Official Trailer Filem Saya Amat Mencintaimu


Trailer filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) arahan Muhamad Syafiq Yusof, pengarah termuda Malaysia yang berusia 18 tahun ketika mengarah filem ini. Dari trailer’nya sahaja, dah boleh nampak bagaimana pengarah muda ini mampu membawa masa depan yang cerah kepada industri perfileman negara. Syabas untuk Syafiq Yusof.


Filem pyscho thriller ini mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang mencintai Lisa iaitu rakan sekerjanya. Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Namun begitu, pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri.








Filem ini akan berada di pawagam pada 19 Ogos 2012 atau pada hari raya Aidilfitri.

0 Comments

Catat Ulasan