Oktober lalu, kita digemparkan dengan berita penutupan sebuah syarikat akhbar yang sudah lama bertapak di Malaysia iaitu Utusan Malaysia Berhad. Setelah 8 dekad beroperasi, Utusan akhirnya terpaksa berkubur kerana menanggung bebanan kewangan.
Baru-baru, satu jualan tutup gudang diadakan untuk menjual semua naskhah buku yang pernah diterbitkan syarikat tersebut. Buku-buku tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat rendah. Lokasi gudang tersebut terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Anda boleh menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps untuk ke lokasi jualan.
Orang ramai juga dinasihatkan agar pergi awal dan jangan tunggu hingga minggu akhir Disember 2019. Ini disebabkan makin ramai pengunjung datang dan kalau lambat, tajuk-tajuk terkenal semua mungkin habis. Rata-rata netizen yang telah menyerbu jualan gudang tersebut turut berkongsi hasil tangkapan mereka di media sosial Twitter. Kebanyakkan mereka mengatakan harga yang ditawarkan tersangatlah murah.
Jualan ini berlangsung sehingga 31 Disember ini sahaja. Buat mereka yang berada jauh dari lokasi jualan, boleh meminta kenalan yang berdekatan dengan lokasi gudang untuk membantu anda mendapatkan buku-buku terbitan Utusan ini. -TheVocket


0 Comments
Catat Ulasan