Marah Seorang Suami Marah Seorang Isteri

Marah Seorang Suami Marah Seorang Isteri


Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..

Marahnya seorang Isteri…

“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”

Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.

Peringatan untuk Isteri

Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Marahnya seorang Suami..

“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”

Peringatan untuk Suami..

Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.

Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.

Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita. Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Marah seorang Isteri..

Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.

“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”

Peringatan untuk Isteri..

Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.

Marah seorang Suami…

“Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.

Marah seorang Isteri…

Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.

Marah seorang Suami…

Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.

Marah seorang Isteri

Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Marah seorang Suami

Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Marah seorang Isteri…

Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.

Renungan :-

Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.

Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.

Wallahua’lam.

Penulis : Mohd Kasim
Make A Noise When Intimate Relationships?

Make A Noise When Intimate Relationships?



Make a noise when intimate relationships and find partners able to start that you are responding to sex. When you open your mouth and remove the voice, you open up the body and allow the energy and excitement of travel throughout the body.

Based on research, we make noise when an intimate relationship is because of the sound produced when the orgasm is out of control. Women also were able to refrain from producing sound.

There are four reasons why we produce noise during sex. Firstly to provide information to the couple about the level of stimulation that likes it or not.Second is to increase the level of sexual stimulation. Heard a groan and sigh pair can elevate lust perpetrator. Third, to add excitement or referred to as the hedonic amplifier.

There are studies suggesting that the voice was not released but the impact of noise from the heavy breathing. Sound effects are important because sometimes even with the presence, passion and stimulation markers, especially for women are still difficult to interpret.

The fourth reason is to facilitate the work of other stimulation systems. The sound produced is a way to streamline the system of other stimuli (movement, sound, and touch) and important to send various types of messages to the body.


Two types of sexual language


There are two different types of sound that were made when your intimate relationships.
The first is the word used. Sometimes it is dispersed in the form of "obscene language" expressed in general or specific.

The second type is when we produce the sound that is not made up of words. We sigh and groan, and when you breathe faster it can produce sound as breathless. Finally, some people will scream.

For men is sensuous sound third after sight and touch. While women were put it at the second last list. That is why women are more "silent" than men. It is impossible to enjoy the excitement of an intimate relationship at the same time you are silent.

Silent means you "hold" the pelvic muscles and genitals not relaxed and you limit the fun.

Should not noisy but enough with a low voice and deep. Believe it could lead to a full-or multiple orgasms, then ejaculated on the woman. This is because the peak of sexual pleasure is to allow couples to know that enjoyed without feeling embarrassed.


10 Reason Why Young Woman Marry To Old Man

10 Reason Why Young Woman Marry To Old Man


10 Reason Why Young Woman Marry To Old Man 

1. Old man more romantic and patience to treat red younger partner.

2.  Old men love more than convincing and mature young man or peer.

3. When compared with young men, old men are not boring.

4. Women are very lucky if marry to old man that still single status or widower.

5. 65% of young girls are willing to choose a rich old man for marriage.

6.  Young women willing to marry the old man to enjoy a comfortable life without have to work hard and a difficult life.

7.  There are women who are not confident in yourself. They need support from old men who have succeeded in life to help and support them.

8. Some women believe to select old and wealthy husbands will change their lifestyle and tastes of life.

9. Old man more understanding and able to be good family leader.

10. Old man not stingy when spending.
Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Pernah suatu ketika, suami saya berkata,
“Dulu abang pernah bercita-cita nak jadi doktor.”
Seketika kemudian beliau berkata lagi,
“Tapi naik darjah dua abang tukar nak jadi polis.”
Saya tersenyum sendiri.
Saya pun begitu dan saya yakin semua manusia melaluinya. Semakin menginjak umur kita menjadi semakin tamak, kalau boleh kita ingin jadi semua. Doktor, cikgu, polis, arkitek, pensyarah, peguam. Tapi sebenarnya memilih matlamat hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Apalagi kalau kita berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kita cari jalan atau ubah fikiran.
Wanita, isteri dan kahwin muda.
Bagi seorang wanita, perkahwinan merupakan antara sebab yang membuatkan kita perlu melakar plan kehidupan yang baru. Setelah menjadi isteri, kita harus lebih produktif. Pertimbangan yang sesuai di antara plan peribadi dan penyesuaian dengan perancangan suami harus kita lakukan secepat yang mungkin.
Mengapa saya katakan ‘secepat yang mungkin’?
Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat. Tidak dinafikan awal perkahwinan atau honeymoon period sangat menyeronokkan. Tetapi harus ingat, perkahwinan ada suka dukanya. Tidak selamanya bercinta itu hanya gembira. Bukan tidak boleh, ambillah masa yang secukupnya untuk ber’honeymoon‘ dan saling menyesuaikan diri. Tetapi janganlah terlalu lama.
Sebab itulah penting bagi setiap wanita menetapkan perancangan selepas berkahwin seawal yang mampu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kahwin di usia muda seperti saya!
Dahulu ketika saya terlibat dalam kepimpinan mahasiswa, saya memasang impian untuk menjadi seorang ahli parlimen pada tahun 2020. Tetapi impian itu tidak lama, mungkin kerana berbasiskan semangat ketika itu. Saya sangat mencintai bidang politik. Tetapi saya kemudian memasang angan untuk menjadi seorang ahli akademik di dalam bidang politik. Memandangkan penglibatan wanita di peringkat pengajian tinggi dalam bidang politik tidak ramai, maka saya mahu memposisikan diri ke arah itu.
Buat masa sekarang, saya juga banyak membaca berkenaan pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Mungkin ada yang merasakan pembacaan sebegini tidak perlu, tapi bagi saya ia sangat penting.
List untuk wanita awesome!
Oleh itu, saya mahu menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome) sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun setelah bergelar isteri.
1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.
Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?
2. Kerjaya
Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.
3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak
Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google
4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil
Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.
5. Plan kewangan
Bahagian ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami sahaja!
6. Rancang tempat tinggal yang sesuai
Mungkin ada yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar. Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan mempengaruhi anda dan keluarga.
Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!
Penulis : Masturah Abu Bakar
(Sarjana Muda Syariah pengkhususan Sains Politik Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
Puasa Seorang Isteri

Puasa Seorang Isteri

Isteri saya meminta keizinan untuk membeli kasut. Saya kata, okaylah. Bajet tak ada masalah sangat dan dia boleh memilih mana-mana kasut yang dia sukai. Dan dia bawa pulang kasut ini yang berharga RM9.90, pilihan dia sendiri walaupun saya tak menetapkan berapa bajet yang dia mahu belanja. Walaupun dia tidak bekerja sejak dua tahun, Alhamdulillah saya tidaklah sengkek, cuma boros sahaja. Jenama apa? Tidak popular langsung jenamanya.
Saya ada isteri yang belajar tinggi sampai Ph.D (dalam Chemical Engineering dari Cambridge UK), tetapi dia lebih selesa mengikut cara saya dari dulu sampai sekarang. Saya tetap happy dengan jeans bundle, selipar Amporlo RM12 sepasang (bukan jenama Itali kerana orang Itali pun tak tahu sandal apa tu) yang diejek staf-staf saya yang memakai Crocs original.
Kami pernah berjalan di Kota Paris bersama dengan persalinan tak sampai RM50 dan melalui butik Louis Vutton di Champ Elysess tanpa menjeling atau memandangnya.
Kami bukan orang branded walaupun kami mampu membelinya. Saya bersyukur ada isteri yang sanggup berpuasa kemahuan untuk mencukupkan keperluan orang lain. Kami hidup senang, cuma tidak mewah sahaja. Senang itu dalam hati, jadi senang hati.
Ramai orang sukar percaya, pada hari ini kami hidup di Lembah Klang dengan bajet belanja bulanan tidak sampai RM600 sebulan. Tiada hutang tetapi masih tinggal berbumbung dan masih berkereta dan masih berniaga.
Semasa saya bertemu dengan isteri saya di Cambridge University kira-kira 10 tahun yang lalu, dia seorang yang simple. Dia okay sahaja temankan saya makan nasi goreng bekal yang saya tapau dari Walthamstow ke Cambridge. Pada mata orang biasa, akan nampak saya orang yang sengkek pada ketika itu. Tetapi dia melihat saya dengan pandangan yang berbeza.
Saya cuma pernah kata, "Dari makan sampai 10 pound (RM70 ketika itu), baik saya jimatkan kerana ada lagi orang yang kurang makan perlu dibantu".
Atau mungkin kerana itu, degree holder melamar Ph.D holder terus diterima tanpa bertangguh.
Ketika saya tanyakan dia, "Sudikah awak menikahi saya?" Dia langsung jawab, "Ya" tanpa jual mahal.
Saya dan 20 orang sahabat saya menubuhkan Rumah Pengasih Warga PRihatin pada tahun 2005 dan saya berjumpa Intan juga pada tahun yagn sama. Bukan senang anak orang senang nak hidup macam orang susah walaupun sebenarnya bukannya tidak mampu. Cuma berpuasa untuk diri sendiri agar dapat dijimatkan untuk memenuhi keperluan orang lain.
Saya dan isteri belajar satu perkara besar. Orang yang kaya itu dia berpuasa dan dengan puasa itu sebenarnya dia jadi kaya. Dan orang yang kaya itu, dia kecukupan maka dengan berpuasa kami kecukupan dan tidak berlebih-lebihan. Paling saya hargai, ini kali kelima isteri saya hamil dan dia sedikit pun tidak pernah mengeluh. Malah tidak pula merancang-rancang selain rancangan itu diserahkan seluruhnya kepada saya.
Mungkin ada lagi orang yang pakai sandal atau kasut lebih murah dari isteri saya tetapi saya bukan nak buat pertandingan kasut siapa lagi murah. Cuma pada status sosial dia sebagai seorang 'Dr' dan suaminya seorang usahawan pelbagai perniagaan. Bila diberi pilihan, "belilah mana-mana yang disukai" dan dia memilih untuk kasut berharga RM10 ini. Pada saya, dia telah berpuasa.
Sebab itu, sekalipun mampu, saya hanya cukup dan bersyukur dengan seorang isteri. Saya tidak yakin ada yang sanggup berkorban serupa yang ini.
Kita tidak perlukan duit yang banyak untuk rasa kaya. Kita cuma perlu puasakan kemahuan kita. The world is enough for everybody but not enough for one man greed.- Saiful Nang
Saat Paling Bahagia Bagi Suami

Saat Paling Bahagia Bagi Suami

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia dalam hidup abang?
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, “Saat itu belum terjadi lagi..
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, “Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” di dalam rumah kita di syurga..
Rasulullah s.a.w pernah berdoa :
Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)
Firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)
Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya.” (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)
Romantik Itu Sunnah Nabi

Romantik Itu Sunnah Nabi

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati… mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’ …No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi… jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin… kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
Marah Seorang Suami Dan Isteri

Marah Seorang Suami Dan Isteri

Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..
Marahnya seorang Isteri…
“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”
Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.
Marahnya seorang Suami..
“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.
Marah seorang Suami…
Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah seorang Isteri…
Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.
Marah seorang Suami…
Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.
Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.
Marah seorang Isteri…
Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.
Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan. Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua’lam...
Penulis : Mohd Kasim
Isteri Solehah Penyejuk Hati Suami

Isteri Solehah Penyejuk Hati Suami

Dalam satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.
Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
1)Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2)Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
3)Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.
Penulis : Mohd Kasim
Walaupun Byk Duit Kau Takkan Mampu Beli Kepercayaan Isteri Yg Telah Kau Khianati

Walaupun Byk Duit Kau Takkan Mampu Beli Kepercayaan Isteri Yg Telah Kau Khianati

Guys, jadilah lelaki sejati. Kalau sudah beristeri, janganlah berlagak kau single macam abang ni dan tolonglah sedar diri. Mata itu jangan nakal, perangai tu cuba matang sikit. Janganlah hati kau punya isteri. Nanti abang ngorat, tahu pula kau mengamuk dan meroyan bagai. Sayang juga kau pada isteri. Hihihi! Jangan biarkan perasaan cemburu kau menguasai diri. Kenal kawan-kawan isteri, tunang atau girlfriend kau personally. Kenal hati budi. Bukan apa, abang tka nak kau jatuh syak atau berprasangka buruk di belakang hari. Kau sebagai suami, tunang atau boyfriend, kau lebih kenal pasangan kau totally. Apa yang kau nak sangsi lagi atau sebenarnya kau yang... faham-faham sendiri.
Tolong off bluetooth, jangan nak searching saja di belakang isteri. Tolong on WhatsApp (no need to private), biar nampak kau punya last seen. Mengerti? Zaman sekarang ini, macam-macam boleh terjadi. Abang lelaki, abang tahu batas-batas berkawan dengan orang punya isteri, tunang atau girlfriend. So don't worry, abang bukan jenis suka ambil bekas atau hak orang ini. Ramai lagi anak dara di luar duk tunggu. Ingat market abang tak tinggi?
Pada yang sudah bergelar ayah, jagalah anak anugerah dari Allah itu seperti kau menjaga nyawa kau sendiri. Jangan kau serahkan tugas 100% pada isteri. Tahu kau sibuk mencari rezeki, abang faham sebab abang pun sama spesis dengan kau, lelaki. Tetapi sesekali tak salah kan kau ambil atau gantikan tempat isteri untuk melayan anak-anak hasil ciptaan kau sendiri sebagai lelaki dan suami. Jangan tahu nak sedap saja sebab abang pun tak dapat-dapat lagi.
Jadi, tolonglah bro. Tolong hargai mereka. Ingat, walaupun kau ada banyak duit, ada kereta mewah, pangkat besar, percayalah kau tak akan mampu ganti atau beli kepercayaan dan kasih sayang yang sudah kau khianati. - Redzuan Abd Manaf
5 Tip Romantis Buat Anda Dan Pasangan Berdasarkan Kisah Benar

5 Tip Romantis Buat Anda Dan Pasangan Berdasarkan Kisah Benar

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Perhubungan suami isteri merupakan satu rahmat dan tanda kebesaran Allah kepada umatnya. Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.
Romantik! Perkataan ini sering meniti dibibir-bibir setiap wanita. Perbuatan yang didambakan oleh setiap perempuan pada pasangan mereka.
Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan seseorang itu romantik, sama ada dari segi ucapan atau pun perbuatan.
Berikut merupakan sedikit tip kebahagiaan rumah tangga yang dikongsi oleh tiga pasangan suami isteri yang dipetik daripada buku Pilo Toq terbitan Puteh Press.
Buku Pilo Toq ini merupakan kisah cinta OP Zaharin, Azzam Supardi, dan Bahruddin Bekri bersama isteri mereka.
1. Ambil Berat
Perasaan mengambil berat yang dimaksudkan ialah perasaan yang timbul dari keikhlasan kerana kasih sayang. Contohnya, barang yang saya (Azzam Supardi) sayang, jam jenama FOSSIL pemberian Cikgu Ruby misalnya, kerana sayang, saya akan menjaganya, tahu dimana letaknya, pakai pun penuh hati-hati.
2. Memahami dan Mengingati
Setelah habis makan nasi bersama seekor ikan jaket bakar, si suami Azzam Supardi mengemas apa yang patut. Dia tahu, isterinya, Cikgu Ruby mesti penat apabila pulang nanti dan tak larat untuk mengemas.
Jadi, atas dasar memahami jiwa Cikgu Ruby, ada baiknya dia buat apa yang terbaik supaya sejuk mata Cikgu Ruby memandang.
Selalunya kalau si suami terlupa handphone letak dimana, si isteri akan meminjamkan handphone dia dan buat miss call ke handphone si suami. Nanti berbunyilah bawah kerusi ke bantal ke meja ke.
Tapi kali ini spek, dan Cikgu Ruby kata, “Cuba call.”
See… mengingatkan, kan?
3. Puji Isteri
Cikgu Ruby tidak suka jika dipuji depan-depan. Oleh itu, si suami Azzam Supardi cuba cara lain. Sambil makan, si suami bercerita,
“Dulu masa lepas akad nikah, kawan-kawan bisik, ‘Wah boleh tahan cantik isteri kau tu ya… Tapi malanglah awak dapat suami macam steamroll.”
Terkekek-kekek Cikgu Ruby gelak. Si suami tidak kisah, dalam diam dia telah memuji kecantikan isterinya.
4. Hormat Pasangan
Ketika mahu turun ke bawah, Bahruddin Bekri mendengar suara adik iparnya, dia berhenti sejenak di hadapan tangga.
“Kakak ni, kalau cakap dengan aku mesti suara kuat. Kalau cakap dengan abang, suara kecil lembut je.”
Bahruddin Bekri terdiam.
Dia akhirnya terfikirkan sesuatu tentang cinta. Tentang cintanya. Oleh kerana terlalu mahu mencari yang besar, dia terlupa dan langsung tidak terlihat pada bukti yang lembut lagi kecil.
5. Tolak Ansur
Minat genre cerita yang berbeza antara suami isteri iaitu Mulan suka cerita hantu dan kartun. Manakal OP Zaharin pula meminati genre sci-fi dan aksi.
Cita rasa filem mereka tak sama, tapi itu bukan bermakna mereka tonton filem kegemaran Mulan, pada minggu seterusnya giliran genre si suami, OP Zaharin pula. Tolak ansur dan ‘situasi menang-menang’.
Jarang sekali lelaki nak ‘berpillow talk’, tapi jika mengamalkannya boleh jadi “Lelaki Melayu Terakhir”.
Sumber : TheVocket
Isteri Bergaji Lebih Tinggi Dari Suami?

Isteri Bergaji Lebih Tinggi Dari Suami?

Beberapa hari lepas, terpana saya seketika mendengar sayu ceramah di kaca tv. Ceramah yang bertajuk “Mencari pasangan hidup” itu pada awalnya saya dengar hanya dengan ekor telinga sambil-sambil menyiapkan kerja di dapur. Tapi saya sangat terpanggil apabila terdengar, satu ucapan yang disebut Ustaz tersebut. 
Carilah suami yang bergaji lebih tinggi dari kita, barulah sekufu namanya. Begitu banyak kes perceraian melibatkan hal wang ringgit berlaku di kalangan masyarakat kita masa kini. Ramai isteri-isteri yang sudah bertahun berkahwin, meminta perceraian atas sebab si suami tidak memberi nafkah yang secukupnya dan si isteri perlu menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga
Mendengar kata-kata ustaz itu, saya menjadi sedikit terasa hati dan juga marah. Kenapa? Kerana realitinya pada zaman ini sememangnya wanita lebih ramai berkelulusan tinggi dari lelaki. Dan dimanakah wanita-wanita bekerjaya dan bergaji lebih besar ini ingin mencari lelaki yang “setaraf” denganya, walhal golongan lelaki sebegini amat kecil jumlahnya. Dalam satu artikel yang di tulis di dalam sebuah akhbar tempatan, 68% dari pelajat IPTA adalah wanita, manakala hanya 32% lagi adalah lelaki.
Dari fakta ini dapat kita huraikan yang di masa hadapan, lebih ramai golongan wanita akan mendapat pekerjaan bergaji tinggi berbanding lelaki kerana faktor kelulusan pendidikan itu sendiri. Jadi bagaimana, wanita-wanita ini ingin mencari (berebut?) bakal suami yang bergaji lebih besar dan sekurang-kurangnya setaraf dengannya. Berapa ramai juga lelaki yang mnceburi bidang perniagaan dan berjaya mendapat gaji lebih lumayan berbanding graduan-graduan ini di usia yang muda? Apatah lagi golongan melayu?
Saya amat khuatir sekali, sekiranya gaji dijadikan kayu ukur untuk memilih pasangan, akan berlakulah fenomena, andalusia dan bujang lapok dikalangan masyarakat melayu kita.
Bukalah minda anda. Sebenarnya, jika dilihat di sekeliling kita, ramai isteri yang bergaji/berpendapatan lebih tinggi dari lelaki. Dan kebanyakan mereka juga hidup bahagia dan aman walaupun tidak begitu mewah. Kunci kejayaan untuk bahagia dalam situasi “WIFE IS THE BREAD WINNER” ini adalah SEDAR, IKHLAS dan BERTOLAK ANSUR.
SEDAR
Bagi pasangan-pasangan tidak sama taraf “pendapatan” yang ingin berkahwin, perlulah berbincang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Bakal si suami dan si isteri, perlu jujur dalam hal ini. Suami perlu berterus terang tentang pendapatan beliau dan bakal isteri perlu sedar, sekiranya dia berkahwin dengan lelaki tersebut, dia juga akan menyumbang sebahagian dari pendapatannya untuk keluarga. Kadang-kadang lebih dari suami. Dan nasihat saya, rancanglah perbelanjaan keluarga secara kasar, sebelum berkahwin, supaya kedua-dua pihak sedar akan kemampuan dan tanggungjawab masing-masing.
Dan suami juga, apabila sudah berkahwin, perlu sedar yang sebahagian tanggungjawab menyediakan nafkah telah dibantu oleh isteri. Suami perlu banyak bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup membantu meringankan beban anda itu. Oleh itu, si suami perlu ringan tangan membantu dari segi hal rumahtangga pula. Anda bekerja, isteri anda pun bekerja. Jadi apabila dirumah, suami dan isteri perlu sama-sama juga berusaha menguruskan rumah tangga. Si isteri masak, si suami basuh pinggan. Si isteri basuh kain, si suami menyidai. Si isteri menggosok baju, si suami melipat baju. Si isteri mengemas rumah, si suami membersih bilik air. Benda-benda ringan seperti ini sebenarnya akan jadi berat sekiranya dilakukan seorang diri. Isteri mana tidak mengomel, kalau si suami, sudahlah makan minum pun tidak ditanggung sepenuhnya, kemudian jadi boss besar di rumah sambil goyang kaki. Itu tidak adil dan zalim namanya! Dan ini bukan layan suami terhadap isteri, tetapi layanan tuan kepada hambanya!
IKHLAS
Perkara ini berlaku terhadap isteri yang pada satu tahap dia tidak lagi mahu berkorban wang ringgit untuk keluarganya. Saya pernah berjumpa seorang rakan yang tidak mahu berkongsi wang dalam urusan rumah tangga. Baginya duit dia hak dia. Suami yang perlu menanggung segalanya. Nasib baik, rakan saya ini mendapat suami yang baik. Si suami yang bergaji kecil ini, sedaya upaya membanting tulang, bekerja siang malam, mencari OT, demi untuk menampung hidup keluarga di bandar metropolitan ini. Mana kala si isteri, masih lagi dengan sikap enjoy macam anak dara, membeli belah tanpa berfikir panjang dengan duit gaji bulananya. Lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin, sewa rumah dan barang dapur dibiayai sepenuhnya oleh suami. Jadi bertambah mewahlah si isteri.
Tapi sampai satu tahap, si suami, makin lama makin tidak bertenaga. Stress dan juga letih bekerja mencari nafkah. Akhirnya selepas dua tahun berkahwin, si suami jatuh sakit. Dan yang mengharukan, si suami tadi menangis teresak-esak mengenangkan perbelajaan bulanan tidak akan cukup kerana dia tidak berkerja OT bulan itu akibat jatuh sakit. Pada masa itu, barulah si isteri sedar akan pengorbanan si suami. Isteri mana sanggup melihat suaminya menangis kerana tekanan.. Sejak dari itu, barulah si isteri dengan ikhlas hati membantu si suami dari segi kewangan.
Pengajarannya ialah, kita perlu seikhlas hati membantu suami sekiranya diperlukan. Sanggupkah kita membiarkan suami seorang diri terbeban dengan perbelanjaan rumah yang tinggi masa kini. Memang bukan tanggungjawab kita. Tidak berdosa sedikit pun kiranya kita tidak membantu. Tetapi bayangkan betapa besarnya pahala seorang isteri yang seikhlas hati membantu suami. Dan Insyaallah, bila suami berbahagia dengan kita, syurgalah balasannya untuk kita.
BERTOLAK ANSUR
Perkara utama ini sangat perlu dalam mana-mana hubungan. Suami isteri perlu saling bertolak ansur dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna, tetapi manusia boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. Suami yang bergaji kecil, perlu sedar isteri yang membantu anda bukan atas satu kewajipan, tetapi atas dasar kasih sayang. Jangan pula si suami terus lepas tangan dari menyara keluarga kerana isterinya bergaji besar. Sepatutnya, duit gajinya itu semua diserahkan untuk perbelanjaan keluarga. Jangan pula gaji yang sedikit itu sebahagiannya dilaburkan pada bekalan rokok, belanja pergi memancing, menukar ‘sport rim’ kereta dan sebagainya. Dan jangan jadi ‘king control’ duit isteri. Sebanyak mana isteri anda sanggup bagi, terimalah dengan rasa bahagia. Selebihnya, jangan ditanya. Itu hak si isteri.
Si isteri pula, jangan memperkecilkan peranan suami walaupun gajinya kecil. Bagaimana tinggi darjat dan besar gaji anda di luar rumah, di rumah suami tetap ketua yang memimpin keluarga. Usah pula meninggi suara dan berlagak sombong dengan si suami. Setiap keputusan besar yang melibatkan hal rumah tangga perlu dibincangkan dengan suami. Tanam juga dalam hati, kalau ingin berbelanja (membeli barang-barang peribadi), adakah ianya satu keperluan atau pembaziran. Adakah duit itu lebih bermanfaat jika dibelanjakan untuk keluarga. Adakah keluarga anda akan terbeban sekiranya anda terlebih berbelanja.
Isteri yang bergaji lebih besar, perlu bijak mengatur perbelanjaan untuk keluarga dan diri sendiri. Bantu suami anda bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi juga dari segi pengurusan perbelanjaan keluarga itu sendiri. Perbincangan antara suami isteri perlu dilakukan bukan bergantung kepada keputusan sebelah pihak sahaja.
Jadi, kepada gadis-gadis diluar sana, usah begitu gusar mencari pasangan yang gajinya lebih tinggi dari anda. Carilah suami yang baik dan bertanggungjawab, kerana kalau yang tidak bertanggungjawab, gaji yang berjuta ringgit sebulan pun belum tentu dapat membahagiakan anda.
Contohilah, Siti Kadijah isteri pertama Rasulallah s.a.w kita. Biarpun beliau pada asalnya jauh lebih kaya dan berharta dari Baginda Rasullah s.a.w, tetapi beliau dengan seikhlas hati menerima Nabi sebagai suami. 
Sekian, Wallahua’lam..
Penulis : Qaisara Raudah