Bencinta Full Movie

Bencinta Full Movie


Bencinta’ berkisarkan mengenai Fathia seorang gadis cantik yang bekerja dengan Liya dan Amin di sebuah kafe milik Jane. Mereka bertiga bekerja sebagai chef di sana. Di kafe tersebut, Fathia telah bertemu dengan Faizal yang pada mulanya seorang pelanggan yang datang di sana.

Faizal merupakan seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Perkenalan Faizal dan Fathia di kafe tersebut membuahkan rasa cinta di antara mereka, lalu mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.

Pelakon : Nora Danish, Farid Kamil, Uqasha Senrose, Angah Raja Lawak, Fezrul Khan, Angeline Tan

Jangan Fikir Posting, Padam, Kemudian Minta Maaf, Polis Akan Ambil Tindakan

Jangan Fikir Posting, Padam, Kemudian Minta Maaf, Polis Akan Ambil Tindakan


Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pihak polis masih akan menyiasat individu yang telah memadamkan hantaran (posting) berita palsu di media sosial mereka. Katanya, walaupun individu itu telah meminta maaf dengan menyebarkan berita palsu, pihak polis tetap akan mengambil tindakan.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Putrajaya, hari ini. Terdahulu, polis pada Jumaat lalu mengambil keterangan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.


Sesiapa Yang Ingkar PKP Akan Terus Ditahan

Sesiapa Yang Ingkar PKP Akan Terus Ditahan


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesiapa yang didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus ditahan, direman seterusnya dikenakan tindakan mahkamah ketika penguatkuasaan perintah itu memasuki fasa ketiga esok.

Menurutnya, keputusan sudah dibuat untuk tidak lagi menumpukan tentang kompaun sebanyak RM1,000 kepada mereka yang ingkar, sebaliknya tindakan lebih keras dan tegas akan diambil. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Facebook KKM Kongsi Hantaran Berbaur Politik?

Facebook KKM Kongsi Hantaran Berbaur Politik?


Apa yang terjadi di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) malam ini, tanya setiausaha politik kepada MP Iskandar Puteri Syahredzan Johan. Beliau mendakwa suatu hantaran "berbaur politik" yang dikongsi daripada halaman 'Friends of Adham Baba' telah dimuat naik pentadbir Facebook KKM.

"Selepas mendapat kecaman meluas daripada mereka yang berkunjung ke FB Page tersebut, posting itu telah dipadam.

"Memang patut padam. Memang tidak patut page KKM kongsikan post yang jelas berbaur politik," katanya pada suatu hantaran di media sosial malam ini.

Syahredzan yang juga seorang peguam menimbulkan persoalan mengapal hal ini boleh berlaku.

"Adakah kerana terdapat orang politik yang baru dijadikan 'admin' page kementerian?

"Adakah terdapat campur tangan politik dalam komunikasi korporat KKM yang sebelum ini bebas dari politik?

"Adakah kita akan lihat lebih banyak posting seperti ini di masa hadapan, atau mungkin dengan cara yang lebih 'halus' untuk tujuan politik?" Soalnya.

Beliau turut menyertakan tangkap layar gambar perkongsian dimuat naik KKM yang telah dipadam itu. Hantaran yang dikatakan itu memuji Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam menangani krisis wabak Covid-19 dan secara tidak langsung membandingkan beliau dengan penyandang jawatan terdahulu, Dr Zulkefly Ahmad.


Subkluster Baru Covid 19 Dari Bali

Subkluster Baru Covid 19 Dari Bali


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihak KKM telah mengenalpasti dua sub-kluster saling berkaitan di Kuantan, Pahang.

Katanya, kluster individu dalam siasatan (PUI) Bali di Kuantan ini adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.
Remaja Lelaki 16 Tahun Menaiki Lori Lima Tan Ditahan Langgar Printah PKP

Remaja Lelaki 16 Tahun Menaiki Lori Lima Tan Ditahan Langgar Printah PKP


Dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang menaiki lori lima tan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Alor Setar. Ketika ditahan pada 9.30 malam, seorang daripadanya memandu kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dua remaja itu antara lapan individu yang ditahan kerana ingkar PKP. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, kedua-duanya sudah berhenti sekolah dan sanggup menempuh perjalanan kira-kira 30 kilometer dari Kepala Batas di Jitra untuk ke Alor Setar.

PKP Bukan Penghalang Pasangan Suami Isteri Mencari Rezeki

PKP Bukan Penghalang Pasangan Suami Isteri Mencari Rezeki



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19, tidak menghalang pasangan suami isteri untuk terus mencari rezeki. Mohd Isa Che Arifin, 42, yang memiliki premis perniagaan mencetak kemeja-T dan cederamata di pusat bandaraya beralih bidang perniagaan dengan menjual keropok keping melalui dalam talian sejak awal bulan lalu.

Beliau yang dibantu isterinya, Zawati Sembok, 42, setiap hari tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan. Setiap hari, Mohd Isa dan Zawati membungkus keropok keping antara 100 hingga 200 kilogram yang ditempah pelanggan dan bekalan diperolehi daripada pengusaha makanan ringan. Mohd Isa berkata, minatnya untuk beralih bidang perniagaan tercetus selepas tempahan mencetak kemeja-T kurang, berikutan larangan PKP.

Hentikan Dulu Aktiviti Ekonomi

Hentikan Dulu Aktiviti Ekonomi


Kerajaan dinasihati supaya menungguhkan dahulu operasi secara berperingkat segala sektor ekonomi yang terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut di negara sekurang-kurangnya selama dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu perlu kerana ketika ini negara sedang memasuki fasa ketiga penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.
Andai Waktu Terhenti..

Andai Waktu Terhenti..


Fuuhh.. Dah lama wa tak layan hip-hop sama rap sama luuhh.. Yoo.. Yoo.. Tapi wa respect lu bro.. Budak Sarawak da best sama luu.. Eh.. Eh.. Ni sebenarnya aku nak korang dengar lagu baru ni ha.. Dari Aideed Albasyier.. Korang dengaq la luhh.. Pastu baru comment.. Sebenarnya memang hampir semua lagu wa minat.. Sebab wa tengok lirik memang superrr beb.. Apa-apa layannnnn..


Channel YouTube : http://www.youtube.com/user/MrAideed/videos
Fan Pages Facebook : http://www.facebook.com/aideedalbasyier
Twitter : https://twitter.com/AideedAlbasyier

Lirik Lagu Andai Waktu Terhenti

Verse Aideed:
Mula-mula diladang, masih belum matang
Usah ditanya jika akar belum panjang
Dan menjadi sebutir, dah mula bergelompok
Ada sudah lembut sebab dah mulut becok
Pusingkan batang berjalan, angkat roda depan
Perasaan seakan terpampang di muka depan
Maut baru insaf, kurang seorang ahli
Pergi fizikal agama tanya kenapa Ilahi?
Bertambah benih dalam ramai insan marcapada
Daripada yang berpapa mama
Ingin sembunyikan identiti mahkota ditembak
Suatu yang suci dibiar macam robot rosak
Siapa yang mengambil selain di depannya 'P'?
Cuba buat lagi kerna untung tidak jadi
Apa nak dirisau lagi, yang sedar selamat
Yang lambat dicepat, jangan lambat biar selamat

Pre-Chorus:
Bukan lebah sembarangan, bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sembarangan, menyusun jari sepuluh
Ambil kapak belah kundur, belah si ibu kaki
Walau setapak tak undur kerna tu adat lelaki

Chorus:
Ayuh kita syukuri ,kejadian manusia
diciptakan menjadi makhluk paling sempurna
Andai waktu terhenti,di saat kau terleka
sesalan tak bererti menangis tak berguna

Verse noNo:
mana jalan jangka pendek yang disangka?
disangkal teori carigali rangka purba
mereka sambut merdeka terleka dalam jajahan
tahanan yang terpesong dari panduan
mergastua,lembayung sinar ultra
musuh yang berlindung di aksara surat Esa
pemimpin tak bermusuh,senjata tak beraskar
menggenggam dahan rapuh yang ditanam tak berakar
cermin tak bercermin, baju tak berbaju
satu tanggungjawab, bersekutu tak sekutu
dilukis tanpa lakaran,tersirat dan terjemahan
menebar jala dosa yang terlepas dari pandangan
cerita yang mencinta tak punya kesempatan
alami kejadian detik akhir kehancuran
mati tak berpesan bila masa mana tempat
amar ma'ruf nahi mungkar di dunia tuk akhirat

Pre-Chorus:
Bukan lebah sembarangan, bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sembarangan, menyusun jari sepuluh
Ambil kapak belah kundur, belah si ibu kaki
Walau setapak tak undur kerna tu adat lelaki

Chorus:
Ayuh kita syukuri ,kejadian manusia
diciptakan menjadi makhluk paling sempurna
Andai waktu terhenti,di saat kau terleka
sesalan tak bererti menangis tak berguna

Verse 3 noNo & Aideed:
musuh paling gagah bersembunyi dalam diri
peperangan pertama tuk membuka kunci hati
zikir dan bertasbih, memuji kebesaran
taati suruhan,tinggalkan larangan
ada yang berlumba untuk pangkat juga nama
dahagakan pujian ,yang bukan milik kita
Allah maha esa, teratas dan teragung
selawat atas Nabi Muhammad yang dijunjung
Nak harapan pun tak pandai, jangan nak jadi keldai
Baca kitab malas, tapi tak nak bila tua lalai
Tak sampai, bilakah lagi Dia akan membelai
Hambanya kalau hidup bebas tak berantai
Sekali jejak, tak bermakna sekali pajak
Jangan buat itu sampai menggadai emak
Bukan tiada hak, hak hanya ada bila berotak
Mutasi dalam diri biar ada kebijaksanaan kalau tak nak dipijak

Pre-Chorus:
Bukan lebah sembarangan, bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sembarangan, menyusun jari-jari sepuluh
Ambil kapak belah kundur, belah si ibu kaki
Walau setapak tak undur kerna tu adat lelaki

Chorus:
Ayuh kita syukuri ,kejadian manusia
diciptakan menjadi makhluk paling sempurna
Andai waktu terhenti,di saat kau terleka
sesalan tak bererti menangis tak berguna..
Senyuman Terakhir Rasulullah SAW..

Senyuman Terakhir Rasulullah SAW..


Harini ni bertarikh 4/6/2013.. Ada beberapa hari ja lagi kita mau posa.. Sebelum posa.. Apa sumbangan yang kita dah buat pada agama kita? Apa-apa pon aku sebagai hamba.. Nak suruh anda tonton video bawah ni.. Senyuman Terakhir Rasulullah SAW- Ustaz Don Daniyal


Video Jemaah Gengster

Video Jemaah Gengster


Assalamualaikum.. First sekali.. Wa nak lu semua tonton video dibawah ni.. Tapi lu mesti ingat.. Lu kena tonton video ini sampai habis.. Baru lu paham apa maksud yang tersirat dalam video ini.. Kalau lu tonton tak habis punya.. Wa sebat lu.. Lu jangan buat wa hanggin.. Muehahaha...


Haaa.. Apa macam? Ini video banyak bagus maa... Kasi comment laa.. Muehehehe... Kat bawah ni wa bagi detail sikit kepada abang long yang buat video ini.. Ok.. ^_^

Kunjungan Maya -
Vlogger Qawiem Khairi - http://www.facebook.com/QawiemKhairi
Page LI : http://www.facebook.com/langitilahi
Website LI : http://langitilahi.com/

Nak Handjob Tak?

Nak Handjob Tak?


Mehehehe.. Jangan hangpa silap sangka plak ye.. Sebenarnya wa nak memperkenalkan satu produk nieh ha.. Namanya produk ni "Handjob!". Cuba korang tengok iklan kat bawah nieh.. Tak tahan plak aku gelak.. Sebab iklan nie ala-ala melucah laaaa.. Muahaha.. Time orang tua tu buka penutup botol tu.. Heh..



Bagi sapa-sapa yang berminat nak beli Handjob nieh.. Boleh la klik link dibawah.. Tapi bagi aku.. Pakai kain buruk sudah.. Muahaha..