Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.



Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.


Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra
Tuhan Osiris

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.


Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.


Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman

Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman



Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud 'tempat yang aman untuk didiami'.

Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu IslamYahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.


Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai 'Mount Temple' disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.

Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya 'Mount Temple' sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti 'City of the Temple' yang mengambilkira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.

Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman. Manakala kawasan kota yang wujud di sekeliling 'Mount Temple' ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama 'Aelia Capitolina' yang diberikan semasa penjajahan orang Roman. Kawasan 'Mount Temple' pada asalnya agak tinggi dengan keadaan yang tidak rata tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod the Great telah membina tembok tinggi mengelilingi kawasan ini lalu meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan sekarang.

Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama 'Mount Temple' telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan kawasan suci ini yang mendapat tempat yang mulia di dalam Islam sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.

Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota Baitulmaqdis. Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.

Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab bermaksud 'masjid yang jauh', merujuk pada jaraknya yang berjauhan daripada bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di dalam Islam iaitu Isra' dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.Wtelah dinaikkan ke langit untuk menghadap Allah S.W.T. Baitulmaqdis juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra' Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.

Selain itu, Masjid Kubah Batu turut dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah. Diriwayatkan senibina masjid ini yang begitu indah dengan kubah berwarna keemasannya yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid Kubah Batu menjadi antara monumen tertua orang Islam yang sangat dikenali.

Masjid ini mendapat namanya berikutan dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika peristiwa Isra' dan Mikraj. Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia merupakan pusat bagi 'Mount Temple' dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka satu masa nanti.

Tetapi menurut catatan sejarah ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan Baitulmaqdis sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi tempatnya Baginda Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada sebuah batu terbiar di atas tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok. Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra' Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan kawasan itu bersama-sama dengan orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya di bumi Baitulmaqdis itu

Masyarakat Yahudi menganggap Haikal ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di atas lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama turut dicatatkan di dalam kitab Injil. Perebutan tapak suci inilah yang menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan kawasan suci ini sebagai tempat krisis yang masih belum selesai sehingga sekarang.

Salah satu tembok yang mengelilingi Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun 'Western Wall' ini menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi. Tembok yang dibina lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini merupakan satu-satunya bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan mereka berada di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana itu lokasi ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang mereka lakukan dan amalan ini masalah berlangsung sehingga sekarang ini, susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai 'Wailing Wall' ataupun tembok ratapan.


Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang mulia dan dianggap sebagai tanah suci mereka. Nabi Isa A.S yang dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Baitulmaqdis terus dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan. Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S pernah berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu juga, peristiwa penyaliban dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang tepat masih lagi menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.

Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang dianggap paling suci oleh penganut Kristian iaitu Gereja 'Holy Sepulchre', salah sebuah gereja di dalam kawasan kota lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota Baitulmaqdis sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh dunia terutamanya menjelang musim Easter.

Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman penganut Kristian untuk menawan tanah suci ini daripada penguasaan orang Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200 tahun sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul iaituSalahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187 Masihi. Diriwayatkan bahawa ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi sendiri yang membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang dijadikan sebagai gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.

Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis dikuasai oleh British sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israelpada tahun 1948 menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk menguasai wilayah Palestin yang ketika itu dibahagikan secara berat sebelah oleh badan dunia PBB.

Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga kawasan sementara sepertiga Yahudi mendapat selebihnya tanah Palestin. Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa tetapi pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan sebagai ibu kota negara Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.

Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga waktu ini, Haram al-Sharif merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama Baitulmaqdis masih dikuasai oleh orang Islam.

Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian orang Islam iaitu bahagian yang terbesar antara kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada kawasan orang Islam. Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian Kristian Armenia, iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia juga merupakan penganut Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ketika Jordan menguasai kota lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadat di sekitar 'Western Wall' ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi ditutup dan sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat wilayah mereka dirampas oleh Israel.

Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negara-negara Arab dengan Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih teruk apabila wilayah Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi Golan.

Semenanjung Sinai , Teluk Suez (barat), Teluk Aqaba (timur) dari kapal angkasa bolak-balik STS-40
Genting Gaza
Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas Baitulmaqdis. Antaranya menjadikan kawasan 'Western Wall' sebagai tapak ibadat mereka selain pembinaan penempatan haram Yahudi yang mengelilingi kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam bahagian orang Islam.

Western Wall


Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota Israel yang rasmi menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan asing. Pejabat Presiden dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis secara beransur-ansur.

Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar oleh fanatik Yahudi sehingga membawa kemusnahan mimbarnya. Paling diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh provokasi Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar koma akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan masih tidak sedarkan diri.
Ariel Sharon
Perlu diingatkan bahawa walaupun Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram al-Sharif diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa. Bendera negara Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif. Penganut agama lain juga dilarang memasuki kompleks suci ini dan askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung mesti membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks untuk beribadat. Langkah ini diambil bagi mengelakkan terjadinya pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan lokasi ini amat sensitif bagi semua penganut agama samawi.

Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda yang rahsia.

Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.

Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?
Bab 1 :Pertubuhan-pertubuhan Dajjal Al-Masikh

Bab 1 :Pertubuhan-pertubuhan Dajjal Al-Masikh

Bab 1 :Pertubuhan-pertubuhan Dajjal Al-Masikh

1.1 Secret Society - Intro.....
Salam... Kepada semua pembaca...
Bab ini adalah penerangan tentang Secret Society di seluruh Dunia... Mungkin ramai antara mereka dah mengetahuinya, mungkin ramai lagi yg masih kabur atau tidak pernah mengetahui.. Dipermudahkan, Secret Society itu adalah pertubuhan-pertubuhan rahsia yg telah diilhamkan oleh Dajal Laknatullah untuk merencanakan dan melaksanakan rancangan-rancangan jahat dan kotor mereka contohnya NewWorld Order...

Terdapat banyak Secret-secret Society seluruh dunia ini.. Contoh-contoh secret society ini adalah Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit dan banyak lagi..... Samada kita semua sedar ataupun tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka.... Teruskan membaca... Anda akan dirungkaikan sedikit demi sedikit persoalan ini...

Freemason....


Illuminati....


Priory Of Sion...


Skull And Bones...


1.2 Secret Society- Illuminati...

Sekarang ini akan detailkan lagi tentang Illuminati... saya akan cerita asal usul sejarah penubuhan Illuminati ini...

Iluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingoldstald.. Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi...Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.


Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah..
Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US... lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi.
Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry dari pergerakan Iluminati yang bernama Pat Robertson.


Berikut merupakn matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan...
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...
4. Menghapuskan semangat nasionalisme...
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan
berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia...
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme......

1.3 Secret Society- Freemason.....


Freemason. Mungkin ramai dah tahu apa itu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh dunia. Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta ini.Malaysia. Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason. Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi.

Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Tajuk mengenai Freemason akan dikupas dengan lebih lanjut. Untuk kali ini saya akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan jahat mereka.


Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa.... program ini dlm istilah Freemason dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.

Program pertama.

Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan 'TAKKIM' :

Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s. Antara fitnah keji - ' Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan kepada kerajaan rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program 'TAKKIM' iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya....
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran
Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan cerita lebih lanjut macam mana Paulus
menyebarkan ajaran Doktrin Trinitas nanti)...
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu....
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s...

Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin...mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin...
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur....
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya..
- Mendangkalkan aqidah umat islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya....maka lahirlah cendikiawan2 Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya...
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry..
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang....
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain...antaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya...


Program kedua....
dinamakan 'SHADA'
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia....
- salah satunya ialah di India ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan menyerukn 'jihad fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry menubuhkan gerakan anti-jihad...antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama
menganggotai Freemasonry.

Seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza
Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat. Dia mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya...Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394 Hijrah memutuskan bahawa ajran 'Ahmadiah' itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme.
Kes-kes 'aliran sesat Islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni.

Program ketiga...
dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan...
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason.
- Mendukung teori-teori bertentangan.....
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu sama lain...


Program keempat...
dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui
penyebaran seks bebas...
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker)..
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah...
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'...
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik....
AF,Malaysian Idol, OIM...
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya...
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka dalam hukum....

Program kelima....
dinamakan 'BABILL' -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa....
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi....

Program keenam...
dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi).....
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.....

Program ketujuh...
dinamakan 'PROTOKOL'
- dalam istilah Freemasonry...protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol...isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia...diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi...dengan program protokol ini, bangsa yahudi dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media) dunia....

Program kelapan...
disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan...pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat... jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan....
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat-tempat maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.....
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus....

Program kesembilan...
dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang
fahamannya terumbang-ambing....
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam...
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.......

Program kesepuluh...
dinamakan 'QORNUN' :
- Orang-orang yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry....
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama...memberi dana dalam hal perniagaan,
pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).....
- Musuh-musuh Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry....
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat... Bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi... kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.

Dari data-data tersebut dapat kita lihat bahwa begitu berkembangnya program-program Freemasonry dan
Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain.

Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program tansiq iaitu penyatuan hati umat islam... dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang insya-allah pasti akan menyaingi dan menghancurkn program-program Freemason ni....
Malaysia ni dah lama bertapaknya Freemason. Masa zaman pnjajahan British dulu bermulanya
kemasukan Freemason ke dalam negara kita.

1.4 Secret Society- Pangkat Dalam Freemason..


Seperti pertubuhan-pertubuhan lain juga, pertubuhan rahsia Freemason juga ada pangkat-pangkat tertentu dalam pertubuhan mereka. Hanya ahli-ahli berpangkat tinggi sahaja yang mengetahui rahsia sebenar di sebalik pertubuhan ini..

Pangkat dalam Freemason....
Mereka ada pangkat-pangkat tertentu. Ada dua secret yang popular, Scottish Lodge dan American
Lodge. Ada 33 pangkat semuanya. Tapi di Amerika cuma ada 32 level, untuk ke level 33, mereka harus diiktiraf di Scotland...lihat lambang kerajaan Amerika (The Great Seal) , cuba kira berapa helai bulu pelepah burung tu pada kedua-dua kepaknya...tapi harus diingat, tak semua ahli Freemason tahu mereka menganggotai satu persatuan yang amat berbahaya....Ni adalah kerana cuma mereka yang berpangkat 31 ke 33 (tertinggi) saje yg tahu tujuan dan motif sebenar kumpulan ini...ada satu pendapat untuk peringkat tertinggi yang mengatakan ahli bawahan harus ditipu dan dialih perhatian mereka dari kebenaran kumpulan tu kerana mereka masih mentah....


Kita kena ingat, persatuan macam Freemason ni pada mereka bangsa tak penting, yang penting, matlamat mereka, NWO/ New World Order.

Siapa yang cetuskan perang Dunia 1 dan 2? Anda ingat apa yang anda belajar di sekolah tu betul??? Merekalah sebenarnya yang cetuskan perang-perang ini. Kenapa?.........
Sebab mereka adalah Bankers, dan bila negara berperang, negara akan amik hutang. mereka akan
bagi hutang dengan bunga yang tinggi. Tak dapat bayar, mereka akan kenakan syarat-syarat ketat supaya mereka dapat 'kawal' kerajaan' itu..

Hitler, siapa yang finance dia? Rothschild, dia ni antara kepala Illuminati.... Dia Yahudi, tapi kenapa dia finance orang yang seksa Yahudi? Sebab dia bukan kisah pasal bangsa, yang dia tahu plan NWO. Sebab itulah, mereka dah rancang, atas dasar kesian (pasal Holocaust), pencerobohan atas Palestine oleh Yahudi (mereka claim mereka Yahudi, sebenarnya mereka bukan Yahud, cuma suku kaum Tar Tar ) di halalkan....Kononnya tanah Palestine itu milik mereka.sebab itu, Rothschild bnyak invesment kepada Israel...Inilah tentera yang akan menolong dajjal.... Lihat gambar di bawah...


Tentera apa yang akan tolong Dajal?? Lambang mata satu juga ada di pesawat tersebut. Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memerhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah orang di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dengan godaannya. Apatah lagi mengatakan dia tuhan.

1.5 Secret Society- Priory Of Sion....


Tidak banyak maklumat yang dapat dikorek tentang pertubuhan rahsia ini.. Secara ringkasnya, Priory of Sion
adalah satu kelompok rahsia di mana dikatakan Leonardo Da Vinci,Jacques De Molay (Grand Master Knight Templar) dan Isaac Newton adalah Grand Master bagi kelompok rahsia ini...Priory of Sion mempunyai kaitan dengan Masonic Lodges yang lain seperti GLA (Swiss Grand Lodge Alpina) dan P2 (Italian Masonic Lodge)



Sir Isaac Newton..


Jacques De Molay

Masonic Lodge ini telah merekrut ahli-ahli mereka untuk Priory of Sion. P2,sebagai rangkaian Priory of Sion adalah satu organisasi yang lebih kepada mafia,mereka telah mengawal Italian Secret Police dan ada kaitan dengan CIA dan KGB.P2 disyaki sebagai suspek utama pembunuhan John Paul I dan melakukan percubaan membunuh John Paul II.



1.6 Secret Society- Bilderberg Group....


Tujuan secret society ini ditubuhkan adalah lebih kepada untuk mengawal ekonomi dunia. Kumpulan ini ditubuhkan oleh billionaire2 pada 1954 dan namanya diambil sempena nama sebuah Hotel di Belanda. Mengikut suatu sumber, idea penubuhan Bilderberg Group adalah bermula pada saat perjumpaan dua kumpulan international billionaire conspirators iaitu Keluarga Rotchilds dari Britain dan Keluarga Rockefeller dari Amerika Syarikat. Dua keluarga billionaire ini merupakan penguasa ekonomi dunia yang sebenar khususnya dalam industri kelengkapan peperangan dan carigali minyak (ExxonMobil).


Tetapi idea penubuhan Bilderberg telah wujud sebelum 1954 lagi di mana ketua pengarang majalah Forbes iaitu B.C. Forbes, beliau mendedahkan suatu perjumpaan antara penguasa-penguasa ekonomi dunia telah dikenalpasti. Perjumpaan itu dihadiri oleh Henry Davidson, pengarah JP Morgan & Co, Frank Vaderlip, CEO National City Bank, , Pengarah Kuhn Loeb & Co, dan Piatt Andrew, Setiausaha Jabatan Kewangan Amerika.

Pertemuan mereka dikenalpasti bertujuan membincangkan suatu plan strategi yang saintifik untuk sistem tukaran matawang Dollar Amerika. Individu berempat ini amat berkuasa dalam menekan ahli-ahli kongress Amerika supaya menerima sebarang saranan dan idea daripada Persatuan Bank-Bank Antarbangsa Amerika.


Semenjak penubuhan Bilderberg Group, terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh pemerhati-pemerhati politik dunia tentang Bilderberg Group ini. Antara individu yang banyak mendedahkan berkenaan rahsia kumpulan ini ialah Adreas Von Retyi dalam bukunya yang bertajuk “Bilderberg: The Timetable of New World Order”


Buku ini mendedahkan;-
- Mesyuarat Bilderberg di Jerman yang memutuskan untuk memilih Bill Clinton sebagai Presiden US.
- Bagaimana Bilderberg mencipta krisis minyak dunia pada 1970-an.
- Bagaimana Bilderberg meruntuhkan tembok Berlin di Jerman

Bilderberg Adalah Inspirasi Dajjal??

Ya, kumpulan ini adalah kumpulan yang diarahkan oleh Dajjal kepada konco-konconya (keluarga Rotschild dan Rockefeller) untuk ditubuhkan. Bilderberg berperanan khusus dalam mengawal industri minyak dunia melalui syarikat-syarikat mereka iaitu ExxonMobil, Shell, Projet dan Caltex.


Jika anda seorang yang sering membaca artikel-artikel berkenaan ekonomi, perjanjian carigali minyak, krisis ekonomi sejak 1900-an, anda akan dapati bahawa billionaire-billionaire tersebut adalah orang yang sama sehingga sekarang iaitu anak cucu Rotschild dan Rockefeller. Dan sekarang ini ialah David Rockfeller yang menguasai seluruh ekonomi dunia.

Kesimpulannya, ekonomi dunia sejak 1740-an dikuasai oleh Empayar Rotschild www.rotschild.com hingga sekarang, manakala muncul pula satu lagi penguasa ekonomi iaitu Empayar Rockefeller www.rockefellercenter.com pada 1870-an, kedua-duanya keluarga Yahudi.
Sesungguhnya, inilah bukti Dajjal adalah genius, bukannya seorang individu yang menyorok di gua, gunung dan bukit, kemudian berdiam diri menunggu hari kiamat. Semuanya telah diatur oleh Dajjal.....

1.7 Secret Society - Council on Foreign Relationship (CFR), Trilateral Commission (TC).


CFR ini adalah bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Tujuan utama pertubuhan ini dibentuk adalah untuk
mewujudkan One World Government. CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama dan
menyebabkan dasar luar Amerika berubah selepas itu. Amerika menyokong penubuhan negara Israel dan
membantu perpindahan penduduk Yahudi ke Palestin dan juga Perang Dunia kedua.. Semua Presiden Amerika Syarikat sejak 1920-an hingga sekaran adalah ahli CFR. Ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.


Untuk mencapai matlamat utama mereka iaitu One World Government, mereka telah menubuhkan PBB selepas perang dunia kedua.. PBB pula dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh 7 buah negara Kuasa Nuklear termasuklah Jepun.. sebab itulah Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear sebab dibimbangi mengimbangi kuasa dunia Islam dan barat. Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli2 dari kalangan negara Islam dan satu lagi pertubuhan sulit ditubuhkan bagi merealisasikan misi itu iaitu Trilateral Commission (TC).

TC pula ditubuhkan oleh insan yang ada di mana2 dalam Secret Society ini, David Rockefeller pada 1973... TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia
(Mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire)

1.8 Secret Society- Rahsia The Great Seal....


“The Great Seal” menjadi salah satu lambang negara Amerika pada 20 Jun 1782. The Great Seal penuh dengan makna-makna tersembunyi.
Fakta-fakta disebalik misteri simbol Mason, The Great Seal, antaranya ialah :-


- Pada bahagian atas sekali, ada 13 bintang dan membentuk star of david atau seal of solomon. Heksagram ini adalah azimat yang digunakan oleh kaum pagan untuk membangkitkan/menyeru syaitan.
- Pada ranting pohon zaitun, daun berjumlah 13....
- Pada cakar kanan, anak panah berjumlah 13...
- Pada perkataan, “E Pluribus Unum”, huruf-hurufnya berjumlah 13...
- Pada sisi atas helang, terdapat bintang yang berjumlah 13...
- Pada sayap kanan, bulu berjumlah 32 yang melambangkan tingkat 32 dalam darjat Freemason Scottish Rite, belah kiri pulak ade 33 melambangkan tingkat dalam darjah Freemasonry...
- Pada perkataan Annuit Coeptis, huruf-hurufnya berjumlah 13..
- Bulu ekor burung helang ni ade 9, melambangkan tingkat darjat Freemason kt New York..
Helang itu sendiri merupakan ikon Freemason yang telah digunakan secara luas oleh
Scottish Rite.

1.9 : Secret Society-13 Illuminati Bloodlines


Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Di bawah ni adalah senarai 13 keturunan Illuminati yang berpengaruh dan elit. Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan subversif di merata dunia. Ini adalah kajian seorang pengkaji,mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walau apapun tindakan Dajjal The AntiChrist (anti Nabi Isa a.s sebenarnya), tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui. Setiap perancangan 'The Hidden Hand'/Dajal/The false Messiah adalah dalam pengetahuan Allah s.w.t, tidak kira yang lepas, kini dan akan datang.

Dibawah ini adalah tentang keturunan Illuminati itu  :-

(Klik Gambar Untuk ZOOM)

The Astor Bloodline
The Bundy Bloodline
The Collins Bloodline
The DuPont Bloodline
The Freeman Bloodline
The Disney Bloodline
The Merovingian Bloodline
The Kennedy Bloodline
The Li Bloodline
The Onassis Bloodline
The Reynolds bloodline
The Rockefeller Bloodline
The Rothschild Bloodline
The Russell Bloodline
The Van Duyn Bloodline

Keturunan Illuminati ini terpilih antara sebabnya ialah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya.Rockefeller misalnya berpengaruh dlam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan. Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yg mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dgn kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.

Ada satu keturunan Illuminati yang berbangsa Cina dalam senarai di atas.The Li Bloodline. Wakilnya dekat sahaja dengan kita. Lee Kuang Yew!

Artikel Ini Adalah Dari E-Book Kemusnahan Dunia Kian Hampir. Nantikan Bab-bab Yang Akan Dipost Pada Masa Akan Datang. Sila Share Di Facebook Anda Jika Anda Merasakan Ia Perlu.. -Admin-