Cita Dan Cinta..


Huh! Hari yang cukup indah dari hari yang lain.Begitu juga umurku.Umurku berbeza mulai hari ini.Termenung sementara majlis dimulakan.Aku melayan perasaan sendiri. Begitu cepat masa berlalu.Kini umurku mencecah dua puluh lima tahun.

Teringat akan perangaiku yang seperti lelaki ini.Tidak seorang pun berkenan padaku.Tapi aku tidak kisah tetang itu kerana semua ahli keluargaku sayangkan ku. Mereka faham akan perasaanku. Mereka juga tahu kenapa aku menjadi seorang budak yang tomboi dahulu.


Tuk tuk tuk! . Opocot mak kau terketuk.Hisy! Lemah semangat aku.Baru nak layan perasaan.Aku mengalihkan pandangan dari jendela ke arah pintu.Terjengul wajah mama di pintu.”Meen cepat tukar baju,tetamu dah sampai”kata mama.”Jangan biarkan orang tertungu-tunggu”pesan ibu ringkas.”Ok mama”jawabku ringkas juga.

Aku berfikir sejenak.Hmm nak pakai baju apa ek?.Kalau pakai T-shirt dengan seluar jean aci kena marah tak.Takkan nak pakai gaun separas lutut yang mama beli kot!.Mesti orang ejek aku nanti minah saleh. ”Hah!Tak siap lagi”sergah mama. “Ish mama ni,bagilah salam dulu.Kalau Jasmeen ada sakit jantung dah lama arwah”kataku minta prihatin. “Itu kalau ada sakit jantung.Kalau mama tahu kamu ada sakit jantung takkan mama nak sergah kamu”kata Datin Laila merangkap ibu Jasmeen.

“Mama aa”.Nak minta simpati kena panjangkan sikit panggilan.Hehehe!.Mama memandangku dengan pandangan yang tajam.Alamak ! Mama dah tau ke. “Dah,takda gunanya nak minta simpati.Cepat pergi bersiap”arah mama seperti mengarahkan budak kecil. “Ala maaaaaaaaaa.Please.Mama tahu kan Meen tak suka pakai baju tu.Kenapa mama nak bazir duit beli jugak.Meen kan dah kata Meen tak nak pakai baju tu.”Tambahku sambil membuat muka ‘mama tak kesian dekat Meen ke’.Muka mama mula berubah. Yeahhh!. Hatiku bersorak girang. “ Yelah,yelah”balas mama acuh tidak acuh. “Thanks ma.Sayang mama”kataku. “Sape tak sayang anak”balas mama.

Setelah beberapa minit mama berlalu,aku mula memilih pakaian.Aku mengambil baju lengan panjang barwarna biru dengan skirt labuh putih dipadankan dengan tudung labuh putih juga. Aku memerhati penampilanku dihadapan cermin . Erm!Boleh tahan jugak aku ni.Hehehe!.Aku tersengih seorang diri.Aku pon turun kebawah dengan bacaan bismillah.Eh jap!Lupa nk cakap kat korang.Sebenarnya hari ni hari lahir aku.Adalah buat jamuan sikit-sikit kata papaku.

Terkejut aku melihat sekeliling rumah penuh dengan tetamu.Kek pon dah macam orang nk kawin.Aku mencari kelibat mama.Hish! Kata nak buat sikit-sikit je.Nie dah macam kenduri kawin.Seminit kemudian aku Nampak kelibat papa yang menuju kearahku. “Hah!Datuk nie anak perempuan saya.Macam mana,cantik tak”Tanya papa kepada sahabatnya.Aku mencuri dengan perbualan papa. “Erm,boleh tahan datuk.Saya rasa mesti anak saya suka punyalah”balas sahabat papa. “Oh!Bagus,bagus.Kiranya jadilah”.Apa yang jadi?soalku dalam hati. “Jadi lah kalau orangnya lawa macam nie”.

Setelah beberapa minit,kelibat sahabat papa mula meminta diri untuk kebahagian makan.Aku terus mendapatkan papa. “Papa”jeritku.Datuk Adam berhenti melankah apabila mendengar orang memanggilnya.Mesti anaknya.Kalau tak masakan panggil papa.Datuk Adam memandang ke belakang. “Oh,Meen”.Haa!Kan dah kata. “Ada apa panggil papa?”soal Datuk Adam.Pelik juga anaknya memanggilnya.Selalunya kalau majlis macam nie mesti nak duduk dengan mamanye aje.Katanya malu. “Tadi Meen ada curi dengar perbualan papa dengan kawan papa.Ape yang jadi nye pa?”soalku.”Oh,nanti kita bincang lepas habis majlis “kata papa. “Alaaaa!” pujukku. “Nantilah.Nanti kamu jugak yang terkejut”ajuk papa.Hatiku memberontak untuk tahu.Takpalah.Nanti tahu jugak pujuk hatiku.

“Meen,sini kejap”panggil papa.Aku pun menghampiri papa yang berada di ruang tamu.Majlis sudah tamat.Jarum jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. “Papa nak Tanya kamu masih singlekan”Tanya papa. “Yup”ringkas aku menjawab. “Baguslah macam tu”sambung papa. “Ape yang bagusnye papa. Ada orang nak masuk minang Meen ke?”Tanya jasmeen sambil meminum air yang dihidangkan oleh pembantu rumah. “Yes” ajuk papa dengan begitu tenang. “Burrr” habis tesembur air yang baru hendak melalui kerongkong.Basah muka papa dengan air yang tersembur dari mulut Jasmeen. “Jasmeen!”jerit papa. “Erk?”apalagi,lari aku masuk bilik. “Sorry papa, Meen tak sengaje” aku meminta ampun. “Yelah,yelah”kata Datuk Adam. “Dah keluar bilik”. “Papa nak bincang pasal majlis Meen dengan budak tu”sambung papa.Jasmeen keluar bilik dengan muka tak bersalah.Papa hanya menjeling. “Anak Datuk Ismadi tu single jugak.Papa dengan Datuk Ismadi cadang nak kenenkan kamu berdua”. “Anak dia suka dekat Meen tak pa?”tanyaku. “Entah,dia kata mesti suka punyalah”ajuk Datuk Adam. “Mana boleh main aci redah je papa”.Kataku. “Lagipun Meen dah tak lama nk hidup”sambungku. “Apa yang kamu merepek nie?” tannya papa dengan nada yang tinggi. “Meen dah tau dah pa.Beberapa hari yang lepas,Meen pening kepala.Meen pon pergilah check di hospital.Doktor cakap Meen hadapi penyakit” ….Belum sempat aku sambung papa pontong ayatku. “Dan kamu percayakan doctor tu?”Tanya papa. “Mestilah pa.Takkan doctor tu nak tipu kan”. “Doktor sekarang boleh percaya ke?”Tanya papa dengan nada yang sinis. “Pa,apa yang papa tak puas hati.Meen pun mula-mula tak percaya.Selepas hari itu Meen jumpa sepuluh orang doctor pakar.Diorang pon dah pastikan”.

“Papa minta maaf Meen.Papa tak nak tengok anak papa sedih.Papa juga tak nak kehilangan anak papa seorang ni”kata papa dengan penuh emosi.Tiba-tiba mama muncul. “Mama pon minta maaf Meen” kata mama. “Tak apa.Selepas Meen tahu penyakit Meen,Meen dah maafkan semua orang. Meen redha.Meen akan cuba lawan penyakit Meen sebaik yang boleh.Kalau Meen taka da nanti tolong jaga diri”kataku panjang lebar. “Kamu setuju ya kawin ,nanti kamu tak ada boleh kami main dengan cucu kami .Kalau tak ada cucu lagi kami boleh melawat suami kamu”. “Baiklah papa.Lepas Meen meninggalkan dunia ini,suruhlah suami Meen kawin lain.Suruh mereka dapatkan cepat anak.Nanti mama dengan papa ada cucu.Meen minta maaf tak dapat bahagiakan mama dengan papa.Meen tak dapat cita-cita.Meen tak dapat cinta dari seseorang”. “Jangan kata macam tu nak .Kamu lah anak yang paling solehah yang pernah mama jumpa.Minta maaf sebab selama nie mama suruh Meen pakai baju yang tak menutup aurat,sedangkan ajal Meen dah dekat”kata mama. “Ma,kan Meen dah cakap Meen maafkan semua orang.Dah jangan nangis”kataku sambil mengusap pipi mama yang penuh dengan air mata seperti paip bocor.

Sebulan selepas perkahwinan....
“Uwuekkk!” “uhuk,uhuk” muntah Jasmeen . Haziq berlari kearah isteri tercinta. “Kenapa honey” Tanya si suami. “Entahlah darling dari pagi asyik muntah je” jawab Jasmeen. “Sayang pergi bersiap,jom kita pergi klinik”. “Ok”jawab Jasmeen ringkas.

“Tahniah! Isteri encik disahkan mengandung tiga bulan”. “Hah!” terlopong Haziq .Dia mengucap syukur panjang. “Alhamdullilah”. “Terima kasih sayang” bisik Haziq dengan nakal. “Hish,tak malu ke” ketam Jasmeen sudah mengena paha Haziq.Haziq hanya tersengih dalam menahan sakit. “Terima kasih doctor”kata suamiku . “Ye.Err encik ambil ubat di kaunter ye.Ubat untuk jaga bayi”kata doctor. “Ok”ringkas suami ku menjawab.

Setelah sampai di rumah suami ku mula membuka mulut. “Sayang apa kata kita buat kenduri kesyukuran” candang suamiku.Aku berfikir sejenak. “Erm,boleh jugak”. “Nanti bila saya tak ada jaga anak kita baik-baik.Saya benarkan awak kawin lain”sambung Jasmeen. “Shhh.Jangan cakap macam tu”Haziq memberi peringatan.

Setelah beberapa minit terdiam,aku memberi cadangan untuk pulang ke rumah mama dan papa.Haziq terus bersetuju.Kami akan bertolak malam ini.Tak sabar aku hendak memberitahu ibu tentang berita gembira ini.

Sembilan bulan kemudian…..
“ Macam mana dengan isteri saya doctor”. “Maaf,kami dah cuba yang terbaik. Penyakit isteri puan dah merebak ke seluruh tubuh badannya.Tapi bersyukur pada tuhan anak encik selamat”kata doctor china itu panjang lebar. “innalillahhiwainnailaihiroji’un” ucap papa mama Haziq ibu dan ayah.Mereka sedih tetapi bersyukur mendapat seorang cucu.

“Boleh saya jenguk isteri saya doctor”Tanya Haziq dengan nada yang merintih. “Silakan”pamit doctor itu.Haziq melihat susuk tubuh isterinya yang sudah tiada terbaring di atas katil lesu .Sayang,kita baru nak buat sambut baby sama-sama.Kenapa sayang pergi dulu?.

Papa yang seakan faham perasaan Haziq menepuk bahu Haziq perlahan menyuruh bersabar.Haziq hanya menganguk faham. “Sekurang-kurangnya kamu ditemani anak kamu Haziq.Kami ni lagi sedih”kata Datin Laila merangkap mama Jasmeen. “ALLAH nak uji kamu Haziq”sambung papa.Sekarang anak puppy gantikan tempat mummy.Sayangku Delisya.

[SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH]
-Tamat-

Penulis : Wafak

3 ulasan


EmoticonEmoticon