil tangannya menggengam erat jari miliknya.

“Sayang, abang kat mana nie” ujarnya perlahan.

“Abang dah sedar. Syukur alhamdulillah. Abang jangan banyak bergerak ye. Abang ada kat hospital. Tadi abang pengsan kat rumah” jelas Areen

“Maafkan abang sebab susahkan sayang. Sayang, abang nak air” pinta Anuar

Areen terus menuangkan segelas air untuk suaminya. Dia mencapai sebatang straw yang telah disediakan pihak hospital lalu dimasukkan ke dalam gelas. Areen mendekatkan gelas di ke bibir suaminya dan lantas disedut Anuar.

Selepas memberikan suaminya minum dia terus membelai rambut Anuar. Air matanya menitik memandang wajah sugul Anuar. Dia mengambil kain basah lalu mengelapi wajah Anuar.

“Sayang, abang nak balik rumah kita. Boleh tak sayang uruskan?”pinta Anuar

“Abang rehat dulu malam nie kat wad ye. Kalau abang dah sihat sayang bawa abang balik rumah kita. Sayang janji” jelas Areen

Anuar mencari tangan isterinya lalu digenggam erat. Air matanya mengalir.

“Kenapa abang nangis nie? Sayang ada teman abang. Dulu sayang tak dapat nak jaga abang masa abang buat pembedahan di JB. Hari ini sayang ada dengan abang” rintih Areen

“Sayang, abang cintakan sayang. Maafkan semua salah abang ye sayang” ujar Anuar

“Abang, jangan cakap bukan-bukan ye. Abang tak ada salah dengan sayang. Abang buat sayang rasa dihargai. Sayang bertuah dapat jadi isteri abang” jelas Areen

“Terima kasih sayang” balasnya ringkas

“Abang sihat ye. Abang jangan tinggalkan sayang tau. Sayang nak hidup bahagia dengan abang. Sayang cintakan abang” jelas Areen sambil mencium dahi suaminya

“Abang akan tetap ada di hati sayang.”

Areen terus mengusap rambut suaminya dengan penuh kasih sayangnya. Dia tidak mampu melihat Anuar menderita lagi. Dia tidak tahu apa akan terjadi pada dirinya jika suaminya tiada. Serabut fikirannya. Suaminya sudah tidur. Areen bingkas bangun dari kerusinya untuk baring bersama suaminya di atas katil. Dia terus membelai kekasih hatinya itu sehingga dia tertidur di dada suaminya.

**

Areen terjaga dari tidurnya selepas dia mendengar suara tangisan kanak-kanak di luar wad. Dia mencari jam untuk mengetahui waktu. “Dah subuh” bisik hatinya. Dia turun dari katil dan terus ke tandas untuk mencuci muka. Selepas selesai dia kembali ke katil Anuar untuk mengejutkan suamniya untuk solat.

“Assalamualaikum abang. Bangun abang solat subuh dulu”

Suaminya tidak memberikan respons

“Abang, bangun abang. Sayang dah bawakan air untuk abang ambil wuduk”

Anuar masih lagi kaku terbaring. Tiada tindak balas terhadapnya. Areen mula risau. Dia cuba lagi untuk mengejutkan Anuar.

“Abang, bangun abang. Jangan abang diam macam nie. Jangan buat sayang risaukan abang. Abang bangun la. Abang......!!!!!!” air matanya mula mengalir. Dia bergegas keluar dari wad tersebut.

“Doktor.....!!!! Nurse....!!!! Suami saya tidak sedarkan diri......”

Doktor dan nurse bertugas terus berlari menuju wad Anuar. Doktor tersebut memegang nadi Anuar. Dia cuba untuk menekan dada Anuar.

“Maaf puan, suami puan sudah tiada. Sabarlah puan”

“Abang......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

**TAMAT**

Penulis : Ilham Khaireen

3 ulasan


EmoticonEmoticon