Nur Kasih The Movie 2011 - Full Movie


Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil.
Setelah Aidil kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup seperti biasa. Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Nur Amina mengandung. Berita gembira ini telah membuatkan semua orang gembira terutama Adam sendiri. Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan kerana kandungan tersebut telah keguguran.

Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi.

Pada saat ini, Adam berdoa kepada Tuhan supaya dikembalikan Nur Amina. Akhirnya, mereka berdua telah selamat. Tetapi, cincin Nur Amina telah hilang. Jadi, Adam pun pergi ke tempat nahas tersebut untuk mencari cincin Nur Amina. Malangnya, ribut taufan telah melanda di kawasan tersebut dan Adam telah hilang. Nur Amina berusaha untuk mencari Adam tanpa berputus asa. Dia juga telah meminta pertolongan daripada Aidil untuk bersama-sama mencari Adam. Setelah puas mencari, akhirnya mereka berjaya menjumpai Adam. Tetapi pada ketika itu, Adam berada di dalam keadaan yang tenat kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan kereta. Akhirnya mereka telah pulang ke Malaysia.

Adam dibawa ke hospital untuk dirawat. Malangnya keadaan Adam menjadi semakin teruk di mana jantungnya lemah. Nur Amina tetap berusaha untuk menyelamatkan Adam dengan cara mencari sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan perubatan untuk Adam. Ketika itu juga, Nur Amina didapati telah mengandung lagi. Sementara itu, tugas Adam sebagai cikgu telah diambil alih oleh Aidil.

Pada suatu hari, Aidil telah dibelasah oleh sekumpulan samseng kerana dituduh merampas teman wanita samseng tersebut. Pada masa yang sama juga, Adam berada dalam keadaan yang amat kritikal. Mamat iaitu anak murid kepada Adam cuba untuk menyelamatkan Aidil. Malangnya, dia telah terbunuh. Dengan pengorbanan itu, Adam berjaya diselamatkan kerana Mamat menderma jantungnya kepada Adam. Disebabkan itu Adam sempat melihat anaknya.

Walau bagaimanapun, yang hidup tetap akan mati juga. Adam telah mati dahulu sebelum Nur Amina dan Aidil akibat tua.


Sila Share Di Facebook Anda Sebelum Video Ini Di Delete...

21 ulasan

  1. macammana nak share through fb ?

    BalasPadam
  2. Klik Button "Share" Kat Atas Tu.. =)

    BalasPadam
  3. Cara Nak Tengok.. Klik Play.. Dan Tunggu Kejap.. Dan Taraaa... Dah Boleh Tengok.. =)

    BalasPadam
  4. Pastikan Internet Laju.. Baru best tgk... Kalau x.. pasti akan tersekat2.. x pon klik pause lu.. then biar lama jap.. dan klik play balik.. =)

    BalasPadam
  5. boleh donload x?

    BalasPadam
  6. klau pkai idm bleh la nak download...

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Thanks..baru lepas tgk..

    BalasPadam
  8. nk donlot leyh x?bg link..ehehehe

    BalasPadam
  9. yup2.. Promo 1tube jap... =p

    BalasPadam
  10. dah delete ke? dpt tgk x smpi uku terus loading stop x bley tgk.

    BalasPadam
  11. Boleh Aja Tonton.. Mungkin Internet Anda Ada Problem Kot..

    BalasPadam
  12. ALA, TENET SAYA LAJU GILE NIE...HUHU

    BalasPadam
  13. kualiti gambar sangat cantik...!

    BalasPadam
  14. adoi..dah x bleh tgk ke

    BalasPadam
  15. mane button play??

    BalasPadam
  16. knp dpt tgk sikit jew..pastu stop lame.huhu..bleh taw tak knp?k dh takley tgk?

    BalasPadam
  17. cmne nk donlod?

    BalasPadam


EmoticonEmoticon