Kemungkinan Harga Motosikal Naik Tahun Depan

Kemungkinan Harga Motosikal Naik Tahun Depan


Jika kadar nilau mata wang ringgit Malaysia terus jatuh, ia pasti akan mempengaruhi harga motosikal dijual di mana harganya akan lebih mahal tahun depan, lapor Sinar Harian.

Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chai berkata, ia memandangkan sistem pengankutan awam di negara ini amsih belum sempurna, jadi penggunaan motosikal tetap dianggap sebagai kenderaan penitng lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Motosikal adalah pengangkutan yang amat penting di negara kita. Oleh itu harga yang dijual mestilah berpatutan bersesuaian dengan kemampuan golongan yang memerlukan.

"Bagaimana pun, jualan motosikal bukan sahaja dikenakan GST sebanyak enam peratus, malahan turut dikenakan cukai eksais sebanyak 20 peratus.

"Harga motosikal terpaksa dinaikkan mengikut nilai Ringgit Malaysia dalam pasaran.

"Persatuan kami sekali lagi berharap kerajaan dapat memandang serius isu ini agar dapat mengkaji menurunkan cukai eksais ini bagi meringankan beban pengguna yang pendapatan rendah dan sederhana," katanya seperti dilapor Nanyang Siang Pau.

Menurutnya, sejak GST dilaksanakan pada tahun lalu, jualan motosikal di seluruh negara terjejas dan menyebabkan ramai penjual motosikal rasa bimbang dan tertekan.

Perompak Bawa Lari Lima Dulang Barang Kemas Bersenjatakan Senapang Patah, Kapak Dan Tukul Besi

Perompak Bawa Lari Lima Dulang Barang Kemas Bersenjatakan Senapang Patah, Kapak Dan Tukul Besi


Kecoh di Pusat Bandar Bagan Serai hari ini apabila empat perompak bertopeng bersenjatakan senapang patah, kapak dan juga tukul besi menyaum sebuah kedai emas di Jalan Sepakat di sini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.35 pagi itu, keempat-empat suspek dipercayai menaiki kereta Proton Wira itu berjaya melarikan lima dulang barang kemas.

Pemilik kedai emas terlibat, Fong Kok Heng, 51, berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri serta anak dan seorang pekerja sedang membuka kedai. Ketika menyusun barang kemas, kereta yang dinaiki suspek tiba-tiba berhenti di depan kedai dan empat lelaki memakai topeng keluar dari kenderaan terbabit.

"Terkejut dengan kehadiran suspek, saya segera menekan loceng kecemasan sebelum berlari masuk ke dalam premis bersama yang lain untuk menyelamatkan diri.

“Ketika bersembunyi, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan disusuli bunyi cermin ruang pameran dipecahkan keempat-empat suspek sebelum mereka melarikan lima dulang barang kemas," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk nilai kerugian dialami pemilik premis itu.




TMJ Hadiahkan RM 15,000 Untuk Faiz Subri

TMJ Hadiahkan RM 15,000 Untuk Faiz Subri


PENAUNG Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan menghadiahkan kurniaan ganjaran sebanyak RM15,000 buat pemain bola sepak, Mohd Faiz Subri keatas kejayaannya berada dalam kelompok tiga terbaik Anugerah Puskas FIFA 2016.

Menurut TMJ, kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan Faiz mengharumkan nama negara.

"Namun ia tidak ada ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri!," katanya menerusi satu kenyataan yang dipaparkan di laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu dijangka akan menghadiri majlis Anugerah Puskas Fifa di Zurich pada 9 Januari tahun depan. -FB Johor Southern Tigr
Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat

Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat


Seorang pengarah syarikat wanita hanya mampu beristighfar apabila cermin kereta yang dipandunya tiba-tiba dipecahkan sebelum beg tangannya dilarikan oleh sekumpulan enam lelaki dalam kejadian samun di Jalan Bukit Katil di sini.

Ibu kepada lima anak itu disamun oleh kumpulan berkenaan yang bertindak mengepung di bahagian kiri, kanan dan belakang kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandunya dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, lapor Sinar Online.

Kejadian samun yang menimpa mangsa, Farah Syazila, itu turut dikongsi oleh seorang lelaki yang juga saksi kejadian di Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, wanita tersebut antara enam mangsa kejadian samun yang dilaporkan kepada polis dalam tempoh lapan jam membabitkan enam lokasi berbeza di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.

"Kita menerima enam laporan membabitkan kejadian samun yang berlaku antara jam 11 pagi hingga 11 petang yang mengatakan didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kita tidak tolak kemungkinan keenam-enam kes dilaporkan ini dilakukan suspek sama berikutan modus operandi sama digunakan ketika menyerang mangsa dan mereka dipercayai menyasarkan pemandu berseorangan terutama wanita serta kenderaan mewah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, keenam-enam mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -SinarHariaan
Tayar Meletup Atas Jambatan, Lori Bawa Muatan Kertas Gulungan Kertas Terbakar

Tayar Meletup Atas Jambatan, Lori Bawa Muatan Kertas Gulungan Kertas Terbakar


Sebuah lori kontena yang membawa muatan gulungan kertas terbakar di Jalan Pelabuhan Utara di sini malam tadi seterusnya mencetus cemas.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, pihaknya menerima panggilan susulan kejadian kira-kira jam 7.43 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

"Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kebakaran.



Letupan Kuat Berlaku di Sebuah Stesen Minyak di Taman Austin JB

Letupan Kuat Berlaku di Sebuah Stesen Minyak di Taman Austin JB

Johor Bharu, 25 Okt - Satu letupan kuat berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Austin, Johor Bharu, petang ini menurut seorang saksi kejadian, lapor Bernama. Satu video yang dimuat naik oleh Bernama merakamkan keadaan di kawasan terbabit dipercayai selepas kejadian berlaku.
Dalam perkembangan terbaru, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata seorang lelaki maut dalam kejadian terbabit. Ketua operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu.
Setibanya kami di sana,  memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak berkenaan dan mangsa sudah tidak sedarkan diri ketika itu lalu terus diberikan rawatan pertolongan cemas.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menggunakan ambulan sebelum di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beberapa gambar kejadian turut dimuat naik di media sosial.
Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit

Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan mencemar duli ke Hospital Sultanah Aminah bagi melihat perkembangan semasa tragedi kebakaran di hospital berkenaan, lapor Harian Metro. Baginda dalam lawatan berkenaan telah menitahkan supaya Wad Diraja di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Bainda Sultan telah memberi keizinan menggunakan wad Di Raja selepas melawat lokasi kebakaran.
"Sultan Johor bertitah supaya Wad Diraja yang lama di hospital ini digunakan sementara untuk dijadikan wad ICU dan menempatkan pesakit," katanya.
Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah, 6 Orang Disahkan Terkorban

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah, 6 Orang Disahkan Terkorban

JOHOR BAHRU: Kira-kira jam 9 pagi tadi wad ICU dua tingkat  Hospital Sultanah Aminah telah terbakar dan menyebabkan beberapa orang pesakit terperangkap, lapor Bernama. Hasil perkembangan menyelamat terkini, dilaporkan 6 orang mayat telah ditemui ketika ini. Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.
Ketua Pengarah HSA, Datuk Dr Noorhisjam Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut akibat kebakaran
"Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.
"Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini," katanya
Semua pesakit dihospital HSA kini dalam proses pemindahan ke Hospital Sultan Ismail.