Telefon Nokia Berasaskan Android Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Mac


Selang sehari daripada pengumuman Nokia X di Mobile World Congress, hari ini pihak Nokia Malaysia telah mula menghantar emel jemputan untuk acara khas yang dijadualkan pada 5 Mac 2014 kelak. Dari jemputan yang dihantar, ia dilihat akan memfokuskan kepada pengenalan keluarga Nokia X untuk pasaran tempatan.

Semalam, pihak Nokia telah memperkenalkan sebanyak tiga peranti dibawah keluarga Nokia X, iaitu Nokia X, Nokia X+ dan juga Nokia XL. Nokia X dan Nokia X+ merupakan peranti berasaskan Android bersaiz 4-inci, sementara Nokia XL merupakan telefon berasaskan Android bersaiz 5-inci.

Memandangkan Nokia Store telah sedia menyokong pembayaran bil telekomunikasi di Malaysia, semestinya pembelian aplikasi melalui Nokia Store kelak akan lebih mudah. Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 5 Mac ini untuk melihat pengumuman rasmi Nokia di Malaysia.






Sumber : Amanz.my

1 ulasan

  1. nokia.. was once the market leader before samsung and iphone merampas taktha market leader tu hehe..

    BalasPadam


EmoticonEmoticon