Yang Seronok Di Baca & Tak Seronok Di Baca!!



Kalau Suami

Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara

Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua

Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada

Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje

Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu

Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu

Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa

Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje

Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula s epa k terajang ke muka

Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

Jika Suami

Jika suami sayangkan isteri

Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri

Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri

Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri

Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri

SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri

Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri

Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri

I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri

Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri

Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri

Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri

Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri

Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri

Cintanya suci hingga ke mati....

6 ulasan

  1. huhuhu... tersengih membaca..
    suka part 2nd last tuh
    'jika suami syg isteri status kahwin bangga sekali'

    mr. hubby tidak akan keluar rumah selagi
    tidak memakai cincin di jari... bangganya =)

    BalasPadam
  2. HEHE..senyum sendiri..(0______0)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama22/7/11 5:53 PG

    KALAU SUAMI.....semua diatas hati2

    keberangkali suami berpenyakit mati pucuk (Erectile Dysfunction)

    BalasPadam
  4. Sekiranya suami sayang teramat sangat,
    Selalu beli hadiah dan tak suka keluar rumah,
    Tapi kerjanya
    6bulan setahun outstation...

    Ha.. yang ni kena benar berhati2
    Dia memang ada isteri/isteri2 dan anak/anak2
    Ditempat lain

    BalasPadam
  5. perfect entry.. takotnye nk jalani hidup sebagai isteri ku mcmtu perangai suamu yg 1st verse tu..

    subhanallah~

    BalasPadam


EmoticonEmoticon