Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun!!


 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.]

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.


Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE



Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :


Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :

-klik untuk besarkan-

MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.


Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.

Wallahualam...

PERHATIAN : Video di atas hanya fakta sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.


Sila Lah Share Di Facebook / Blog Anda Bagi Diorang 
Tahu Juga.. 

Apa Pendapat Anda?? 

121 ulasan

  1. untung jd org melayu. hehe

    BalasPadam
  2. dari mana dtg perkataan banjaran HIMALAYA ? banyak lagi sejarah yang tak tertulis . dan jugak sejarah yang di padam

    BalasPadam
  3. fakta yang tersembunyi ini juga memungkinkan melayu tersenarai dalam golongan yang terhebat..;))

    BalasPadam
  4. semua org boleh jadi hebat. kehebatan ada dalam diri masing2, cuma kena tau mcm mana nk keluarkan kehebatan tu :)

    BalasPadam
  5. Begitu detail.. thanks for the info.. boleh dikaji lebih mendalam tentang Bangsa Melayu... serpihan2 Bangsa yang hilang...

    BalasPadam
  6. boleh baca tapi belum lagi benar2 konkrit... ia ibarat puzzle teka teki.. sejauh mana kebenaran kita perlu lengkapkan semua penemuan menjadi sebuah cerita lengkap... sbb itu pentingnya sejarah Melayu Nusantara perlu ditulis semula..

    BalasPadam
  7. its puzzle me..~!!huhu..

    BalasPadam
  8. MasyaAllah,

    This is really good. Very detail and so interesting.

    BalasPadam
  9. ambik kat alter terbeasr rahsia melayu kn? mmg bnyak cter mnrik lgy

    BalasPadam
  10. sangat menarik..love to read it..^.^

    BalasPadam
  11. Melayu hebat dan mampu jadi jauh lebih hebat....

    BalasPadam
  12. berejam ni aku abeskan mase paham kan story ni.p berbaloi aku dapat informasi yang berguna macam ni..

    BalasPadam
  13. fuh...tak sangka pepagi ni saya baca sejarah pulak, dah lama tinggalkan sejarah zaman sekolah. saya mmg minat sejarah (dulu panggil Tawarikh kan?)
    Melayu hebat juga ye?

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama2/6/11 10:38 PG

    hebat memang hebat.. tapi tak pandai politik.. tak pandai bersatu.. maka mudahlah diperintah oleh bangsa lain...kesian Melayu..

    BalasPadam
  15. pehhh,the lost tribe..msh lg dperingkat teori,tp mgkn ada kbenarannya

    BalasPadam
  16. tak hairanlah hang tuah pernah berkata takkan melayu hilang di dunia.

    BalasPadam
  17. kalau fakta ni benar & tepat 30% pon dah boleh buat aku tersenyum bangga.. sayang sekali.. mana hilangnya kepahlawanan Melayu??

    cuba you all pikirkan.. dalam banyak2 negara Islam, negara nusantara ni lah negara Islam yg paling jauh & terpencil? tak macam arab, paki/afganistan n negara2 yg laen yg sebelah2 n berjiran je.. kita lah yang paling jauh.. mesti Allah merancang sesuatu di Nusantara ni... inshaAllah.. Wallahualam...

    BalasPadam
  18. berjumpa juga dgn ape yg sy cari2 selama ni.. alhamdulillah.. sy tidak suka dan tidak bersetuju dgn mereka2 yg berkata "melayu mudah lupe" "janji melayu" dan bahasa2 yg mnyalahkan bangsa krn bg sy "bangsa" xsalah ..kt sama je dtg dr Adam.. yg salah tu individu ,bangsa xsalah ..tp yg xpk cmni teruskan cara anda ,

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama3/6/11 12:57 PG

    good thing to read..worthed

    BalasPadam
  20. lebih auta dari fakta LOL

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama3/6/11 10:16 PG

    takkan MELAYU HILANG DIDUNIA

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama3/6/11 11:09 PG

    Sejarah ditulis oleh orang yang menang!

    BalasPadam
  23. Dalam artikel ini, piramid di Jepun bertarikh 8000 tahun, atau 6000SM. Sejarah piramid Mesir sekitar 2600 SM. Nabi Yusuf hidup pada sekitar 1700 SM. Kerajaan Srivijaya 500 SM.

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama3/6/11 2:33 PTG

    yup2 sjarah dtulis oleh orng yg menang..

    BalasPadam
  25. Ya bangsa kita melayu yang cerdik...

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama3/6/11 5:47 PTG

    jelas sekali keunikan & keistimewaan kita bangsa Melayu sengaja ditutup serta diperlekehkan pihak2 tertentu esp. Yahudi...

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama3/6/11 5:49 PTG

    hhuh?
    korg x tawu ker.
    benda ni da dikaji bukan piramid melayu.tp piramid tamandun jepun
    melayu x kan blh belayar sampai jepun kot
    jgn salah fhm ni

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama4/6/11 1:18 PG

    jgn bangge dgn mase silam..tgk la kt melayu zaman skrg ap jd? pemikiran klas ke-3

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama4/6/11 2:32 PG

    tugasan kite ke utk menyembelih yahudi ni?

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama4/6/11 2:32 PG

    awesome.. bertuah jd anak melayu..

    BalasPadam
  31. lek r... kita ni semua keturunan nabi Adam a.s... bangsa tu ujian tuk kita je.. kita usah perlu bangga dgn bangsa, kita hanya perlu bersyukur dgn nilai2 murni yg ada pada manusia.. bersyukur kpd yg memberi kita nilai2 tersebut.. bersyukur kpd Allah s.w.t.

    maka jalankanlah tugas2 kita sbgi manusia.. dan utk melakukan tugas tersebut, kita perlulah membaca dan memahami kitab Al-Quran kerana di situlah ternyata segala ilmu yg diperlukan utk kita menjalankan tugasan kita... insyaallah...

    BalasPadam
  32. menarik! nak share lah...

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama4/6/11 1:46 PTG

    kesahihannya ada pda pengkajian.... jgn percaya sgt klau yahudi atau geng amerika yg keluarkan sesuatu kenyataan.... mengikut kajian SYEIKH ZAINUL ASRI(kalau pernah dgr laar) dia nieh seorg pengkaji benda2 mcm nieh... cnthnya ada spkulasi mengatakan bahawa imam mahdi akn lhir dri bangsa melayu sendiri... dan berketurunan kerabat.. oleh itu, kalau diperhatikan... tinggal malaysia dan bbeberapa buah negara yg lain d asia tenggara saja yg mempunyai sistem beraja,... \

    kalau diikutkan sejarah ketika malayan union, ada yg mengatakan pihak inggeris sengaja membiarkan sistem beraja beeterusan dan tidak menghapuskannya...

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama4/6/11 2:25 PTG

    nice. takkan melayu hilang di dunia

    BalasPadam
  35. assalamu'alaikum..
    kalau nk diikutkan, teori ini adalah berkaitan dgn kewujudan Imam Al-Mahdi. tapi, yg ana pasti mengikut pembacaan daripada bnyk sumber bahawa Imam Mahadi adalah dari keturunan Rasulullah S.A.W sendiri iaitu daripada anak cucu Saiyidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali. Al-Quran mngatakan Imam Mahdi akan muncul di kawasan Timur Tengah sp't ape yg telah diramalkan oleh tukang tilik yahudi, iaitu Nostradamus. Merujuk pada Al-Quran surah Al-Kahfi bahawa makhluk yg tidak dikenali yg berada jauh di perut bumi adalah bangsa Yakjuj dan Makjuj yg telah dikurung oleh nabi Zulkarnain satu mase dahulu. semuanya telah tercatat jelas dalam Al-Quran (mohon rujuk). dan janji Allah pasti benar bila Dia menginginkan batu yg mendindingi makhluk tersebut cair. Allah.. Subhanallah. Allah Yang Maha Mengetahui sedangkan kita tidak. Yg pasti, semuanya telah tercatat dalam kitab suci ALLAH..mgkin ini semuanya ade kaitan dgn makhluk yg dipenjara dan hari kiamat. Wallahu'alam..Moga ALLAH redha..

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama6/6/11 7:48 PTG

    melayu dulu memang hebat, tapi melayu skarang hebat merempit, hebat buang anak, hebat mengumpat, hebat menyantau.

    BalasPadam
  37. bangga jd MELAYU..BENARLAH 'TKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA'

    BalasPadam
  38. sy pula nk konsi yang ini

    http://abjadmalaysia.blogspot.com/

    BalasPadam
  39. terima kasih kerana maklumat ini.sdikit sbanyak dpt gak ilmu...

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama7/6/11 8:13 PTG

    jgn asik berbangga dgn sejarah lampau.jadikn melayu yg sekarang ini yg terhebat..yg dulu dh jd sejarah,yg sekarang ni jgn jadi parah..

    BalasPadam
  41. utk masa yg akn dtg, sama2lah kita kkalkn identiti kmelayuan kita iaitu;
    1.agama
    2.adat n adab
    n byk lagi yg nenek moyang kita amlkn dlu(yg x brtntangn dgn syariah islam)

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama8/6/11 12:26 PG

    Kita melayu telah lama diperhatikan oleh Israel..

    BalasPadam
  43. Tanpa Nama8/6/11 3:16 PTG

    rujuk al quran.. jangan sesat dgn teori yahudi... channel HISTORY ni pun milik yahudi.. yahudi mmg suka memandai sebab diorang mmg dari baka yg bijak pandai..

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama8/6/11 3:25 PTG

    artikel begini walaupun mudah diragui kesahihannya namun berjaya menaikkan kembali semangat Melayu dalam diri ini, membuatkan diri rasa lebih bertenaga untuk menyumbang bakti dan meninggalkan nama yang hebat kepada anak cucu...terima kasih penulis.

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama8/6/11 3:27 PTG

    garis di lengan!

    BalasPadam
  46. Tanpa Nama8/6/11 3:41 PTG

    cerita menarik tapi sungguh bodoh, kalau dah jumpa piramid melayu kat jepun kenapa tak keluar sebagai berita utama kat tv3 ke, b.harian ke, jangan memperbodohkan orang lah.... mereka cerita dongeng.... hahaha, mana ada sejarah tamadun melayu, semuanya bermula dari arab, china dan india

    BalasPadam
  47. Kami bukan ikut suka-suka buat artikel.. ini kami dah selidik betul ker tak.. kalau anda mahu tahu lebih lanjut... anda boleh search kat google.. tu kalau anda tahu menggunakan la.. =)
    TV3??? Nahh.. RTM dan Paper Dah keluar dah.. =) Tak baca paper ke?

    BalasPadam
  48. Tanpa Nama8/6/11 4:42 PTG

    Sebab tu orang Melayu yang lelaki ni kacak2 belaka..
    Dah memanag keturunan Nabi Yusuf a.s.

    Wawaahualam..
    Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu segala isi-Nya..

    BalasPadam
  49. bangga menjadi melayu~!
    melayu sememangnya bangsa yang hebat.
    tapi.. melayu sekarang xtahu yang mereka sebenarnya hebat..

    BalasPadam
  50. Tanpa Nama8/6/11 8:27 PTG

    kalaupown 'the lost tribe' sekali..bangga sahaja xbawak ke mana..usaha lagi dipandang..the lost tribe x berbakti hanya akan terus lost...

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama8/6/11 9:34 PTG

    well... takkan melayu hilang didunia

    BalasPadam
  52. tapi ade jugak orang yang malu jadi melayu..x moden katenye..dress code yahudi..xmoden tutup badan..sedih2 tgk anak bangsa aku yang makin lame makin lupa daratan

    BalasPadam
  53. bangsa melayu memang pernah megah di dunia dan mempunyai tamaddun yang hebat, pelabuhan terkaya, senjata yang banyak dan pernah mempunyai sekutu dan selat melaka pernah mempunyai pengawal dari 80 bangsa di dunia termasuk dari afrika, tanah arab, china, jepun, korea dan lain2 negeri di gugusan nusantara... tapi kekuasaan dan kekuatan bangsa melayu telah ditukar dengan bangsa lain oleh sebab mereka meninggalkan ajaran Allah.

    BalasPadam
  54. bangga kalau jadi melayu yg ingt Allah...malu jadi melayu yg lupa pada Allah....

    BalasPadam
  55. Tanpa Nama9/6/11 12:04 PG

    mlas nak bca...tlampau panjang...XD

    BalasPadam
  56. Tanpa Nama9/6/11 9:48 PG

    Hamba bawakan semula segala rahsia dunia melalui kitab2 Malayu. Hamba mengembalikan semula kehebatan Malayu dan kemudian menakluk dunia sekali lagi dgn izin tuhan. mahadaya-asalama.blogspot.com

    BalasPadam
  57. Tanpa Nama9/6/11 10:14 PG

    nice ;) apa pun dunia hanya satu persingahan yang sementara... itu yg lebih penting dalam kehidupan ini..

    BalasPadam
  58. wah...aq mcm x prcya slma ini melayu pon ade jgak pyramid...ish2 pndai cungguh la dia orng saintis ni...

    BalasPadam
  59. Tanpa Nama9/6/11 11:01 PG

    jika dikaji dgn teliti, banyak sejarah dunia telah diubahsuai utk kepentingan pihak2 tertentu...memang terdpt banyak artifek2,journal2 serta bahan2 bukti tentang kewujudan melayu dan nusantara yg disimpan oleh bekas2 penjajah(dari sumber yg boleh dipercayai)..banyak sejarah dunia telah direka-reka oleh mereka..contoh sejarah yg direka oleh mereka dimalaysia boleh dilihat dlm www.melayuberaja.org

    BalasPadam
  60. Dah lama aku tak baca artikel panjang tapi menarik camni.. hebat.. teruskan usaha anda :)

    BalasPadam
  61. Tanpa Nama9/6/11 8:20 PTG

    Dalam kitab Taurat ada disebut bahawa Nabi Ibrahim punya seorang isteri lain bernama KETURAH , KETURAH ini dipanggil orang zaman itu dan dalam Bible sebagai orang 'bangsa Mala ' atau orang mala , ..

    dalam bible perjanjian lama agama Kristian juga ada disebut nama keturah ..

    BalasPadam
  62. Tanpa Nama10/6/11 2:28 PG

    fuh...berjaya gak aku habiskan baca semua ni..ermmm x sangka aku dpt baca sejarah kita...ape2 pun aku berterima kasih kerana aku dilahirkan sebagai umat islam dan bergelar anak melayu..

    BalasPadam
  63. ingatlah kalian sekalian yang bangsa melayu dl beragama hindu!!!!!!hhahhaha..jgn dok bangga ngan bangsa...kalo x sama je kita semua mcm israel..bangga ngan bangsa!!!!

    BalasPadam
  64. Tanpa Nama10/6/11 5:36 PG

    yg kate "melayu mudah lupe " tu...die bukan melayu...die mamak...hihih...name bapak die kurti....
    day...roti canai wannek!!!!

    #nice info..aku ni malas nk bace pnjg2...tp makin d bace makin menarik...#
    ~korg nk kate ape,korang kate lah..2 hak individu...y pasti..aku bangge jd ank melayu.sbb...da hakikat nye aku lahir2 da jd melayu...y mane x ske o kutuk2 tu makne nye dorg x leh trime hakikat la...x pe..aku paham...ilmu "hakikat" lah y pling ssh nk amal kn...sabo yerrr~

    BalasPadam
  65. as slm.. sejarah ni bila dihayati mmg bes n manarik minatnya, spt kala haus sirap ais pung nikmat, ada kaitan bangsa scythia dgn asia ni hingga turun ke dua pergunungan kaukasus dan kaum barbar, mogul dsb.

    sya sdh x berapa ingat tetapi jika anda berminat cuba dapatkan buku alexander adalah zulqarnain dr penerbit PTS, baca isinya bkn tajuknya ye.. ada disertakan juga map n lokasi bangsa'2 yg mungkin menarik minat anda. selebihnya wallahuaklam, salam perkongsian dan w'slm.

    BalasPadam
  66. good thing to read..worthed. thanks.

    BalasPadam
  67. hurm...no komen

    BalasPadam
  68. ya,xkan hilang melayu di dunia,tp...apa sudah jd kepada ank bangsa kita...mereka sudah hilang,,lupa asal usul mereka...mmg aku berbangga menjadi melayu.....ttpi mereka tidak...mereka lupa kepada asal-usul mereka yg hebat,ttpi mereka menjadi lbh hebat di jalan raya...maaf jikalau ada yg terasa...

    BalasPadam
  69. I wished there's more to it.
    Even if we were to retrace the history, back then when these bunch of ambitious people from the West the one who started the conquest of all the evidence, existence and even power of Tanah Melayu, it's the trait of the Malay itself than can't be suppressed.
    like the saying Melayu mudah lupa.
    back then, I guessed starting of the fall of kerajaan(kelemahan of sultan as they say) I think most of the Melayu at that time doesn't know anymore the greatness they once achieved, as faith with sultan has faded. no will to preserve~

    BalasPadam
  70. err...xtau nak kata apa..terlalu mendalam...tp akhirnya fhm jgk dgn apa yg nk disampaikan. btw melayu ni hebad..tp bkn melayu skrg...sorry to say this...

    BalasPadam
  71. mohon di share ye di blog dan fb..thanks

    BalasPadam
  72. Bangga dengan keturunan dan bangsa..apa salahnya..ambil iktibar dan pengajaran dari semua kekaluatan yang berlaku sejak berkurun2 lamanya sehingga bangsa menjadi the 'lost tribe', semua ini ada hikmahnya. hanya Allah swt yang tahu segalanya..

    BalasPadam
  73. kata pahlawan kita melayu tak akan hilang di dunia, sememangnya benar..kata tokoh kita pun benar melayu mudah lupa. yang menghilankan melayu adalah melayu sendiri.. contoh nya bangsa kita selalu menukarkan abjat bahasa melayu asli,, seperti sedap jadi sodap, dan tiada=takdew lama=lame,juga=jugak... dalam bahasa kasar perogol bahasa melayu,,, masa di sekolah cikgu tak pernah mendidik anak murid mengguna bahasa mcm tu,,, itu lah tanda bangsa melayu akan melupa diri nya melayu,,

    BalasPadam
  74. I want to help the Palestinians slaughter the Jews.
    And I must say, I'm ashamed with the so-called Melayu nowadays.
    Illuminati did a really good job on influencing us.

    Yang penting sekarang adalah pembinaan akidah.
    Tarbiyyah dan muhasabah diri kita, masih adakah karat-karat Jahiliyyah dalam diri kita?

    Tepuk dada, tanya iman!

    BalasPadam
  75. i like to read...mantapss... <3 it...

    BalasPadam
  76. pembca sejarah12/6/11 3:25 PG

    good information for all.. especialy ~melayu~still life forever.. :D

    BalasPadam
  77. x mustahil,bhasa jepun kuno ada persamaan gn melayu astronesian

    BalasPadam
  78. Tanpa Nama13/6/11 1:41 PG

    melayu berasal dari jepun?

    BalasPadam
  79. bia betilkk...??

    BalasPadam
  80. melayusokmo13/6/11 1:20 PTG

    Alhamdulillah, aku rasa bersyukur kerana dilahirkan sbg seorang muslim (melayu). Dan aku berasa cdih ngan ape yg telah diajar kurikulum skolah, subjek (sejarah). Byk fakta2 yg sebenar telah diubahsuai utk kepentingan pihak tertentu (ikut telunjuk British>Yahudi laknatullah). Cuba kita fikir zaman paleotik, mesolitik n neolitik, adakah ia benar2 wujud. Kalau ia benar2 wujud maka ia bercanggah dgn Al-Quran. Wallahhualam.

    BalasPadam
  81. tak hairanlah berapa ramai org melayu yg begitu kreatif yg kita dengar

    BalasPadam
  82. menarik...sekiranya betul fakta ini sememangnya Melayu itu hebat..wajar dipertahankan!

    BalasPadam
  83. menarik utk dibaca,namun jgn hanya bangga jd melayu, adab dan adat jgn dilupakan krn skrg byk dah perkara dlm adab dan adat dilupakan oleh bangsa kita sdr dan agama yg kita pegang perlu dijaga.

    BalasPadam
  84. CITER NIE BETUL ATAU TIDAK..SUSAH NAK TERIMA AKAL..TAPI TANG SIFAT & SIKAP TU MMG ADA N PATUT LA TERUK KITA NIE..PERANGAI BURUK MMG ADA DALAM DIRI...JGN MENGAKU MELAYU KALAU TAKDE SIFAT BURUK ORANG MELAYU(DENGKI, KIANAT,MENGUMPAT)YAHUDI PON TAKUT KAT MELAYU NIE..BANGSA YANG DIA CUBA KAWAL..SO KALIAN...PEGANGLAH AL-QURAN DAN SUNNAH...INSYALLAH..TAK GUNA BERBANGGA2 INI SEMUA EA..WALLAHUALAM~

    BalasPadam
  85. bleh bagi senarai rujukan??

    BalasPadam
  86. bnda ni msih dlm kajian...Srikandi Mistisfiles maklumkan pd MacJay.Net bhw skumpln pkaji Malaysia tlh cuba memasuki Jepun dan mdakwa bhw monumen itu adlh sbh tmpt bribadat melayu suatu ktk dulu...

    BalasPadam
  87. Kalau Melayu dulu hebat, Melayu sekarang ?

    BalasPadam
  88. so..mata, batu dan air tu melayu ek?

    BalasPadam
  89. shahrinz royalz18/6/11 11:17 PG

    salam.... kisah melayu..?? hurm... ntah la,melayu ade kaitan ngn jepun..?? macam pelik jer..kita banyak di hidangkan dengan pelbagai cerita bangsa melayu..seperti hikayat merong mahawangsa,hang tuah,parameswara...tapi apa yang pasti kita ni adalah umat islam..umat yg paling agung di dunia ni..illuminati dan yahudi pula sekarang sedang berusaha meruntuhkan umat islam...anda semua tahu kan...?? pasal melayu ni biarlah jadi sejarah lampau..benar juga kata TUN MAHATHIR,melayu mudah lupa....

    BalasPadam
  90. Inilah keindahan ciptaan Tuhan.. Msih bnyak yg tidak diketahui dan masih bnyak yg tersembunyi di dasar dunia..Bersyukurlah apa yg kita ada /terima darinya... Taman bergantung Babylon,pyramid,The great wall of china,Atlantis dan bnyak lagi keajaiban di dunia masih belum terselidiki dengan tepat dan masih bnyak misteri disebaliknya.

    BalasPadam
  91. haha...ssh nk cakap la...bukti tersembunyi ni bnyk sgt...so...kepad yg rajin2...tu....sila la cari lg info2 yg baguih ni...kami maw tau lg...k....keep it up!!!!great job guys!!

    BalasPadam
  92. dah macam cerita transformer, robot bleh tukar jadik lori... artikel paling BANGANG aku pernah baca

    BalasPadam
  93. kalo btol pon hebat bangsa melayu...kte kena tgk skang..kalo sikap kte skang ni pengotor,merempit, lepak, zina sana-sini mcm2 lg..nk bangga apa? sedar lah wahai bangsaku..

    BalasPadam
  94. sesungguhnya Allah Taala sengaja menciptakan manusia ini berbagai bangsa, berbagai suku, agar manusia ini sentiasa menghormati dan mengenali sesama mereka...asal Melayu mungkin hebat, tapi apa ertinya tanpa Islam...sedarlah kawan-kawan semua, Islam itu untuk semua...yang hanya Allah redha cuma Islam..Melayu, India, Cina, apa juga bangsa dengan sendiri menjadi mulia dan hebat bersama Islam...

    BalasPadam
  95. aku bangga peluk Islam dari jadi bangsa melayu..

    BalasPadam
  96. hebat melayu dulu, melayu kini banyak yang mudah leka..

    BalasPadam
  97. Melayu akan jadi hebat semula jika kita bersatupadu & tiada hasad dengki (: semuanya terletak pada hati & diri kita sendiri jika inginkan perubahan. Melayu Hebat (:

    BalasPadam
  98. aku taknak sekupu ngan yahudi!! tp mmg menarik utk dibaca dan direnungkn..
    melayu skrang ni dah tk perlu lg adat2 pelik2 tu, perlu pntingkan agama dan adab je.
    lgpon adat melayu bnyak pengaruh hindu.
    tk perlu la mmbangga dri sbb kte melayu, nnti jd cam yahudi yg bngga ngan bngsa sndri...
    melayu ke, cna ke, indon ke..abes2 nnti sme2 kne kumpul kat satu tmpat gak, bzanye pd agama.
    wallahualam

    BalasPadam
  99. serizawa royalz19/7/11 1:03 PG

    melayu sumenyer dia sapu..kawen ngn negro,mat salleh,hahahha

    BalasPadam
  100. beri infomatip.meley ken kontrol de wold.all hail meley.

    BalasPadam
  101. penuh informasi. terima kasih atas sumbangan. sekarang terpulang pada kita lah sama ada untuk menutup mata dan memekakkan telinga atau melihat segalanya dari perspektif berbeza. wallahu'alam.

    BalasPadam
  102. Assalamualaikum....

    Telah banyak sejarah peradaban orang Melayu telah dicuri atau diambil oleh bangsa lain (eropah dan sebagainya) dan orang Melayu tiada salinan yang lain, melainkan sejarah yang disampaikan secara lisan...

    Dahulu pernah dikhabarkan bahawa Sejarah Melayu, terutamanya sejarah sebelum dan selepas kerajaan Melayu Melaka diambil oleh "orang Putih" atas alasan mereka nak tolong membuat salinan tetapi kemudiannya mereka memberitahu kononnya bahawa kapal yang membawa khazanah-khazanah sejarah Melayu berkenaan telah karam...

    Bangsa Melayu memang seorang pelaut yang hebat dan pernah mengelilingi dunia. Tidaklah mustahil Melayu sampai ke Jepun. Panglima Awang adalah contoh terbaik dalam hal ini.

    Tidak salah kita mengkaji dan memahami kehebatan bangsa kita yang lalu... Bukankah ada ayat yang mengatakan bahawa "sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...". Kehebatan, kehandalan dan kepandaian bangsa Melayu dahulu sebenarnya boleh dijadikan motivasi untuk Melayu hari ini. Perlu diulangi bahawa manusia semua asal dari Nabi Adam A.S dan wali-wali juga dari kalangan bangsa di Nusantara ini. Wali-wali ini, ada yang dari keturunan Nabi dan dan ada yang dianugerahkan keistimewaannya pada orang yang terpilih oleh Allah S.W.T.

    Kawasan Nusantara ini sememangnya menjadi tumpuan Eropah sehingga mereka menjalankan expidisi mencari laluan ke Timur (Nusantara). Dan mereka juga tidak memberikan kemerdekaan kepada negara yang dijajah melainkan ada satu pihak yang menjalankan pemerintahan mengikut acuan mereka (sistem perundangan dan pentadbiran). Sebab itu masih ada negara yang tidak dapat menggunakan Undang-undang Islam walaupun telah merdeka lebih dari 50 tahun..

    Tak perlu bercakaran atas kehilangan atau ketidakfahaman mengenai sejarah dahulu.. Apa yang penting kita ubah keadaan kita sekarang ini menjadi yang lebih baik.

    BalasPadam
  103. sy ada membaca kisah novel bersiri yg penulis kita cipta (En. Ramli Awang Murshid) salah silah seorang anak melayu (LAKSAMANA SUNAN) walaupun ianya hanya sebuah cerita yg direka tetapi kesan dia sampai ker hari ini terasa macam wujud semangat bangsa melayu tu..dan fakta ini membuktikan lg wujudnya bangsa kita disana..wallallahhuallam...

    BalasPadam
  104. Tanpa Nama16/8/11 3:31 PG

    Salaam...satu artikel yang amat menarik! Saya terpanggil untuk membuat research yang lebih mendalam tentang kesahihannya.

    Sekiranya di ambil pengiraan logik dari pembacaan awal...tidak mustahil bangsa Melayu ini adalah 'the lost tribe' dari 12 puak Yahudi. Fakta2 yang dikemukakan tidak lari dari al Quran dan berketepatan dengan hadis2 Muhammad rasullullah

    Pesan Hang Tuah - Tak Melayu Hilang Di Dunia mungkin ada kebenarannya dan ada rahsia di sebalik ungkapan tersebut.

    Seandainya benar petunjuk2 yang dijumpai...Melayu yang longlai akan bangkit menjadi satu bangsa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam.

    Wallahu'alam

    Secara peribadi saya akan melakukan research/kajian tentang info ini untuk menentukan kebenarannya. Semoga Allah membimbing dan memudahkannya...insyAllah

    aliffzan
    Melaka, Malaya

    BalasPadam
  105. as salam
    orang melayu adalah penjelajah pada masa silam.tak hairan kalau orang melayu boleh tiba di jepun.the lost tribe adalah bangsa yang hilang tapi hilangnya adalah tersembunyi bukan hilang ghaib..bangsa melayu adalah pahlawan dan juga pedagang pada masa lampau.tidak mustahil boleh sampai ke hawaii.....melayu terkenal sebagai pelaut mahir.....panglima awang adalah contoh yang ada...

    BalasPadam
  106. assalamualaikukum w w,disebabkan wilayah nusantara beraja ke minang kabau sekarang ini selayaknya bangsa asia timur semuanya beraja ke minang kabau sebagai pewaris raja dan kerajaan islam dari keluarga nabi muhammad s a w,

    BalasPadam
  107. assalamualaikum w w.jadi tidak di ragukan lagi punncak gunung kerinci ,merupakan puncak gunung ter tinggi di pulau perca/pulau sumatra ,tempat di mana mendaratnya perahu/kapal raja, asal suku bangsa minang kabau,yang termaktub dalam tambo asal minang kabau,hasil tulisanya,yang mencapai banyak bilangannya sekitar 89 naskah dari berbagai kerajaan dan individu di sumatra,tempat waris raja sedaulat dunia

    BalasPadam
  108. assalamualaikum w w,saya seorang dari keluarga raja yang bertebaran dari kalang masyarakat melayu di nusantara ini ,ingin membuat pertanyaan dari pada peneraju dari kalangan penjawat awam dbkl,dewan banda raya kuala lumpur ,untuk mintak satu lesen perniagaan ,satu lesen pun tak dapat ,padahal saya dah membuat permohonan lebih dari se puluh kali di banyak kawasan semuanya di sekat /tidak di beri lesen perniagaan .seperti yang di minta

    BalasPadam
  109. Dari prasangka yg dirasakan, bala yg berlaku pada pyramid yg dibanggakan oleh bangsa malaya itu adalah disebabkan derhakanya mereka melanggar perintah Allah S.W.T.
    Kisah bangsa Malaya bermula dari Himalaya sehingga ke tanah Australia..
    Al-kisah Pyramid yg dinyatakan kebanggaan sejarah org Malaya, sebenarnya ia adalah tmpt singahsana diraja yg hebat (pusat penyebaran agama) yg akhirnya tengelam disebabkan ingkar dgn perintah Ilahi.
    Ingkar yg amat sgt hinggakan tidak layak dimasuk kisahnya ke dlm al-Quran dan diatas sebab itu bangsa yg dianggap hebat telah dilupakan ingatan sedikit di sedikit. Maka dipendekan cerita, bangsa Malaya menjadi tak tentu arah mencari dari mana asal usulnya.

    Sekian, terima kasih kerana sudi membaca kisah donggeng aku nih..?

    BalasPadam
  110. siapa kita dulu bukan bermakna siapa kita hari ini....

    BalasPadam
  111. Tanpa Nama20/1/12 5:54 PG

    Suka membaca

    BalasPadam
  112. Apa nak heran kalau dulu2 Melayu boleh belayar sampai ke Jepun pun..baca bawah ni...

    The proto Malays are believed to be seafarers knowledgeable in oceanography and possessing agricultural skills. They moved around from island to island in great distances between New Zealand and Madagascar, and they served as navigation guides, crew and labour to Indian, Arab, Persian and Chinese traders for nearly 2000 years. Over the years they settled at various places and adopted various cultures and religions.(sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Ethnic_Malays)

    BalasPadam


EmoticonEmoticon