Lelaki India Putus Tangan Di Tetak Hadapan Stesen Minyak


Seorang lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia setelah pergelangan tangannya putus akibat ditetak oleh sekumpulan pemuda bertopeng di hadapan sebuah stesen minyak Shell di Ligamas Batang Kali, semalam.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapat rawatan lanjut, tetapi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku akibat sekumpulan gangster yang mahu membalas dendam ekoran kejadian pergaduhan sebelum ini yang melibatkan dua kumpulan gangster di Taman Ketoyong Permai, Tanjung Malim, Perak.

Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi(08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) Kalompang, Selangor.

 

P/S : Manusia sekarang dah makin kejam... =(

3 ulasan

  1. Tanpa Nama6/7/13 4:11 PG

    x habis2 tetak menetak

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/7/13 4:37 PG

    kejamnye

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/7/13 5:28 PG

    Hmmm.. Aku ingatkan berlaku di oversea.., rupanye di MALAYSIA!

    BalasPadam


EmoticonEmoticon