Ads Top

Gempa Bumi Dahsyat Mengorbankan Banyak Nyawa Penduduk Aceh Menyerupai Atom Hiroshima


Hari ini dunia dikejutkan dengan bencana alam dahsyat yang berlaku Aceh, Indonesia. Sebelum ini, seperti kita tahu bandar Aceh pernah mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004. Namun hari ini, sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang telah melanda pada jam 5.03 pagi tadi di Pidie Jaya, Aceh.

Berpuluh video telah dimuat naik di laman sosial media seperti Facebook dan Twitter. Walaupun ini bukan bencana pertama kali buat bandar Aceh namun kesannya masih membuatkan ramai penduduk dunia sedih akan khabar itu. Lebih lebih lagi penduduk setempat.

Kejutan menyerupai oleh bom atom Hiroshima..


Menurut media di indonesia, gempa bumi itu terjadi di Kabupaten Pidie Jaya menyerupai kejutan yang ditimbulkan bom atom Hiroshima. Hal itu adalah kerana skala gegaran gempar bumi yang dihasilkan berukuran 6.4 magnitud. Menurut mereka lagi, ianya menyerupai kerana bom atom itu sendiri hanya berukuran 5 magnitud. Namun, menurut media itu lagi gegaran itu tidak akan menimbulkan tsunami memandangkan ianya berpusat hanya di darat.

Ramai terkorban dan banyak bangunan runtuh..


Portal Tribun Medan melaporkan, puluhan warga Kabupaten Pidie Jaya mengalami kecederaan akibat terkena runtuhan bangunan, dan kesemua mangsa kini menerima rawatan di hospital Sigli. Pengarah hospital berkenaan, Mohd Ridha Faisal, dipetik sebagai berkata, pihak hospital bagaimanapun belum mendapatkan rekod penuh mangsa gempa yang cedera.

Portal berkenaan juga antara lain melaporkan tiga unit rumah kedai empat tingkat yang terletak di Gampong Sukon Teupinraya, Kecamatan Glumpang Tiga, runtuh sewaktu gegaran kuat itu terjadi. Runtuhan itu menyebabkan pemilik rumah kedai berkenaan yang bernama Jailani bersama isterinya, Faridah ditimpa runtuhan konkrit rumah kedai tersebut. Difahamkan, saat berlaku runtuhan itu, Jailani belum sempat keluar untuk menunaikan solat Subuh.

Berlaku waktu subuh, masjid rosak dan runtuh..


Gegaran kuat selama 2 hingga 3 minit yang terjadi waktu Subuh itu membuatkan warga tempatan panik dan mula berlari keluar dari kediaman mahupun bangunan seperti hotel. Portal berita Kompas melaporkan, tetamu yang menginap di Hotel Oasis di Leung Bata, Banda Aceh juga bertempiaran keluar dalam ketakutan.

Ramai antara mereka termasuk pelancong asing sedang lena tidur sewaktu gegaran pertama berlaku. Mereka lantas terjaga dan terus melarikan diri sehelai sepinggang mengikut laluan kecemasan. Lebih menambahkan debar, lampu di laluan berkenaan juga terpadam.

Video dari twitter :-


No comments:

Powered by Blogger.