Malaysia Kekal Tanding Piala AFF


PUTRAJAYA - Setelah menerima desakan dari pelbagai pihak, Kabinet akhirnya membuat keputusan skuad Harimau Malaysia akan terus bersaing dalam saingan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, Sabtu itu, lapor Berita Harian.

Keputusan Kabinet itu diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jam 1 tengah hari tadi.

"Kabinet sudah berbincang mengenai isu Myanmar membabitkan etnik Rohingya dan membuat keputusan untuk terus selesaikan perlawanan di Myanmar. Tindakan diplomatik seterusnya akan dibuat selepas ini," katanya.

Terdahulu, ramai yang mendesak skuad Harimau Malaysia menarik diri sebagai tanda protes pada kekejaman Myanmar terhadap penghapusan etnik Rohingya di negara itu. Namun, FAM semalam menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menarik diri kerana sukan bola sepak adalah berkecuali dari politik, agama dan semua aspek.

1 ulasan

  1. Salam bro..sye nk mintk tlg ajarkan cara untuk buka whatapps pasangan/isteri curang tnpe perlu activation code..dgn kata lain..saye xbole dapatkan fon die..sebab isteri sudah tidak tinggal bersama..sye perlukn bukti2 untuk ke mahkamah..sye harap bro dapat tolong..kalau dikena kn byaran pon sye sanggup..harap bro bole tolong

    BalasPadam


EmoticonEmoticon