Sistem Komputer Akan Down Pada Tahun 2038


Dipercayai tahun 2038 akan menyebabkan beberapa software akan gagal berfungsi. ini disebabkan oleh "rounding error" apabila software yang didevelop dengan C yang gunekan fungsi time_t. time_t ni adalah datatype (defined dari time.h) yang 'diakui' oleh ISO C yang diukur dari 1 Januari 1970.

Dalam C, nilai maksimum untuk signed integer (32-bit) adalah 2,147,483,647 (hex: 0x7FFFFFFF). so, the problem is apabila tiba masa (int a = 0x7FFFFFFF) iaitu pada 3:14:7 pagi 19 Januari 2038. dan untuk saat berikutnye, iaitu a+1, a akan jadi 0x80000000, tapi disebabkan melebihi had maksimum untuk integer, maka "DateTime" akan direset balik ke tahun 1901 (sebab value a sekarang jadi -2,147,483,648).

Kebanyakkan sistem unix 32-bit akan mengalami masalah ini, disebabkan hampir keseluruhan applikasi unix dibangunkan dengan C.



Apa Itu C?
Bahasa C adalah salah satu bahasa pemograman yang popular di dunia dan mempunyai kemampuan lebih dari bahasa pemograman yang lain. Banyak sekali aplikasi-aplikasi yang di tulis dalam bahasa C. Bahkan, Software Development Kit untuk Windows ditulis dalam bahasa C. Bahasa C merupakan bahasa pemograman yang sifatnya portable, iaitu dengan sedikit atau tanpa perubahan, suatu program yang ditulis dengan bahasa C pada suatu komputer dapat dijalankan pada komputer lain. Bahasa C merupakan general-purpose language yaitu bahasa pemograman yang dapat digunakan untuk tujuan apa saja. C merupakan industrial-strength language. Dengan bahasa C anda dapat membangun beragam aplikasi mulai dari pemograman sistem, aplikasi cerdas (artificial intelligence), sistem pakar, utility, driver, database, browser, network programming, sistem operasi, game, virus, dll.

Berbalik Kepada Topic Kita..

.NET pulak 'selamat' dari problem ini disebabkan DateTime (structure untuk hold time) akan return data type long (maksimum value untuk long/int64 adalah 9,223,372,036,854,775,807) - unless kalo ade siapa-siapa yang main main dengan date gune COM object...

Apa Itu .NET?? (Microsoft .NET Framework)
Microsoft .NET Framework ialah sebuah rangka kerja perisian yang boleh dipasang pada komputer yang mempunyai sistem pengendalian Microsoft Windows. Rangka kerja ini mengandungi sebuah pustaka kod yang besar dan mesin maya yang menjalankan atur cara-atur cara yang ditulis dalam rangka kerja ini. .NET Framework menyokong pelbagai bahasa-bahasa pengaturcaraan dan membolehkan keupayaan saling kendali antara bahasa, di mana setiap bahasa boleh mengguna pakai kod yang ditulis dalam bahasa lain; khususnya, pustaka .NET boleh dicapai dari semua bahasa pengaturcaraan yang disokong oleh .NET.

Rujukan :
==> http://en.wikipedia.org/wiki/Year_2038_problem
==> http://2038bug.com/

7 ulasan

  1. x pa...pasnie kita guna android pulak...:D

    BalasPadam
  2. share jugaklaahh..huhu..
    erm3...~
    ahhaaa...so how n0w?!

    BalasPadam
  3. macam krisis Y2K tahun 1999 dulu. Akhirnya membawa kepada mengkayakan sesetengah pihak. dan keadaan tidak seperti yang digembar gemburkan. xda pape pun.


    Ntah la, ye kot. Masa tu buta IT lagi.

    BalasPadam
  4. bahasa mesin ni payah sikit nak faham kalau bukan orang IT.. apa pon tq atas info ni..

    BalasPadam


EmoticonEmoticon