Bini-Biniku Gangster
Tarikh Tayang : 22 September 2011
Tarikh Tayang : 22 September 2011
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi
setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Lakonan:
Shaheizy Sam : Herry (Pelakon Utama)
Yana Samsudin : Manja (Pelakon Utama)
Intan Ladyana : Reanna (Pelakon Utama)
Zul Handyblack : Muza (Pelakon Pembantu)
Pssttt : Wa rasa Filem-filem Malaysia pulak akan dilanda Aksi-aksi ganas.. Yeehhh! Ini yang ditinggu-tunggu... Akhz! Mula-mula filem Kongsi.. Pastu filem KL Gengster.. Haa.. Ini Lak.. Bini-biniku Gengster... Hahaha.. Ini cam cerita lawak aja.. Apa-apa pon.. Tunggu Aja Lah.. Layanz! Moga Filem-filem Malaysia Akan Lebih Proaktif! Dan lebih ada pengajaran....
ala ala my wife is a gangster :D
BalasPadamkna tgk ni
bahya ni.. takut pngaruh isteri2 kt luar plak.. hehe
BalasPadamHAAH LA..BAHAYA LAA.TKT PENGARUH KT LUAR JEE
BalasPadam