Abah, Berehatlah..

Abah, Berehatlah..

 


Al Quran ku aku tutup. Aku letakkan disisi katil, bersebelah dengan satu susuk tubuh yang paling aku sayang – abah.


Aku renung wajah abah yang sedang tidur, dengan saluran bantuan pernafasan berselirat di dada abah. Hembusan nafas abah kuat, lebih dari hari-hari biasa. Aku jadi risau, Aku cuba memandang sekeliling meraih simpati jururawat atau doktor yang lalu lalang namun mereka hanya memandang, dan berlalu. Mungkin sudah biasa bagi mereka keadaan seperti ini.


Aku menghembus nafas perlahan. Pandangan aku masih pada wajah abah. Perlahan-lahan aku letakkan tapak tangan di dahi abah. Panas. Ku capai tuala basah yang sedia ada di kepala katil lalu aku lapkan dahi dan wajahnya dengan lembut. Inilah wajah tua yang penat membesarkan aku selama 23 tahun. Meskipun sudah terlantar hampir dua minggu, wajah abah masih segar. Tiada sebarang kesan atau bekas yang menunjukkan abah sedang sakit. sepertinya abah sedang tidur, tanpa diganggu oleh sesiapa. Seperti mana abah tidur dirumah. Cumanya, sudah beberapa hari abah tak bangun-bangun.


Rindu.


Rindu dengan suara garau yang sering sahaja menjadi deringan yang mengejutkan tidurku, suara yang sering menyahut panggilan telefonku, dan suara yang sering menegurku tika aku khilaf.


Aku mengalih pandangan pada meter oksigen yang bersambung dengan alat bantuan pernafasan abah. Tidak seperti hari lain, hari ini lebih kadarnya. Aku makin risau. Mata sudah mahu berkaca. Aku tahan. Aku tak nak menangis disisi abah dalam ketika dia memerlukan kekuatan daripada anak-anaknya. Butir kaca tidak jadi berderai. ‘Ya Allah sesungguhnya kau sedang menguji abahku, dan kami sekeluarga, aku redha Ya Allah’ rintih aku dalam diam. Aku terus berada disisi abah. Sesekali aku lapkan badan abah. . Kesian abah demam. Usai itu aku kembali mencapai Quran, aku bacakan untuk kesekian kali.


Datang seorang jururawat mahu beri abah susu melalui tiub. Dia cuba pasang alat yang mengesan nadi abah, tapi tak berfungsi. Dia mula memanggil rakan yang lain, memasang mesin mengesan nadi dan degupan jantung. Langsir katil abah ditutup; beberapa doktor mula masuk beserta jururawat. Aku kian cemas tapi hanya mampu menunggu penuh sabar. Seketika itu, dua orang doktor keluar daripada sisi katil abah, menuju ke kaunter ditengah-tengah wad. Kemudian kembali kepada kami. Memanggil aku beserta ahli keluarga yang lain. Doktor maklumkan, jantung abah sudah tidak berfungsi, oksigen dalam darah juga sudah kurang. Doktor sahkan abah sudah pergi jam 3.45 petang.


Secepat itu dia pergi…


Tiada kata yang dapat gambarkan perasaan aku ketika itu. Insan yang paling aku sayang dunia akhirat, sudah pergi meninggalkan aku. “Ya Allah, aku redha dengan ujian Mu..”


Aku melangkah perlahan masuk melepasi langsir yang menutupi katil abah. Tangan aku hulur, aku capai kaki abah, aku urut perlahan-lahan. Seluruh tubuh abah aku sentuh. Aku lihat wajah abah. Tenangnya abah tidur. Ya Allah kuatkanlah aku..


Tika semua mula beredar daripada katil abah. Tinggal aku bersendirian dengan abah. Aku kucup dahi abah semahu-mahunya, aku cium badan abah, aku cium tangan abah. Seboleh-bolehnya aku mahu cium semua anggota badan abah. Inilah abah yang membesarkan aku. Inilah abah yang aku sayang dunia akhirat.


Aku tahan air mata daripada mengalir. Aku berkata dalam hati,”mesti abah ada dekat sekeliling ni kan, abah tengok la kita tak nangis, kita kuat, kita kan anak abah yang kuat” rintih aku dalam hati. Namun, hati ini terlalu rapuh. Akhirnya berkaca juga. Aku tahan dan tidak tertumpah disisi abah.


Aku turut serta dalam urusan memandikan dan mengafankan abah. Tika memandikan  abah, terasa tidak puas rasanya aku lapkan badan abah. Setiap genap aku gosok supaya abah bersih dan wangi. Dengan perlahan aku jiruskan air pada badan abah. Aku pakaikan abah dengan kain putih serta wangi-wangian. Wangi sungguh abah ku. Aku cium dahinya. Terasa tidak mahu ku lepaskan ciuman itu.


Aku mengiringi abah dalam van jenazah untuk pulang ke rumah. “Abah, sekarang kita nak balik rumah ni, nak jumpa mak dengan semua, abah mesti tak sabarkan nak balik rumah, dah sebelas hari abah tak balik rumah, semua orang rindu abah”, aku ucap perlahan disisi abah.


Sampai dirumah, ramai yang sudah menunggu. Abah dibaringkan disudut ruang rumah. Ramai orang mengelilinya. Ketika solat jenazah, aku sembahyang dihadapan sekali, sambil mata aku pandang tepat pada bahagian wajah abah. Selepas doa dibacakan aku terus cium wajah abah. Air mataku mengalir. Aku seka perlahan. Kemudian, untuk terakhir kali wajah abah dibuka, aku memandang penuh sayu. Itulah untuk terakhir kali aku melihat wajah abah. Wajah kesayangan aku dunia akhirat.


Dialah tempat aku mengisi lompangnya hidup sebagai anak. Dialah pelindung yang membesarkan aku menjadi dewasa. Dialah pemberi semangat saat jiwa aku gelora. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa abah, kau tempatkanlah abah dalam kalangan yang beriman, dalam kalangan mereka yang kau beri rahmat, kau peliharalah abah sebagaimana abah memelihara aku sejak daripada kecil lagi. Amin Ya Rabbal Alamin..


Abah, berehatlah.. Kami menyusul abah nanti.. Aku sayang abah..


Penulis : Azam Aziz


Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri



Pernah suatu ketika, suami saya berkata,

“Dulu abang pernah bercita-cita nak jadi doktor.”

Seketika kemudian beliau berkata lagi,

“Tapi naik darjah dua abang tukar nak jadi polis.”

Saya tersenyum sendiri.

Saya pun begitu dan saya yakin semua manusia melaluinya. Semakin menginjak umur kita menjadi semakin tamak, kalau boleh kita ingin jadi semua. Doktor, cikgu, polis, arkitek, pensyarah, peguam.

Tapi sebenarnya memilih matlamat hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Apalagi kalau kita berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kita cari jalan atau ubah fikiran.

Wanita, isteri dan kahwin muda.

Bagi seorang wanita, perkahwinan merupakan antara sebab yang membuatkan kita perlu melakar plan kehidupan yang baru. Setelah menjadi isteri, kita harus lebih produktif. Pertimbangan yang sesuai di antara plan peribadi dan penyesuaian dengan perancangan suami harus kita lakukan secepat yang mungkin.

Mengapa saya katakan ‘secepat yang mungkin’?

Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat.

Tidak dinafikan awal perkahwinan atau honeymoon period sangat menyeronokkan. Tetapi harus ingat, perkahwinan ada suka dukanya. Tidak selamanya bercinta itu hanya gembira. Bukan tidak boleh, ambillah masa yang secukupnya untuk ber’honeymoon‘ dan saling menyesuaikan diri. Tetapi janganlah terlalu lama.

Sebab itulah penting bagi setiap wanita menetapkan perancangan selepas berkahwin seawal yang mampu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kahwin di usia muda seperti saya! Dahulu ketika saya terlibat dalam kepimpinan mahasiswa, saya memasang impian untuk menjadi seorang ahli parlimen pada tahun 2020. Tetapi impian itu tidak lama, mungkin kerana berbasiskan semangat ketika itu.

Saya sangat mencintai bidang politik. Tetapi saya kemudian memasang angan untuk menjadi seorang ahli akademik di dalam bidang politik. Memandangkan penglibatan wanita di peringkat pengajian tinggi dalam bidang politik tidak ramai, maka saya mahu memposisikan diri ke arah itu.

Buat masa sekarang, saya juga banyak membaca berkenaan pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Mungkin ada yang merasakan pembacaan sebegini tidak perlu, tapi bagi saya ia sangat penting.

List untuk wanita awesome!

Oleh itu, saya mahu menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome) sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun setelah bergelar isteri.

1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.

Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?

2. Kerjaya

Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.

3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak

Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google

4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil

Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.

5. Plan kewangan

Bahagian ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami sahaja!

6. Rancang tempat tinggal yang sesuai

Mungkin ada yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar. Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan mempengaruhi anda dan keluarga.

Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!

Sarjana Muda Syariah pengkhususan Sains Politik Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.



Doa Buat Si Kecil Sofea

Doa Buat Si Kecil Sofea


Sofea masih lagi seorang anak kecil. Umurnya lapan tahun. Kami mengajarnya untuk sentiasa berdoa dan menyebut alhamdulillah. Jika inginkan sesuatu, “berdoalah, nanti InsyaAllah Allah akan makbulkan”.

Saya fikir kerana asuhan tersebut, beliau sering menyebut, “Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Sofea.”

Kini beliau selalu memberitahu guru dan kami, “Sofea suka pergi ke Madinah tetapi Sofea tidak pandai bahasa Arab. Mama, bolehkah Sofea bercakap bahasa Inggeris?”

Lalu kami memujuk beliau, “berdoalah supaya Allah memudahkan Sofea belajar bahasa Arab. Nanti cepat pandai. Sebelum pergi, ayah akan minta cikgu ajar Sofea betul-betul.”

Dalam kebanyakan kes, kami mencipta “sesuatu yang luar biasa” apabila beliau mahukan sesuatu. Misalnya, hari ini kami sekeluarga bercuti di sekitar Johor Bharu. Ia sudah dirancang buat sekian lama.

Sofea sayangkan abang Ngah (nota: sedang belajar di Penang) dan kakak Sara (nota: sedang belajar di Shah Alam). Beliau sering menyebut, “kalau abang Ngah adakan best….”

“Sofea berdoalah semoga abang Ngah dengan kakak sempat pulang untuk bersama-sama kita bercuti,” saya dan Roza berulang-ulang berpesan kepadanya.

Dan itulah yang dilakukannya. Usai bersolat lima waktu beliau pasti berdoa. “Ya Allah, bagilah Abang Ngah balik untuk…..”.

Selepas solat Asar – dalam perjalanan ke stesyen keretapi – saya bertanya beliau, “Sofea minta doa untuk abang Ngah?”

Beliau mendiamkan diri. Kemudian menggelengkan kepala. Beliau tahu doanya tidak menjadi kenyataan.

Kami sudah mahu bertolak dan Abang Ngah dan Kakak Sara tidak muncul-muncul.

Akhirnya, apabila mereka menaiki gerabak, saya terdengar suara kuat berkata, “Abang Ngah….. Kakak……” Mereka berpelukan!

Dan apabila keadaan reda, kami ingatkan Sofea, “Allah makbulkan doa-doa Sofea”.

Beliau tersengih dan berkata “Alhamdulillah”.

(Nota: Di belakang tabir, saya telah mengaturkan agar anak-anak kami dapat berkumpul. Saya telah menempah tiket perjalanan Ekspress Rakyat bermula dengan Abang Ngah bertolak dari Butterworth, diikuti oleh kakak Sara di KL Sentral dan kami – Saya, Roza, Amirul dan Sofea – di Segamat.

Pegawai KTM nampak kegembiraan adik-beradik tersebut dan memutarkan tempat duduk supaya mengadap di antara satu sama lain. Ia peristiwa main-main tetapi sangat signifikan buat anak kecil bernama Sofea.)

Penulis : Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim (UiTM)
Abah, Berehatlah…

Abah, Berehatlah…


Al Quran ku aku tutup. Aku letakkan disisi katil, bersebelah dengan satu susuk tubuh yang paling aku sayang – abah.

Aku renung wajah abah yang sedang tidur, dengan saluran bantuan pernafasan berselirat di dada abah. Hembusan nafas abah kuat, lebih dari hari-hari biasa. Aku jadi risau, Aku cuba memandang sekeliling meraih simpati jururawat atau doktor yang lalu lalang namun mereka hanya memandang, dan berlalu. Mungkin sudah biasa bagi mereka keadaan seperti ini.

Aku menghembus nafas perlahan. Pandangan aku masih pada wajah abah. Perlahan-lahan aku letakkan tapak tangan di dahi abah. Panas. Ku capai tuala basah yang sedia ada di kepala katil lalu aku lapkan dahi dan wajahnya dengan lembut. Inilah wajah tua yang penat membesarkan aku selama 23 tahun. Meskipun sudah terlantar hampir dua minggu, wajah abah masih segar. Tiada sebarang kesan atau bekas yang menunjukkan abah sedang sakit. sepertinya abah sedang tidur, tanpa diganggu oleh sesiapa. Seperti mana abah tidur dirumah. Cumanya, sudah beberapa hari abah tak bangun-bangun.

Rindu.

Rindu dengan suara garau yang sering sahaja menjadi deringan yang mengejutkan tidurku, suara yang sering menyahut panggilan telefonku, dan suara yang sering menegurku tika aku khilaf.

Aku mengalih pandangan pada meter oksigen yang bersambung dengan alat bantuan pernafasan abah. Tidak seperti hari lain, hari ini lebih kadarnya. Aku makin risau. Mata sudah mahu berkaca. Aku tahan. Aku tak nak menangis disisi abah dalam ketika dia memerlukan kekuatan daripada anak-anaknya. Butir kaca tidak jadi berderai. ‘Ya Allah sesungguhnya kau sedang menguji abahku, dan kami sekeluarga, aku redha Ya Allah’ rintih aku dalam diam. Aku terus berada disisi abah. Sesekali aku lapkan badan abah. . Kesian abah demam. Usai itu aku kembali mencapai Quran; aku bacakan untuk kesekian kali.

Datang seorang jururawat mahu beri abah susu melalui tiub. Dia cuba pasang alat yang mengesan nadi abah, tapi tak berfungsi. Dia mula memanggil rakan yang lain, memasang mesin mengesan nadi dan degupan jantung. Langsir katil abah ditutup; beberapa doktor mula masuk beserta jururawat. Aku kian cemas tapi hanya mampu menunggu penuh sabar. Seketika itu, dua orang doktor keluar daripada sisi katil abah, menuju ke kaunter ditengah-tengah wad. Kemudian kembali kepada kami. Memanggil aku beserta ahli keluarga yang lain. Doktor maklumkan, jantung abah sudah tidak berfungsi, oksigen dalam darah juga sudah kurang. Doktor sahkan abah sudah pergi jam 3.45 petang.

Secepat itu dia pergi…

Tiada kata yang dapat gambarkan perasaan aku ketika itu. Insan yang paling aku sayang dunia akhirat, sudah pergi meninggalkan aku. “Ya Allah, aku redha dengan ujian Mu..”

Aku melangkah perlahan masuk melepasi langsir yang menutupi katil abah. Tangan aku hulur, aku capai kaki abah, aku urut perlahan-lahan. Seluruh tubuh abah aku sentuh. Aku lihat wajah abah. Tenangnya abah tidur. Ya Allah kuatkanlah aku..

Tika semua mula beredar daripada katil abah. Tinggal aku bersendirian dengan abah. Aku kucup dahi abah semahu-mahunya, aku cium badan abah, aku cium tangan abah. Seboleh-bolehnya aku mahu cium semua anggota badan abah. Inilah abah yang membesarkan aku. Inilah abah yang aku sayang dunia akhirat.

Aku tahan air mata daripada mengalir. Aku berkata dalam hati,”mesti abah ada dekat sekeliling ni kan, abah tengok la kita tak nangis, kita kuat, kita kan anak abah yang kuat” rintih aku dalam hati. Namun, hati ini terlalu rapuh. Akhirnya berkaca juga. Aku tahan dan tidak tertumpah disisi abah.

Aku turut serta dalam urusan memandikan dan mengafankan abah. Tika memandikan  abah, terasa tidak puas rasanya aku lapkan badan abah. Setiap genap aku gosok supaya abah bersih dan wangi. Dengan perlahan aku jiruskan air pada badan abah. Aku pakaikan abah dengan kain putih serta wangi-wangian. Wangi sungguh abah ku. Aku cium dahinya. Terasa tidak mahu ku lepaskan ciuman itu.

Aku mengiringi abah dalam van jenazah untuk pulang ke rumah. “Abah, sekarang kita nak balik rumah ni, nak jumpa mak dengan semua, abah mesti tak sabarkan nak balik rumah, dah sebelas hari abah tak balik rumah, semua orang rindu abah”, aku ucap perlahan disisi abah.

Sampai dirumah, ramai yang sudah menunggu. Abah dibaringkan disudut ruang rumah. Ramai orang mengelilinya. Ketika solat jenazah, aku sembahyang dihadapan sekali, sambil mata aku pandang tepat pada bahagian wajah abah. Selepas doa dibacakan aku terus cium wajah abah. Air mataku mengalir. Aku seka perlahan. Kemudian, untuk terakhir kali wajah abah dibuka, aku memandang penuh sayu. Itulah untuk terakhir kali aku melihat wajah abah. Wajah kesayangan aku dunia akhirat.

Dialah tempat aku mengisi lompangnya hidup sebagai anak. Dialah pelindung yang membesarkan aku menjadi dewasa. Dialah pemberi semangat saat jiwa aku gelora. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa abah, kau tempatkanlah abah dalam kalangan yang beriman, dalam kalangan mereka yang kau beri rahmat, kau peliharalah abah sebagaimana abah memelihara aku sejak daripada kecil lagi. Amin Ya Rabbal Alamin..

Abah, berehatlah.. Kami menyusul abah nanti.. Aku sayang abah..

Penulis : Azam Aziz

How To Control Your Children Using Mobile Phones

How To Control Your Children Using Mobile Phones


7 Ways To Control Your Children Using Mobile Phones. 

Mobile phone use is not considered a luxury item but it is a necessity in our society today. It’s widely used, not only among adults and but children too. However, frequent use of mobile phones and lasting negative effect on children.
Although no prove the use of the phone by a child will carry the disease, we should guard their children against using the phone on a regular basis.

Health

Children may also be threatened against an element because they have a weak immune system than adults. Parents are advised to restrict the use of mobile phones to children except when needed. Other mobile phones, radio frequency (RF), can be obtained from used by other electronic devices such as televisions, radios and computers.

Social impact

While the socially furthermore, technological development and design of mobile phones today encourage kids too, they drawing what belongs to a friend who can afford it. They can’t afford it. This situation invites social problems such as stealing, cheating and so on.

Psychological effects

Psychologically, kids would be alone without regard to the family and the environment. This can affect learning because they are careless use of mobile phones.

7 ways to control children from using mobile phones on a regular basis are:

1.  Separate time for children to play and learn. If a time for them to play, let them play. As well as they learn.

2.  Don’t let them too often with maid, friends or with siblings without parental involvement.

3.  Explain about the effects of cell phone use too often and long to the children so that they understand.

4.  Monitor the software available in your child's cell phone.

5.  Parents should know mobile phone applications. Try to lead your children how to get the information and use of the application.

6.  Explain to your children why they are prohibited from accessing porn sites or information that is inappropriate to their age.

7.  Regulatory expenses prepaid card used by your children.
How To Teach Kids Drink Plain Water

How To Teach Kids Drink Plain Water


Water! All of us need water, as well as children. 70 percent of our body contain water. Without water, blood can’t flow, essential nutrients and oxygen can’t be transmitted. And without waste water and saturated wastes accumulate in the body. Consequently, the body will turn into the toxic and unhealthy body and is susceptible to various diseases.

Not only the children, there are also adults who do not like to drink water. This may be due to the nature of water itself is no colour and flavour cause it does not appeal compare flavoured and coloured water. But that is no excused for us to tolerate the little plain water dispense routine.

 As parents, you need to train your toddler to drink plain water without being forced. But try not to be forced and practice to drinking plain water in daily and show an example to the children that they care about plain water intake for a healthy body.

The following is some interest in a body of water that we need to know:


1. The water to help remove all the dirt, toxic, and useless fat out naturally through urination and defecation.



2. Launch water digestion. Without enough water, the body will easily hydrate and intestine in the body will dry out and shrink.


3. Water acts as an enhancer of energy to the body. If feel thirsty, do not wait any longer to drink water. It can prevent your heart using excess energy to pump oxygen around the body.

4. Water regulates body temperature and provides a moist environment for ear, nose and throat.

5. Force toddler to drink water, it can be difficult. Otherwise, you should allure kids to drink water. Try this following step to attract the attention of the children to love drinking water are:

a. The best way to educate your child loves plain water is not provided at all sugary drinks at home. Talk to your kids about the importance of water as part of their diet and do not receive soft drinks as a substitute.

a. Make sure your home has a water supply of many minerals bottle. A row of small bottles of mineral drinking is not only simple, but easily accessible toddler to carry anywhere. You can also fill bottles with water that has been cooked.

b. Be a role model!  Did your kids see you drinking water? Do not expect your child to drink more water if you don’t. The child has a high potential to mimic any behaviour, whether good or bad.

c. Do your children have their own water bottle? Own cup? Do they know how to get their own drinks? This can be taught at a young age. Children love to do it by itself.

Little allure with a wide selection of fruit water that not only looks attractive but is delicious and healthy. What is important, show them a mixture of plain water and fruit drinks are the best than cordial drinks with dyes and sugar. Good Luck!
How Should You Talk To Kids About Sex?

How Should You Talk To Kids About Sex?


Have you had the sex talk with your kids? It's the one thing that can strike fear in the heart of all parents: the moment you realize you can't put off the sex talk any longer.

How should you talk to kids about sex?

We all know how great kids are at asking questions. And we've all got our stock answers: Ask your dad, I don't know, ask me later, I'm on the phone, not now…. But eventually, your kids are going to want to know about sex, and they're not going to take no for an answer. And frankly, they shouldn't.
As parents, we have a responsibility to make sure our kids learn about sexuality in a healthy, non-threatening way. And, believe it or not, you are the person best qualified to teach your kids. Yes, you.

Ignoring your kids' natural curiosity is not a good plan. In fact, Planned Parenthood says that studies show that parents who talk to kids about sexuality accurately and honestly have kids who are more likely to delay having sex -- and use protection when they do, ah, do the deed.

Still not convinced? Think back to how you learned about sex. For many of us, it was a book in a bag, a health class full of snickering kids, or an older sibling who may have exaggerated just a little bit. Is that the experience you want for your kids?

Starting the conversation

Where to begin exactly? Well, the next time your kids pose one of those difficult questions (But how did the baby get in there?), stay calm. Planned Parenthood lays out four steps to get through, and they're pretty straightforward and easy to follow.

1. Validate, and get some information. Tell your child, "That's a great question. How come you're asking today?" This reassures your child that she's not weird or strange for asking, and it gives you a chance to find out what prompted the question -- that is if she saw or heard something.

2. Dig a little deeper. Ask, "What do you think the answer is?" This is a chance to get inside your child's head a bit and see how much she already knows.

3. Give an honest answer. You answer can -- and should -- be in keeping with your values. For example, it's fine to talk about pregnancy as something that happens within a marriage if that's your belief. But you will need to be ready for follow-up questions if your child has been exposed to another reality.

4. Make sure your child understands. You can say, "Does that answer your question?" or "Do you have any more questions?"

Use teachable moments

Once you feel ready to tackle the talk with your child, you may find that she suddenly stops asking questions. In that case, you can initiate the conversation via a teachable moment.

Teachable moments happen all the time. You're watching TV and two characters kiss. A friend or family member is pregnant. Your child sings a song lyric you know she doesn't understand. As before, keep your cool, and open the discussion.

"What do you think about that?" "What do you think that means?" "How did that make you feel?"

Just remember, the conversation about where babies come from is a lot easier than the conversation that starts with, "Mom, I'm pregnant." Talking to your kids today can open up the lines of communication you'll need in the future.


Semakin Ramai Anak Buang Ibu Bapa

Semakin Ramai Anak Buang Ibu Bapa

Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati. Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.
Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!
Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?
Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti! Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.
Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.
Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani)
Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ingatlah saudaraku,
Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu…
5 Aspek Kemahiran Kanak-Kanak Yang Harus Diberi Perhatian Oleh Ibu Bapa

5 Aspek Kemahiran Kanak-Kanak Yang Harus Diberi Perhatian Oleh Ibu Bapa

Perkembangan awal kanak-kanak sememangnya sangat penting, ini adalah untuk membantu kanak-kanak dalam mengadaptasi persekitaran dengan lebih baik. Sejak dari kecil lagi, kanak-kanak akan mula untuk meneroka benda baru, dan sifat ingin tahu mereka membuatkan kanak-kanak memahami sesuatu perkara. Di peringkat tadika pula, kanak-kanak turut didedahkan dengan segala asapek perkembangan, dan ianya dikenali sebagai JERIS, iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan sosial. Aspek-aspek ini sangat penting, kerana merangkumi keseluruhan pembelajaran mereka dalam mengukuhkan lagi perkembangan mereka.
Namun begitu, ada juga faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengembangkan kemahiran mereka dengan lebih baik. Mari kita selami, perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ini mengenai perkembangan kanak-kanak. Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting. Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.
Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku apabila mereka tidak mendapat kemahiran yang dicapai oleh kanak-kanak yang sama umur dengannya.
Antara kemahiran yang perlu diperhatikan ialah :-
1. Kemahiran melakukan pergerakan kasar (seperti berjalan dan berlari)
2. Kemahiran melakukan pergerakan halus (seperti memegang objek)
3. Kemahiran berkomunikasi (seperti bertutur)
4. Kemahiran kognitif (kebolehan memahami, berfikir, dan belajar)
5. Kemahiran sosial (kebolehan berinteraksi dengan rakan)
Kadang-kala kelewatan mendapat kemahiran seperti ini hanyalah bersifat sementara dan boleh diperbaiki. Anak-anak yang dilahirkan secara pramatang selalunya lebih lewat mendapat kemahiran ini, namun ia bukanlah sesuatu yang dibimbangkan. Ia juga boleh berlaku pada anak-anak yang tidak bercampur dengan kanak-kanak lain seperti kanak-kanak yang sakit, terpaksa diasingkan dari kanak-kanak lain.
Kanak-kanak yang berada dalam keluarga yang tidak harmoni, selalu dimarahi dan tidak mendapat kasih sayang ibubapa, juga mungkin mengalami masalah yang sama. Namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan yang kekal, berlaku apabila mengalami masalah kesihatan seperti kanak-kanak yang mengalami masalah yang lebih serius seperti ketidaksempurnaan fungsi otak seperti cerebral palsy, atau kanak-kanak yang mengalami masalah berkaitan otot, atau autisma atau masalah pendengaran dan banyak lagi.
Namun kita harus ingat bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Berbincanglah dengan doktor, bagi menentukan kelewatan itu bersifat sementara atau ada masalah yang lebih serius.
Jangan Minta Duit Dari Mak Ayah Kalau Sudah Bekerja

Jangan Minta Duit Dari Mak Ayah Kalau Sudah Bekerja

Tadi saya pergi Maybank, beratur di belakang seorang auntie ini. Dari belakang, saya intai dia keluarkan duit. Tengok, ada baki RM13. Dia nak keluarkan RM10 tetapi tak boleh sebab baki tidak insufficient balance.
Ada orang menghubungi dia seperti menggesa dia bank in duit yang dipinta dengan segera. Nampak seperti ada kecemasan.
Wajahnya sudah risau dan dia beratur di di Deposit Machine. Saya memerhatikan saja dari belakang.
"Auntie, Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?" soal saya.
"Tidak, mau kasi sama anak kerja di Penang. Tak cukup wang mau makan," jawabnya.
Sedih bila direnung. Auntie yang berusia lingkungan 60'an ini masih mengambil berat dan memberi anaknya makan. Dunia seperti sudah terbalik. Seorang ibu masih memberi anaknya makan meskipun anaknya sudah dewasa.
"Auntie sudah makan? Tak apa, Auntie simpan ini wang. Saya belanja Auntie makan," kata saya padanya.
Dia menangis bila saya berkata begitu. Saya pun sedih. Rupa-rupanya ramai lagi orang yang susah dari saya. Saya tidak sanggup melihat orang susah sebab saya pun pernah susah.
Sambil berborak-borak dengan Auntie, saya hulur business card saya pada dia.
"Tak apa Auntie, kalau ada apa-apa, boleh call saya. Ada business untuk dikongsikan. Saya pun tak mahu senang seorang-seorang," kata saya.
"Okay, terima kasih ya adik," katanya.
"Sama-sama Auntie!" balas saya.
Ingatlah wahai anak-anak. Bila anak meminta duit dari ibu bapa, walaupun mereka tiada duit mereka tetap akan kata ada. Mungkin mereka pinjam dari jiran sebelah hanya kerana mahu memberi duit kepada anak.
Ingat, kalau kita tidak mampu memberi mereka duit, jangan sesekali meminta wang dari mereka. Cukuplah mereka sudah membesarkan kita dengan ilmu agar kita boleh mencari duit sendiri.
Ingat, ibu dan bapa tidak memerlukan duit anda sebenarnya. Mereka hanya perlukan perhatian anak. Balik dan jenguklah mereka di kampung, itu sudah memadai. Kalau sibuk mana sekali pun, hubungilah mereka. Sejuk hati mereka bila dapat mendengar khabar dan suara anda. Jangan nak duit, baru sibuk nak menghubungi mereka.
Ingat, sibuk memanjang, site meeting sana sini, appointment bisnes siang malam, akhirnya duit pun tak pernah cukup. Tiba masa untuk anda balik rumah dan pandang muka mereka.
Ingat, pandang muka mereka, rezeki mudah masuk. Amin!
Kongsikanlah cerita ini agar semua orang baca cerita sebenar. Biar anak-anak faham keadaan ibu bapa mereka. Jangan susahkan mereka lagi. Mereka sudah tua.
Kita hidup tidak mengharapkan balasan berupa harta. Hanya doakan saya murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
Kerana MLM, Habis Duit Simpanan Mak, Aku Gunakan
Saya perempuan, sekarang telah grad hampir dua tahun lalu. Kejadian yang paling saya tidak dapat lupakan sepanjang belajar di universiti ialah, terjebak dengan MLM. Sehingga saat saya menaip ini, saya masih ingat satu-satunya wajah individu yang menyebabkan saya trauma dan menanggung hutang. Walaupun tak banyak tetapi, sebagai pelajar pada ketika itu, nilai wang yang dihutang adalah terlalu tinggi.
BERMULANYA KISAH..
Semasa saya sedang melayari Facebook, ada seseorang telah meminta untuk menjadi rakan saya. Lelaki itu bernama F.
"Oh, aku kenal dia ni. Rakan satu sekolah dulu," kata saya dalam hati dan tanpa rasa was-was terus menerima permintaannya itu.
Maka bermulalah sesi berbual di Facebook dan lama kelamaan dia mengajak saya keluar makan. Saya bersetuju memandangkan tempat makan yang dipilih itu berdekatan dengan rumah dan hanya perlu berjalan kaki ke kedai tersebut.
Semasa berjumpa, dia nampak biasa dan peramah. Tidak seperti yang saya kenal dulu yang mana dia seorang pendiam.
AJAK KE KEDAI KAWAN DIA
Dipendekkan cerita, suatu hari dia mengajak saya pergi ke kedai kawannya. Saya yang percaya terus setuju mengikutnya. Katanya ada slot yang orang tempat tetapi tidak jadi. Enggan menanggung rugi, lalu dia meminta saya menggantikan orang itu secara percuma. Bila ditanya kedai apa, dia hanya memberitahu kedai rawatan kesihatan dan selanjutnya saya akan tahu selepas tiba di sana nanti. Saya pun turutkan saja.
Kedai itu sebenarnya milik ketua MLM mereka.
AJAK BUAT BISNES BERSAMA-SAMA
Selepas saja rawatan itu, dia ajak lepak dengan kawan-kawan yang mana masing-masing membawa 'orang'. Mereka ini semuanya peramah, senyum manis dan pandai berlakon. F memberitahu yang dia juga ingin membuka kedai seperti ini dan dia mengajak saya menjadi rakan kongsinya.
Tambahnya, ini bukanlah MLM kerana kita boleh membuka kedai sendiri seperti cawangan. Kebetulan pula saya suka juga tentang bisnes. Bila dia sentuh tentang ibu bapa, nak bagi duit bagai, saya menjadi lebih bersemangat. Dan mungkin inilah sesi brainwash.
MASUK PERANGKAP
F beritahu lagi, kalau saya setuju, saya perlu diinterview terlebih dahulu dengan orang penting syarikat ini. Katanya, orang ini sangat sibuk dan hanya boleh membuat interview sekali sahaja. Kalau gagal, tiada akan interview kali kedua dan seterusnya. Akhirnya saya bersetuju.
Pandai kan F psiko? Entahlah kenapa pada masa ini saya setuju.
INTERVIEW
Semasa interview, saya dan F masuk sekali dalam bilik. Panel interview masuk ke dalam bilik lima minit kemudian. Rupa-rupanya panel itu adalah kawannya sendiri yang juga selalu lepak selepas rawatan. Tetapi karekter dia kali ini sudah lain. Dengan pakaian blazer, muka garang, tanpa senyuman dia mengajukan pelbagai soalan kepada saya.
Pada soalan terakhir, dia bertanya apakah saya benar-benar berminat nak melakukan bisnes ini? Saya hanya mengangguk dan kemudian saya diminta menyediakan RM3,300 dalam masa seminggu.
"Kalau awak lari, saya akan cari awak di rumah sewa dan terajang awak!" kata lelaki itu.
Ayat dia inilah yang paling saya ingat kerana dia tidak suka orang cakap kosong. Saya hanya angguk.
PINJAM DUIT KAWAN
Dalam masa seminggu itu, saya menghubungi kawan-kawan untuk meminjam duit. Selama ini saya tidak pernah meminjam duit sesiapa pun. Kumpul sikit seorang dapatlah kumpul RM1,300. Baki RM2,000, saya pinjam duit mak. Mak bagi semua duit simpanannya sebanyak RM2,000. Sedih bila terkenang kembali.
KENA LAGI
Selepas menyerahkan RM3,300, dia paksa saya bawa kawan-kawan untuk meramaikan ahli. Saya turut perintah dan adalah dua tiga orang menjadi mangsa yang mana kesemua mereka menjauhkan diri dari saya selepas itu.
Hampir berminggu, saya masih belum ada 'prospek' dan saya sudah mula bosan. Saya beritahu mereka yang saya mahu bisnes, bukan nak memrekrut orang. Namun dia pula berkata duit yang saya bayar itu adalah duit bayaran pendaftaran ahli. Kalau benar-benar mahu buat bisnes, kena beli alat dia yang berharga RM27,000.
KISAH RM27,000
Rupa-rupanya F telah melabur RM27,000 dan tiba masa saya pula, dia memaksa saya untuk meminjam duit dengan hali keluarga. Masa ini saya menghadapi final exam semester keempat. Saya tak fokus kerana dalam kepala saya asyik nak bisnes sahaja. Hati naluri ibu, dia tahu, dia call saya dan suruh balik kampung sebab cuti semester saya tak balik. Untuk pertama kalinya saya ingkar cakap mak.
PART SEDIH
F mengeluarkan kata-kata yang tidak enak bila saya gagal menyediakan duit tersebut. Saya mula sedar yang saya telah dipergunakan untuk dia naik ke leader.
Mak cerita, dia tak putus mendoakan saya semasa saya enggan balik ke kampung. Mungkin doa dari seorang ibu itu membuatkan saya tersedar. Ibarat seperti dalam mimpi. Bila tersedar, saya terus tukar nombor telefon, block Facebook F dan terus balik ke kampung. Saya malu dengan keluarga dan saya balik terus menangis memohon maaf pada mak.
BANGKIT KEMBALI
Mak tidak tahu saya banyak berhutang. Selepas naik semester lima, dapat saja duit pinjaman, saya selesaikan semua hutang dan hanya tinggal baki RM200. Kalau nak tahu, semester empat, pointer saya jatuh teruk. Semester lima saya mula bekerja separuh masa di luar pengetahuan keluarga. Penatnya hanya Allah saja yang tahu.
Belajar dan bekerja, Alhamdulillah walaupun kerja part time, tetapi saya dapat dekan sem. Mak saya senyum saja. Sampai ke hari ini, saya benci mendengar perkataan MLM.
Kepada kaki-kaki MLM, cukuplah memperdayakan pelajar untuk kepentingan sendiri. Saya benci MLM! 
Miss A
Jangan Hanya Text Dan Call

Jangan Hanya Text Dan Call

Abah, selamat Hari Ayah hari ni” Sent … Aini
K. Terima kasih Along… ;)
Terima kasih menantu abah..
Ana “Pssst Aini, tengah buat apa tu?
Aini “Owh ana, nak mencelah pun bagi la salam dulu…. Ni, aini wish selamat hari Ayah kat Abah dan ayah mentua aini. Ana dah wish?"
Ana “Owh… Ana dah lama wish. Setiap hari. Lima kali sehari
Aini “Wah… anak bapak la katakan
Ana “Aini, kita ni sebagai anak janganla hanya sekadar wish guna text mahupun call. Apa yang penting DOA kepada mereka selepas kita solat tu. Itu yang lagi Utama
Doa Untuk Ibu Bapa: