Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak kaku..
P/S: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.
Cerita ini wa ada share di Fan Pages Jom Berdakwah Di FB..

touchingnya baca kisah ini... begitu besarnya pengorbanan seorang ibu...
BalasPadamsedehnyerrr ;C
BalasPadamhmmm saya mak saya!
BalasPadamtouching...ibu sanggup lakukan apa saja untuk kita kan?
BalasPadamSgt sedey :((
BalasPadamBsr sungguh perngorbanan seorg ibu
memang tersentuh hati sangat bila baca pasal pengorbanan seorang ibu.. kasih ibu membawa ke syurga.. :)
BalasPadamadoi sebaknyeee ... T.T
BalasPadamsedihh nye ;')
BalasPadamMemang menikam kalbu... (T_T)
BalasPadamDalam masa yang sama menikam mata... *sakit sgt*
syg ibu huhuh..gmbar tu aouchhh...!!
BalasPadamkasih ibu membawa ke syurga.... ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya, tak percaya jadilah seorang ibu baru kita akan memahami perasaan seorang ibu,
BalasPadamtu lah kan.. MAK mane yg x syg anak.
BalasPadamMAK sanggup berkorban ape saje demi
anak-anak.. tp anak-anak blm tentu
lg sanggup nk bkorban utk jage mak..
moge2 kita x jd anak derhaka :)
tersentuh baca kisah ni..
BalasPadamibu, tak ada galang gantinya. betul tu, pasti seharian dia jenguk kita dari kena gigit nyamuk yg kecik tu..
kasih ibu membawa ke syurga, pengorbanan ibu takkan mampu kita balas walau apa pun cara kan,
~thanks 4 sharing
tersentuh hati baca cite ni.. a'aa seorang ibu akn lakukan apa je utk ank nya...
BalasPadamPernah baca citer nih, memang sedih.
BalasPadamtersentuh...
BalasPadambetapa besarnya pengorbanan mereka kepada kita.. ya Allah berkatilah ibu dan ayah di dunia dan akhirat.. amin..
BalasPadam