Auto Update Status Mutiara Kata Di Facebook


Assalamualaikum... Dan alhamdulilah.. Sejak berapa bulan lalu wa pasang script kat server dan run "cron job" di server.. Dan connect terus ke pages facebook Jom Berdakwah Di FB. Alhamdulilah.. Ramai yang bagi respon yang positive.. Ada juga yang nak beli pages tersebut.. Fungsi yang wa buat nie adalah Auto Update Status Mutiara Kata Di Facebook. Kat mana ya wa dapatkan mutiara kata ye? Haa.. Wa dapatkan status mutiara kata di web Santapan Minda : www.santapanminda.com .

Cer korang masuk web Santapan Minda pastu refresh. Haaa.. Setiap kali kita refresh pages website Santapan Minda akan keluarnya kata mutiara kata yang terbaru kan.. Haa.. Cam tu lah wa buat.. Tapi wa bukan manual.. Wa suruh pc yang jalankan kerja untuk kerja refresh. Pastu secara auto.. pages Jom Berdakwah Di FB akan terupdate status mutiara kata secara auto.


Dulu wa pernah buat auto update waktu solat di Facebook. Apabila masuknya waktu solat dan secara autonya robot yang wa create tu akan update status di pages Jom Berdakwah Di FB. Tapi ia tak kekal lama. Kerana wa dapat email dari pihak Facebook yang mengatakan status yang robot wa update tu adalah spam. Hhhmmm... Sunguh kucewa.. =(

Haa.. Pages Jom Berdakwah Di FB nieh sebenarnya bukan tujuan wa mahu buat bisness atau dapat keuntungan. Sebenarnya wa buat atas permintaan dari Ustaz Aziz. Semua artikel yang wa share di sana adalah berpandukan ayat-ayat Al-quran dan hadis yang soheh. Kadang-kadang kita tengok satu pages tu ia berdakwah tapi ada unsur-unsur politik. Hmm.. Pages wa buat ni TIDAK LANGSUNG ADA UNSUR-UNSUR POLITIK. Itu lah yang wa takut nak jual pages ni. Takut disalah guna. Sebab ramai yang tahu yang pages ini tidak langsung menyentuh hal-hal yang berkaitan politik. Itu pon ada juga yang comment pasal politik.. Hmm.. Manusia.. Macam-macam perangai ada..

Tapi dah lama-lama.. Ustaz Aziz dah mula sibuk dengan kerjanya kerana dinaikan pangkat sebagai pengetua sekolah menengah. =) Disebabkan itu.. Wa terus pikir cam mana lah nak majukan pages ini.. Takkan nak tutup pages ni.. Kerana angka like ketika tu 90K. Hmmm..  Lalu wa terfikir nak buat Auto Update.. Dan alhamdulilah.. Ia berhasil..

Dan wa nak ucap ribuan TERIMA KASIH kepada pihak web Santapan Minda kerana memberi ruang untuk menggunakan kata mutiara kata.. Moga ia bermanfaat kepada semua.. Alhamdulilah..  =)

Psssttt : Tak lama lagi pages Jom Berdakwah Di FB akan dipegang oleh Ustaz Dan Ustazah Yang terkenal di kaca TV dan alam maya.. =) Wait and see.. =)


3 ulasan

  1. Terima kasih diucapkan kerana sudi menggunakan laman SantapanMinda... semoga diberkati.

    BalasPadam
  2. ustaz aziz?tetiba teringat ke ustaz yg penah ajar onie,namanya ustaz aziz gak

    BalasPadam
  3. bagus2x.. lebih baik mengingatkan kawan2 pasal ugama dari politik.. :)

    BalasPadam


EmoticonEmoticon