Hampa...


Sepi itu semakin terasa sebati. Jeritan hati ini menendang kuat mahukan yang memilikinya selama ini. Tapi adakah dia masih mahu memandangku lagi? Menerimaku lagi? Sesungguhnya aku yang bodoh kerana mempersia. Oh Tuhan, basuh hati sepiku yang penuh dengan cinta padanya..

Farah Izwani. Cantik! Namanya seanggun wajah yang sering bermain di birai mataku. Ah, kenapa gadis ini mengganggu lena tidurku? Mengapa cinta bertandang di hati sedangkan aku sudah ada dia?

“ Assalamualaikum. Nazil, awak sihat? Saya nak datang office awak kejap lagi boleh? Saya ada masakkan kari ayam untuk awak.” Siti Hafizah begitu bersungguh mahu datang. Nazil terdiam seketika sebelum menjawab. “Emm datanglah..jangan lambat. Saya ada meeting kejap lagi.” Nazril menjawab dengan nada mendatar.

“Okay, awak! Saya datang sekarang!”. Masih terdengar gelak kecik Hafizah di talian sebelum dia meletakkan panggilan. Nazil sudah mulai rasa bosan. Tapi untuk lukakan hati gadis yang mencintainya 8 tahun itu sesuatu yang sukar sementelah sudahpun menjadi tunangannya yang sah tahun lepas. Hati ini semakin tawar, namun dipendamkan sahaja.

25 minit kemudian, Hafizah muncul di muka pintu dengan plastik yang pasti berisi lauk dan nasi. Dia memang gadis yang cantik, baik, kelakar, ada pegangan agama. Ah, entah kenapa hati aku dicuri pekerja aku sendiri. Farah Izwani. Wani! Arghhh! “Nazil, tadaaa! Hehe..ni bekal untuk awak. Awak ni bukan boleh percaya. Nanti mesti tak makan tengahari sebab asyik sibuk jer.” Usik Hafizah sambil tersenyum.

Aku hanya tersenyum memandang tunangku. Terhenti sebentar lamunanku. “Susah-susah jer awak datang, siap masakkan lagi. Nak saya belanja laa tu!”usik Nazil. “Apalaa awak ni. Kahwin nanti, tiap-tiap malam awak belanja saya makan hotel, baru tau.” Meledak ketawa Hafizah.

Mereka berbual seperti biasa, bergelak ketawa. Namun ada perasaan halus yang singgah di hati Nazil. Perasaan yang tawar, sepi. Aku hanya melihat kelibat Hafizah keluar, menuju ke pintu sambil melambai tangan, isyarat mahu pulang. Aku tersenyum tawar, kepenatan. Otak ini penat sekali, berfikir. Sedang aku menutup mata...

“Sayang, perempuan tu dah balik. Let’s go for lunch. On me, babe!”. Farah Izwani sudahpun dihadapan meja. Aku tersenyum bahagia. Gadis ini betul-betul ada kuasa memukau. Jiwa, fikiran bagai dirasuk mahukan gadis itu. “Dah jom!” Izwani sudahpun menarik tanganku manja. Aku hanya menurut.

Dua bulan lagi majlis kahwin antara aku dengan Hafizah. Barang-barang semua emak dan abah dah tolong belikan. Aku hanya menghulurkan duit belanja sahaja. Hafizah makin kerap menelefon, buat aku rimas serimas-rimasnya. Tak cukup sms, dia call lagi. Perempuan memang pantang berenggang.

“Sayang, I love you, you and only you!”. Izwani bersuara manja. Cis! Mana aku tak tangkap lentok. Aku cuba memandu dengan tenang menuju kea rah apartment Izwani. Di situlah tempat kami memadu asmara. Sumpah! Ini kali pertama aku menyentuh seorang perempuan. Memang gila! Tapi aku benar-benar jatuh cinta.

Indah sungguh apabila Izwani membelai rambutku, berbaring di sebelah. Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. Nama Hafizah keluar pada imbasan skrin.

“Perempuan tu kenapa? Dah kemaruk sangat ke kat sayang I ni? Can you please turn off your phone for awhile?!” bentak Izwani. Ah, aku faham. Dia juga mencintai aku. Juga cemburu. Aku lantas menutup terus handphone. “Okay, I am really sorry. So how if we....?” Izwani faham isyarat senyuman aku itu dan kami terus melakukannya.

Aku dan Hafizah hanya diam sebentar di bangku taman itu. Inilah tempat kami berkenalan lima tahun lepas. Silap aku kerana sibuk bergelak ketawa dengan kawanku sehingga terlanggar Hafizah sehingga terjatuh. Aku masih tak lupa lagi bagaimana wajahnya yang cantik itu berkerut menahan sakit. Aku tersenyum kecil.

“Nazil, saya harap perkahwinan kita okay je nanti. saya janji tak ganggu awak sangat. Minggu depan dah start majlis. Saya sayang awak.” Hafizah lembut sahaja menuturkan kata-kata itu. Ah, aku buntu. “Okay, nanti pakai cantik-cantik eh. Saya ada kerja sikit kat rumah. Lagipun minggu depan tiap-tiap hari awak jumpa saya kan?” Hanya terdengar gelak kecil Hafizah sahaja selepas aku bergurau sedemikian. Dia ketawa sebelum aku membuat keputusan...

Suasana memang meriah. Kanak-kanak berlarian dengan girang. Orang-orang tua sibuk berbual sesama sendiri. Lepas Zohor nanti, majlis nikah akan bermula. Keluarga Hafizah sudah sibuk menguruskan makanan dan tetamu. Jam sudah menunjukkan 12.30 tengahari.

Aku berdiri di sudut rumah itu. Emak mengelap mukaku berkali-kali risau aku tampak tidak sempurna semasa akad nikah nanti. hatiku sudah rasa mahu pecah. Berpeluh-peluh.

Hafizah kelihatan sungguh jelita berpakaian kurung nikah putih, berlabuci sedikit kebiruan. Ramai yang memujiku bertambah kacak memakai baju melayu moden bersamping biru hijau ini. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Ah, aku harus berterus-terang juga! Harus!

Aku terus melutut di hadapan Hafizah. Dia terkejut benar melihat perbuatanku yang tiba-tiba itu. Sumpah aku menangis! Rasa nak pecah dadaku saat itu.

“ Fiza, saya mintak maaf! Saya betul-betul cintakan awak sepanjang lima tahun ni. Awaklah nyawa saya, cinta saya, bakal isteri saya yang saya idamkan selama ini! Tapi bukan lagi sejak tiga bulan ni. Makilah saya sepuas hati awak, tapi hati saya dah penuh untuk orang lain. Bukan untuk awak lagi. Saya tak sanggup teruskan perkahwinan ini dan lukakan hati dia.”

Aku terus menangis sambil merayu. Hafizah kelihatan tergamam. Airmata bercucuran di pipinya tanpa hati. Ah, ingin sahaja aku mati daripada tersepit begini.

“Saya ikhlas sayangkan awak. Awak lelaki pertama dalam hidup saya. Cinta saya, naluri saya. Saya nak sangat jadi isteri awak..ibu kepada anak-anak awak...” Hafizah berhenti berbicara. Oh Tuhan! Hafizah sudah rasa terluka yang amat, namun dia harus buat pilihan.

“Janji dengan saya yang awak akan bahagia tanpa saya. Janji yang awak takkan lupakan saya, cukuplah. Saya...saya maafkan awak..tapi..tolong jangan muncul depan saya lagi. Maaf.” Hafizah bingkas bangun, menuju ke biliknya. Aku masih menangis. Sedih kerana takdir kami begini.

Seminggu setelah peristiwa itu berlaku, aku terus pergi ke apartmen milik Izwani. Cincin berlian kugenggam erat dan kumasukkan ke dalam poket. Khas untuk Izwani! Aku tersenyum. ‘Maafkan saya, Fiza.”

Sedang aku membuka pintu, aku terkejut melihat Izwani bersama seorang lelaki kacak, khusyuk bercumbuan. Bupp! Bagai jatuh dihempap langit kepalaku.

“Wani, apa you buat nie? I ni siapa untuk you hah??!!” Mataku sudah bergenang menahan marah. “ Hey, I tak paksa you pun nak putuskan wedding you tu. So what’s wrong with me? You tu partner one night stand I jer. Perkenalkan tunang I, Johan.”

Lelaki itu turut tersenyum dan menghulurkan tangan. Aku dengan pantas menepis. Sampai hati Izwani! Ah, balasan untuk aku! Bodoh! Aku segera turun ke bawah, menuju ke kereta. Di dalam kereta itu juga aku cuba menahan marah. Menahan daripada membunuh mereka berdua. Cincin yang sedari tadi di dalam poket, aku keluarkan.

Sedang aku membuka dashboard untuk menyimpan cincin itu, aku ternampak sepucuk surat. Aku kenal tulisan itu. Hafizah!

“Sayangku Nazil..saat ini pasti kita sudahpun sah menjadi suami isteri. Inilah saat yang saya tunggu selama ini. Nazil, saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak, ibu yang baik untuk anak-anak kita. Sayangku..jangan marah saya sebab saya letak surat ni tanpa beritahu awak. Surprise tau! Hehe..saya harap kita bersama sehingga ke syurga. Aamiin. Saya cintakan awak. –Fieza- “

Tak tertahan hati ini membacanya. Airmata ini tak tertanggung lagi di birai mata. Betapa cinta di hati ini rupanya masih untuk dia..Fiza!!!! Maafkan saya... Tapi aku tahu dia takkan memandangku lagi...

Penulis : INPETZ

1 ulasan

  1. CF pn hrp2 xbt prmpuan cm2...hurm..smg CF berbahagia.k

    BalasPadam


EmoticonEmoticon