Kutipan Derma Untuk Anak-Anak Yatim..


Kutipan Derma Ini Akan Diserahkan Kepada Rumah Anak Yatim Oleh Kelab Motosikal Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIIT Bikers Club) Yang Akan Berkonvoi Ke Rumah Anak Yatim Darul Aminan No. 73/162, Jalan Gedung Lalang 9, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Pada 25 Mac 2012 Nanti..

Kepada Yang Berminat Untuk Menghulurkan Bantuan..
Boleh Menyalurkan Bantuan Anda Ke..
Nombor Akaun
CIMB Bank : 09020129689529
Maybank : 152068820397
Nama Pemilik Akaun : Mohamad Fathi
Jika Ada Sebarang Pertanyaan..
Boleh Dihubungi No Tel : 012-2703658

DALAM al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan ‘yatim’ dan penggunaan kata-kata yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ertinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan daripada masyarakat untuk membolehkan mereka hidup selesa dan sempurna seperti orang lain yang mempunyai penjaga
(ayah atau ibu).

Al-Quran secara jelas menegaskan dalam beberapa ayatnya yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak yatim. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman bermaksud; “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”

Rahmat bagi mereka dizahirkan dalam bentuk kepedulian yang nyata, antara lain mengasuh mereka dalam keluarga kita, membantu ekonomi dan pendidikan, menjadi orang tua asuh, serta aktif mengelola rumah asuhan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat menitikberat kesejahteraan umatnya, terutama nasib golongan yang lemah seperti orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Sehubungan itu, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi-Nya dengan firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud: “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”

Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan kain sutera.” (Surah Al-Insan ayat 12)

Sesiapa yang berlaku tidak baik atau bersikap zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah SWT dan golongan ini dianggap antara satu ciri orang yang mendustakan hari akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhir? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Ma’un ayat 1-3)

Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Banyak hikmah dan kebaikan apabila anak yatim dalam keluarga dan anak yatim itu dijaga dengan baik. Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya dan keluarga kita akan berasakan ketenangan dan kebahagiaan, tetapi jika anak yatim yang ada di bawah peliharaan atau pun jagaan kita diperlakukan tidak baik, maka perbuatan itu akan menerima balasan daripada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

P/S : Minta Maaf Kerna Lambat Update.. Kerna Ada Masaalah Sikit Kat Blog Ini Kerna Angkara Budak-budak Nakal Yang Ingin Menghack Blog Ini Sampaikan Diblock Oleh Google.. Alhamdulillah.. Sekarang Dah Ok..

1 ulasan

  1. Alhamdulillah....kami dari Saito College, PJ baru je buat program amal kt Rumah Anak Yatim Darul Aminan tadi....Tuan Hj. Kamalul ada bgtau tadi yg UniKL akan datang esok....budak2 tu enjoy sangat2 tau td...sayu hati kami tengok muka mereka lebih2 lagi anak2 yg kecik tu...

    BalasPadam


EmoticonEmoticon