Sejarah keyboard QWERTY ini bermula dari penemuan mesin taip pertama oleh seorang warga negara Inggeris bernama Henry Mill yang dipatenkan pada tahun 1714.
Ketika itu huruf di papan ketik disusun berdasarkan alphabetical order ABCDEF seperti berikut:
Ketika itu huruf di papan ketik disusun berdasarkan alphabetical order ABCDEF seperti berikut:
Namun susunan atau tata letak huruf yang mudah dihafal tersebut menyebabkan para pemakai mesin ketik saat itu dapat menaip dengan sangat cepat. Kerana masih mengunakan mesin yang sangat sederhana maka kecepatan menaip menyebabkan beberapa huruf menjadi saling tersangkut dan tombol mesin penaip menjadi rosak. Hal ini tentu saja menjadi masalah kerana mengganggu perkerjaan.
Akhirnya pada tahun 1868, seorang warga negara Amerika bernama Christopher Latham Sholes (1819-1890) menemui cara mengatasi masalah ini dengan menghasilkan mesin ketik mekanik pertama dengan susunan abjad QWERTY. Dengan susun abjad sedemikian rupa maka kecepatan menaip dapat dikurangkan dan tombol-tombol huruf yang saling tersangkut dapat diatasi. Pada tahun 1873 mesin taip model 'QWERTY' ini telah dihasilkan secara meluas.
Pelik bukan? Innovasi dilakukan Christopher Latham Scholes ini bukan untuk mempercepatkan seseorang menaip sebaliknya untuk memperlahankan sebenarnya. Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan dan kita jadi lebih relaks bila menaip.
Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.
Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan.
100 tahun kemudian pada tahun 1973, penggunaan abjad QWERTY pada keyboard ditetapkan oleh ISO (International Organization for Standardization) sebagai standard keyboard layout. Mulai saat itu hingga sekarang semua komputer, laptop, smartphone dan gadget menggunakan keyboard dengan susunan abjad QWERTY, seperti tampak berikut ini.
Sekarang Anda sudah tahu kan alasan kenapa keyboard komputer atau keypad gadget anda hurufnya tersusun QWERTY bukan ABCDEF ?


0 Comments
Catat Ulasan