Selain daripada Celcom, kini pihak Telekom Malaysia turut telah mengeluarkan kemaskini, mengatakan mereka telah mengenal-pasti sejumlah lokasi sekitar Pantai Timur mengalami gangguan rangkaian.
Gangguan ini dijangka melibatkan akses kepada perkhidmatan data, selain melibatkan panggilan suara. Antara negeri yang terlibat adalah termasuk Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Pihak TM mengatakan mereka dalam proses membaik-pulih semua perkhidmatan berkenaan secepat mungkin.-Amanz

0 Comments
Catat Ulasan