Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih Utama?

Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih Utama?

 


Assalamualaikum dan salam tautan buat seluruh warga pembaca. Semoga anda semua berada dalam lingkungan cahaya kebenaran yang berupa iman walau di mana jua anda berada. Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi beberapa perbincangan mengenai KUASA dan PENGARUH. Seusai membaca artikel Ustaz Hasrizal Jamil yang bertajuk Kepimpinan : Antara Kuasa dan Pengaruh, penulis merasakan masih ramai lagi yang mengamalkan sikap keterbalikkan dalam menilai erti kata sebenar berkenaan PENGARUH dan KUASA.


Ada yang menyatakan KUASA itu lebih penting dari PENGARUH kerana tanpa KUASA seseorang pemimpin itu tidak mampu untuk mencipta PENGARUH. Ya benar, KUASA merupakan suatu elemen penting yang perlu ada untuk bergelar pemimpin, akan tetapi PENGARUHlah merupakan elemen yang paling terpenting dalam merealisasikan sesuatu hala tuju mana-mana tampuk kempimpinan, samada di peringkat yang paling bawah mahupun di peringkat yang paling atas. Sejarah membuktikan bahawa KUASA tanpa PENGARUH hanya menyebabkan sesuatu hasil dari kepimpinan itu tidak menjadi hasil yang Produktif.


Cuba kita amati apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sebelum baginda di mandatkan menjadi utusan Allah SWT. Adakah baginda memperoleh KUASA dahulu dalam menyampaikan Islam atau baginda memulakan dakwahnya dengan mencipta PENGARUH?! Sejarah Islam membuktikan bahawsanya telah tercipta PENGARUH yang luas terhadap diri Rasulullah SAW sebelum baginda di mandatkan sebagai utusan Allah SWT.


Apakah bukti kebenaran yang mengatakan Rasulullah SAW mempunyai PENGARUH yang luas sebelum di mandatkan menjadi utusan Allah?! Bagi anda yang mengetahui sejarah berkenaan Hajar al-Aswad, ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan atau KUASA dan kedudukan, pengaruh baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.


Jelas mengikut sirah baginda Muhammad SAW, dengan hanya berpaksikan PENGARUH yang datang dari gelaran baginda yang empat iaitu al-Amin, Siddiq, Amanah dan Tabligh, baginda diberikan kepercayaan kepada seluruh ketua-ketua kabilah untuk membuat keputusan bagi mereka. Dengan ini benarlah, untuk menjadi pemimpin yang berwibawa anda seharusnya mencipta PENGARUH terlebih dahulu sebelum mendapatkan KUASA bagi menghasilkan kepimpinan yang Produktif.


KUASA tanpa PENGARUH hanya membuatkan anda sebagai seorang pemimpin yang terpaksa menggunakan KUASA anda bagi menekan orang bawahan anda untuk merealisasikan impian dan hala tuju anda dalam sesuatu perlaksanaan, akan tetapi sekiranya anda mempunyai PENGARUH yang luas ketika mana anda memperolehi KUASA, tanpa paksaan dan tekanan terhadap orang bawahan, anda mampu mendapatkan hasil yang Produktif daripada perlaksanaan mereka dek kerelaan hati mereka melakukan segala arahan yang anda utarakan. Mari kita lihat beberapa persoalan berkenaan PENGARUH dan jawapannya, antaranya :


1. Adakah PENGARUH itu harus dicari?!


- PENGARUH tidak perlu dicari akan tetapi ia akan datang sendiri.


2. Dari mana datangnya PENGARUH?!


- PENGARUH akan terhasil dari pandangan manusia terhadap kualiti dan potensi diri anda.


3. Bagaimanakah anda ingin meningkatkan potensi dan kualiti diri?!


- Dengan melaksanakan segala apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah SWT dan RasulNYA dengan semaksima mungkin dan meninggalkan segala laranganNya dengan 100% tanpa soal. Kebijaksanaan anda dalam menggabungkan tiga elemen penting di dalam diri juga turut mempengaruhi potensi dan kualiti diri anda iaitu gabungan sempurna elemen IQ, EQ dan SQ seta meletakkan hala tuju perlaksanaan anda kearah Qualiti. Kualiti lebih baik dari kuantiti.


4. Bagaimanakah elemen PENGARUH itu terhasil?!


Elemen PENGARUH akan terhasil dengan memaparkan akhlak yang tertinggi, tonjolkan potensi dan kualiti diri dan mewujudkan hubungan dengan pengikut dari segi logik akal, hubungan hati dan juga hubungan emosi.


Dengan adanya PENGARUH tampuk kepimpinan anda akan menjadi tampuk kepimpinan yang berkualiti dan mampu menghasilkan Produktiviti bagi kemaslahatan sejagat. PENGARUH yang kuat mampu menjana manusia untuk mejadi insan yang berkualiti dan pemimpin berPENGARUH yang mampu menjana manusia sudah mencapai satu tahap yang dipanggil PEOPLE DEVELOPMENT. Kita cuba hayati sejarah al-Arqam yang dipelopori oleh Ashaari Muhamad berkaitan dengan kesan PENGARUHnya terhadap pengikutnya yang mampu menghasilkan suatu hasil yang Produktif. Dalam artikel Ustaz Hasrizal Jamil beliau menceritakan :


Apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.


Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.


Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.


Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin. -


Dengan ini, dapatlah kita ketahui bahawa sesuatu pekerjaan itu tidak akan mendapatkan hasil yang benar-benar berkualiti jika ianya merupakan paksaan yang datang dari sumber KUASA, akan tetapi ianya akan menjadi hasil yang berkualiti sekiranya sesuatu pekerjaan itu datang dari kerelaan hati sendiri disebabkan PENGARUH yang baik yang memberi kesan terhadap perlaksanaan kita.


Wujudkanlah PENGARUH yang benar-benar efektif dalam apa jua perlaksanaan kerana PENGARUH yang baik itu adalah lebih utama berbanding dengan paksaan KUASA. Semoga entri yang tidak seberapa ini mampu untuk membantu anda dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin masa kini ataupun yang akan datang. Segala yang cantik dan terbaik itu datang daripada Allah SWT dan segala kelompongan datangnya dari diri penulis sendiri.


Wallahua’lam…

Penulis : Huzaifah Basit


Belajar Kasih Sayang Ibu Daripada Seekor Lembu

Belajar Kasih Sayang Ibu Daripada Seekor Lembu

Pada satu hari yang damai, hujan sedang turun renyai-renyai, aku keluar daripada rumah untuk menuju ke satu tempat. Aku tak ingat ke mana aku mahu pergi ketika itu. Sama ada ke pejabat atau ke sebuah surau untuk menyampaikan kuliah maghrib. Tak kisah kemana hala tujuku, yang penting aku yakin saat itu hujan sedang turun membasahi jalan. Semakin lama semakin lebat.
Aku memandu ‘jentera’ abah ketika itu. Van Ford Econovan. Usianya 15 tahun. Kepulangan ku dari Jordan masih belum genap setahun lagi. Jadi, van inilah menjadi warisan kami adik beradik sebelum membeli kereta sendiri.
Abah dahulu membeli van kerana adik beradik kami ramai. 8 orang semuanya. Abah memandu, angah duduk di sebelah abah sebagai co-pilot, emak duduk di sebelah pintu belakang sebagai pramugari. =)
Abangku juga pernah menggunakan van ini sebelum dia membeli kereta barunya. Samalah situasinya seperti aku saat ini.
Van ini panas sebab aircondnya rosak. Kalau hujan, perlu dibukakan sedikit tingkap untuk membenarkan angin masuk supaya cerminnya tidak berkabus.
Hujan… tentu susah nak nampak jalan. Aircond rosak pulak tuh” rungutku seorang diri. Walaubagaimanapun, aku harus meneruskan perjalanan. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan.
Hari itu aku perlu melalui satu jalan yang gelap. Kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Lampu jalan jaraknya jauh-jauh pula tu. Seingat aku, aku memandu pada kelajuan 70km sejam. Ok lah, tidaklah laju sangat, dan tidaklah perlahan sangat. Setibanya aku di satu selekoh, aku melihat seperti ada kelibat seekor ‘anjing’ sedang melintas jalan. ‘Anjing’ tersebut berlari dengan pantas cuba melepasi van yang aku pandu. Malangnya tidak sempat.
Gup!
Bunyi pelanggaran yang kecil. Aku hanya mampu menekan brek sedikit sahaja. Aku bimbang van akan berpusing jika menekan brek secara mengejut kerana jalan sedang basah. Ketika itu langsung tidak sempat untuk berhenti melihat apakah yang dilanggar olehku.
Ah sedikit sahaja tu, dia sempat mengelak kot, tulah siapa suruh lintas sewaktu kereta tengah lalu” aku cuba memujuk diriku sendiri. Seperti mengampunkan kesalahan diri sendiri.
Aku terus melupakan peristiwa itu, malam itu juga. Namun keesokannya. Aku melalui jalan yang sama menggunakan ‘jentera’ abah. Pagi yang indah, damai, bumi yang masih basah kesan hujan semalam. Melalui jalan yang sama, tidaklah membuatkan aku merasa kelainan saat itu. Sehinggalah tiba-tiba aku melihat di depan..
Aku terkejut melihat bangkai seekor anak lembu terkujur di tepi jalan, selekoh yang aku lalui malam semalam. Aku yakin inilah selekoh yang aku lalui semalam. Inilah tempat berlakunya perlanggaran tersebut. Rupa-rupanya ‘anjing’ yang ku sangka itu adalah seekor anak lembu. Kakinya sudah ternaik ke atas. Badannya sudah pun mengembung. Matanya pula sudah terbeliak.
Aku terdiam, menarik nafas. Beristighfar. Aku mintak ampun pada Allah kerana seekor lembu amat besar nilainya pada orang kampung. Orang kampung menjual lembu untuk memasukkan anak ke universiti. Orang kampung menjual lembu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak kesayangannya..
Namun ada yang lebih menginsafkanku saat itu. Seekor lembu betina (ibunya mungkin) sedang duduk di sisi bangkai anak lembu tersebut. Sungguh jelas kesedihan terpancar pada wajah ibu lembu tersebut. Kaki depannya membongkok ke bumi seperti sedang sujud, sedang kepalanya rendah hampir ke tanah. Seperti mengharapkan anaknya hidup kembali. Mustahil. Aku menitiskan air mata saat itu melihat wajah ibu lembu tersebut.
Aku biarkan sahaja drama itu. Aku lansung tak berhentikan van. Aku tak sanggup dan aku memang tak tahu nak buat apa kalau aku berhenti pun. Esoknya, aku melalui jalan yang sama, dan hari ini bangkai anak lembu sudah pun tiada. Namun, aku tetap sedih kerana ibu lembu masih ada. Aksinya sama seperti semalam. Bezanya hari ini anaknya sudah tiada. Mungking sudah dibakar oleh tuan lembu tersebut untuk mengelakkan bau bangkai yang busuk.
Aku rasa selama 5 hari berturut-turut aku melalui jalan tersebut, aku pasti melihat ibu lembu yang sedang meratapi kehilangannya anaknya. Aku sedih dan rasa bersalah pada ibu lembu tersebut.
Demi Allah, aku belajar kasih ibu daripada seekor lembu. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya sakit, demam apatah lagi mati sebelumnya. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Ibu pasti menitiskan air mata. Bangunlah, balaslah jasa ibumu walaupun jasa ibumu takkan pernah dapat dibalas.
Penulis : Mohamad bin Mohshin (Master Trainer di AlFaliheen Management)
Belajar Kehidupan Daripada Katak

Belajar Kehidupan Daripada Katak

Tandas di pejabatku yang terletak di Senawang pernah dimasuki oleh seekor katak. Kisah ini berlaku setahun yang lalu. Pejabat lama ku terletak di tingkat tiga. Sungguh penat jika mahu memunggah naik dan turun barang-barang untuk ke program. Ini juga merupakan salah satu sebab utama kami berpindah ke pejabat baru (rumah sewa). Kisah katak bermula apabila tandas pejabatku yang tinggi ini dilawati oleh seekor katak. Aku lansung tidak peduli tentang kehadiran katak tersebut walaupun aku sentiasa keluar masuk bilik air. Aku menyangka katak tersebut mungkin singgah sebentar dan akan beredar selepas itu. Pandai masuk, pandailah keluar. Bisik hatiku.
Namun, selepas beberapa hari (mungkin lima ke tujuh hari agaknya) aku mula merasakan sesuatu yang ganjil. Katak tersebut masih lagi ada dalam tandas pejabatku.
Eh, tak keluar lagi katak ni? Macamanalah kau boleh sampai kat tingkat tiga ni. Takkan tak tau jalan keluar?” hatiku berbicara.
Pelik.
Sedang saat itu mataku melihat kearah katak tersebut. Memerhatikan gelagatnya. Ia sedang terlompat-lompat ke dinding tandas. Seperti sedang memanjat dinding untuk melepaskan diri. Namun langkahnya hari ini seperti sudah semakin lemah. Dahulunya gemuk juga. Hari ini aku lihat ia sudah sedikit kurus. Apabila badannya melompat ke dinding, tangannya dengan penuh harapan cuba menekap dinding.
Sayangnya, badannya meluncur ke bawah dan jatuh semula ke lantai. Kemudian ia cuba lagi, jatuh semula. Cuba lagi, dan jatuh semula. Kemudian ia rehat sebentar, dan terus mencuba lagi memanjat dinding. Aduh, sungguh sayu aku melihatnya. Aku tunduk sedar. Aku memasukkan diriku dalam katak tersebut. Aku dapat rasakan katak tersebut sedang menjerit-jerit meminta pertolongan. Melompat-lompat supaya dirinya mampu melepasi dinding tandas, walaupun menyedari usaha tersebut pasti sia-sia. Tapi, ia tiada pilihan. Duduk menunggu ajal, atau terus mencuba untuk keluar.
Lantas dengan penuh rendah hatinya aku keluar mencari plastik. Aku bawakan ke katak tersebut. Aku masukkannya ke dalam plastik. Sungguh, aku rasa geli memegangnya, walaupun berbungkus dalam plastik. Aku berlari keluar daripada pejabat. Menuruni tangga (3 tingkat) dengan pantas. Hampir sahaja kakiku tersilap anak tangga. Sampai sahaja di muka pintu, aku lihat cahaya matahari petang begitu indah. Tentu ini yang dimahukan katak tersebut.
Aku letakkannya di atas lantai dan bukakan bungkusan tersebut. Belumpun sempat bungkusan itu habis dibuka, katak tersebut terus melompat keluar daripada plastik dengan pantas. Aku dapat lihat betapa tingginya lompatan tersebut. Tidak seperti lompatannya ketika memanjat dinding sebentar tadi. Oh, gembiranya aku. Puas sungguh! Aku sangkakan katak tersebut terus pergi meninggalkanku. Jadi aku tunggulah sebentar sehingga katak itu hilang daripada pandanganku. Namun, sangkaan ku sememangnya tidak tepat. Selepas melompat keluar daripada plastik tersebut, katak itu terus pusing menghadapku.
Kini, mata bertentang mata. Aku merenung matanya. Dia juga merenung mataku. Aku dapat lihat air matanya. Bergenang. Mukanya mengatakan terima kasih. Anak matanya jelas mengatakan dia sungguh berterima kasih. Aku merasa sungguh sedih dan sebak. Namun hatiku benar-benar gembira melihatnya kembali bebas.
Tidak mengapalah, kamu sekarang dah bebas. Kamu pergilah kemana kamu suka. Satu sahaja pintaku, tolong doakan aku sentiasa supaya Allah sentiasa membantuku jika aku menghadapi belenggu” kataku padanya.
Seperti mendengar kata-kataku, dia terus pusing dan pergi meninggalkanku.
Katak, sungguh kau telah mengajar erti kehidupan kepadaku.
Kau ajarku untuk teruskan berusaha selagi termampu. Usah mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan.
Kau ajarku untuk ucapkan terima kasih walau siapa sahaja yang membantu kita, walaupun kita tidak mengenalinya.
Kau memberikanku semangat untuk terus melakukan kebaikan, kerana aku yakin setiap kebaikan pasti ada ganjaran di sisi Tuhan.
Penulis : Mohamad bin Mohshin (Master Trainer di syarikat latihan dan motivasi Alfaliheen Management)
Alangkah Indahnya Jika Pemimpin Menjadi Imam

Alangkah Indahnya Jika Pemimpin Menjadi Imam

Belia adalah aset atau harta yang sangat berharga kepada negara. Merekalah tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Bagaimanakah yang dikatakan belia yang mampu memimpin negara? 
Mereka adalah belia yang berjaya memimpin diri sendiri. Selain itu, mereka juga mampu menjadi imam dalam jemaah solat, bijak dalam ekonomi, mesra dengan masyarakat, celik dalam bidang politik dan cemerlang dalam menguasai ilmu pengetahuan.
Semua ciri-ciri berikut sebenarnya telah diasuh dan dididik sejak dari zaman kanak-kanak agar mereka menjadi salah seorang belia yang dikatakan mampu memimpin negara. Mempraktikkan sembahyang berjemaah dalam masyarakat mampu menguatkan sistem organisasi dalam negara. Hal ini dapat dilihat melalui hikmah sembahyang berjemaah, antaranya, merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk.
Alangkah indahnya jika pemimpin menjadi imam, kerana kekuatan sembahyang berjemaah juga boleh menimbulkan sikap kasih sayang, hormat-menghormati dan menjalinkan persefahaman. Syarat-syarat untuk menjadi imam sembahyang berjemaah adalah sama dengan syarat untuk menjadi pemimpin dari segi kemampuan menguasai ilmu agama. Seorang imam perlu menguasai bacaan Al-Quran lebih baik daripada makmumnya dan lebih faham perkara berkaitan rukun dan syarak.
Begitu juga pemimpin, seorang pemerintah perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam untuk mentadbir negara kerana kuasa menghukum terletak di bahunya. Kejayaan umat Islam sebelum ini adalah kerana mereka mempraktikkan roh sembahyang itu di luar sembahyang. Dalam sembahyang, mereka merendah diri kepada Allah SWT. Di luar sembahyang, mereka tawaduk, tidak sombong, tidak angkuh atau membesarkan diri.
Mereka sembahyang berjemaah dan patuh kepada imam selagi imam patuh kepada syarat dan rukun. Di luar sembahyang, mereka hidup dalam masyarakat yang harmoni, mentaati pemerintah selagi pemerintah mentaati Allah SWT. Dalam sembahyang berjemaah juga mereka berbaris dalam satu saf yang tersusun rapi. Di luar sembahyang, mereka berganding bahu dalam organisasi yang teratur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Seseorang yang dianugerahi Allah SWT untuk menjadi pemimpin hendaklah menunjukkan rasa cintanya dalam menyampaikan dakwah Islam kepada bawahannya atau rakyatnya. Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh pendakwah, ustaz mahupun tabligh tetapi dakwah juga dipertanggungjawab kepada pemimpin. Maksud dakwah ialah mengajak individu ataupun masyarakat ke arah yang lebih baik dari setiap sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta kesihatan.
Insya-Allah, jika seseorang itu berjaya menjadi imam dalam sembahyang jemaah, maka dia akan berjaya dalam memimpin rakyatnya.
Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih Utama?
image https://i.imgur.com/Z0LC5uG.jpg
Assalamualaikum dan salam tautan buat seluruh warga pembaca. Semoga anda semua berada dalam lingkungan cahaya kebenaran yang berupa iman walau di mana jua anda berada. Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi beberapa perbincangan mengenai KUASA dan PENGARUH. Seusai membaca artikel Ustaz Hasrizal Jamil yang bertajuk Kepimpinan : Antara Kuasa dan Pengaruh, penulis merasakan masih ramai lagi yang mengamalkan sikap keterbalikkan dalam menilai erti kata sebenar berkenaan PENGARUH dan KUASA.
Ada yang menyatakan KUASA itu lebih penting dari PENGARUH kerana tanpa KUASA seseorang pemimpin itu tidak mampu untuk mencipta PENGARUH. Ya benar, KUASA merupakan suatu elemen penting yang perlu ada untuk bergelar pemimpin, akan tetapi PENGARUHlah merupakan elemen yang paling terpenting dalam merealisasikan sesuatu hala tuju mana-mana tampuk kempimpinan, samada di peringkat yang paling bawah mahupun di peringkat yang paling atas. Sejarah membuktikan bahawa KUASA tanpa PENGARUH hanya menyebabkan sesuatu hasil dari kepimpinan itu tidak menjadi hasil yang Produktif.
Cuba kita amati apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sebelum baginda di mandatkan menjadi utusan Allah SWT. Adakah baginda memperoleh KUASA dahulu dalam menyampaikan Islam atau baginda memulakan dakwahnya dengan mencipta PENGARUH?! Sejarah Islam membuktikan bahawsanya telah tercipta PENGARUH yang luas terhadap diri Rasulullah SAW sebelum baginda di mandatkan sebagai utusan Allah SWT.
Apakah bukti kebenaran yang mengatakan Rasulullah SAW mempunyai PENGARUH yang luas sebelum di mandatkan menjadi utusan Allah?! Bagi anda yang mengetahui sejarah berkenaan Hajar al-Aswad, ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan atau KUASA dan kedudukan, pengaruh baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.
Jelas mengikut sirah baginda Muhammad SAW, dengan hanya berpaksikan PENGARUH yang datang dari gelaran baginda yang empat iaitu al-Amin, Siddiq, Amanah dan Tabligh, baginda diberikan kepercayaan kepada seluruh ketua-ketua kabilah untuk membuat keputusan bagi mereka. Dengan ini benarlah, untuk menjadi pemimpin yang berwibawa anda seharusnya mencipta PENGARUH terlebih dahulu sebelum mendapatkan KUASA bagi menghasilkan kepimpinan yang Produktif.
KUASA tanpa PENGARUH hanya membuatkan anda sebagai seorang pemimpin yang terpaksa menggunakan KUASA anda bagi menekan orang bawahan anda untuk merealisasikan impian dan hala tuju anda dalam sesuatu perlaksanaan, akan tetapi sekiranya anda mempunyai PENGARUH yang luas ketika mana anda memperolehi KUASA, tanpa paksaan dan tekanan terhadap orang bawahan, anda mampu mendapatkan hasil yang Produktif daripada perlaksanaan mereka dek kerelaan hati mereka melakukan segala arahan yang anda utarakan. Mari kita lihat beberapa persoalan berkenaan PENGARUH dan jawapannya, antaranya :
1. Adakah PENGARUH itu harus dicari?
  • PENGARUH tidak perlu dicari akan tetapi ia akan datang sendiri.
2. Dari mana datangnya PENGARUH?
  • PENGARUH akan terhasil dari pandangan manusia terhadap kualiti dan potensi diri anda.
3. Bagaimanakah anda ingin meningkatkan potensi dan kualiti diri?
  • Dengan melaksanakan segala apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah SWT dan RasulNYA dengan semaksima mungkin dan meninggalkan segala laranganNya dengan 100% tanpa soal. Kebijaksanaan anda dalam menggabungkan tiga elemen penting di dalam diri juga turut mempengaruhi potensi dan kualiti diri anda iaitu gabungan sempurna elemen IQ, EQ dan SQ seta meletakkan hala tuju perlaksanaan anda kearah Qualiti. Kualiti lebih baik dari kuantiti.
4. Bagaimanakah elemen PENGARUH itu terhasil?
Elemen PENGARUH akan terhasil dengan memaparkan akhlak yang tertinggi, tonjolkan potensi dan kualiti diri dan mewujudkan hubungan dengan pengikut dari segi logik akal, hubungan hati dan juga hubungan emosi.
Dengan adanya PENGARUH tampuk kepimpinan anda akan menjadi tampuk kepimpinan yang berkualiti dan mampu menghasilkan Produktiviti bagi kemaslahatan sejagat. PENGARUH yang kuat mampu menjana manusia untuk mejadi insan yang berkualiti dan pemimpin berPENGARUH yang mampu menjana manusia sudah mencapai satu tahap yang dipanggil PEOPLE DEVELOPMENT. Kita cuba hayati sejarah al-Arqam yang dipelopori oleh Ashaari Muhamad berkaitan dengan kesan PENGARUHnya terhadap pengikutnya yang mampu menghasilkan suatu hasil yang Produktif. Dalam artikel Ustaz Hasrizal Jamil beliau menceritakan :
  • Apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.
Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.
Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.
Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin. -
Dengan ini, dapatlah kita ketahui bahawa sesuatu pekerjaan itu tidak akan mendapatkan hasil yang benar-benar berkualiti jika ianya merupakan paksaan yang datang dari sumber KUASA, akan tetapi ianya akan menjadi hasil yang berkualiti sekiranya sesuatu pekerjaan itu datang dari kerelaan hati sendiri disebabkan PENGARUH yang baik yang memberi kesan terhadap perlaksanaan kita.
Wujudkanlah PENGARUH yang benar-benar efektif dalam apa jua perlaksanaan kerana PENGARUH yang baik itu adalah lebih utama berbanding dengan paksaan KUASA. Semoga entri yang tidak seberapa ini mampu untuk membantu anda dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin masa kini ataupun yang akan datang. Segala yang cantik dan terbaik itu datang daripada Allah SWT dan segala kelompongan datangnya dari diri penulis sendiri.
Wallahua’lam…
Penulis : Huzaifah Basit
Speak with Charm and Charisma
image https://i.imgur.com/CjAinW5.jpg
What do you understand by the word Charisma?
I have a friend named Rahmi. The whole office knows that he is very busy. He is in charge of 3 persons’ portfolios so rarely goes out even to lunch. He seems to be glued to his desk every day. However, quite amazingly, despite having so little time to engage with people, he has lots of friends ranging from those at the management level down to the working level. Almost everyone in our office knows him and is comfortable with him.
One thing I discovered about him is that he always appreciates and give praises to people. He does it immediately when people do good things and he continuously thanks and compliments these people every time they meet. Although he is overwhelmed with work, in the off chance that we get to converse, he hardly tells us about himself. Rather, he will ask about our work, our wellbeing, our family etc. He prioritises others over himself. By doing that, he does not only communicate, he connects.
In communication and public speaking, the same rules apply. We can never be seen and accepted as an Effective Communicator and Persuasive Speaker without having ‘Charisma’. A poor communicator talks a lot. He finds it difficult to stop when he starts talking. Very unfortunately, the more he talks, the more he exposes his weaknesses.
Charismatic Communicator: Self-test
It is actually not so difficult to check whether you, at this point in time, are already a Charismatic Person or otherwise. Jusk yourself the following questions and make sure that your answers are genuine and sincere:
i) Which one would you do first when you meet a new friend?
a. You introduce yourself first and tell him your background.
b. You ask his/her name and background.
ii) If you are asked to find a partner and exchange your high school experiences with him/her in 2 minutes, which one of the following categories would you be:
a. You’ll do most of the talking and storytelling.
b. You’d love to listen to his/her stories and ask him/her questions so you can know more about him/her.
iii) Which one do you prefer more?
a. Receiving presents and smile.
b. Giving presents and see the smile on his/her face.
iv) Which of the following statement below do you agree to more?
a. Sorry and thank you are precious words that cannot be easily uttered to anyone anytime.
b. Sorry and thank you are the best words to be said at all times.
v) If you had to work in a team, which method would you take to complete the task at hand?
a. Do it alone and then present to them
b. Discuss, collect inputs from your team members and do it together with them.
If your answers are mostly (b), great, you already possess the qualities of a Charismatic Person. Polish up and you will certainly be an Influential Communicator and Public Speaker.
Charismatic Communicator: How To Develop
Rasulullah s.a.w is undeniably the Most Charismatic Person the world has ever witnessed. His companions used to describe him as someone who never failed to acknowledge and appreciate each and every one of his audience who attended his talks. In fact, he sometimes extends his view to see those sitting behind poles to pay them respect and acknowledgement.
To be a Charismatic Person, we should develop the three attitudes Imentioned earlier. If you observe every Charismatic Person, you will surely find the three attitudes embedded in them. Start developing the three attitudes from now.
Some suggestions you can follow to develop your Charisma:
1.In a conversation with anyone, reduce using I, me, my and mine. Instead, use as many you, your, they, them, we and our as possible. For instance:
  • What is your name? (instead of my name is…)
  • How are you? (instead of I am not feeling well..)
  • How was your trip? (instead of I had a very great travelling experience..)
  • Has your dad recovered? (instead of my dad is now in hospital..)
2.Find at least one person to help every day.
The more you give, the more you will get. What goes around comes around. If you treat your friend to lunch today, someone else will invite you for fine dining tomorrow. Even if no one does that to you, at the very least, you would have gained respect from people.
3. Say thank you out loud. I’m sorry and thank you.
These two phrases are powerful tools that could flip people’s feelings and emotions from negative to positive. In addition, the effect of these two phrases would surely multiply if they are uttered out loud.
By : Faridzul Nasaruddin
Professional Trainer & Leadership Coach
Certified Professional Image Consultant
E-mail: faridzul.nasaruddin@gmail.com 
Facebook : Faridzul Nasaruddin