Kepada mereka yang nak shopping baju sejuk bulan Desember boleh berbuat demikian, walaupun tak travel jauh ke negara yang sedang mengalami musim sejuk tapi tak mengapa kerana Malaysia dijangka akan mengalami cuaca paling sejuk yang pernah dicatatkan pada tahun 2019. Cuaca ini dijangka akan berterusan sehingga Mac 2020.
Adakah cuaca di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands apabila seseorang tanpa memakai pakaian tebal akan menggigil kesejukan pada waktu malam tidak kira di dalam atau di luar rumah.
Rakyat Malaysia di Semenanjung diselubungi cuaca sejuk pada waktu malam dan kabus pada waktu pagi, yang turut menyembunyikan Menara Berkembar Petronas, mercu tanda ikonik di sini, daripada dilihat dengan mata kasar.Kabus itu muncul sehingga kira-kira 10 pagi dan hanya menghilang ketika hari semakin panas. Ada yang mungkin tertanya-tanya adakah jerebu kembali semula kerana langit yang mendung kelihatan seolah-olah dilitupi jerebu.
Kebanyakan kawasan menjadi lembap dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak semalam. Dilaporkan tempat letak kereta bawah tanah sebuah pusat beli-belah popular di Cheras di sini, turut dinaiki air ekoran banjir kilat malam tadi.Suhu di seluruh Lembah Klang menurun sehingga 22 darjah Celsius, paling rendah dicatatkan dalam bulan ini kerana negara kini berdepan cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang biasanya dikenali sebagai monsun musim sejuk. -Rileklah

0 Comments
Catat Ulasan