Gudang Kubur (Filem Melayu)

Gudang Kubur (Filem Melayu)


Pasangan suami isteri Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh 'sesuatu' yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.
Tarikh Tayangan: 12 Februari 2015
Coverina (Filem Melayu)

Coverina (Filem Melayu)


Kamal, seorang pengangur yang sering membantu temannya Ery di warung burger, telah tersilap mengisi borang permohonan kerja, sehingga dia ditemuduga untuk bekerja di sebuah syarikat permotoran milik Rina, ratu permotoran negara yang merupakan seorang anti-lelaki akibat ditinggalkan kekasihnya pada hari pernikahan mereka. Semuanya berubah apabila Kamal diterima bekerja di situ sebagai 'despatch' kerana pekerja wanita mereka telah berhenti secara tiba-tiba. Menyamar sebagai Kamalia membolehkan Kamal menyelami perasaan Rina, dan cuba memikat Rina. Namun, cubaannya tidak berkesan dan menyebabkan Rina yang kesunyian ingin kembali menjalin perhubungan dengan bekas kekasihnya.
Tarikh Tayangan: 19 Februari 2015
Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (Filem Melayu)

Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (Filem Melayu)


Filem ini bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
Pengapit (Filem Melayu)

Pengapit (Filem Melayu)


Filem komedi arahan Wan Hasliza ini mengisahkan tiga rakan baik iaitu Triz, Tiha dan Nina yang suka bergosip tentang kehidupan Razak yang merupakan seorang doktor. Razak telah berkahwin dengan seorang pramugari bernama Nora, tetapi perkahwinan mereka tidak berpanjangan. Razak juga berteman baik dengan Solomon yang merupakan abang angkat kepada Nina, yang kemudiannya menjadi isterinya. Walaupun ketiga rakan baik ini adakalanya bersikap 'gila-gila', mereka tidak dapat lari dengan dugaan hidup.
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2015
Wild Card (Filem English)

Wild Card (Filem English)


Filem ini menceritakan tentang seorang kaki judi (Statham) yang hidup terancam akibat terjebak dalam dunia judi. Watak Statham ini tidak menggunakan pistol atau senapang ketika berlawan, sebaliknya hanya bergantung kepada tangan dan senjata tajam. Dia cuba membalas dendam apabila salah seorang rakannya dibelasah kumpulan jahat, namun dia turut menghadapi masalah yang lebih dahsyat.
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2015
Project Almanac (Filem English)

Project Almanac (Filem English)


David merupakan seorang budak pintar namun susah untuk mendapatkan kekasih. Dia telah terpikat kepada Jessie, gadis popular di sekolah, dan membuat keputusan untuk menarik perhatian gadis tersebut dengan memenangi pameran sains dan mendapatkan biasiswa kolej. Arwah ayah David merupakan seorang saintis, dia membongkar barang-barang ayahnya bagi mencari idea dan telah menjumpai dua benda penting: kebolehan untuk mengembara masa dan sebuah buku tentang sukan.
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2015
S For Secrets (Filem Cina)

S For Secrets (Filem Cina)


Filem ini menceritakan kehidupan dua pasangan berbeza yang sudah berkahwin. Pasangan pertama ialah Po dan Hung yang sudah berkahwin selama setahun dan mempunyai masalah dalam kehidupan peribadi mereka yang akhirnya menimbulkan konflik. Pasangan kedua pula ialah Sze Wing dan Kwok Bon yang sudah beberapa tahun berkahwin dan merupakan contoh teladan untuk pasangan lain. Namun, sebenarnya nafsu seks Kwok Bon sangat tinggi dan hubungan mereka terancam oleh orang ketiga. Filem ini menggambarkan bagaimana kedua pasangan ini menghadapi masalah dalam rumahtangga mereka.
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
The Boy Next Door (Filem English)

The Boy Next Door (Filem English)


Filem ngeri yang diarahkan oleh pengarah Rob Cohen ini mengisahkan tentang seorang wanita yang telah diceraikan suaminya yang kini menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang remaja lelaki yang tinggal bersebelahan rumahnya. Percintaan mereka tidak berjalan dengan lancar dan ada sesuatu yang menghalang dan mengganggu hubungan ini. Apakah yang terjadi sebenarnya? Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat Jennifer Lopez, Kristin Chenoweth dan Ryan Guzman.
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
Vice (Filem English)

Vice (Filem English)


Filem ini mengisahkan sebuah resort yang diberi nama Vice, yang dimiliki oleh Julian Michaels. Vice merupakan sebuah resort indah yang tidak mempunyai undang-undang dan pengunjung boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan. Resort itu juga mempunyai pekerja buatan seperti manusia, yang boleh melihat dan berfikir. Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah salah seorang daripada pekerja itu berusaha melepaskan diri tetapi terjerumus ke dalam konflik antara Julian dan seorang pegawai polis yang ingin menutup Vice.
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
Tracers (Filem English)

Tracers (Filem English)


Filem ini menceritakan tentang seorang pengantara berbasikal baru di New York yang telah memasuki dunia parkour selepas bertemu seorang gadis yang cantik namun tidak dikenalinya. Filem yang mendapat hasil sentuhan kreatif pengarah Daniel Benmayor ini menampilkan lakonan hebat para pelakonnya seperti Taylor Lautner dan Marie Avgeropoulos.
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
Mortdecai (Filem English)

Mortdecai (Filem English)


Johnny Depp memainkan watak Charlie Mortdecai, seorang peniaga seni yang mengembara seluruh dunia untuk mencari sebuah lukisan yang telah dicuri. Lukisan tersebut mempunyai kod tersembunyi yang akan membawa Mortdecai ke sebuah akaun bank yang dipenuhi dengan emas. Filem ini merupakan adaptasi novel trilogi Kyril Bonfiglioli, "The Mortdecai Trilogy".
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
Cicakman 3

Cicakman 3


Dalam "Cicakman 3", Zizan menggantikan Saiful Apek sebagai adiwira siri filem ini. Kali ini, terdapat seorang adiwira baru bergelar 'SuperBro' di bandar Metrofulus dan Cicakman terpaksa bersaing dengan adiwira baru itu.


Tarikh Tayangan: 12 Mac 2015
Puaka Balai Gombak

Puaka Balai Gombak


Setelah gagal menemui makhluk halus di beberapa lokasi yang terkenal dengan cerita-cerita seram, sekumpulan pengkaji paranormal yang sering mempertikaikan kewujudan makhluk halus yakin makhluk tersebut tidak wujud. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, di sebuah balai polis yang terbiar di Gombak, mereka berdepan dengan cabaran terbesar mereka.


Tarikh Tayangan: 29 Januari 2015