Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :
“ Yang mula-mula diputuskan di antara manusia pada hari kiamat ialah pada darah.”
(al-Bukhari, Muslim dan an-Nasa’ie)
Huraian :-
Apa yang dimaksudkan di dalam hadis di atas bukanlah pembunuhan terhadap kaum musyrikin atau orang-orang kafir kerana hak tetapi peperangan yang berlaku di antara kaum Muslimin sendiri yang tidak diketahui secara jelas sebab-sebabnya serta dapat dibenarkan.
Disebabkan itu banyak yang terkorban dan fitnah pun menjalar sehingga seseorang itu tidak tahu apa yang sebenarnya mendorong dirinya untuk membunuh orang lain seolah-olah nyawa manusia tidak ada nilainya lagi. Mengikut hukum syarak kematian yang berlaku kerana pembunuhan yang disengajakan, pembunuhnya itu akan dikenakan hukuman qisas kerana ia adalah perbuatan zalim dan terkutuk.

0 Comments
Catat Ulasan