Bayi Maut Tercekik Selepas Diberi Makan Jeli

 

Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu pada 15 November lalu. Mangsa, Dean Adrian Villanueva Martin, dikejarkan ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia, tetapi bernafas semula selepas pasukan perubatan mencuba sedaya upaya menyelamatkannya.

 Untuk pengetahuan umum, sel otak akan mula rosak selepas 4-6 minit tiada peredaran darah di organ tersebut. Selepas 10 minit, otak akan terus berhenti berfungsi dan mati. Dalam kes ini, tiada peredaran darah di dalam otaknya selama 26 minit dan disebabkan itu, mangsa berada dalam keadaan koma.

   

Mangsa mula mengalami kegagalan organ dan tahap hemoglobinnya juga rendah, berlaku pendarahan dan tahap gula yang tinggi dan banyak lagi. Selepas dua hari kemudian, mangsa tidak dapat lagi bertahan dan meninggal dunia pada 22 November.

   

Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa menjaga pemakanan bayi kerana mereka bertanggungjawab di atas nyawa anak mereka sendiri. Sumber : TheReporter

0 Comments

Catat Ulasan