Wajah Terakhir Natasha Hudson Sebelum Dia Mengenakan 'Niqab'

Aktres dan supermodel jelita, Natasha Hudson mengejutkan jutaan peminat apabila akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah secara TOTAL sebagai Muslimah sejati. Menerusi foto-foto yang dimuatnaik di laman Instagramnya, ternyata Natasha Hudson kelihatan sangat tenang dan bahagia dengan imej barunya. Mendekatkan diri dengan Al-Quran dan sumber-sumber bahan bacaan bermanfaat, nampaknya Natasha sudah nekad mengenakan 'niqab' yang menutup seluruh wajahnya. Yang dipamerkan hanyalah sepasang matanya yang cantik bersinar.

Kami percaya inilah 'kebahagiaan' dalam hidup yang dicari-cari Natasha selama ini. Semoga dia terus istiqamah dengan penghijrahannya ini.

Foto-foto eksklusif di bawah merupakan rakaman terakhir InTrend Malaysia bersama Natasha Hudson yang disiarkan menerusi ruangan 'Lembar Fesyen' dalam Ediisi 'Hijab Hipster', pada bulan September 2013. Dalam rakaman fesyen ini, Natasha Hudson digandingkan bersama CEO Aidijuma, Norjuma Habib Mohamad dalam balutan Aztec print, biker jacket dan leather gloves, menghidupkan nuansa gaya uber hijabi-star yang luxe.

Team InTrend mengucapkan selamat maju jaya kepada Natasha Hudson. Semoga dia akan terus membawa gelombang inspirasi kepada semua Muslimah muda di Malaysia. -Rosie Haslinda Nasir








0 Comments

Catat Ulasan