Apa Itu Stonehenge?


Assalamualaikum.. Dah lama wa tak update blog ni.. Hurrmm.. Baru-baru ni ada lagu yang amat menarik perhatian aku.. Lagunya bertajuk Ylvis - Stonehenge.. Korang boleh dengar kat bawah ni..


Lagu ni adalah tentang "Apa itu Stonehenge".. Korang tahu tak apa itu Stonehenge?? Haha.. So kat bawah ni aku boleh la menerangkan mengenai Stonehenge.. Mihmihmih.. Skema pulak ayat aku.. Err.. Err...

Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire, England, sekitar 13 kilometer (8 batu) di barat laut Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai megalit. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenar bulatan batu, tetapi kebanyakan ahli kaji purba mengandaikan bahawa sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM hingga 2000 SM. Bulatan tambak tanah dan parit membentuk fasa pembinaan tugu Stonehenge yang lebih awal, iaitu sekitar 3100 SM.

Gambaran menyeluruh mengenai Stonehenge :-

Pada awal abad ke-20, kebanyakan batu biru yang tegak telah pun condong. Ini kemungkinannya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah bilangan pelawat yang telah memanjat Stonehenge sekitar abad ke-19 disebabkan dorongan ingin tahu. Semenjak itu, tiga fasa kerja pemulihan untuk menegakkan kembali batu yang senget atau terbalik, dan untuk turut mengembalikan batu-batu tersebut ke tempat asal telah dilakukan dengan teliti. Secara tidak langsung, ini bererti rupa bentuk Stonehenge tidak lagi kekal sebagaimana asal seperti yang dicadangkan dalam publisiti pelancongan. Sebaliknya, sebagaimana dengan tugu peringatan sejarah yang lain, kerja-kerja pemulihan telah pun dilakukan.

Stonehenge merupakan nama yang diberikan kepada kelas peringatan yang dikenali sebagai henge yang terdiri daripada kurungan bulatan tambak dengan perparitan disebelah dalam. Sebagaimana yang sering berlaku dalam istilah arkhaeologi ini merupakan istilah warisan dari pengunaan antiquarian dan sepatutnya Stonehenge tidak boleh dikelaskan sebagai henge sebenar disebabkan tambaknya berada di bahagian sebelah dalam parit. Walaupun seusia dengan henges zaman Neolithik yang menyerupai Stonehenge, Stonehenge mempunyai kaitan samar-samar dengan bulatan batu yang lain di kepulauan kecil British seperti Bulatan Brodgar tetapi saiz trilitonnya sebagai contoh menjadikan ia unik. Tapak ini dimasukkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.

Prasejarah Stonehenge :-

Kompleks Stonehenge dibina dalam beberapa fasa pembinaan merangkumi tempoh selama 2,000 tahun walaupun terdapat aktiviti di tapak tersebut lama selepas itu. Pengkebumian mayat seorang Saxon yang dipancung telah dibongkar di tugu peringatan tersebut dan bertarikh abad ke tujuh AD. Fasa yang diterima pakai oleh pakar arkhaeologi adalah seperti berikut.


Stonehenge I :-

Monumen pertama terdiri daripada kurungan tebing bulat dan parit berukuran 115 meter (320 kaki) diameter dan dengan satu laluan masuk dibahagian timurlaut. Fasa ini adalah sekitar 3100 BC. Dibahagian luar kawasan kurungan terdapat 59 lubang, dikenali sebagai lubang Aubrey sempena John Aubrey, antiquarian abad ke tujuh belas yang merupakan orang pertama mengenalpasti lubang-lubang tersebut. Dua puluh lima dari lubang Aubrey diketahui mempunyai perkebumian abu bertarikh dua abad selepas pembinaan Stonehenge. Tiga puluh abu mayat diletakkan di dalam parit kawasan kurungan dan bahagian lain dalam kawasan Stonhenge. Tembikar dari Zaman Neolitik Akhir telah dijumpai bersama-sama ini memberikan bukti tarikh. Satu batu tunggal monolit besar yang tidak dilicinkan dikenali sebagai 'Batu Tumit' (Heel Stone) terletak di luar laluan masuk.


Stonehenge II :-

Bukti fasa kedua tidak lagi kelihatan. Bagaimanapun bukti dari beberapa lubang tiang dari tarikh masa ini membuktikan terdapatnya beberapa binaan kayu dibina dalam kawasan bulatan sekitar awal alaf ketiga sebelum masihi. Beberapa kesan papan didapati diletakkan pada pintu masuk. Fasa ini sama dengan tapak Woodhenge yang terletak berhampiran.

Stonehenge III :-

1) Cari gali arkeologi menunjukkan bahawa sekitar 2600 BC, dua lengkungan bulan sabit dibuat dari lubang (dikenali sebagai lubang Q dan R ) yang digali ditengah-tengan tapak. Lubang tersebut mengandungi 80 bluestone tegak yang dibawa dari bukit Preseli, 250 batu di Wales. Batu-batu tersebut dibentuk menjadi tiang dengan teliti, kebanyakannya terdiri daripada batu jenis dolerite bertompok tetapi turut termasuk contoh batu rhyolit, tufa gunung berapi, dan myolit dan seberat 4 tan.

Laluan masuk dilebarkan pada masa ini menjadikan ia selari dengan arah matahari naik pertengahan musim panas dan matahari terbenam pertengahan musim sejuk tempoh tersebut. Monument tersebut ditinggalkan tanpa disiapkan, sementara batu biru kelihatannya dialih dan lubang Q dan R dikambus. Ini kemungkinannya dilakukan pada tempoh fasa Stonehenge IIIb. Monument ini kelihatannya melebihi tapak di Avebury dari segi kepentingannya pada akhir tempoh ini dan Amesbury Archer, dijumpai pada tahun 2002 tiga batu ke selatan, membayangkan bagaimana Stonehenge kelihatan pada masa ini. Stonehenge IIIa dikatakan dibina oleh orang Beaker ( Beaker people ).

2) Pada aktiviti fasa berikutnya pada akhir alaf ketiga SM 74 mendapati batu Sarsen yang besar dibawa dari kuari 20 batu di utara ditapak Marlborough Downs. Batu-batu tersebut dikemaskan dan dibentuk dengan sambungan pasak dan ruas sebelum 30 didirikan membentuk bulatan tiang batu bersaiz 30 meter diameter dengan 29 alang batu di atas. Setiap ketul batu seberat 25 tan dan jelas di bentuk dengan tujuan mengkagumkan apabila siap. Batu ortostat lebar sedikit di bahagian atas agar memberikan gambaran ia kelihatan lurus dari bawah ke atas sementara batu alang melengkung sedikit untuk menyambung gambaran bundar monument lebih awal.

Di dalam bulatan ini terletak lima triliton batu sarsen diproses dan disusun dalam bentuk ladam. Batu besar ini, sepuluh menegak dan lima batu alang, dengan berat sehingga 50 tan setiap satu yang disambungkan dengan sambungan rumit. Ukiran pisau belati dan kepala kapak terdapat di sarsen. Dalam tempoh masa ini, laluan sepanjang 500 meter dibina, menuju ke arah timur laut dari pintu masuk dan mengandungi dua pasang tambak selari yang berparit ditengahnya. Akhir sekali dua batu portal besar dipasangkan di pintu masuk yang kini hanya tinggal satu, Batu Penyembelihan 4.9 meter (16 kaki) panjang. Fasa yang bercita-cita tinggi ini dipercayai hasil kerja kebudayaan Wessex Zaman Gangsa awal, sekitar 2000 SM.

3) Selepasnya pada Zaman Gangsa, batu biru kelihatannya telah ditegakkan semula, dalam bulatan antara dua tiang sarsen dan juga dalam bentuk ladam ditengah, mengikuti tata rajah sarsen. Walaupun ia kelihatannya satu fasa kerja yang menakjubkan, pembinaan Stonehenge IIIc dibina kurang teliti berbanding Stonehenge IIIb, batu biru yang ditegakkan kelihatannya mempunyai asas yang tidak kukuh dan mulai tumbang. Salah satu daripada batu yang tumbang telah diberi nama yang kurang tepat sebagai Batu Tempat Penyembahan. Dua bulatan lubang juga digali diluar bulatan batu yang dikenali sebagai lubang Y dan Z. Lubang-lubang ini tidak pernah di isi dengan batu dan pembinaan tapak peringatan ini kelihatannya terbiar sekitar 1500 SM.

Stonehenge IV :-

Sekitar 1100BC, jalan laluan disambung sejauh lebih dari dua batu sehingga ke Sungai Avon walaupun ia tidak jelas siapakah yang terbabit dalam kerja binaan tambahan ini.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut.. Korang boleh klik link di bawah ni.. 


5 ulasan

  1. baru ku tahu! best ler lagu tu,, terbaik!!

    BalasPadam
  2. wah terima kasih atas explanation ini, tapi tak ley dengar lagu sebab kat office...he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. office wa boleh ja layan utube.. mihmihmih.. =p

      Padam


EmoticonEmoticon