Aku Hampir Dirogol



Aku Hampir Dirogol
(Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US ) (Kisah benar dari US )

Buat Renungan ....
Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.


Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.

Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.......

48 ulasan

  1. Thank's for sharing! Good info

    BalasPadam
  2. read it somewhere before..^_^
    really is cool..^_^

    BalasPadam
  3. thanks for sharing. i love the story :)

    BalasPadam
  4. subhanallah...itulah kuasa Dia...

    BalasPadam
  5. subhanallah....lau bole....minta izin copy letak kat blog ana...untuk peringtan ana dan juga orang lain semua..insyaAllah

    BalasPadam
  6. wa..cite ni..Allah lindungi kakak ni kan??huh

    BalasPadam
  7. Allah nak didik kita supaya kita bergantung harap pada DIA (=

    amalkan ayat Kursi, insyaAllah ada berkatnya. Lagi baik kalau dapat hafal surah2 yg lain jugak kan?

    (=

    terima kasih utk perkongsian ni (=

    BalasPadam
  8. besarnya kuasa Allah SWT..

    BalasPadam
  9. good info! Allahuakbar!

    BalasPadam
  10. subhanallah, kuasa Allah....

    BalasPadam
  11. subhanallah.. kuasa Allah.. sesungguhnya Dia membantu hamba-hamba yang sentiasa meminta perlindungan dan pertolongan dariNya..

    i love the story so much!

    BalasPadam
  12. i shed some tears reading this post. subhanallah.

    BalasPadam
  13. innalillah :) semoga perkara ini tidak dipandang ringan oleh segelintir manusia. kebesaran Allah tiada siapa boleh duga

    BalasPadam
  14. http://apps.facebook.com/sekolahkuberbakat/?entry=81

    tolong undi bumcakes,undian anda didahului dengan ucapan terima kasih :)

    BalasPadam
  15. selamat kan owg di rogol di sini

    BalasPadam
  16. @MohdHafifi : Hah? "selamat kan owg di rogol di sini" Apa Maksud tuh.. kurang jelas.. Hoho

    BalasPadam
  17. Ya Allah,.. besarnya kuasa Allah..
    Thanks for sharing..

    Follow awak..
    Follow sy juga ye...

    http://ladyifa.blogspot.com

    BalasPadam
  18. saya suka cerita nie, saya pun pernah terbaca sebelum2 nie..
    ni tandanya kebesaran Tuhan..

    http://ryna-rynamie.blogspot.com/

    BalasPadam
  19. besarkan kuasa allah tuh
    allah maha besar
    :)

    BalasPadam
  20. mohon share..thankz

    BalasPadam
  21. blog walking :) =) http://rafael6strings.blogspot.com/

    BalasPadam
  22. Salam. Terharu baca cerita ni. Nak share boleh?

    BalasPadam
  23. hai.. nice blog.. beautiful picture.. i love it..

    if you have time come to visit my blog http://shidee08.blogspot.com/
    do not forget to follow me..

    thank you..
    hehee..=)

    BalasPadam
  24. salam...singgah kembali Bagusnya article....MasyaAllah...

    BalasPadam
  25. bgusnyer .. thanks .. i love ur info .. tq 4 share

    BalasPadam
  26. Hy all!Fresh daily! http://mixguru.blogspot.com/

    BalasPadam
  27. Hy all!Fresh daily! http://mixguru.blogspot.com/

    BalasPadam
  28. sememangnya itulah antara syafaat ayat kursi..dan lebih afdhal ayat kursi dibaca secara 9 wakaf(9 kali berhenti) dengan cara yang betul.amalkan ayt kursi terutama pd waktu subuh dan maghrib kerana ayat kursi yg dibaca pd wktu subuh akn dijdkan pendinding sehingga wktu maghrib,,ayt kursi yg dibaca pd wktu maghrib akn dijadikan pndinding sehingga waktu subuh...lg satu antara manfaat ayat kursi juga boleh di baca untuk keselamatan pada sesuatu barang selain keselamatan pada diri...

    BalasPadam
  29. InnalLahu Ma'ana
    Yakin padaNya

    InsyaAllah.. ada jalannya...

    BalasPadam
  30. meremang bulu roma baca...Theres no god beside Allah ...the only one..

    BalasPadam
  31. Bagus..ikutlah apa yang telah disyariatkan..baru Allah perkenankan Doa kita..

    BalasPadam
  32. salam..saya nk kopipes ltk kt blog. mitak izin ye...

    BalasPadam
  33. salam.. mohon izin copy di blog saya ye...

    BalasPadam
  34. kalo kita pelihara hak allah....allah akan jaga hak kita.

    BalasPadam
  35. sdih aku membaca nya..rasa diri ni kecik sgt...

    BalasPadam
  36. best` thanks 4 the shared !

    BalasPadam
  37. Pernah terbca sebijik camni tapi versi agama Christian. Rasanya dia tiru cerita ni

    BalasPadam


EmoticonEmoticon