PEKARANGAN Dewan Antares begitu sibuk dengan para pelajar tingatan 1 yang baru sahaja mendaftar pada pagi tadi. Petang ini mereka akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk orientasi yang akan dijalankan selama tiga hari. Setiap kumpulan akan dipimpin oleh pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada kalangan pengawas sekolah. Aizul Adli, salah seorang fasilitator sedang asyik memerhatikan gelagat pelajar yang baru mendaftar. Ada yang kelihatan muram ada yang gembira disamping teman baru. Namun matanya lebih tertarik untuk melihat seorang pelajar perempuan yang asyik ketawa bersama kawannya. Dia memandang dengan penuh minat tanda disedari perlakuannya disedari oleh kawan baiknya Hakim. Hakim hanya menggelang kepala melihat sahabat baiknya itu. Sekejap nampak serius sekejap tersenyum-senyum. Muka pun dah nampak ala-ala lelaki miang. Tidak pernah pula kawannya itu berperangai sedemikian. Hakim terus mengorak langkah menghampiri Aizul atau lebih dikenali sebagai Ejo.
“Oit, kau ni betul ke tak. Syok bebenor kau renung budak tu dah macam nak makan orang lagaknya. Kenapa? Berminat ea?,” Hakim terus menyoal dengan muka nakalnya.
“Eh, mana ada. Apalah kau ni. Aku tengok-tengok je. Takde niat terselindung langsung,” Aizul gelabah. Tidak sedar gelagatnya diperhati.
“Yelah tu. Macam aku tak kenal kau. Kalau berminat aku boleh ejaskan. Nak tak? Sekali je tawaran aku ni. Jangan menyesal sudah,” Hakim masih terus mengusik Aizul yang sudah tidak keruan.
“Takde apalah bro. Dah-dah, baik kau pergi jaga kumpulan kau. Ketua apalah kau ni. Kesian budak-budak tu tunggu,” Aizul menghalau rakannya itu. Bimbang diusik dengan lagi.
“Sedap kau je ea halau aku. Malu la tu, haha. Tak nak ikut aku berkenalan dengan anak buah aku ke?” Pertanyaan Hakim hanya disambut dengan gelengan oleh Aizul.
“Apa kejadah aku ikut kau. Bukan dapat faedah pun. Dah-dah blah sana. Sibuk je. Orang nak cuci mata tak boleh,” Hakim hanya ketawa mendengar kata-kata sahabatnya.
“Punya elok tawaran aku kau tolak. Ikut suka kau la.Okay aku nak pergi berkenalan dengan anak-anak buah aku. Nampak comel je budak yang ada lesung pipit yang tengah duduk depan tiang tu,” Sejurus berkata Hakim terus berlalu. Aizul pula telah membulatkan matanya.
‘Cess, Akim fasi kumpulan budak tu. Arghh,, tak adil. Dah ada makwe pun nak menggatal lagi. Tak boleh jadi ni,’ Aizul terus mengikut jejak langkah Hakim.
“Kim,, tunggu la kejap,” Laungan Aizul hanya mendapat lambaian dari rakannya itu.
Sementara itu, Afifah dan rakan-rakan kumpulan sedang asyik berkenalan. Pelbagai cerita yang menjadi topik perbualan mereka. Baru berkenalan jadi banyaklah cerita yang ingin dikongsi. Sedang asyik berbual Afifah dikejutkan dengan cubitan oleh salah seorang rakan barunya Damia.
“Pstt, Fiefah cuba kau pandang sana .Aku perasan dari tadi abang fasi dua orang tu pandang sini. Sorang tu aku tengok dari tadi perhatikan kau sambil sengih sorang-sorang tau. Mesti dia syok kat kau ni. Untung la,” Damia membisik perlahan pada Afifah. Afifah yang terkejut turut memandang ke arah yang sama. Sebenarnya dia sudah lama perasan tapi malas mahu melayan kerana menyangka dia hanya syok sendiri. Takkan abang hensem macam tu tengok dia kot.
“Alah, dia tengok orang lain la. Eh dorang datang sini. Fasi kumpulan kita kot. Baik kau duduk diam-diam. Tutup cerita pasal ni. Kalau orang dengar ada yang cakap aku syok sendiri pulak. Malu la aku,” Afifah turut membalas bisikan rakannya. Damia mengangguk perlahan. Mereka hanya memerhatikan para fasilitator kumpulan mereka duduk sebaris di hadapan mereka semua.
“Semua duduk dalam bulatan sekarang,” Hakim selaku ketua fasi mengarahkan anak buahnya seramai lebih kurang 10 orang itu. Dia memerhatikan satu-persatu muka anak buahnya.Dalam fikirannya sudah dirangka aktiviti untuk membuli mereka semua. Senyuman jahatnya terukir. Aisyah, penolong kepada Hakim di sebelah sudah membuat muka pelik. Mana taknya muka Hakim seram semacam. Adalah tu idea nak kenakan orang. Dia menggeleng-geleng.
“Eh kim, bila nak mula berkenalan. Yang kau duk pandang mereka semacam pasal apa. Ni mesti ada nak buat apa-apa ni. Kalau ye pun kenalkan la dulu kita orang semua ni,” Kata-kata Aisyah menyedarkan Hakim. Terbantuk idea-idea bernasnya. Pantas mukanya dicontrol macho. Mana taknya, Aisyah menegurnya di hadapan pelajar-pelajar junior. Jatuh la air mukanya. Aizul disebelah sudah mengekek ketawa. Geli hati melihat reaksi Hakim. Matanya sempat mengerling ka arah gadis berlesung pipit itu. Tidak sabar menunggu sesi perkenalan. Ingin juga mengetahui nama pelajar tersebut.
“Hah, yang ni sorang lagi. Joe, aku rasa kumpulan kau kat sana. Pasal apa pulak kau boleh tersesat kat sini. Mengigau ke?” Muka Aizul telah merah mendengar kata-kata Aisyah. Pelajar-pelajar junior telah ketawa. Dilihat gadis berlesung pipit itu juga ketawa. Buat malu je. Hampeh betul. Hakim juga tidak ketinggalan menggelakkan kawannya itu.
“Kenapa? Tak boleh ea aku lepak kat sini. Bukan salah pun,” Aizul menjawab dengan muka poyonya.
“Boleh tak boleh masalahnya kami nak berbincang hal kumpulan kami. Orang luar mana boleh dengar. Kau tu dah la ketua kumpulan lain. Dah blah sana.Sibuk je dia ni,” Syahirah pula yang menghalau.
“Alah,, Kim yang ajak aku lepak sini. Kesian dia kalau aku tinggal dia sorang-sorang. Dia bukannya pandai sangat nak uruskan hal ni semua. Jadi dia ajaklah aku bantu dia,” Aizul berkata selamba. Hakim pula telah membulatkan matanya.
“Oit, bila masa pulak aku suruh kau bantu aku. Pandai pulak reka cerita. Sibuk la kau ni. Dah-dah pergi sana. Kami nak mula pun tak senang,” Hakim turut menghalau Aizul.
“Takpe la. Macam nilah kawan. Sampai hati korang. Aku pergi dulu la,” Aizul dengan muka sedihnya berlalu dari situ. Sempat dia menjeling Hakim dan memberi isyarat mata. Hakim yang memahami hanya mengangguk. Sekali lagi matanya memandang gadis itu yang ketika itu turut memandangnya. Senyuman maut dilemparkan. Sengaja ingin memikat, haha. Afifah terkedu. Tidak menyangka abang senior hensem itu senyum kepadanya. Dia melihat belakang kot-kot ada insan lain di belakangnya namun ternyata senyuman itu ditujukan kepadanya. Dirinya sudah tidak senang duduk.
MALAM itu tidak banyak aktiviti yang dilakukan. Selepas mendengar taklimat kokurikulum, semua kumpulan diserahkan kepada fasilitator masing-masing. Pelajar-pelajar junior diminta mengambil kesemua tandatangan para fasilitator. Mana-mana yang paling lambat akan didenda. Aktiviti kedengaran mudah tapi untuk meminta tandatangan para fasi itu memang agak rumit. Afifah dan rakan kumpulannya bertungkus lumus mengumpul kesemua tandatangan fasi seramai 27 orang itu. Afifah menarik nafas lega kerana hanya satu sahaja tandatangan yang tidak diperoleh. Dia memandang ke arah abang fasi yang sedang asyik ketawa bersama ketua fasi kumpulannya. Serba salah dia menghampiri mereka berdua.
“Erkk, boleh nak mintak tandatangan abang tak?” Afifah menebalkan muka menyoal abang fasi yang sedang asyik berbual itu .Aizul yang leka berbual terkedu melihat gerangan yang menegur. Dari tadi dinanti kehadiran insan itu. Dia tersenyum sebelum menjawab.
“Boleh je. Tapi cakap dulu nama abang apa baru abang kasi,” Aizul menjawab selamba. Hakim disebelah tersengih-sengih. Afifah terdiam. Mana dia tau nama abang tu. Semasa meminta tandatangan dari fasi lain tak payah pulak beritahu nama apa.
“Er, saya tak tau la. Boleh tak abang tandatangan je. Satu je lagi ni lepas ni selesai la,” Afifah membuat muka kesian namun langsung tak jalan. Aizul menggeleng-gelengkan kepalanya.
“No,no,no kena dapatkan jugak nama abang apa baru abang sign,” Aizul membalas lagi. Kelakar pula melihat muka gelabah gadis itu. Afifah telah memuncung. Banyak songel pulak cik abang ni. Sabar je.
“Hmm, abang Hakim. Apa nama kawan abang ni?” Afifah menyoal Hakim pula.
“Erm,, entah la dik. Lupa pulak abang. Eh, nama kau apa erk. Maklum la dah lama kenal sampai terlupa,” Hakim pula menjawab selamba. Kata-katanya membuat Aizul mengekek ketawa. Afifah pula telah bengang. Hampeh punya abang fasi. Pantas dia berlalu kepada kak fasi yang berhampiran.
“Akak, boleh tau tak nama abang fasi yang pakai baju colour merah tu? ”Afifah mencuba nasib menyoal Kak Farah pula. Baru sahaja Farah ingin menjawab namun Aizul terlebih dahulu memberi isyarat mata kepadanya. Dia tersenyum. Faham dengan maksud itu.
“Owh, abang pakai baju colour merah ea. Adik panggil je dia abang labi,” Afifah tercengang mendengar jawapan dari kak Farah itu. Sejurus itu , Farah terus berlalu. Langkah bijak untuk mengelakkan diri dari terus disoal. Abang labi, nama betul ke nama samaran ni. Lelabi aka labi merupakan spesis penyu yang terbesar. Afifah serba salah namun di tetap menghampiri abang fasi itu.
“Dah dapat ke nama apa. So, apa dia?” Aizul membuat muka poyonya.
“Err, Kak Farah cakap nama abang labi,” Afifah menjawab takut-takut.
“What??” Aizul membeliakkan matanya. Mana taknya nama glamournya disebut. Hakim ketawa terbahak-bahak. Labi merupakan nama panggilan Aizul dikalangan rakan-rakannya. Sejarah disebalik panggilan itu dia sendiri tidak tau. Sudah terlupa. Aizul pula berasa bengang. Pantas matanya mencari kelibat Farah dan sebaik terjumpa dia terus mempamerkan riak tidak puas hati. Farah pula sekadar menjelirkan bibirnya.
“Maaflah adik ye. Jawapan adik salah. Sori, no sign,” Aizul berkata lagi. Afifah pula mempamerkan riak sedih.
“Ala bang, tolonglah. Kak Farah yang cakap nama abang labi saya mana tau. Please. Satu je lagi sign .Please,” Afifah berusaha memujuk abang fasi yang banyak songel itu. Sengaja mempamerkan wajah sedih. Aizul pula tidak senang duduk. Mana taknya suara merayu budak itu berjaya juga mencairkan hatinya. Tidak sampai hati pula dia membuli lebih lagi.
“Yelah, bak sini buku tu,” Aizul terus menandatangani buku yang dihulurkan Afifah. Hakim pula mengjongketkan keningnya. Hairan melihat rakannya yang tidak terus membuli.
“Terima kasih abang labi,” Afifah terus belalu sebaik mendapat tandatangan dari abang fasi itu.
“Awat hang cepat sangat mengalah. Tak pandai langsung kau ni,” Hakim terus menyoal sebaik kelibat gadis itu hilang di celah-celah orang ramai.
“Kesian pulak aku tengok dia tu. Takpe la lagipun dia kecik lagi. Tahun depan la aku kacau dia,” Hakim menggeleng mendengar jawapan Aizul.
“Poyolah kau Joe. Kau tu pun baru form 4 tau. Macam la kau tu besar sangat nak cakap dia budak kecik,” Hakim terus membalas.
“Dah besar apa ni. Boleh jadi bapak orang dah pun. Kau tu apa tau,” Aizul masih tidak mengalah.
“Besarlah sangat. Geli aku kau sebut dah boleh jadi bapak orang. Tolonglah,” Hakim mempamerkan wajah gelinya. Aizul sekadar ketawa dengan reaksi rakannya.
“Weyh, cukup-cukuplah. Masa pun dah habis. Kita tengok siapa yang paling lambat siap. Aku dah tak sabar nak buli orang ni,” Kata-kata Aizul menghentikan ketawa Hakim.
“Eh, dah terlebih ni. Jom. Tak sabar aku nak membuli, haha,” Mereka terus berlalu dengan sengihan jahat terpamer pada wajah masing-masing.
_______________
1 TAHUN KEMUDIAN….
MALAM itu seperti biasa prep malam berjalan sebagaimana hari-hari sebelumnya. Pelajar 2 Ungku Omar sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing. Konsentrasi mereka terganggu dengan kehadiran dua orang pengawas tingkatan 5. Mereka berasa hairan kerana kebiasaannya pengawas tingkatan 4 yang akan menjaga kelas mereka. Hakim masuk ke kelas itu lantas terus mengambil tempat di meja guru. Berkerut dirinya melihat Aizul yang malu-malu kucing di muka pintu.
“Yang kau tercegat kat pintu tu pasal apa. Masuk ler Aizul Adli oi,” Hakim melaung pada rakannya yang berada diluar kelas. Langsung tidak dihiraukan pandangan pelajar kelas itu. Aizul yang malu-malu terus masuk ke dalam kelas. Dia mengambil sebiji kerusi dan meletakkan disebelah meja guru tepat-tepat di depan meja Afifah. Afifah tidak senang duduk. Mana taknya dia masih mengingati wajah bekas fasinya itu. Selama ini mereka sekadar bertembung di sekitar sekolah. Dia pula malas mahu ambil pusing dengan orang yang tidak dikenali.
Aizul tersengih-sengih ditempat duduknya. Lagaknya seperti orang tak beberapa betul. Rasanya dia sedang membuka buku sejarah tapi boleh pulak tersengih-sengih. Tak pernah pulak dia mendengar subjek sejarah ni kelakar. Hakim disebelah Aizul sekadar menggelengkan kepala. Faham dengan keadaan rakannya. Macam orang mabuk pun ada.
“Kau ni betul tak Joe? Dari tadi duk tersengih sorang-sorang. Tak makan ubat ke hari ni?” Pertanyaan Hakim hanya disambut dengan sengihan panjang oleh Aizul. Confim dah tak betul. Afifah yang berada di depan juga berasa hairan. Mana taknya sejak masuk ke kelas tadi sampai sekarang sekadar tersengih sorang-sorang. Kerjanya tak jalan pun.
“Aku tengah bahagia ni tu yang aku happy. Kau ni tak faham pulak,” Aizul menjawab pertanyaan Hakim. Sengihannya masih tidak hilang.
“Faham la bro. Saja buat-buat tak faham, haha. Dah cepat la. Takkan nak duduk macam ni je,” Hakim pula bersuara. Aizul pula melemparkan senyuman nakalnya.
“Rileks r bro, aku malu la. Tengah fikir-fikir ni,” Aizul sekali lagi menjawab. Mereka berbual seolah-olah tiada orang di hadapan mereka. Afifah sudah tidak senang duduk. Dia mendengar dengan jelas segala perbualan dua orang insan dihadapannya. Dah la meja satu-satu. Kalau ada kawan kat sebelah tak la dia kekok sangat. Dia berpura-pura tidak mendengar perbualan mereka. Tangannya rancak menyiapkan nota kemahiran hidup. Konsentrasi kerjanya terganggu dengan deheman suara insan dihadapannya.
“Adik, nak pinjam kalkulator boleh tak?” Aizul melontarkan pertanyaan dengan senyum simpulnya. Afifah pula mengerutkan mukanya. Yalah, sejarah pun guna kalkulator ke. Pelik juga dirinya.
“Owh, boleh-boleh,” Terus dihulur kalkulator yang baru sahaja dikeluarkan dari begnya.
“Terima kasih ye dik,” Aizul tersenyum-senyum. Hakim pula sekadar mengangkat keningnya. Malas menyampuk. Afifah meneruskan kerjanya namun entah mengapa hatinya berdebar-debar. Masa dirasakan begitu lambat berlalu. Setelah beberapa lama akhirnya dia berjaya juga menyiapkan satu bab nota kemahiran hidup. Sudah tidak diperdulikan kehadiran insan dihadapannya walaupun dalam hatinya tuhan je tau. Afifah gelisah. Dah la hari ini gilirannya bertugas di dalam kelas. Serba-salah juga dia ingin menyapu lantaran perasan segannya pada dua orang makhluk di hadapannya. Setelah berfikir-fikir utuk beberapa detik, dia membuat keputusan untuk bangun. Perasaan segannya dibuang jauh. Mujurlah rakan setugasnya turut bangun bersama. Tak la malu menyapu sorang-sorang.
Penyapu di belakang kelas dicapai dan dia terus menyapu kelas. Afifah hanya menyapu di belakang dan tengah kelas. Malu pula nak sapu bahagian hadapan. Geram juga dirinya dengan abang senior dua orang tu. Tak habis-habis sengih macam orang tak betul. Dah la asyik tengok dirinya je. Bukan dia tidak sedar. Memang kedua insan itu melihat dirinya dan dia bukanlah syok sendiri atau perasan. Entah apa yang tidak kena pada dirinya dia sendiri tidak tau. Baru sahaja ingin menyimpan penyapu namanya dilaung.
“Er,, Fiefah kat depan ni tak sapu lagi,” Hakim berkata selamba. Afifah pula bengang. Bukan takde orang lain. Padahal ada je rakannya seorang lagi sedang menyapu dibahagian tengah. Dengan rasa yang tidak menentu dia pergi juga menyapu dihadapan kelas. Aizul masih juga seperti tadi tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tangannya pula menekan-nekan kalkulator di tangan. Entah apa dikira dia sendiri tidak tau. Mereka masih berbual-bual sambil melihat-lihat ke arahnya. Tidak lama kemudian loceng berbunyi menandakan waktu prep telah habis. Afifah menarik nafas kelegaan. Seakan terlepas satu bebanan. Dia pantas menyimpan penyapu dan mengemas buku-buku untuk pulang. Kerja mengemasnya terhenti dengan kehadiran dua orang insan yang sedang tersengih di hadapannya.
“Terima kasih ye kasi pinjam kalkulator,” Aizul berkata sambil menyerahkan kalkulator yang dipinjam.
“Sama-sama,” Afifah menjawab pendek. Ingin meneruskan kerjanya namun insan-insan dihadapannya masih tidak berganjak. Dengan muka serius keningnya diangkat melontarkan soalan. Aizul dan Hakim pula tersengih-sengih.
“Tak baik tau masam-masam. Nanti cepat tua. Senyum la sikit cik adik,” Kata-kata selamba Aizul membuatkan muka Afifah bertukar merah. Perasaan geram menebal pada insan dihadapannya. Banyak songel betul. Sibuk je. Baru ingin membalas jejaka-jejaka itu telah berlalu. Pantas dia juga mendapatkan rakannya Damia untuk pulang.
ASRAMA aspuri riuh rendah dengan suara orang berbual-bual. Macam-macam gosip yang dibualkan. Biasalah, orang perempuan katakan. Afifah, Anis dan Damia masing-masing membawa berus gigi di tangan. Mereka sempat berbual-bual sepanjang perjalanan ke tandas. Baru sahaja mereka ingin melangkah masuk, pantas Damia menarik tangan Anis dan Afifah serentak. Jari telunjuknya diletakkan pada bibir mengisyaratkan supaya mereka senyap. Afifah dan Anis yang hairan sekadar menjongketkan bahu. Dengan isyarat mulut Damia menyuruh mereka memasang telinga.
“Tak sangka la abang Ejo tu datang kelas aku tadi. Hensem tau. Rugi kau takde kat sana. Dah la dia asyik pandang aku je tadi,” Fatin asyik bercerita kepada temannya Faizah. Damia telah menunjukkan muka menyampah. Arif dengan sikap Fatin yang suka syok sendiri. Afifah pula sekadar menahan gelak melihat reaksi Damia. Anis yang tidak tahu pangkal cerita hanya mendiamkan diri. Mereka terus memasang telinga.
“Abang Ejo sorang je ke? Atau dia dengan abang Hakim. Untunglah kau ye,” Faizah pula berkata.
“Mereka berdua datang jaga kelas aku. Dah la masa dorang nak balik tadi abang Ejo sempat senyum kat aku tau. Comelnya. Geram aku tengok,” Fatin masih asyik bercerita. Kesahihan cerita itu hanya dia yang mengetahuinya.
“Dia syok kat kau kot,” Faizah membalas pendek. Nak tak nak je dia melayan si Fatin.
“Yalah, aku pun rasa camtu jugak. Tak sabar nak jumpa dia esok,” Fatin tersenyum-senyum. Damia dan Afifah masing-masing mempamerkan reaksi ingin muntah. Jelas sangat Fatin ni syok sendiri. Mereka bertiga pantas menyorokkan diri apabila sedar Fatin dan Faizah ingin keluar dari situ. Sebaik kelibat mereka hilang Damia terus melepaskan tawanya. Geli hati betul dia. Afifah pula sekadar tersenyum. Anis pula berasa tidak puas hati.
“Boleh aku tau apa yang berlaku? Tak adil la korang ni. Cerita la kat aku,” Anis menunjukkan muka seposennya. Damia pula masih dengan gelaknya.
“Nanti kat dalam dorm kita orang cite. Sekarang gosok gigi dulu ye,” Damia menjawab dengan sisa-sisa tawa masih ada.
“Alah, tak aci. Yalah, cepat-cepat. Tak sabar aku nak tau gosip terhangat ni,” Kata-kata Anis hanya dibalas sengihan oleh Afifah dan Damia. Setelah selesai segala urusan mereka pantas berlalu ke dalam dorm.
“Cepat cerita. Tak sabar aku nak dengar ni,” Anis pantas menyoal. Batrisya, Musfirah dan Dhiya tidak ketinggalan tumpang sekaki ingin mendengar. Damia sempat menarik nafas sebelum bercerita.
“Korang kenal kan senior kita Aizul dengan Hakim?” Damia memulakan mukadimahnya. Kata-katanya disambut anggukkan dari kawan-kawannya.
“Hakim tu fasi kumpulan aku dengan Fiefah masa orientasi dulu. Aizul tu pulak selalu je menyibuk kat kumpulan kami. Mungkin ada sebab lain kot dia suka lepak kat group kami,” Damia berkata sambil menjeling pada Afifah. Afifah pula membulatkan matanya memberi amaran.
“Nak dijadikan cerita tadi dorang yang jaga kelas kami masa prep. Aku tengok la minah sorang ni excited semacam je tengok Aizul dengan Hakim. Padahal mamat dua orang tu langsung tak pandang dia. Boleh pulak dia cakap Aizul syok kat dia. Lawak gila kot,” Damia dengan bersungguhnya bercerita.
“So? Apa pulak salahnya kalau dia syok sendiri pun. Tak faham la,” Anis menyoal dengan muka seposen.
“Masalahnya abang senior kita tu minat kat kawan kita ni,” Damia selamba berkata sambil menepuk bahu Afifah.
“What??” Anis, Batrisya, Musfirah dan Dhiya serentak bersuara. Afifah juga terkejut sama.
“Woi,, mana ada. Pandai je kau reka cerita Mia,” Afifah pantas bersuara. Cuak juga dia melihat reaksi rakan-rakan.
“Amboi Fiefah, senyap-senyap je kau ni,” Batrisya pula mengusik. Yang lain sekadar tersengih-sengih.
“Eh seyes la. Takde apa-apa. Aku bukan kenal pun dia. Jangan percaya sangat cakap Mia ni,” Afifah masih mempertahankan diri.
“Kalau takde apa-apa pasal apa pulak dia pergi duduk depan kau tadi sambil sengih-sengih. Tengok buku sejarah pun boleh senyum sorang-sorang. Dah la mata asyik jeling kau je. Takkan kau tak perasan,” Damia menambah lagi perisa cerita.
“Fuyoo, untung la abang hensem minat dia. Jeles tau,” Dhiya pula bersuara. Afifah sudah tidak keruan. Mukanya telah merah menyala. Dia juga perasan semua tu tapi takkan nak mengaku kot. Nanti cakap syok sendiri pulak.
“Dah-dah takde papelah. Korang jangan nak buat gosip pulak. Tau dekat Fatin nanti mampus aku. Ada yang masuk hospital,” Kata-katanya disambut dengan ketawa oleh yang lain.
“Eh, prefect dah datang. Tutup lampu cepat. Kan kena denda tak pasal-pasal,” Musfirah bersuara sebaik melihat ada yang kelam kabut berlari di luar bilik. Situasi biasa apabila ingin melarikan diri dari pengawas. Skema gila kot sekolah mereka. Sekolah berasrama penuh katakan. Sekolah je skema pelajar-pelajarnya otai je semua.
“Naik katil cepat. Aku nak tutup lampu ni. Selamat malam semua,” Sejurus itu lampu terus ditutup. Malam itu semuanya bermimpi yang indah kecuali Afifah. Mana taknya abang banyak songel tu keluar dalam mimpinya. Siap main kejar-kejar lagi kat taman. Memang mimpi ngeri tapi betul ke ngeri, haha. Hanya tuan empunya badan yang tau.
_________________
LOCENG berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Ada yang ke cafe ada yang ke bilik guru. Semua pelajar mempunyai destinasi tersendiri. Afifah dan Damia berbual-bual sambil menuju ke perpustakaan. Di pertengahan jalan mereka disapa oleh Sarah iaitu adik kepada abang Hakim.
“Kak Fiefah, ada abang prefect form 5 kirim salam,” Sarah meyampaikan pesanan yang diterima. Afifah pula berasa hairan.
“Siapa pulak?” Pantas dia menyoal.
“Hehe,, biarlah rahsia. Sori erk, abang tu marah kasi tau akak,” Sarah menjawab. Afifah ligat berfikir. Takkan abang Hakim kot kirim salam. Nanti marah pulak makwe dia. Abang banyak songel ke tapi takkan dia kot.
“Err abang Ejo ea kirim salam?” Dia menyoal teragak-agak. Reaksi muka Sarah pula seakan mengiakan soalannya.
“Kak Fiefah tau dari mana?” Soalannya turut dibalas dengan soalan. Gotcha!!! Terbukti sudah abang banyak songel tu yang kirim salam. Damia disebelahnya sudah tersenyum-senyum. Sarah menepuk dahi. Sedar dirinya terlepas kata.
“Akak teka je tadi. Tak sangka betul,” Sarah kelihatan serba-salah.
“Kak Fiefah janji tau jangan kasi tau abang Ejo dengan abang Hakim. Nanti dorang marah Sarah pulak,” Sarah memberi pesanan kepada Afifah. Takut juga dirinya.
“Adik jangan risau. Akak janji tak kasi tau,” Afifah memberi jaminan. Gadis tingkatan 1 itu kelihatan lega.
“Terima kasih kak. Okay la saya pergi dulu,” Kelibat Sarah hanya diperhatikan mereka berdua.
“Sukalah tu ada orang kirim salam, haha. Bertuah la dia,” Damia terus mengusik.
“Syhh. Jangan nak gosip-gosip pulak. Aku tak suka okay,” Afifah memberi amaran dengan muka serius. Muka je serius padahal hati dah berbunga-bunga. Hati memang selalu tak seiringan dengan kelakuan.
“Yelah-yelah. Mulut zip,” Damia menyudahkan kata-kata dengan disertai gaya. Mereka berdua bertukar senyuman sambil terus berlalu. Mereka tidak sedar kelakuan mereka diperhatikan oleh sepasang mata yang sedang tersenyum lebar. Disudut yang lain pula ada hati yang sedang membara.
Malam itu Sarah datang ke biliknya. Terkejut juga Afifah dengan kedatangan Sarah secara tiba-tiba itu. Selama ni tak pernah hayat pun budak itu datang ke biliknya.
“Ada apa pulak tiba-tiba datang sini?” Dirinya yang hairan lantas menyoal. Sarah hanya tersengih-sengih sebelum menjawab.
“Kak Fiefah boleh tak call nombor ni. Ni nombor Sarah tapi abang Ejo yang pegang nset Sarah coz takut kena rampas,” Sarah terus menerangkan tujuan kedatangan tanpa sebarang lencongan. Semua sudah sedia maklum penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan. Mana-mana yang membawanya akan dirampas dan dikenakan tindakan. Tapi para pengawas dikecualikan dan diberikan keistimewaan untuk membawa. Memang nampak sangat berat sebelah.
“Pasal apa pulak akak kena call nombor ni? ”Afifah yang masih tidak berpuas hati menyoal lagi.
“Abang Ejo nak berkenalan dengan akak. Ala kak Fiefah call je dan tanya dia sendiri pasal apa suruh call. Habis cite. Tak payah runsing-runsing dok fikir,” Sarah berkata-kata selamba. Afifah pula rasa ingin menyekeh kepala gadis itu. Cakap memanglah senang.
“Hmm, tengoklah nanti,” Hanya itu yang mampu dibalasnya namun tangannya sempat juga mengambil kertas yang tertulis nombor telefon gadis itu.
“Kak Fiefah call tau. Nanti abang Ejo mesti suka. Sarah pulak boleh dapat upah nanti, hehe,”Afifah menggelengkan kepalanya mendengar ngomelan gadis itu. Sabar jelah.
“InsyaAllah. Dah-dah lewat malam dah ni. Pergi masuk bilik. Nanti prefect round kena ambik tindakan baru tau,” Afifah menghalau gadis itu dalam diam.
“Yalah. Sarah pergi dulu. Saja nak halau orang ea macam Sarah tak tau. Jangan lupa call tau. Bye. Nite kak Fiefah,” Sarah terus berlari ke biliknya sebelum Afifah sempat menjawab. Afifah berlalu ke katilnya sambil merenung nombor di tangannya. Sedang terfikir-fikir sama ada ingin telefon atau tidak elok saja guruh berdentum sebelum disertai hujan yang lebat. Macam tak kasi telefon je. Bahaya pulak cakap telefon time guruh. Tidak mahu memeningkan kepala Afifah pantas memejam mata. Tidur lagi baik.
Malam keesokan harinya dia masih terfikir-fikir sama ada ingin telefon nombor itu atau tidak. Telah diceritakan perkara itu pada kawan-kawannya dan memanglah kawan-kawannya memberikan galakan.
“Telefon la Fiefah. Rugi tau kau lepaskan peluang ni,” Damia memujuk rakannya itu.
“Betul-betul. Memang rugi kalau kau lepaskan peluang ni. Call je. Nilah masa kau nak berkenalan dengn dia,” Anis turut memberi galakan. Yang lain pula mengangguk-angguk. Seakan sudah sepakat bersetuju.
“Aku takut la. Macam mana kalau dia saja nak main-mainkan aku. Malu la nanti,”Afifah menyuarakan kebimbangannya.
“Ala taknya. Don’t worry la kawan. Kalau dia nak main-main kamikan ada. Siaplah dia kalau main-mainkan kau,” Kali ini Batrisya pula yang memujuk.
“Tapi dia tu nampak nakal la. Cuba tengok, dia tu dah la berkawan dengan geng-geng brutal.Takut aku,” Afifah masih berasa takut.
“Come on la Fiefah. Kawan dia je yang brutal tapi dia tu tak pun. Ala apa nak takut. Dia kan glamor. Semua budak perempuan tergilakan dia maknanya abang Ejo tu baik la,” Damia masih tidak berputus asa. Afifah pula terdiam mendengar kata temannya .Setelah ditambah, tolak, darab dan bahagi semua duduk perkara, dia membuat keputusan untuk mengikut saranan teman-temannya.
“Okay la. Aku call. Hisy,, takut la pulak,” Kata-kata persetujuannya ternyata membuatkan rakan-rakannya tersenyum lebar. Dengan lafaz bismillah Afifah mendial nombor tersebut. Maka dari situ, terjalinlah hubungan antara mereka bermula pada tarikh 14/7/2006. Nampak poyo je statement ni, haha.
Hari Isnin itu seperti biasa Afifah dan Damia mengunjungi ke perpustakaan. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan para pelajar dari kelas 5 Ungku Aziz. Afifah telah mula menunjukkan aksi malu-malu. Mana taknya Aizul merupakan salah seorang dari penghuni kelas tersebut.
“Labi tino lalu. Labi tino malu. Oloh malu-malu pulok dio, haha” Suara Faiz, jejaka dari Besut, Terengganu begitu kuat kedengaran. Afifah berasa bengang. Mana taknya semua orang memandang ke arahnya sambil ketawa. Buat malu je. Aizul pula sekadar tersengih-sengih. Senang hati je gayanya. Semenjak mereka ‘berkapel’ panggilan labi tino melekat pada dirinya. Namun hanya orang yang terdekat sahaja yang mengetahui hubungan mereka. Dia malas kecoh-kecoh. Dapat dihidu guru-guru percuma je kena ‘nikah’ free kat atas pentas. Afifah memandang Damia. Meminta pertolongan dari sahabatnya namun Damia juga dua kali lima. Hampeh betul. Dia sekadar tersenyum memandang para senior. Semasa Aizul lalu disebelahnya, jejaka itu sempat berhenti seketika
“Take care ye,” Ringkas sahaja bicaranya. Aizul sempat tersenyum manis sebelum berlalu ke kelas. Si gadis ini semakin bertambah la malunya. Dalam hati bukan main melonjak gembira. Damia pula tidak henti-henti mengusik. Disebalik keceriaan mereka ada hati yang terusik. Masih berlaku di tempat yang sama seperti dahulu.
_____________________
AFIFAH and the gang berjalan seiringan pulang ke aspuri sebaik sahaja tamat prep malam. Semasa melalui dorm 2 Kasturi, mereka dikejutkan dengan suara orang mengamuk. Mereka cuba mengintai untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Betina gatal. Dasar tak tau malu. Pakwe orang pun nak kebas. Memang dasar tak sedar diri. Arghh,…” Suara orang menjerit begitu kuat kedengaran. Afifah terkejut. Dia kenal suara itu, Fatin!!! Dia juga tahu dialah gerangan betina yang dimaksudkan oleh gadis itu. Baru sahaja ingin berlalu suara Fatin menghentikan langkahnya.
“Hoi Fiefah, kau memang betina tak malukan. Dah tau Ejo tu pakwe aku yang kau gatal-gatal rampas dia dari aku pasal apa. Dasar pompuan murahan,” Fatin meluahkan amarahnya. Faizah cuba menghalang namun rakannya itu ditolak ke tepi. Mereka telah digerumuni oleh para pelajar lain. Afifah benar-benar berasa malu. Semua orang memandang dan melihat apa yang berlaku. Belum sempat Afifah menjawab suara Damia terlebih dahulu kedengaran.
“Mengucap la Fatin. Yang kau nak marah sangat ni kenapa. Bila masa pulak abang Ejo tu pakwe kau. Siapa rampas siapa ni. Aku rasa kau pun taukan. Terimalah kenyataan,” Damia bersuara tegas. Kata-kata dari Damia membuatkan Fatin bertambah berang.
“Yang kau dok sibuk ni pasal apa pulak. Ni hal aku dengan betina tu. Betina tu memang tak tau malu. Macam la cantik sangat. Aku ni 10 kali ganda lebih cantik dari kau tau,” Dalam melepaskan amarah statement perasannya turut terselit. Damia dan yang lain menahan ketawa namun tidak bagi Afifah. Dia rasa terhina. Ditambah pula dengan pandangan orang ramai. Bergaduh kerana lelaki siapa tak malu.
“Aku tau la kau tu lagi cantik dari aku. Muka macam orang arab. Tapi tak payah la nak hina aku. Aku sedar aku siapa. Kalau kau nak sangat abang Ejo ambiklah. Aku tak marah pun,” Tegas kenyataan yang keluar dari mulutnya. Pantas dia berlalu dari tempat itu. Sudah tidak betah lagi berada lama di sana. Rasa sebak hanya ditahan. Damia, Batrisya, Anis, Musfirah dan Dhiya terlopong. Tidak menyangka sahabat mereka tidak membalas. Pantas mereka turut mengikut jejak langkah Afifah yang semakin menjauh. Fatin tersenyum sinis. Sahabatnya hanya tergeleng-geleng melihat kelakuannya. Buat malu je mengaku kawan.
“Dah, semua masuk bilik. Anggap je kejadian malam ni tak pernah berlaku. Jangan sama sekali terlepas ke tangan cikgu. Faham semua,” Kak Farah memberi amaran kepada mereka yang melihat. Pelajar-pelajar yang menjadi saksi hanya mengangguk mendengar kata-kata Farah. Faham dengan ketegasan pengawas tingkatan 5 itu.
Sementara itu, Afifah bergegas masuk ke dalam biliknya. Air mata telah pun membasahi pipinya. Rasa sakit hati usah di kira. Tuhan je tahu. Sebaik mendengar derapan langkah kaki menghampiri dorm, pantas dia mengambil bantal menutup muka. Dia tidak bersedia berhadapan dengan rakan-rakannya.
“kau okay tak ni. Alah tak payah peduli sangat dengan si Fatin tu. Dia tu dah gila talak. Boleh jadi penghuni tanjung rambutan dah. Tak habis-habis syok sendiri,” Damia menenangkan Afifah. Kata-katanya langsung tidak mendapat tindak-balas. Damia menggaru-garu kepalanya tidak tahu ingin membuat apa lagi. Yang lain sekadar menjongketkan bahu. Gegaran telefon begitu jelas kedengaran. Damia mati akal apabila melihat Afifah membuat tidak tahu. Buntu juga dirinya. Pantas dia mengambil telefon itu. Nama abang Ejo terpapar di screen telefon.
“Fiefah, abang Ejo call ni. Angkat la. Mesti dia tengah bimbangkan kau,” Damia masih terus memujuk namun tetap juga tidak terhasil. Afifah tidak ambil peduli dengan kata temannya. Fikirannya benar-benar serabut. Dia tahu pasti abang Ejo sudah mengetahui kejadian tersebut. Siapa lagi yang menjadi penyampai kalau bukan kak Farah.
“Tolong jangan ganggu aku,” Ringkas sahaja ayat yang dipertuturkan. Yang lain berpandangan. Mengerti rakan mereka itu memerlukan ketenangan.Mereka pantas berlalu ke katil masing-masing.
AIZUL berasa gelisah. Sudah 4 hari dia tidak berjaya menghubungi kekasih hatinya. Dia mengetahui kejadian yang berlaku daripada Farah. Perasaan geramnya usah dikira pada budak syok sendiri itu. Dia juga telah bersemuka dengan Fatin dan memberi amaran. Langsung tiada simpati melihat gadis itu yang menangis-nangis didepannya. Sekali lagi nombor Afifah ditekan namun hanya kakak operator yang menjawab. Sudahlah minggu itu minggu balik. Di sekolah pula gadis itu selalu sahaja mengelakkan diri. Aizul tdak senang duduk. Dari tadi dirinya berulang-alik ke kiri dan ke kanan di halaman rumah. Aiman adik kepada Aizul sekadar menggelengkan kepalanya melihat abangnya yang ternyata sekali nampak gelisah. Malas mahu masuk campur dia terus berlalu ke biliknya. Main games lagi syok.
“Ish, angkatlah. Stressnya,” Aizul terus mengomel seorang diri. Malam semakin larut.
_____________
AIZUL bergegas keluar dari kelasnya sebaik kelas ditamatkan. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Mujurlah Damia sudi bekerjasama dengannya. Sementara itu, Afifah dan Damia beriringan pulang ke asrama. Perjalanan mereka terbantut apabila Damia secara tiba-tiba menghentikan langkahnya.
“Ya Allah buku geografi aku tertinggalah. Adui, dah la kerja banyak. Arghh, masa nilah perut nak sakit. Fiefah boleh tak tolong ambik buku tu jap. Please, aku dah tak tahan ni,” Damia merayu dengan muka kesian. Afifah pula tesenyum dengan gelagat sahabatnya itu.
“Yalah, dah pergi toilet sana. Muka dah macam apa aku tengok,” Afifah terus mengorak langkah ke pintu kelas.
“Thanks. Buku tu atas meja tau,” Damia sempat menjerit sebelum masuk ke tandas. Afifah melangkah masuk ke dalam kelas. Meja Damia dihampiri namun langsung tidak kelihatan buku geografi di atas meje. Laci meja pula di intai namun tetap juga tiada namun sesuatu yang menarik dijumpainya. Sepapan coklat Cadbury black forest yang diikat cantik dengan reben berwarna merah jambu menarik perhatiannya. Gatal je tangannya mencapai coklat itu. Sekeping kad turut terselit di celah reben tersebut. Kad itu terus diambil dan dibuka.
‘TOLONG JANGAN MERAJUK LAGI,, PLEASE..
EJO MEMANG TAK ADA BAKAT NAK PUJUK ORANG’
SINCERELY,,
AIZUL ADLI...
Berkerut dahi Afifah mmbaca kad tersebut. Langsung tak kreatif. Sabar je. Baru sahaja ingin berpusing deheman seseorang mengejutkan dirinya. Pantas dia berpaling. Aizul telah tercegat dimuka pintu kelas. Afifah tidak keruan. Sudah hampir seminggu mereka tidak berhubung. Ingin melarikan diri namun tubuh itu enak berdiri tepat-tepat dipintu masuk. Dia menjeling ke luar kelas. Damia tersengih-sengih di luar kelas disamping Anis dan Hakim. Afifah tahu segalanya telah dirancang. Semenjak kejadian itu, dia sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung dengan Aizul lagi. Memang jejaka itu tidak membuat salah padanya, namun dia berasa tidak selesa dan bimbang jika ada lagi insan-insan yang tidak puas hati dengan hubungan mereka. Fatin telah pun memohon maaf kepadanya atas kejadian yang berlaku. Dia bersyukur kerana Fatin telah sedar dan dapat menerima hakikat. Peristiwa Fatin memohon maaf darinya langsung tidak diketahui oleh rakan yang lain. Kak Farah juga ada datang memujuk supaya tidak memutuskan hubungannya bersama abang Ejo. Dia juga telah membuat keputusannya namun masih belum membuat sebarang tindakan.
“Err, Nor sihat?” Aizul memulakan perbualan. Soalan yang paling bagus disoalnya. Lain yang ingin disoal lain pula yang terpancul pada bibir. (Panggilan antara mereka NOR+EJO)
“Hmm,, Nor sihat je,” Afifah menjawab. Terasa ingin gelak dengan gelagat Aizul yang ternyata gelisah namun dia menahan.
“Er,, dah makan ke belum?” Aizul menyoal lagi. Hakim, Anis dan Damia di luar kelas sudah menepuk dahi. Slow benor cik abe sorang tu. Sesuai la dengan paggilannya labi. Afifah pula sudah tergelak kecil.
“Hmm,, abang Ejo sayang, Nor cakap sekali je tau. Kita teruskan je semua ni. Faham?” Ringkas dan padat jawapan yang keluar dari mulutnya. Aizul pula telah terlopong. Terkedu untuk beberapa saat.
“Okay la Nor balik dulu,” Afifah meneruskan kata apabila melihat Aizul sekadar mendiamkan diri. Geram juga dirinya. Baru je ingin melangkah keluar Aizul pantas menghalang.
“Eh-eh nanti jap. Betul ke apa yang Ejo dengar tadi. Tak main-mainkan?” Aizul menyoal meminta kepastian.
“Aizul Adli, kan saya dah cakap saya hanya sebut sekali je. Tak dengar sudah. Dah saya nak balik. Lapar,” Afifah menjawab skema.
“Okay-okay. Sori ea. Terima kasih ye sebab sudi teruskan, hehe. Baru rasa lega sikit tau. Ni nak buat kerja tak senang bila orang tu merajuk,” Aizul berkata lagi.
“Sori sikit. Bila masa pulak Nor merajuk. Orang cuma tenangkan diri k,” Afifah pantas menjawab.
“Yelah tak merajuk. Orang call dekat beratus kali tapi langsung tak layan. Alih-alih kakak operator jugak yang jawab. Naik jemu dah telinga dengar dia dok ulang ayat yang sama,” Aizul memulakan bebelannya. Nor pula sekadar tersengih.
“Okay apa kakak operator jawab dari langsung takde orang cakap. Sekurang-kurangnya ada jugak suara orangkan,” Afifah masih menjawab.
“Amboi menjawab lagi tu. Ambik balik coklat baru tau,” Aizul mengugut perlahan.
“Eleh orang tak kisah pun. Kat koop pun ada. Dak la kad tak kreatif langsung. Lawak je,” Selamba sahaja Afifah mengutuk. Aizul pula telah membulatkan matanya. Baru ingin menjawab lagi suara Hakim menghentikan niatnya.
“Korang ni tak habis lagi ke. Kami ni dah lapar tau tak. Nanti tak pasal-pasal makanan habis kat dewan makan,” Hakim memulakan bebelan. Dah menyampah dia melihat gelagat dua sejoli itu. Entah bila nak habis.Perutnya juga sudah berkeroncong.
“Sori, hehe,” Serentak Aizul dan Afifah bersuara. Sejurus itu, mereka semua terus beriringan pulang ke asrama. Kisah Aizul dan Nor baru sahaja bermula disitu sebenarnya. Banyak lagi peristiwa yang berlaku selepas itu.
_____________
KINI CUTI RAYA TAHUN 2012
‘Don't say no, no, no, no, no
Just say yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And we'll go, go, go, go, go
If you're ready, like I'm ready’
DERINGAN telefon bimbit jenama blackberry milik kakaknya benar-benar mengganggu konsentrasi Atikah yang sedang khusyuk membaca novel Kea terbitan Kaki novel. Arif benar dengan nada dering marry you nyanyian Bruno Mars itu. Pantas dia berdehem membaiki suara sebelum menjerit.
“Kak nor, abang Ejo call,” Jeritan kuat Atikah memenuhi ruang rumah. Tidak lama kemudian kelibat kakaknya terus kelihatan di depan mata. Pantas sungguh. Afifah tidak tunggu lama.Pantas paggilan diangkat.
“Hello Ejo,, blabla….” Afifah terus bergayut dengan cik abang tersayang sambil tersengih-sengih. Atikah yang sudah terbiasa dengan situasi itu langsung tidak ambil peduli. Dia dudah lali mendengar perbualan pasangan itu. Semenjak kakaknya balik bercuti ketika dia masih didarjah 6 sehinggalah sekarang sudah berumur 18 tahun. Boleh juga dikatakan semenjak kakaknya memakai nokia 3310 sehinggalah menukar ke blackberry. Sudah masuk 6 tahun hubungan antara kakaknya itu dan abang Ejo. Kesemua ahli keluarga mereka juga telah mengenali jejaka itu. Abang Ejo telah beberapa datang ke rumah dan pernah juga bermalam di sini. Maklumlah, dah dapat green light dari ma dan ayah, haha. ‘Semoga berkekalan hubungan antara mereka berdua kekal hingga ke jinjang pelamin,’ doa si adik di sudut hati.
Tamat…

0 Comments
Catat Ulasan