Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah.



Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia
tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin.

Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup.
Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

3 ulasan

  1. Tanpa Nama21/7/11 7:59 PG

    Syabas, mudah2an segalanya seperti yang dikehendaki agar rumah tangga bahagia sentiasa. Saya ingin ketengahkan satu cerita benar;

    1. Seorang isteri yang telah mengorbankan segalanya, tiada satu yang tidak perlu dipinta kerana tidak mahu membebankan suami, segala urusan kewangan adalah urusan suami semata2.
    2. Malangnya kematian suami, baru sedar keadaan sebenarnya. Suami yang bergaji RM15K sebulan, meninggalkan hutang2 ratusan ribu dan tiada apa langsung perlindungan kewangan, perumahan atau simpanan kepada balu dan anak-anaknya yang semua masih kecil (1 tahun hingga 8 tahun) kerana kuat berjudi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga. Isteri seorang suri rumah sepenuh masa.
    3. Walaupun demikian, balu tetap berdiam diri walau didera mental keluarga Arwah yang tidak henti dengan sangkaan buruk bahawa balu cuba sorok harta pusaka Arwah (yang sebenarnya tiada langsung).
    4. Bukan saja dibeban terpaksa (terdesak) mencari pekerjaan agar dapat menjana pendapatan untuk diri dan anak, beban hutang Arwah juga terpaksa dijelaskan.


    Kejadian sedemikian adalah punca kenapa masakini, ramai dari kalangan isteri, walaupun dari rumahtangga yang serba cukup, tetap berkeras untuk keluar mencari rezeki.

    Janda/Balu/Anak yatim/Anak tertinggal diNegara ini adalah golongan yang begitu terbiar dan tertindas kerana sistem yang sedia ada tidak memberi perlindungan yang sewajarnya demi pembangunan masa depan mereka serta anak2 yang yatim atau tertinggal sabit kematian atau penceraian.


    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama21/7/11 9:32 PG

    Anonymous: betul tue.. zaman berubah... krn takut akan situasi di atas si isteri lebih rela mencari rezeki sendiri untuk menjamin masa depan diri sendiri & anak2 apabila ditinggalkan suami secara hidup atau mati. Zaman serba mencabar skrg ni kalo isteri tidak melakukan sesuatu yg sepatutnya maka situasi di atas akan terjadi. Lelaki zaman skrg kebyakkan mudah lupa akan tanggungjwab mereka sbg ketua keluarga.

    Bab meminta2 ni terpulang la pada kemampuan suami.. Kalo mampu apa salahnya kalo si isteri itu meminta lebih darpd duit yg ada itu dihabiskan pada yang tidak tentu hala & tujunya. kalo tak suami x mampu isteri boleh usaha sendiri tanpa mengharapkan kpd suami..

    Oleh kerana itu, isteri2 keluar bekerja utk membantu suami tp kdg2 suami ambil kesempatan... :)

    BalasPadam
  3. slm, sy mohon copy paste nk share kat blog yer :)

    BalasPadam


EmoticonEmoticon