Asus Zenfone GO Mula Ditawarkan Melalui Asus Online Store Pada Harga RM519

Asus Malaysia hari ini telah menambah satu lagi peranti yang ditawarkan melalui kedai atas-talian mereka, iaitu Asus Zenfone Go. Peranti ini dijual pada harga RM519 melaluinya, memperlihatkan penambahan sebanyak RM10 berbanding ketika pengenalan dulu pada awal September 2015 di Malaysia.

Asus Zenfone Go

Asus Zenfone GO merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Asus, dimana ia dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6580 1.3Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan sebesar 16GB.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Melengkapkan peranti ini adalah sistem operasi Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka ZenUI. Pihak Asus turut menyertakan sokogan dwi-SIM melaluinya.

Melalui Asus Online Store, pihak Asus menawarkan ia dalam pilihan warna hitam dan putih, sementara mengatakana akan menambah penawaran berwarna biru, merah dan emas.

Sumber : Amanz.my

0 Comments

Catat Ulasan