Lima Fungsi Empangan Air


Di Malaysia, terdapat 103 buah empangan yang dikendalikan oleh agensi yang berbeza seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), syarikat air negeri dan lain-lain lagi. Jadi, hari ini kami nak kongsikan dengan anda apa lagi fungsi empangan yang ramai orang terlepas pandang.

1. Empangan sebagai penjana elektrik

Bentuk muka bumi Malaysia yang unik dan berbukit-bukau menjadikan Malaysia negara yang bertuah kerana mempunyai sumber alam yang berterusan. Potensi sumber semula jadi seperti air di Malaysia berjaya dimanfaatkan untuk keselesaan semua pihak.

Sebagai contoh, Skim Hidroelektrik Terengganu yang membabitkan empangan Puah dan Tembat seluas 7,197 hektar ini. Selain membekalkan tenaga elektrik sejak Disember 2015, projek ini juga membantu kerajaan negeri dan rakyat Terengganu ketika banjir dan musim kemarau.

2. Mengalirkan air ke kawasan yang kering

Di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah, empangan Babagon terbukti dapat membantu penduduk ketika mereka mengalami masalah kemarau panjang seperti yang berlaku pada awal tahun 1997. Dengan adanya empangan itu, penduduk di kawasan tersebut takkan terputus bekalan air walaupun bekalan yang diterima terpaksa dicatu.

Pembinaan empangan bukan saja berfungsi untuk mengawal banjir, membentuk dan membekalkan air, malah turut memainkan peranan dalam penghasilan sumber hidroelektrik.

3. Pusat rekreasi berasaskan air

Pada asalnya tasik ini diwujudkan untuk tujuan kawasan tadahan air sekitar 1980-an. Bagaimanapun, paras air di Sungai Kenyir naik mendadak berikutan pembinaan empangan Jenagor hingga menenggelamkan sembilan perkampungan, hutan, bukit dan gunung.

Penduduk mengambil inisiatif atas apa yang berlaku dengan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan rekreasi dan sangat terkenal sebagai destinasi memancing utama di Malaysia. Tasik Kenyir juga mempunyai kawasan air terjun yang popular di seperti Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat dan Air Terjun Pertam.

4. Pengurusan air minuman

Empangan juga berfungsi sebagai pembekal air bersih yang menjadi sumber kegunaan harian seperti membasuh baju, memasak dan air minuman.

5. Berfungsi sebagai tebatan banjir

Setiap kali tiba hujung tahun, penduduk Pantai Timur pastinya risau dengan musim tengkujuh yang mungkin menyebabkan banjir. Bencana alam ini bukan saja mengakibatkan kerosakkan harta benda malah membahayakan nyawa. Dengan adanya empangan, kesan akibat banjir dapat dikurangkan.

Buat masa sekarang, Kelantan hanya ada empangan Pergau yang berfungsi sebagai tadahan air dan penjana elektrik. Namun, bila tiba musim tengkujuh empangan ini tidak mampu menampung lebihan air dan menyebabkan limpahan air dan banjir besar.

0 Comments

Catat Ulasan