Cicak Tokek Adalah Haram Di Makan!!


KUALA LUMPUR – Kepada mereka yang memiliki cicak yang popular dengan panggilan cicak tokek dan berhasrat untuk menjual kepada pelanggan beragama Islam mungkin boleh berfikir dua kali kerana ia adalah haram dimakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan baru-baru ini menetapkan cicak besar tersebut tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan serta mengandungi racun.

Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web e-fatwa itu berkata, pengecualian diberi untuk tujuan perubatan dengan hukumnya adalah harus.

“Namun sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak itu mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu,” katanya.

Sumber: http://www.kosmo.com.my

Mau Beli Tak?? Hehehe... 

Dari Meja e-fatwa :-

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dan-berubat-dengan-cicak-gekko-geckko-tokay

2 ulasan

  1. Tanpa Nama15/7/11 2:05 PG

    Salam, di mana tinggal haiwan ini di dalam hutan, di atas pokok atau di dalam lubang tanah? 14 tahun masuk dan meredah hutan Semenenanjung dan Sabah Sarawak xpernah pula jumpa, ada dengar cerita je.Kalau benar gambar di atas tu harus mencecah 20kg beratnya.

    BalasPadam


EmoticonEmoticon