Apa Itu Paypal??


Apakah itu Paypal ? Kenali Paypal dan kenapa ianya sangat penting dalam urusan perniagaan internet di masa ini. Dalam urusan jual beli, sememangnya pihak ketiga amat penting memastikan setiap urusan jual beli dapat dilakukan. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah merchant yang menerima bayaran untuk urusan jual beli. Salah satu merchant yang popular ialah PayPal. Siapa yang tak pernah dengar Paypal?
Situasi 1
Ali dan Mamat  2 orang sahabat baik dunia online. Sekarang Ali berada di Malaysia, Mamat pula di US. Mamat berminat untuk membeli satu produk Hot yang dijual oleh ali dengan larisnya di website beliau. Maka Ali menyuruh Mamat membuat bayaran di ………………….. alamak! Mamat mana ada akaun Maybank atau CIMB!
Maka disini Paypal adalah penyelamat kepada Ali. Ya, menerima bayaran dari sesorang dari luar negara menggunakan akaun Paypal Amatlah mudah. Selepas bayaran dibuat, wang tersebut boleh dipindahkan ke akaun tempatan Ali di Malaysia. Pun begitu, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Paypal boleh berurusniaga tak kira mereka di satu negara yang sama atau negara berasingan.

Bagaimanakah caranya untuk menggunakan Paypal? Sila rujuk arahan di bawah ini ;
1- Klik website ini Paypal - Klik dan page baru akan keluar bagi memudahkan untuk anda ikut step seterusnya
2- Klik pada “Sign-up”
3- Pilih jenis akaun. Jenis ini mengikut fungsi dan keperluan sesorang. Ada 3 kategori iaitu Personal, Premier dan Business. Akaun personal digunakan untuk proses membeli online di internet. Akaun premier untuk menjual/membeli online manakala Business untuk perniagaan anda. Klik pada “Get Started”.
4- Akan keluar borang bertajuk “Enter your information”. Isikan maklumat anda selengkapnya hingga selesai. Dibahagian akhir klik pada “I agree, create my account”.
5- Setelah selesai, login semula akaun Paypal. Anda akan lihat perkara yang perlu anda lakukan. Iaitu menambahkan kad kredit / debit anda.
Selepas siap kad pun boleh ditambah ke akaun Paypal. Untuk verifikasi Paypal akan kenakan cas$1.95 - Selepas tu Paypal akan pulangkan semula duit tersebut ke dalam kad selepas verifikasi berjaya.
Sekian, selamat berurusniaga !

2 ulasan

  1. x boleh msukkan no fon la...
    how 2 do??

    BalasPadam
  2. OOooo ptot la selama ni dok jumpa mnatang ni dalam blogshop -.- k k tq ^^

    BalasPadam


EmoticonEmoticon