Surah Al-Baqarah, Ayat 215:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan(ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya(dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Assamualaikum...
Baru-baru ini aku aja join Kelab Motosikal UniKL (UniKL MIIT Bikers Club) mengadakan Konvoi Amal Sesuci Kasih Ke Rumah Anak Yatim Darul Aminan No. 73/162, Jalan Gedung Lalang 9, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan..
Memang keadaan disana.. Hurmm.. Seronok.. Semua anak-anak yatim memang mesra alam, ada yang nakal, ada yang banyak cakap, dan macam-macam lagi. Tapi aku tertarik pada seorang anak yatim ni, aduh terlupa namanya pulak, Aku tanya dia pernah gaduh tak nieh? Then dia jawab, Pernah.. Masa darjah 4. Aku tanya pulak, gaduh pasal apa? Dia menjawab gaduh pasal ada kawannya mengata pasal arwah bapanya meningal.. Dan macam-macam lagi.. Peehh.. Menyentuh kalbu hati aku bila dia mengatakan bergaduh pasal arwah bapanya.. Huhu.. Aku harap dia bersabar.. Mukanya memang comel.. Sekarang dia dah Form 1..
Setelah kami beramah mesra dengan anak yatim.. Dan ada sesetengah ahli kami membawa keluar anak-anak yatim untuk menaiki motor masing-masing dan membawa mereka bersiar-siar di sekitar taman rumah anak yatim tersebut.
Dan selepas tu semua masuk untuk bersiapkan diri untuk solat Zohor dan makan tengah hari.. Dan ketika itu hujan turun dengan lebatnya.. Memang lebat.. Dan selepas solat.. Dan berapa minit kemudian... Hujan pun berhenti.. Hurmm.. Hujan rahmat.. Kerna lepas makan tengah hari konvoi kami akan bergerak ke Pantai Port Dickson... Pas makan tengah hari.. Tanpa diduga kami.. Semua anak-anak yatim berkumpul dan menyanyikan lagu.. Semuanya ada 3 lagu.. Full video akan diupload kemudian..
Dan aku pula teringat akan lagu ini... Rahmat - Mama
Sekian.. Itu saja.. Maaf kan aku andai tulisan bahasa aku agak serabut sikit untuk dibaca.. Dan gambar-gambar tak banyak dimasukkan.. Kerna gambar ada di photographer kami..


mmg sedih..hukhuk..smg mereka tabah....
BalasPadam